Tuesday, February 7, 2012

Murid Tahun 1 sesi 2012...

Alhamdulillah, tahun 2012 bermula dengan baik. Bebanan kerja macam biasa, sebagai guru kelas Tahun 1, memang banyak benda perlu diselesaikan. Selepas satu....satu kerja lain muncul. Setakat ini, alhamdulillah masih dapat menghadapi semua situasi dengan baik. Dan kawan-kawan sekerja pun banyak membantu. Di rumah Encik Suami pun banyak menghulurkan bantuan, meringankan tulang.

Insyirah Jazilah kini dah berusia 3 bulan, dengan berat 6.3 kg. Membesar dengan sihat anak ibu dan abah. Memang satu cabaran dalam membesarkan anak sendiri. Tiap-tiap detik dan saat tumbesaran Insyirah cuba dipotretkan. Hahaha...jangan marah ye si kecil, bila ibu kejap-kejap pegang handphone atau camera...^^ send to Tok Ayah and Mak Tuk. Hari-hari ada je gambar terkini Insyirah.

Di sekolah...badan pun dah ringan, tak macam tahun lepas, kenderaan muatan berat org kata. Jalan pun slow sahaja..tahun ni, laju kembali seperti biasa. Maklumlah guru tahun 1 memang terkejar-kejar ke sana sini.

Tahun ni, murid agak slow berbanding dengan tahun lepas, mudah-mudahan sebulan dua lagi mereka menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran. Telinga mereka ni ada sedikit masalah agaknya. Hahaha..sebab tak faham bila ditegur suruh diam, duduk di tempat sendiri, atur meja dan macam-macam la. Sabar sajalah...Mulut memang macam bertih jagung. Baik lelaki atau perempuan.

Dalam kelas aku juga, ada 6 orang murid tidak tahu ABC, tidak kenal huruf. Apa yang mereka buat di sekolah tadika??? Menyanyi lagu ABC memang sangat pandai, tetapi huruf tidak kenal. Apa guna mereka ke sekolah tadika atau pra sekolah? Buang masa? Bila masuk Tahun 1 di sekolah rendah, beban ini terpaksa dipikul oleh guru-guru Tahun 1. Sekurang-kurangnya kenal huruf A. Ini tidak, langsung tak kenal huruf dan pakai sebut ikut sedap mulut sahaja bila disoal. Memang naya....naya besar kepada budak ini juga serta guru yang mengajar. Harap lepas saringan LINUS, murid ini akan dimasukkan ke kelas yang sepatutnya supaya sesi pembelajaran mereka berbeza dan lebih diberikan perhatian oleh guru-guru LINUS nanti.

Ada dua orang murid seperti ada masalah pertuturan. Tidak dapat mengulang apa yang guru katakan. Tidak dapat menyebut dengan jelas. Pada pandangan mata kasar, ada beberapa murid boleh dikategorikan sebagai slow learner dan menghadapi masalah pembelajaran. Macam sesuai masuk ke Kelas Khas. Tapi bukan semua ibu bapa dapat terima keadaan ini kan. Pada mereka CACAT itu hanya pada FIZIKAL. Kasihan juga pada murid-murid ini. Mereka pun tak minta dilahirkan sedemikian tapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk memberikan kehidupan terbaik kepada insan sebegini.

Hasil daripada siasatan penyelaras Tahun 1, ramai murid tadika/pra sekolah hanya bersekolah sebulan dua. Kemudian langsung tidak datang ke sekolah sampai ke hujung tahun. Tapi dapat sijil sekolah juga...tak patut! Itu silapnya. Hm...patutnya ditetapkan kehadiran sebagai satu perkara yang WAJIB. Tidak boleh ponteng sesuka hati. Sepatutnya dijadikan, kehadiran itu sebagai salah satu syarat untuk menduduki peperiksaan. Kalau kehadiran tak bagus, tak payah menduduki peperiksaan dan tak payah naik tahun. Hahaha sampai tua la duduk di tadika kalau tidak berubah.

Ibu bapa sekarang banyak mengikut rentak anak-anak. Anak-anak sendiri yang menentukan mahu bersekolah atau tidak. SUKA HATI saja. Ada yang sampai kena paksa, meraung-raung, lari dari kelas, cuba keluar dari kawasan sekolah dan macam-macam. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?? Adakah kerana GURU GARANG?? SEKOLAH TAK SERONOK?? atau DIDIKAN IBU BAPA DI RUMAH?? Kalau guru tak garang, murid pijak kelapa..tapi setakat ni GARANG sahaja la, tak pula aku ni meluku kepala budak, menarik telinga mereka seperti beberapa org guru lakukan. Tak sampai hati! Aku hanya miliki suara yg besar dan kehebatan dalam membebel. Hahahaha....SAYA SUKA JADI CIKGU.

Zaman aku sekolah memang berbeza dengan sekarang. Dulu aku takut sangat dengan ibu bapa dan guru. Sekarang, ibu bapa sendiri dimarah (seorang anak memarahi ibunya seorang cikgu kerana ibunya lupa membawakannya buku teks DST). Kalau zaman aku dulu, berani marah/tengking2 ibu bapa?? Makan penampar la jawabnya...

Mudah-mudahan tugas aku sebagai guru pada tahun ini dipermudahkan. Dan ilmu yang diberikan sampai kepada anak-anak murid ku dengan jayanya dan mereka memanfaatkan sebaik-baiknya.

Saturday, February 4, 2012

Anak Batuk..Selsema..Steaming the 'Dr Nadir' style..

RUJUKAN ASAL

Steaming the 'Dr Nadir' style..

Hopefully gambar rajah di bawah senang lah utk difahami ye hehehe.....

ATTENTION:
Anak of course akan menangis cos tak selesa cos wap yang agak panas....kite as parent ni kene la berhati tabah (huhhu i kememe bab tgk anak sakit gini)..... tp bile tgk kahak n ingus yang kuar selepas itu and anak pon dpt tido lena afterwards...hati ibu pon rasa sgt lega ;)

Kalau anak selsema batuk....atleast 4 kali steaming

even anak tak selsema & batuk...atleast once a day...let say after steaming tu die batuk2, means ada kahak la dalam paru2, kalau tak batuk, means paru2 ok ;)

jadikan steaming tu rutin harian, u have nothing to lose pon (kata Dr Nadir)....

and don't forget to tepuk and sedut guna NA after steaming tau..... pg td after steaming Aqeef, tepuk and sedut..hamek ko ingus warna ijo....



Step 1: panaskan air dlm rice cooker, Dr Nadir suh buh vicks sket but i chose not to (sebab baca kat Vicks Baby Balsam tu die state that 'not to be heat in water, do not vaporized bla bla and so on)....bile agak2 dah nampak wap steam tu... hadapkan muka anak mcm gambar di atas, make sure pegang anak kuat2...guna bantuan suami anda jika perlu...cos air di bawah tu panas ye....meronta sket takut terjatuh pulak or tangan tercapai ke air panas tu...Nauzubillah ...oh ya steam up to 15mins ye...ni adalah process nak mencairkan kahak ye....kalau in the process tu, normally anak akan terbatuk and kahak akan keluar, normally die tertelan...takpe cos akan kuar from poo poo, bukan masuk ke paru2 semula...so dun worry...





Step 2: Mari menepuk... masa jumpe Dr Nadir...wah bunyi tepukan die sgt kuat..tp suprisingly tak sakit cos bentuk tangan tu...cupping method.... kalau tangan flat kite tepuk memang lah sakit....ok tepuk side sini....process ni adalah utk pecahkan kahak bg spread ye...buat dlm masa 2 ke 3 min...nak lama sket pon boleh


Step 3: Mari menepuk sebelah sini pulak






Step 4: Mari menepuk bahagian depan pulak ye....oh tp i tak seberani Dr Nadir, so tepukan tak berapa kuat la ye....see my anak menangis mintak dilepaskan tu...bukan sakit tersiksa ke apa ye (saya tak dera anak hehehe)



Step 5: Mari tepuk di sini pula......


Ok selesai tepuk2 tu..... kuar2 ingus anak i mcm belon...so guna nasal aspirator or ada yang sedut guna mulut utk menyedut keluar ingus2 tu ye..... saya sedut semalam tak sempat amek gambar lak,...hasil sedutan ingus tu pon suami saya dah cepat2 gi basuh NA tu while saya tgh pujuk2 anak after the steaming, tepuk and sedut process tu....ye la kene bgtau die kenapa ibu buat mcm ni.....


and then u'll have a happy baby...no more tersumbat idung, takde dah dada berombak masa bernafas..fuh lega..... mang fobia cos Aqeef Danial lahir2 tertelan ketuban so he have pneumonia, pastu ada history bronchitis pulak..... yang paling benci kalau admit to hospital, kene poke jarum kan and urat Aqeef susah nak cari pulak tu...cucuk tangan kanan, tangan kiri, tak jumpe jugak, turun ke kaki...tak jumpe jugak, ulang balik cari ke tangan...ohhh saya benciiiiii.... hopefully no more hospital for Aqeef Danial lah




Sunday, November 6, 2011

29 Oktober 2011 / 1 Zulhijjah 1432H / Sabtu


Di wad kanak-kanak......hari pertama kelahiran. Kuat juga menangisnya...

Hari kedua...dah dapat balik rumah...dapat ibu dan abah/tok ayah dan maktuk cium puas2.

Malam tadi tak tidur lena. Bukan kerana tidur di wad hospital tapi kerana berdebar2 menanti subuh. Dah tahu dah tarikh untuk bersalin.

6.30 pagi: Doktor panggil ke bilik rawatan untuk memeriksa bukaan jalan. Baru buka 3 cm dan doktor kata tidak perlu induce. Lega sikit la rasa hati. Orang kata kalau induce tu berganda2 sakitnya. Aku pun makan la apa yang mama bekalkansebagai bekalan tenaga.

8.00 pagi: Aku dah masuk bilik bersalin. Terbaring sendirian. Dalam hati tak berhenti2 membacakan ayat2 suci Al-Quran.

10.00 pagi: Doktor check bukaan masih sama, 3 cm lagi. Tak lama kemudian, nurse pun datang, masukla ubat air. Sejam pertama takla rasa sakit sangat. Aku siap terlena. Selepas itu, sakit pun datang....masya Allah, tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya.

1.30 petang: Doktor check bukaan 4cm. Masa ni memang sakit tu datang setiap 3 minit. Nurse menyabarkan aku. Tolong gosok belakang badan. Masa ni juga ada pesakit lain yang dah terjerit2, memang psiko. Aku kuatkan semangat. Aku tahan, sesekali aku mengerang kesakitan.

4.30 petang: Aku panggil nurse untuk check jalan. Memang dah tak tertahan. Nurse panggil doktor serta merta selepas mendapati jalan terbuka sepenuhnya dan rambut baby dah nampak di pintu kelahiran.

Saat yang mendebarkan. Aku mengalami low contraction. Malah, aku tak ada rasa sakit pun masa baby dah nak keluar ni. Bila tiada contraction, aku pun susah nak meneran. Boleh aku cakap dengan doktor..sekejap ye, saya fikir mcm mana nak meneran. Doktor dan nurse memang banyak membantu aku yang tiada pengalaman.

Dengan perkataan Allahuakbar, aku berusaha meneran...mengikut tips2 dan kata2 ransangan dari doktor dan nurse2 di sekelilingku. Bermatian2...bergeram2an....

5.03 petang: Alhamdulillah.....uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! Anak aku telah dilahirkan. Masa ni segala kesakitan hilang serta merta. Aku pun turut sama nak menangis. Ya Allah, bersyukur kepada Mu ya Allah di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. Nurse tanya, "Intan, anak apa ni?" sambil tunjuk kepada aku. "Baby girl..." aku tersenyum....

Selepas tu, terus aku tanya, "Nurse, boleh saya minum air banyak2? Saya dahaga...". Nurse jawab, "Boleh, selepas uri dikeluarkan..."

Sesi mengeluarkan uri pula. Mengambil masa juga sebab saiz uri besar. Masa ni juga aku dengar suara yang lain kata, "Baby sihatnya....4kg. Panjang/tinggi 61cm." Alhamdulillah....memang sihat anak aku.

6.00 petang: Sesi jahit menjahit. Alahai....sakit? Tak la sakit macam kena masuk ubat air tu. Tapi ngilu2 juga. Aku berzikir banyak2. Berlagu2...biarlah org nak kata apa...Masa ni nurse bawa baby datang jumpa aku...ciuman pertama ibu buat kamu sayang....

Lepas tu aku dapat minum banyak2...dan juga dapat makan. Terima kasih kepada nurse2 dan doktor di bilik bersalin Hospital Kangar, Perlis yang secara langsung dan tak langsung berkhidmat dengan baik pada hari itu.

10.00 malam: Keluar dari bilik bersalin. Mama dah siapkan makan malam aku. Makanan orang berpantang. Anak aku kena tahan wad untuk check up paras gula. Risau kot kandungan gula tinggi sebab dia lahir 4 kg.

Malamnya aku tidur tak lena, terasa ngilu2 lagi...terbayang2 perjuangan aku melahirkan bayi sulung aku......dan aku telah berniat untuk menamakan INSYIRAH yang bermaksud kegembiraan.

Terima kasih juga kepada mama dan ayah. Yang tak jemu2 menjaga dan melayan karenah aku. Kepada suamiku juga, kerana mendoakan yang terbaik buat kami berdua.

Paling penting....bersyukur ke hadrat Illahi....di atas kelahiran ini....dipermudahkan urusan semuanya. Sihat ibu dan anak.......^^,

Wednesday, October 19, 2011

Ketupat Sotong

'gambar ihsan google'

Bahan-bahan:
3 ekor sotong sederhana besar
100 g beras pulut
5 g halba
2 ulas bawang merah (hiris)
10 g halia (hiris)
100 ml santan pekat (guna santan dalam kotak)
gula dan garam

Cara Menyediakan:
1. Rendamkan beras pulut dengan santan lebih kurang setengah jam. Selepas itu, toskan.
2. Sumbat beras pulut ke dalam sotong dan cucuk hujung sotong dengan lidi. (cucuk ketat-ketat supaya tak mudah terbuka)
3. Selepas itu, masukkan santan pekat ke dalam periuk. Masukkan pula halba, bawang merah dan halia.
4. Masukkan sotong tadi (yang dah diisi dengan beras pulut). Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan sotong dan pulut di dalamnya masak. Api jangan besar sangat. Sederhana sahaja. Agak2 perut sotong tu kembung...gemuk...bulat, ha masak dah tu....

S E L A M A T M E N C U B A.....^^,

Resepi asal dari majalah Saji keluaran November 2011 - dah edit2 dgn perkataan sendiri..

Sunday, September 4, 2011

Isu Basi ke? Guru banyak buat kerja luar...

Merujuk kepada satu petikan/laporan/berita yang bertajuk "GURU KERJA LUAR SEMAKIN SERIUS, KEMENTERIAN PERLU KAJI.", Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
Hmm oleh sebab tiada data yang berkaitan, apa kata Prof ini menjalankan kajian yang berkaitan. Mana tahu hasilnya memberangsangkan dan boleh membantu kementerian mengambil tindakan susulan.

Tidak dinafikan memang ada di kalangan guru yang terlibat dengan kerja luar seperti MLM, berniaga kecil-kecilan, menjual pebagai barangan keperluan, menjadi dealer sana sini dan sebagainya. Selagi tidak mengganggu waktu kerja dan masih berusaha menjalankan tanggungjawab mengajar dengan baik, apa salahnya kan. Bukan mereka merompak, makan rasuah, mencuri dan sebagainya yang tidak elok.

Saya belum lagi terlibat dengan serius dalam mana-mana kerja sampingan. Belum ada masa walau kadang-kadang teringin juga untuk menambah pendapatan keluarga. Gaji seorang guru ni memang tak mewah tapi memadai untuk meneruskan kehidupan sederhana. Dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin naik, memang cukup-cukup makan la orang kata. Bolehlah untuk buat simpanan masa depan anak-anak sedikit. Sebab itu, ada guru yang mengambil peluang menceburi kerja luar bagi menambah pendapatan. Anak makin tahun makin bertambah. Kalau bujang, lain cerita cara belanja, yang dah berkeluarga, anak pula 4-6 orang, membantu mak ayah yang uzur di kampung dan macam-macam masalah lain la.

Memang ada yang teruja, obses dengan kerja luar sampai mengabaikan kerja sekolah. Ini perlu dipantau oleh ketua jabatan. Ketua jabatan perlu memerhatikan setiap guru di bawah seliaannya supaya melaksankan kerja dengan baik. Jangan ketua jabatan pun sama naik lemak. ^__^V

Cuba tanya dengan mana-mana guru, adakah mereka membelanjakan wang gaji mereka untuk kegunaan anak-anak murid mereka?? Jawapannya pasti ADA. Tidak ada guru yang tidak membelanjakan wang gaji mereka untuk kegunaan sekolah. Kos mencetak, kos alat tulis, kos menyediakan bahan bantu mengajar, kos memfotokopi, kos ke sana ke mari dan macam-macam lagi, semuanya ditanggung oleh guru itu sendiri. Satu kelas bukannya ada 2 orang pelajar dan sudah tentu bukan hanya satu kelas sahaja yang diajar. Apa yang ada di sekolah??? Di sekolah ada kerusi dan meja je ke?? huhuhu...(Penjawat awam lain ada ke membelanjakan wang gaji mereka untuk orang lain??)

Semenjak kerajaan mengurangkan peruntukan untuk kegunaan setiap sekolah, makanya guru-guru terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. Itu pun masih nak kata guru tak mengajar? Guru tak mendidik? Guru tak bekerja? Tahniahlah kepada guru-guru yang sanggup berkorban sebegini. Makanya kementerian pun perlu memerhatikan perkara mcm ni. Meminta guru melakukan itu ini tapi segala kemudahan dihadkan. Malah ditambah lagi dengan kerja-kerja pengkeranian yang tak pernah susut dari semasa ke semasa. Kerja guru bukan hanya di sekolah, balik rumah pun masih buat kerja. Semua hal nak di'online' sekarang ni. Siapa bayar line internet guru? Siapa sediakan komputer untuk guru? (Ini anak murid pula yang diberikan laptop, tak tahu pula tahap keberkesanannya atau membazir saja?). Guru pun ada keluarga, ada urusan peribadi sendiri, bukan 100% serah tubuh pada kerja-kerja di sekolah. Guru pun perlu memantau anak-anak, menjadi seperti ibu bapa lain dan macam-macam lagi lah.

Rasanya daripada orang luar dok mengata kerja-kerja guru ni, baik mereka mencari penyelesaian terbaik untuk kesejahteraan bersama. Dok mengata-ngata, memburuk-burukkan kerja guru ni memang tak sampai ke mana. Kalau rasa guru di sekolah tu dah teruk dan buruk sangat, jangan hantar anak ke sekolah berkenaan. Cari sekolah lain atau ajar anak sendiri di rumah. Ibu bapa pun pandai-pandailah mengatur dan mendidik anak di rumah. Jangan mengharapkan guru di sekolah semata-mata. Kalau anak tak pandai, jangan salahkan guru 100%, ambil cermin, tengok diri sendiri dan tanya pada diri sendiri, apa yang aku dah lakukan untuk kecemerlangan masa depan anak aku. Bukan hanya melepaskan tanggungjawab itu kepada guru dan sekolah semata-mata.

Walau apa pun cabaran hari ini, sebagai guru, kita hadapi dengan sebaiknya. Dengan perangai anak murid yang semakin nakal, kurang ajar, bebanan kerja, bebanan kos dan macam-macam. Buat yang terbaik, mudah2an diberkati dan diredhai. Kita buat apa yang perlu, dan tinggalkan apa yang tidak perlu. Sekian.....

*SAYA SUKA JADI CIKGU..


Thursday, September 1, 2011

KOREAN DRAMA: S P R | N G W A L T Z

Cerita apa ni? Hm cerita ini memang best. Tak rugi kalau layan dari episod 1. ^___^

Antara pelakon utama:
Jumlah episod: 20 episod

Sinopsis:
Semasa kecil Lee Su Ho telah ditinggalkan oleh bapanya di kampung halaman (sebuah pulau), kemudian Su Ho telah berkawan dengan Eun Young. Sampai satu masa, Su Ho dan Eun Young terpisah. Masa ni Eun Young sakit dan berada di hospital untuk menjalani pembedahan. Su Ho hilang tak dapat dikesan.

Beberapa tahun kemudian. Eun Young menerima hadiah melancong ke Austria. Di sini, Eun Young telah berjumpa dengan Jae Ha. Digelarkan lelaki ini Si Malang. ^___^ Bila berjumpa pasti tercetus perbalahan. Akhirnya masing-masing jatuh cinta. Tahukah...sedarkah bahawa mereka sememangnya ada chemistry antara satu sama lain disebabkan perhubungan yang terjalin sejak kecil. Sikit demi sedikit, kebenaran akan menjadi jelas.....

Selamat menonton! huhuhu

Bintang: 5/5 ^______^



Minggu 32-33

Alhamdulillah, dah 8 bulan lebih rupanya. Diam tak diam...celik tak celik...buka tutup mata....sedar-sedar dah lebih 32 minggu. Alhamdulillah...awak membesar dengan sihat. Insya Allah, sama-sama kita berdoa, moga kelahiran awak dipermudahkan. Sesungguhnya penyembuhan dengan izin tuhan adalah yang terbaik. Berdoa banyak-banyak.

Sekarang ni, nak tidur pun tak berapa nak lena. Awak dah aktif. Golek kiri, awak joget2...golek kanan awak menari2...hihihi..kadang2 rasa lucu juga. Nak pula bila tertonjol entah lutut awak ke...siku awak ke...tersengih2 sendirian tengok. Bagus2, maknanya awak aktif di dalam tu.

2 - 3 hari ni layan cerita korea. Awak punya la tak diam. Suka ya tengok pelakon2 korea yang hensem...hahahaha....bagus2...mana tahu nanti awak pun comel2 macam pelakon korea tu. Kulit gebus2....mulus2....hihihi

Sekarang ni menghitung hari nak pulang ke kampung halaman. Awak bersabar ye. Kita jejakkan kaki ke semenanjung dulu...jejakkan kaki di kampung dulu. Barulah awak siap2 untuk dilahirkan ye. Bersabarlah. Lagi beberapa minggu saja. Memang mama dan abah tak sabar menunggu kelahiran awak. Tak sabar nak cium awak...tak sabar nak dukung awak...tak sabar nak peluk awak. Selalu peluk anak orang lain je....

Insya Allah, moga semuanya dipermudahkan.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimeen!

"None has the right to be worshipped but You (O Allah)), Glorified (and Exalted) are You
(above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers."

Tuesday, July 5, 2011

Minggu 24

Hm diam tak diam dah 24 minggu baby mama membesar dalam perut ni. Sekejap je rasanya masa itu berlalu. Ini dah bulan 7. Sikit masa lagi, lahirlah kamu ke dunia yang penuh dengan cabaran ini. Insya Allah. Mama dan Abah doakan kamu membesar dengan baik, disempurnakan fizikal, berakal baik, dipermudahkan kelahirannya, dan ditetapkan iman ke dalam hati kamu. Mama dan Abah menantikan kelahiran kamu.

Tidur mama malam-malam terganggu, dek kamu yang bermain-main di dalam. Mama tak marah pun. Malah tertawa sendirian. Malah tertanya-tanya, apa yang kamu buat tu ya? Kamu lapar ke? Kalau lah dapat di'scan' on the spot. ^___^

Pengalaman mengandung adalah satu pengalaman yang indah. Walaupun pada awal trimester mengalami alahan, tapi itu semua bukan alasan untuk merungut, tetapi untuk menikmati kebesaran ciptaan tuhan ini. Saat kelahiran pula adalah satu proses lain yang perlu ditempuhi. Moga anak Mama dan Abah ini dilahirkan secara normal dengan mudah. Insya Allah....

Thursday, June 23, 2011

Perubahan sikap manusia hari ini.....*___*

Manusia pada hari ini semakin bersaing. Ekoran itu, ramai yang mengambil keputusan untuk sambung belajar sehingga peringkat yang tertinggi supaya terkeluar dari golongan yang majoriti. Ekoran itu, perubahan sikap juga terjadi kepada sesetengah manusia. Kalau dulu sama-sama ada degree....sekarang awak ada PHD...bukan setakat PHD pada taraf pendidikan awak, tetapi PHD pada sikap awak juga. (PHD aka Perasaan Hasad Dengki...)


Biasanya memang perempuan yang nampak jelas menghadapi situasi sebegini. Baru-baru ni seorang pelanggan A, mengadu nasib dengan tukang jahitnya...Katanya pelanggan B telah melukakan hatinya dek kerana dia memakai baju yang baru siap dijahit. Pelanggan B juga telah menelefon tukang jahit tersebut dan menyatakan rasa tak puas hatinya sebab pelanggan A dapat pakai baju baru. |hahahaha......memang mcm perangai budak-budak| Tukang jahit menjelaskan, pelanggan A tu, setahun 3 pasang sahaja dia buat baju, berbanding dengan pelanggan B, lebih 20 pasang setahun. |Pelanggan A dan B bekerja satu pejabat......|

Anehkan! Kerana baju baru, sanggup nak cemburu. Pelik! Memang semakin lama nampak la sikap pelanggan B ini yang phd kuat. Sebelum ni dia pakai kereta Toyota V, kemudian tukar kepada Toyota A. Katanya ramai sangat orang pakai Toyota V sebab tu dia tukar kepada yang lebih mahal lagi. Hahahaha....alasan memang tak menahan telinga....iihihihihi....manusia2.....

Tambahan lagi, kain-kain pasang si B ni, mana ada beli yang murah-murah. Harga semua ratusan ringgit. Sepasang RM150-RM500. Tak ada la nak pakai yang cikai-cikai orang kata. Mana boleh beli yang biasa-biasa, nanti tersama dengan orang lain. Mana ada kelassss..........Manusia-manusia....kenapa teruk sangat sampai ke tahap ini. |Penulis tak kisah pun baju sama...^^ Pernah jumpa orang pakai baju sama corak dulu, penulis punya warna hijau, orang tu punya warna biru. Kami sama-sama tersengih sahaja bila perasan baju kurung kami sama corak....he.....|

Makanya, selalulah kita check hati kita. Elakkan dari Phd ni. Tak elok untuk kesihatan juga sebenarnya.


Hm, bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini.


Alhamdulillah. Selalu kita ucapkan di atas segala nikmat yang telah tuhan kurniakan kepada kita. Tetapkan hati kita supaya tidka menjadi insan-insan yang bersikap Phd ini. Mungkin pada hari ini kita nampak kita mewah, senang tetapi tidak ada jaminan untuk esok hari sebenarnya.

Wallahualam......

Berusaha yang terbaik untuk kebaikan sejagat.....



Wednesday, June 15, 2011

Guru Perlu Ada Ilmu Psikologi...

Link: Guru Perlu Ada Ilmu Psikologi

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata cara didikan pelajar masa kini tidak boleh dilakukan secara semberono tanpa disuntik elemen tertentu yang boleh ‘mematahkan’ sikap degil pelajar.

Memang tak boleh dilakukan secara semberono. Memang perlukan pendekatan yang bersesuaian. Tapi, dek kerana bebanan tugas seorang guru yang makin hari makin meningkat, dapatkah guru memberikan fokus yang baik untuk menyuntik elemen yang dimaksudkan. Pada pendapat saya, guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Guru kaunseling wajib ditempatkan di setiap sekolah dan merangka program-program yang bersesuaian dengan peredaran masa. Guru kaunseling bukan perhiasan atau sekadar ada di sekolah. Hari ini, mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam mematah sikap degil pelajar.

“Melihat rentak sebilangan pelajar hari ini, memang menakutkan kerana mereka sangat ekstrem hingga mampu melahirkan keberanian tanpa batasan.

Tidak dinafikan, pelajar hari ini sangat ekstrem, sanggup melakukan apa saja. Mereka tidak memikirkan kesan jangka masa panjang dek kerana perbuatan mereka. Apa yang menjadikan mereka ekstrem? Kejam? Berani tak bertempat? Banyak pengaruh sekeliling seperti tayangan cerita-cerita berunsur ganas di TV, di panggung wayang dan sebagainya. Hari ini, kita tengok la di panggung, berapa banyak cerita ganas disiarkan? Orang Melayu sendiri yang buat cerita macam tu. Memang setiap cerita ada pengajarannya yang tersendiri. Tapi adakah pengajaran itu sampai kepada penonton? Ada yang menganggap ia hiburan semata-mata. Apa perasaan anda sebagai guru atau ibu bapa bila anak murid menjerit, LU LANGSI LU MATI.....!!! hmm..........

“Ada kalanya, masyarakat suka menyalahkan guru dan sekolah kerana tidak bertindak namun kesalahan itu tidak wajar diletakkan pada bahu golongan terbabit semata-mata.

Hmmm..memang ini yang terjadi. Cara mudah...ibu bapa menyalahkan guru atau sekolah jika anak mereka tak ketahuan. Sedangkan tanggungjawab mendidik bukan hanya tanggungjawab guru, malah IBU BAPA adalah manusia paling penting dalam mencorakkan generasi kelahiran mereka.

“Masyarakat perlu akur, senario pendidikan sekarang terlalu banyak ‘pantang larang’ hingga menyukarkan segala tugasan yang ingin dibuat.

Banyak kekangan, tiada apa yang boleh dilakukan. Silap cara, silap kata, walau satu perkataan, boleh menerima kesan yang berpanjangan. Jadi, untuk keselamatan, tindakan apa yang terbaik selain membiarkan sahaja. Sekadar memberi teguran. Bukan semua orang mampu menerima teguran dengan positif. Tegur dengan cara baik pun belum tentu memberikan jaminan ia berkesan untuk menginsafkan seseorang, malah mungkin menyebabkan berlakunya masalah lain.

“Namun, itu bukan alasan mereka tidak mengambil tindakan cuma caranya saja tidak bersesuaian dengan jiwa pelajar,” katanya mengakui guru hari ini perlu belajar cara terbaik untuk menakluk tentangan pelajar.

Cara apa yang bersesuaian? Tolong beritahu kepada kami yang tak tahu ni. Maklumlah, bila bebanan kerja semakin bertambah, otak tak daya nak memikirkan apa cara yang bersesuaian. Bila tubuh dah penat dengan komitmen lain yang banyak, memang tak dapat nak berfikir dengan baik. Mungkinkah guru kaunseling dan guru displin boleh duduk semeja memikirkan tindakan yang bersesuaian.

“Malangnya, ramai guru terlupa hingga menyebabkan pelajar melihat hukuman itu seolah-olah misi ‘balas dendam’ dan melepaskan perasan benci hingga menjadikan mereka terus memberontak.

“Berdasarkan pengalaman dan kajian, saya percaya jika guru pandai menggunakan budi bicara, pelajar boleh menerima dan mampu diubah. Cuma tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku sekelip mata sebaliknya perlu berterusan dan disertai doa,” katanya.

Tidak semua orang mampu menggunakan budi bicara untuk menyelesaikan masalah. Teknik budi bicara yang berkesan ini kadangkalanya adalah satu anugerah. Tak semua orang memiliki anugerah itu. Kalau semua mampu menggunakan budi bicara dalam menyelesaikan masalah, tak perlu ada undang-undang pada hari ini. Masalah pelajar hari ini langsung berbeza dengan masalah pelajar dahulu. Pelajar sekarang mudah memberontak dan cepat marah serta lebih kreatif dalam melakukan kejahatan. Pelajar dah berani mengebom di kawasan sekolah, berani tumbuk guru, itu belum dikira dengan kata-kata makian dan hinaan terhadap guru, merosakkan harta benda guru dan sebagainya. Dapatkah budi bicara menyelesaikan permasalahan yang sebegini? Dari awal tahun hingga kini pertengahan tahun, tidak membuat latihan, acapkali ditegur tapi bagaikan mencurah air ke daun keladi, apakah budi bicara yang sesuai bagi menyelesaikan masalah sebegini?

Faktor penyumbang masalah disiplin pelajar:

  • Kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa pada era globalisasi kerana lebih mengutamakan kerjaya hingga lupa tanggungjawab mendidik anak.

  • Ini jelas, ibu bapa sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Zaman dahulu, hanya bapa yang keluar bekerja. Zaman sekarang menuntut ibu dan bapa sama-sama keluar bekerja dek kerana harga keperluan semakin meingkat dan kos kehidupan semakin tinggi. Nak tak nak, mesti bekerja untuk mendapatkan pendapatan menyara keluarga.

  • Kemunculan media massa serta sumber bacaan tanpa batasan hingga menyebabkan pelajar ingin meniru dan mencuba.

  • Media massa semakin hari semakin tak berfaedah dan banyak memberikan pengaruh yang tidak baik. Terutamanya media hiburan baik dari segi pakaian, moral dan sebagainya. Pelajar mudah meniru dan mencuba, apabila ditegur akan menimbulkan konflik.

  • Pengaruh rakan sebaya kerana menganggap rakan sebagai rakan sebenar lantaran ibu bapa sukar meluangkan masa untuk mendengar atau berdampingan dengan anak.

  • Banyak masa dihabiskan dengan rakan sebaya. Malah jelas dan nyata ada anak yang memenangkan kawan sendiri dan sanggup bertengkar dengan ibu bapa kerana kawan. Situasi ini memang memberikan kesan yang tidak baik sekiranya kawan itu bukan kawan yang baik. Sanggup bergadai kerana kawan. Oleh itu, didikan awal dan corak kepimpinan keluarga perlu diterapkan sejak kecil lagi.

  • Kegagalan pihak sekolah untuk bertindak pantas dan telus kerana ada sebilangan cuba merahsiakan masalah disiplin yang berlaku.

  • Kalau nak dibongkarkan semua, lain jadinya nanti. Memang ada sesetengah isu yang dirahsiakan.

  • Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai atau menarik hingga pelajar lebih gemar menghabiskan masa di tempat tidak berfaedah.

  • Memang banyak program yang boleh dilakukan, tapi dek kerana kekangan kewangan, tenaga pekerja dan masa. Bagaimana nak melakukan aktiviti yang menarik di sekolah jika tidak ada peruntukan? Sedangkan aktiviti ko-korikulum pun ada pelajar yang memberikan alasan ibu bapa saya tak dapat hantar saya sebagai alasan tidak hadir. Siapa yang nak melaksanakan semua program tersebut kalau bukan guru? 24jam guru bekerja. Dalam tidur pun boleh termimpikan kerja. Kalau tiap-tiap hari diadakan program selepas sekolah, memang kelesuan jadinya.

    Masalah displin pelajar hari demi hari memang semakin membimbangkan. Apa yang mampu kita lakukan dalam ruang yang terhad ini? Apa yang boleh dilaksanakan dengan kekangan undang-undang pada hari ini?

    Semua pihak memainkan peranan yang sama banyak dan sama penting. Bukan hanya pihak guru atau pihak sekolah sahaja, malah masyarakat perlu bekerjasama dalam membendung permasalahan begini. Didikan awal memberikan kesan kepada tumbesaran pemikiran seseorang. Terlalu ramai ibu bapa bertindak sebagai penyelamat apabila anak melakukan kesalahan. Dan kebiasaan ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada perkembangan anak-anak.