Wednesday, July 29, 2009

Aku GEMUK????

Hm...memang hangin ni orang cakap aku gemuk! Nak kena tikam ke weiii! Wahh tak sayang mulut! Mana ada gemuk!!!!! takde gemuk-gemuk!!! Korang bandingkan lah sendiri. Aku ni gemuk ke tidak.....hihihi.....hampeh tul adik2 aku neh!! memang nak kena tikam.....

Tengok kucing ni.....gemuk kannn??????

tengok auntie ni...gemukkkkkk ke??? ke ini tak gemuk??? ciss....


Haaaaaaaaaaaaa......
inilah aku........mana ada gemuk!!!!!!!

Tak apa la....mungkin pandangan masing2 kan..serong je....aku cute2 dah ni dia kata gemuk..ceh...memang potong duit raya!! no more duit raya! hahahahahahaha.....

Sunday, July 26, 2009

Durian Oh Durian!!!!

Hmm....apa kes ya durian mahal di Sarawak ni. Kalau di semenanjung tu bersepah-sepah durian. Mama kata ayah beli RM1 sebiji...sepupu aku pulak cakap RM0.50 sebiji di Johor!!! Arrghhhh tension aku dengar! Kan aku suka makan durian. hmmmm.....

Aku pun beli la durian balik sekolah tadi. Sekilo berapa???? RM10!!! Isk memang cekik darah aku rasa. Tapi nak makan juga kan...beli la..Hari tu cik abg aku tu pun teringin nak makan durian, dia beli sebiji....RM13!!!

hmmm...kenapa ya mahal sangat durian di Sarawak ni?? Susah mahu dapat ke??? Ngada tul!!! Hihihi...ni yang rasa nak terbang balik perlis ni..jeng3....


Apa pun alhamdulillah...dapat juga aku makan durian....beli 2 biji = RM20...layannnnn!~Lepas kan hajat ye....\O/

Kenduri kahwin di Kg Satap

Buat pertama kalinya kami menerima undangan ke majlis perkahwinan sepanjang kami menetap di Bekenu ni. Kak Zaidah menjemput kami sempena perkahwinan anak buahnya. Berbesar hati kami mengunjungi majlis tersebut. Majlisnya lebih kurang sama sahaja dengan semenanjung cuma masa undangan itu awal gila! Pukul 10 pagi kak Zaidah minta kami datang. Biar betul!!!!

Kak Zaidah : " Intan, jangan lupa ya..pukul 10 datang kenduri...saya tunggu..."

Intan : " Kak...biar betul kak...ni nak makan pagi ke makan tengah hari??"

Kak Zaidah : " Eh memang la di sini macam itu..."

Alkisahnya aku dan kawan-kawan pi la dalam pukul 11 lebey. Hahaha..orang dah ramai balik, memang kira nya dah hujun
g majlis. Lawak betul. Tu la orang suruh datang pukul 10 tak mahu percaya. Kikikiki....

Makanan yang dihidangkan sedap juga. Ada daging masak hitam, ayam masak merah (ye ke) dan sayur umbut kelapa. Hehehe....sedap rugi tak makan banyak....

Geng kami...jalan-jalan cari makan.

Ehem..tumpang ye..ambik berkat! Kot akan datang merasa juga.
(malu gila......sengih je la...)


Saturday, July 25, 2009

IPSAH Saja!!!!!





Hahaha...IPSAH SAJA!!!! Hm ayat ni yang selalu disebut oleh kami terutamanya, kawan kami yang da Boom si Epoi!!! Uit Epoiii mana hang la ni noo...takkan dah terkepit kat Kapit tu...hihi memang enjoy masa di maktab, sekali lagi kami berjumpa dengan pelbagai jenis kawan, dari merata negeri. Budak matematik memang rajin jalan2 cari makan. Kenangan dengan korang memang tak dpt dilupakan. Selamat berguru semua! Jadilah guru yang cemerlang ya.....

AIRUL HAFZAN BIN JOHARI
AZLIL BIN ABDULLAH
INTAN FARIZALAILA BINTI HASIDAN
KAMARUL ARIFFIN BIN KHAMIS
MOHAMMAD MUZAMMIL BIN MOHAMMAD HASHIM
MOHD HAMID BIN AHMAD
MOHD NOORHISYAM BIN NORDIN
MOHD SHAIFUL BIN MOHD ISA
NOOR SUHAINA BINTI SHAMSUDDIN
NOOR WAHIEDAH BINTI YUSOF
NOR AZIMI BIN HASHIM
NOR HAFIZAN BINTI ADNAN
NURUL AZAH BINTI ANI
NURUL WAHIDA BINTI ALIAS
ROHAYA BINTI ROSLE
ROSMAYANTI BINTI ZAINOL
SUMITRADEVI A/P BALRAJU
ZALINA BINTI ALI
IFTITAH NUR BINTI MUHD MASHUD

Hihihi selamba aku update nama korang.. kalau rajin, hantar khabar la pada aku ye..mana yang nak kawen tu, sudi-sudi lah menjemput. Mana yang dah berkahwin tu, cepat-cepat dapat anak. Mana yang belum ada jodoh (macam aku..) banyakkan bersabar ye. Insya Allah ada lah jodohnya. Mana yang masih single mingle, pi la jalan-jalan cari jodoh......K Love U all.....

Hujung minggu payday...

Aku dan kawan-kawan 4 sekawan (macam siri penyiasatan pula) turun ke bandar Miri untuk bersosial. Buat urusan masing-masing dan shopping barang sedikit (benar ke sedikit?) Mari tengok apa yang kami buat satu hari ini...

BANANA LEAF RESTAURANT




Sampai sahaja di Miri kami makan dahulu. Isi perut penting juga. Tenaga untuk meneruskan aktiviti yang lain. Semua bersetuju untuk makan di Banana Leaf. Masing-masing memesan Nasi Briyani dan air buah-buahan. Makan kali ini ditaja oleh Encik Azreen sempena hari lahirnya yang ke-2*. Hihi terima kasih beb!

*************************

Selesai makan, kami meneruskan program kami. Masing-masing menyelesaikan urusan masing-masing. Urusan dengan bank la, urusan dengan tuhan (solat la beb), urusan itu dan ini. Kemudian kami berjumpa di Midvalley celup (Bintang Mall) untuk shopping!! Hihi...Akhirnya dapat juga aku beli bantal polok..entah apa mimpi aku nak berbantal polok pula ni. He saja suka-suka. Biar lena lagi tidurnya. Hari ini memang luar biasa ramai orang. Hm......

*************************

TANJUNG LOBANG

Keluar sahaja dari mall, kami meneruskan perjalanan ke destinasi lain. Kami ke Tanjung Lobang. Dah 7 bulan di sini, tak pernah kami singgah ke sini. Hari ini baru terniat hati nak ke sini. Tak lupa juga kami bawa sekali Che Kem. Import khas dari pedalaman Bakong! hihihi....

Suasana di Tanjung Lobang. Pada waktu ini angin agak kuat.

Aku dan Kem..bukan pasangan kekasih, harap maklum. Masih available Kem ni, siapa berkenan boleh hubungi aku. Kikiki...

"Kami" team kaki jalan, bukan team jalan kaki.

Main buai?? Hmm jangan tanya kenapa jadi macam ni ya.

Hm...dah puas menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, kami pun bergerak ke destinasi lain. Macam huduh je perangai berjalan-jalan semasa maghrib. Isk3. Tak apa, kami hanya singgah sebentar sahaja.

*************************

MARINA BAY

Hmm...on the way nak masuk ke bandar, kami sempat menyinggah di Marina Bay ni. Nak tengok suasana di sini macam mana. Ada restoren seafood dan banyak kapal-kapal persendirian. Oleh sebab dah malam, makanya tak berapa jelas lah pandangan kami ni. Kena datang masa waktu terang sedikit ni, baru leh posing sakan. Hihihi...


Dah cuci mata sikit-sikit di sini, kami pun bergerak masuk ke bandar Miri. Pergi ke rumah tuhan menunaikan kewajipan yang disuruh. Lepas tu apa lagi, pi makan lah..

*************************

SAJIAN WARISAN RESTAURANT

Hm..lapar?? Hihi penat? Hm aku dahaga la rasanya. Masing-masing dengan menu sendiri. Aku, akak dan Azreen dengan Roti Naan, Kem dengan Nasi Lalapan dan Ilah dengan Bihun TomYam.

Nasi Lalapan Ayam. Makan dalam bakul??

Roti Naan Butter. Hm yang kami musykil kan ialah roti naan ni makan dengan sambal belacan dan susu masam?? Hm kalau kuah kari dan susu masam tu masih boleh diterima akal. Tapi macam sedap juga makan dengan sambal belacan. Hihi....

Ahamdulillah.....semua dah kenyang. Makan-makan ni memang kami suka. Haha konon lah nak berdiet aku ni. Tapi kalau dah ada makanan sedap, kena juga makan. Sayang lah roti naan tu tak ada ayam tandoori. Kalau tak mesti lagi ngam! Kami pun pulang..aku hantar Che Kem ke hotel mewah nya. Dan meneruskan perjalanan pulang yang mengambil masa setengah jam. Yezzzaaaa..........

**Siapa yang nak datang ke Miri ni boleh contact2 dengan aku ya. Leh la aku bawa pi makan-makan. Hihi....

Wang Kertas RM50??

Hm..hari ini sesuatu yang kelakar ke apa ke..hm mcm mana aku nak kategorikan hal ini. Ntah la ye. Aku dan akak ke bank. Biasa la dah masuk gaji, ambil duit lah bayar hutang sana sini. Aku pun tekan la ATM macam biasa. Tiba-tiba dapat duit pelik...aku nak ambil ke tak nak duit ni. Aku tunjukkan pada akak...

"Kak, betul ke tidak duit ni? Ke duit tipu??" Lawak pula rasanya. Dah sahih la aku ambil di bank, takkan duit tipu. Apo la....

Aku pun call ayah..akak call adik beradiknya. Haha rupanya di semenanjung dari bulan lepas dah guna duit RM50 yang baru..hikhikhik....apo la...tak senonoh aku ni. Lepas tu habis la aku tayang yanga ku ada RM50 baru. Hihihi...


RM50 versi lama


RM50 versi baru

Hihi..lepas ni kena lah baca2 informasi terkini. Dah ketinggalan macam ni, jadi jangok pulak..hahahaha....tapi ada juga org lain di ATM tu yang memandang aku dengan pelik...keh3. Dan hari ini juga aku tgk ada org menghadapi masalah nak bank in wang tu menggunakan mesin. Masih baru agaknya..nanti akan datang ok la tu....

Apa-apa pun...cun gak duit yang baru ni. Lebih berkualiti harapnya...

Thursday, July 23, 2009

Daging Dendeng

Hm..saja nak share resipi mudah. Boleh juga kalau di edit sedikit resipi ni ikut kesesuaian tekak anda..Huhuhu...

Bahan-bahannya:

1/2 kilogram daging
10 biji cili hidup - dikisar kasar (tumbuk pun boleh)
1 labu bawang besar
bawang putih (ikut suka, tak letak pun tak pe)
Garam, gula dan air (secukupnya)
Asam jawa

Caranya:

1. Rebus daging seketul besar tanpa mencincangnya bersama garam, gula dan air asam jawa. Setelah empuk, sejukkan dan potong nipis.

2. Goreng daging bersama sedikit minyak untuk lebih garing, angkat dan ketepikan.

3. Tumis cili dengan bawang yang telah dikisar kasar tadi. Bila dah garing, masukkan daging. Gaul rata, angkat dan hidangkan.

ALAN - I'M YOURS (VERSI MELAYU)

ALAN - I'M YOURS (VERSI MELAYU) (klik tajuk untuk download)

Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi
kini aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi
kini Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya cinta

The Lucky Laki Band - Superman


The Lucky Laki Band - Superman (Klik untuk download)

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tidak boleh menangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi bahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Repeat Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Repeat Reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis kerana cinta



Happy Birthday Teacher!!!

Hari ni 24 haribulan 2009 bersamaan dengan hari Jumaat, hari yang baik dan hari yang tidak banyak masalah. Hari ni memang aku tak ada marah-marah dalam kelas. Memang bagus la Soal Kaji Selidik yang aku buat tu. Membuatkan aku lebih berfikir untuk mendapatkan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Waktu akhir adalah waktu Matematik dengan kelas 4B iaitu kelas aku sendiri. Macam biasa aku melangkah menuju ke kelas apabila loceng berbunyi, sambil dalam kepala sarat dengan apa yang ingin diajarkan.

Sampai di kelas, aku lihat kelas tertutup dan ada Mahirah yang membuka pintu sambil dia mengatakan HAPPY BIRTHDAY cikgu. Siap tampal banner Happy Birthday di pintu. Hahaha..macam kenal ke banner tu. BIla aku masuk kelas je aku tengok tak nampak pelajar lain, rupanya mereka ada menyorok di sebalik meja. Bila aku masuk je semua bangun, ada macam2 bunyi dan mula lah, menyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY...hahaha..(Malu i....ceh cover-cover la kononnya...)

Papan hitam pun dah lain jadinya. Hmm....thanks a lot. Terima kasih juga kepada kawan aku yang sorang tu, cikgu kaunseling SK Bekenu..sebab aku dapat rasakan, dia yang beritahu pasal birthday aku tu. Setahu aku memang pelajar kelas aku tu tak tahu birthday aku, melainkan pelajar tahun 1....Lepas tu pelajar 4B beratur beramai-ramai minta maaf dengan aku. Dan hari ni memang mereka Behave!~ hmm.....

Hm...memang ini satu pengalaman juga la. Walau hanya beberapa minit tapi 1st time kan. Mana pernah sebelum ni. Tahun lepas pun ada sambut dengan pelajar masa aku praktikal. Tapi aku yang well prepared. Tahun ni tak pula aku beli kek untuk pelajar. Hm...tgk la minggu depan mcm mana ye. Of course kalau aku beli...kek secret recipe..Hihihi...insya allah. Jauh sangat la Miri tu...susah nak beli apa2....

My Birthday...26 dah ke??


Hmm semalam birthday aku ke 26. Apuu sudah 26 tahun ke..?? Hihi... Masa ni la kan..aku dok sorang teringat aku masa birthday ketika belajar. Banyak surprise dari kawan-kawan. Memang masa study best la. Geng pun best. Teringat aku pada Musla, Hasanah, Noni, Lynafis dan juga warga RSTT (Rumah Sewa Taman Teratai). Walaupun banyak karenah dan ragam tapi kami tetap sebumbung. Banyak kenangan tercipta, suka dan duka, sampai sekarang ni kami masih lagi berkawan and sharing everything.



Hari Lahir ke-26..tak ada yang istimewa sangat pun. Mama dan ayah ada juga wish, thank you!~ hihihi wish je ke...kawan2 lain pun ada wish..si dia pun ada wish...tapi aku makan kek sorang2 la. Sebab takde orang nak sponsor kek. Aku sponsor tuk diri aku sendiri je. Aku pun tak ada pula niat nak beli kek dan beri orang lain makan. Kenapa ya? Mungkin sebab orang lain pun tak ada niat yang sama kot...Haha...aku pun tak pasti la kenapa. Isk3....


Dari dua orang kawan serumah den. Hehe tq beb!~
Susah-susah je belikan present tuk den. Hihi malu tau...u all macam tak tau yg i ni pemalu..
HAhahahahaha.....


Apa pun aku harapkan aku dapat melalui usia 26 tahun ini dengan lebih baik dan cemerlang, gemilang, terbilang. Menikmati hidup dengan baik, menjalinkan hubungan kemanusiaan dengan baik. Jangan banyak timbulkan kontroversi, pastikan semuanya menjadi realiti. Insya Allah...

Wednesday, July 22, 2009

Tabiat buruk yang tidak disukai wanita


Hm...ini khas untuk lelaki dan juga renungan para wanita ya.

Pernah kah anda lelaki mempunyai teman wanita yang sentiasa merungut tentang anda? Mungkin ini ada kaitan dengan sikap buruk anda. Mana tahu anda sebenarnya mempunyai sikap buruk yang tidak disenangi oleh teman wanita anda atau pasangan anda. Jika anda masih tidak berubah, mungkin anda akan kehilangannya.

Antara keburukan yang boleh menimbulkan ketidaksenangan pada pasangan kita:

1. Sendawa - Hihi, bab sendawa ni memang saya perhatikan ada lelaki yang jenis selamba sahaja sendawa di meja makan. Di rumah mungkin tidak mengapa, tapi kalau di restoran?? Wah ramai mata akan memandang beb! hihi. Jangan lupa minta maaf sebab ini mungkin akan menyejukkan hati pasangan kita. Mana tahu dia berniat nak marah anda. Usahakanlah sendawa itu agar jangan keluar. Macam mana?? Pandai-pandai la ye. (ada orang kata orang lelaki memang rajin sendawa, tapi wanita pula suka kentut...ya kah??)

2. Menguap - Ini memang sensitif juga. Teman wanita anda mungkin akan kecil hati atau merajuk dan menganggap apa yang dibincangkan dianggap tidak penting sekiranya anda mendengar sambil lewa. Apatah lagi diserikan dengan menguap dan membiarkan mulut terbuka seluasnya. Jangan begitu. Untuk jadi kekasih yang baik, anda perlu menjadi pendengar yang baik. (baik-baik menguap, tutup mulut tu, takut juga bau lain macam je nanti...)

3. Berlagak jaguh - Jangan menunjukkan sikap kejaguhan itu dalam masa yang tidak sesuai. Silap gaya akan dituduh sebagai panas baran. Ada sesetengah lelaki contohnya suka memaki hamun kenderaan lain yang cuba memintas keretanya atau cuba memotong laluan. (kadang-kadang kalau pemandu kurang ajar, memang wajar kita lepas kan geramkan...) Hmm tapi ini bukan menunjukkan kehebatan anda sebaliknya menunjukkan keburukan anda. Mengawal diri dari cepat marah atau bertengkar adalah lebih baik. Cool and steady beb...(kalau cool sangat pun lain macam juga....)

4. Sombong - Kebanyakan orang suka kan pasangan yang merendah diri. Sombong tidak semestinya menunjukkan anda hebat. Jangan sesekali anda membanggakan diri di depan orang ramai semata-mata untuk memberitahu bahawa anda hebat. Jika teman wanita anda menarik muka, maknanya dia tak suka. (Tapi pada aku kalau merendah diri sangat pun aku rimas la. Ni memang nak kena tegur. Sebab aku dah berjumpa dengan orang yang sebegini. Aisehh.....)

5. Pengkritik - Ada lelaki yang ringan mulut mengalahkan wanita dalam melempar kata cela tentang kekurangan orang lain di tengah khalayak ramai malahan selamba mengkritik kekurangan pasangan sendiri (cari nahas ni..). Anda mungkin merasakan diri anda sempurna tetapi anda perlu tahu, anda juga perlu mendengar kritikan orang lain. Mungkin ada kebenaran pada kritikan orang itu tentang kita. Jadi jangan takut pada kritikan bukan terus menerus mengkritik orang tetapi tidak dapat terima kenyataan kalau ada yang mengkritik kita. (Aku rajin juga mengkritik, sampai ada yang menggelarkan aku mulut laser suatu masa dahulu..hmm..kena muhasabah diri selalu..)

6. Ego - Elakkan bersikap ego kerana ia hanya sikap yang tidak disenangi oleh wanita. Memang lelaki dianggap memiliki perasaan ego yang kadangkala nya keterlaluan. Bagaimana pun ego boleh dikurangkan. Janji anda saling faham memahami dan bertoleransi di antara satu sama lain. (Sekali sekala kita kena rendah kan ego kita, untuk kebahagiaan bersama.)

Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian. Lelaki ke perempuan ke pada aku sama sahaja. Sikap kena jaga bukan cover. Kalau terlalu cover pun akan bahaya juga. Risau akan memakan diri kembali. Biarlah menjadi diri sendiri. Usah berpura-pura. Mana yang buruk tu sama-sama kita perbaiki! Yeyeh......Hidup ini perlu dinikmati, dipenuhi dengan kebahagiaan bukan penderitaan. Yezzaaaa..........





Tuesday, July 21, 2009

Terganggunya pembelajaran dalam kelas..

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah.....

Hm...my first posting was here..Sarawak....Miri...Bekenu. Aku ditugaskan sebagai guru kelas tahun 4 Bijak dan mengajar 28 waktu matematik bagi tahun 1, 2 dan 4. Memang aku mengajar matematik sahaja.

Dalam kelas tahun 4 Bijak ni, ada dua orang pelajar yang baru masuk. Sebelum ni tak pernah bersekolah. Alahai memang jenuh juga la. Sebab mereka tak ada basic. Nak kena pulun juga. Nama mereka Jinny dan Rocky. Jinny ni masih boleh tahan. Rocky ni langsung la tak leh nak beri perhatian walau dia sepertinya mencuba juga nak buat tapi kebanyakan cubaan dia gagal.

Pelajar tahun 1B pula...masuk pelajar baru bulan 1....tak pernah pra sekolah...kemudian bulan 6 pindah pula pelajar sekolah lain..masuk ke kelas ini...yang ni masih okay lagi....

Pelajar tahun 1C pula...bulan 7 ni...ada pula pelajar baru masuk. Bukan dari sekolah mana-mana. Tapi dari rumah dia. Memang tak pernah bersekolah kerana tak ada surat beranak. Apuuuu.....masa ni aku rasa terbeban lagi. Maaf ye tak sengaja rasa beban. Kasihan dengan pelajar ni dan juga cikgu-cikgu. Dia masuk dengan zero. ABC and numbers tak tahu..memang payah la...nak catch up dalam kelas...pembelajaran 7 bulan...tak terjangkau dek akalnya....

Aku merasakan, hal-hal macam ni satu gangguan. Di semenanjung memang jarang kes mcm ni kecuali betul-betul pedalaman kot. Di Sarawak ni memang ramai la budak2 yang tidak ada sijil lahir dan lewat daftar lahir. Sebab itu mereka tidak dapat masuk ke sekolah. Sebab tak ada sijil lahir. Bila dah dapat sijil lahir....umur pula dah meningkat. Tup-tup mak ayah hantar ke sekolah terus je masuk darjah 5 la...darjah 4 la....adoiiii......................

Memang banyak pihak akan rasa terseksa dengan keadaan ini. Tertekan...baik guru atau pelajar itu sendiri. Pada aku biar lah mereka ni lalui zaman pra sekolah dulu. Tak kira la umur tu berapa kan. Sistem dah menetapkan mcm ni. Kena lah ikut. Umur 12 tahun je kena duduki UPSR....So, kalau tahun ni umur 10 tahun, ha masuk terus darjah 4 walau tak tahu menulis dan membaca. Bunyi macam tak patut tapi itu yang terjadi....

Pelajar yang ketinggalan ini akan rasa stress sebab kawan2 lain dah jauh..dia masih lagi merangkak2. Bila menduduki ujian memang mereka ni lah yg disasarkan tuk mendapat result yang terkebelakang..kasihan dan sungguh kasihan....mcm mana nak jawab BM kalau membaca pun tak tahu. Baru kenal nombor. Macam mana nak jawab matematik kalau nombor pun masih kenal samar-samar....hmmmm........

Stress juga menghadapi keadaan ini. Macam mana ni??? siapa yang rugi??? siapa yang susah??? siapa yang bermasalah akan datang??? dan yang penting..siapa nak jawab persoalan aku ni.....???

Monday, July 20, 2009

Soal Kaji Selidik - Pengajaran dalam kelas


Hm..semalam aku telah menyediakan soalan untuk mendapatkan respon pelajar tentang subjek matematik dan cara pengajaran aku. Ini untuk kegunaan aku juga, menyelami apa yang dirasai oleh para pelajar aku sebenarnya. Idea ini aku ambil dari rakan seperjuangan aku juga yang kini mengajar di semenanjung, terima kasih ya akak....intan buat benda yang sama juga ni...hihi~

Saya suka subjek matematik : Kebanyakan pelajar menjawab mereka suka akan matematik. Hanya suku kelas yang tidak suka dengan matematik. Aku rasa jumlah ini agak besar juga. Ada beberapa respon yang melucukan.

Saya suka subjek matematik kerana..........
Antaranya menjawab sebab dapat mengira, boleh membuat operasi asas, dapat mengira dengan cepat dan sebagainya.

Saya tidak suka subjek matematik kerana...
Antaranya ia sangat susah, CIKGUNYA GARANG (take note ya intan), KERJA SEKOLAH YANG BANYAK. Hihihi...mcm mana kamu semua nak pandai kalau tak disusulkan dengan latihan. Hm....akan dipertimbangkan...

Saya suka cara cikgu matematik saya mengajar. (Ya atau Tidak) Ada yang jawab ya dan ada yang jawab tidak. (Ni mesti pelajar yang suka kena marah dengan aku ni...)


Saya suka dengan cara guru matematik saya mengajar kerana......
Cikgu sangat tegas, senang difahami, kadang-kadang suka berlawak di dalam kelas (aku ni pandai buat lawak ke??), berpakaian kemas dan cantik (hehe..cantik ni puji ikhlas ke tidak ni..), baik hati dan pandai mengambil hati.

Saya tidak suka dengan cara guru matematik saya mengajar kerana...
haha seperti yang ku jangka...CIKGU GARANG dan SUKA MARAH SAYA...hihihi...kasihan pula aku rasa. Kadang-kadang saya dimarah sebab saya selalu kata tak tahu. (memang wajar kena marah..)

Saya akan suka belajar matematik sekiranya guru matematik saya.....
TIDAK GARANG, TIDAK PEMARAH dan KURANG KERJA RUMAH.

Kesimpulannya.....AKU ADALAH GURU YANG GARANG! Hihi...memang di dalam kelas, aku adalah seorang yang garang. Sorry my pupils..tahun ni tahun untuk cikgu mencari-cari apa cara yang sesuai dan terbaik untuk kamu semua supaya belajar dengan bagus. Sayang aku dengan mereka ni. Cuma pendekatan aku masih belum sesuai. Hmm aku belum GAGAL..aku cuma belum ketemu jalan kejayaan..teruskan berusaha!!!

Sebenarnya banyak kaedah yang aku cuba aplikasikan, aku cuba mendekati mereka baik yang lemah dan pandai. Cuma aku masih lemah dalam mengatur dan mengawal kelas yang ada pelajar pandai dan lemah ni. Ada beberapa pelajar yang memang sangat lemah. Aku tak tahu apa yang bersarang dalam kepala mereka. Moga-moga sedikit demi sedikit akan ada perubahan positif dalam diri mereka. Tahun ni masih Tahun 4. Moga Tahun 6 nanti ada sinar kecemerlangan buat mereka.

Terima kasih aku ucapkan atas kerjasama yang telah mereka berikan. Insya Allah akan ada tindakan susulan....haha...cikgu GARANG.....kenapa lah sekolah tak buat anugerah cikgu GARANG ye...entah2 dapat kat aku....hihihi!~

Wednesday, July 8, 2009

Karnival Prasekolah Zon Utara

Lama aku tak update blog ni ya. Busy la. So di sini aku masukkan kisah Karnival Pra Sekolah peringkat Zon Utara. Pelajar Pra Sekolah kami ada yang terlibat/terpilih dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Action Songs. Acara lain diwakili oleh sekolah lain.

Dua malam kami berkampung di EASTWOOD VALLEY. Tempat ini memang cantik. Aku tak tahu pun kewujudan tempat ini di Miri sebelum ini. Chaletnya bagaikan terapung di atas air (kalau ada air la di bawah), kemudian ada Longhouse Chalet..memang rasa macam duduk rumah panjang la. Bahan asas pembangunan di sini adalah kayu...tu yang nampak cun je...Deluxe Suite pun okay juga. Nampak mewah..hmm....Actually tempat ni tempat Golf..memang ada padang golf. Ada Bar & Karaoke...agak luas la kawasan sini.

AKu agak kepenatan la. Sebab aku tak dapat pelepasan tuk sama2 terlibat, walau pun aku ni salah satu tenaga kerja melatih mereka masa pertandingan peringkat Subis. Aku tidur jak di tempat ini, dapat chalet khas..kebetulan ada tempat utk aku dan Anisah. So kami berulang la Bekenu - Miri. Demi minat dengan Pra Sekolah ni. Hihi...sanggup.....

Keputusan:

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu : Tempat pertama...Farhana akan ke peringakat negeri la. Ai VIP pun kenan dgn kecomelan dan kepetahan Farhana ni, mcm mana ni ye...

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris : Tempat kedua

Action Songs : Sagu hati, dengar cerita mereka menyanyi tidak jelas. Tak keluar suara, adakah nervous?? sebab pentas nya gah sangat???

Acara lain, akan kami usaha kan pada tahun hadapan!!! Berusaha!!


Beberapa shoot dari aku....

Pelajar action songs sedang berlatih..

Deluxe Suite..memang cun beb! Hehe parking Qistina sekejap..

Longhouse Chalet - memang panjang la, seorang satu katil budak-budak ni dapat. Best!

Farhana dan Mahirah (Gebu la Farhana ni..geram!!)

Dah make up..

Bilik tidur aku dan Anisah..wahh sorang satu katil! Best best!~

Pelajar pun seorang satu katil tapi katil kami lagi besar..hihi..

Kelab Golf...pertandingan Tarian diadakan di sini. Memang ballroom dia cun!!

Juara Zon Utara Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu..hihihi...

hm aku agak tersentuh juga la dengan beberapa kespontanan pelajar ini. Sebelum mula pertandingan pun dia dah menunjukkan keyakinan untuk bertanding. Tidak takut macam pelajar lain. Tidak malu. Pelajar ni bukannya pandai membaca tapi pandai menghafal dengan baik.

Cikgu: "Kamu yakin boleh tak Farhana?"
Farhana: "Bukan mereka sahaja yang boleh bercerita..saya pun pandai bercerita..."

Keyakinan tinggi budak ni. Bagus2....membuahkan hasil akhirnya..

Hall ini agak sejuk, makanya sebelum mula bercerita Farhana agak kekeringan tekak. Air mineral tak ada pula. Alahai....aku dah la sampai on time. Hm masa naik ke pentas, suara Farhana dah lain macam. Ehem-ehem para penonton, Farhana pun ehem ehem juga...akhirnya suara nya tidak la buruk lagi.

Bila turun dari pentas....

Farhana: "Cikgu...tak apa kan suara saya macam tadi...?"
Masa ni terkesima juga, budak ni tanya soalan macam tu. Hm dia alert dengan apa yang terjadi dan faham apa tanggungjawab yang dipikulnya. Memang la budak Farhana ni. Bijak berkata-kata. Takkan lah kita nak marah kan dia kan....hehe Tak apa la sayang.....

Hm......lepas ni kami akan ke Bintulu.....harapan pada Farhana!!!! Kena lebih grand ni!~