Saturday, May 29, 2010

Dah ready ke???


Hmm kalau orang tanya dah ready ke?? dah siap ke?? sampai mana dah persiapan?? aku pun tak tahu la nak jawab macam mana...Hm....aku buat la mana yang boleh aku buat...sendiri dengan mama kami buat bersama.

Mana ada adik perempuan atau sepupua tau kawan yang nak membantu dalam masa mcm ni...nanti dah nak dekat2 nanti ramai la kot. Tapi tak harap pun. Buat mana yang termampu. Jangan susahkan org..nanti terungkit pulak......huhuhuhu........

tapi sempat lagi aku ni bermain Fb. haha mana boleh tinggal komputer. Mesti nak kena layan juga....wahib..tak lengkap hidup ku hari tu kalau tak buka komputer. Eekekkeke ni bila lappy getting prob...macam insaf sekejap kot!¬ la la la la la.....

k sambung buat keje..siap kan apa yg patut!¬ mengamuk cik zah nanti!¬

Friday, May 28, 2010

CIKGU INTAN nak kawen??

Hm.....tak lama lagi..beberapa hari sahaja. Cik intan nak berkahwin?? memang tak sangka, tak jangka, malah takde dalam perancangan pun sebenarnya. Semua bagai kan on the spot. Jemput hadir la semua.

Alamat:
No.8, Jalan Tiga,
Taman Aman Bintong,
01000 Kangar, Perlis.

Tarikh: 10 june 2010 (khamis)















Doakan kebahagiaan kami ya.....

Saturday, May 22, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan....

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Wednesday, May 5, 2010

Lawak: Kreatif seorang pelajar..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

* copy dari somewhere...alamak....kalau la benar tulis mcm ni..Memang rosak karangannya...aisehh!~

Lawak: Kisah 3 org doktor..

Di sebuah hospital, ada 3 orang doktor yang bersahabat baik. Mereka bertiga sentiasa bersama-sama sejak dari zaman belajar di universiti lagik.
Kesetiaan dan semangat setiakawan mereka bertiga memang diakui oleh semua staf-staf yang ada. Setelah sekian lama, masing-masing telah menjadi doktor pakar dalam bidang yang berbeza..

Pada satu ketika, seorang dari mereka telah meninggal dunia. Dek kerana khidmat yang cemerlang yang telah diberikan,
maka Doktor A telah diberikan penghargaan khas, iaitu dibina sebuah tugu untuknya. Oleh kerana beliau Doktor pakar
dalam bidang mata, maka tugu berbentuk mata dibina berhampiran dengan tempat beliau disemadikan...

Tidak lama kemudian, Doktor B pula meninggal dunia. Oleh kerana Doktor B seorang pakar jantung, maka tugu berbentuk
jantung dibina berhampiran kuburannya, sepertimana yang dianugerahkan kepada Doktor A....

Selepas selesai majlis pengebumian Doktor B, para hadirin telah terperasan yang Doktor C kelihatan begitu sugul sekali.
Salah seorang daripada mereka cuba menenangkannya...
"Doktor, kami tahu Doktor memang bersahabat baik dengan kedua-dua arwah.. tapi ajal mereka dah tiba. Ini adalah takdir."

lalu Doktor C menjawab...
"Aku tahu memang ajal mereka. tapi bukan sebab itu aku bersedih... "
"Aku risau selepas aku mati nanti, satu tugu dibina berhampiran dengan kubur aku..."

"Aku kan PAKAR SAKIT TUAN!!!"

Monday, May 3, 2010

Kisah ini hari....

Ainina: "Cikgu, cantik la cikgu hari ni..."

cikgu: (kembang kempis kembang kempus....)

Ainina:"Cikgu, muka cikgu macam Ain AF la...cantikkan Ain tu...."

Farah:"Memang la Ain tu cantik. Tapi cantik lagi Teacher Intan."

cikgu:"Ada2 je la kamu ni...." (gelak2 gedik.....)

Hahahaha......memang lucu la mereka ni. Sedap bahasa mereka. Kena puji ngan anak murid, mana sempat dah nak marah2 mereka....hehehe.....bleh diamalkan selalu ek....siapa tak suka kena puji kan......lalala mula la nak P E R A S A N ni......jeng2......

Wednesday, March 31, 2010

Sad......???

Sedih?? apa kisahnya....

Hari ni aku ke kedai makan...niat nak menjamu selera...kemudian bertemu dgn seorang kawan. Sapa lah dia ni....ntah mcm mana, tiba-tiba dia cakap, "Intan KENJA...". dia sambung lagi, "Ooo kenja ek nak ke Bintulu hujung minggu ni...". Dengan automatik juga mood aku berubah. Sakit hati sekejap. Kenapa nak kata aku mcm tu....???? . Dah la depan kawan dia. Isteri kawan dia pun ada......mana la mulut aku tak panasss je nak sound ni.

Memang hilang selera nak makan. Aku minum air je sambil msg mmber konon nak hilang kan rasa terkejut kena sapa mcm tu. Kemudian dia ulang lagi. Aku memang hangin la....

"Maaf ye...aku datang kedai ni nak makan. Bukan nak dengar ko kata aku itu aku ini...." Berubah muka dia....

Balik rumah, mengadu dengan akak, sambil menitis air mata....hahahaha itu makna nya geram aku dah naik ke kepala..singgah kat mata...tu yang merembes air mata. Tahan marah memang jadi mcm tu. Adoyaiiii@~

Aku tahu dia bergurau. Tapi salah tempat..salah waktu....dengan org lain sesuai la kot ko gurau2 macam tu tapi dgn aku tolong la....niat aku nak sapa ko baik2....nak cakap elok2....ko dengan bersemangat cakap aku macam tu. Perkataan tu buat aku macam hina je bunyi nya....

Hm....aku dah maafkan dia....aku pun minta maaf sebab cakap dia bongok dan sengal! hahahaha....siapa mulakan dulu kan kan kan kan....

-TAMMAT-

Thursday, March 11, 2010


Apa cerita pelajar tahun 2010 ni??
Hmm tak tahu nak cakap macam mana, nak digambarkan bagaimana.
Ini apa yang aku lihat dan aku rasai sendiri. Mana-mana guru pun akan mengatakan pelajar sekarang sangat beruntung disediakan pelbagai kesenangan, didedahkan dengan pelbagai kemudahan. Tidak seperti zaman-zaman kita bersekolahan dahulu. Bukan nak kata zaman kita sekolah dulu sangat daif. Tidak...cuma memang keadaan berbeza dan hasilnya sekarang pun, yang ada depan mata aku ni la....tak sebaik mana la peratusannya.

Apa yang aku lihat??
apa yang aku nampak, ibu bapa memang sayangkan anak2 mereka. Kalau hantar ke sekolah tu memang pimpin sampai ke kelas...siap bawakan beg ke kelas. Bukan pelajar tahun 1 je ni...dulu sekolah pun aku tak dilayan macam tu. Tapi masih rasa ayah sayangkan aku. Tak macam sesetengah ibu bapa sekarang. Sayang sangat2 sampai kan tak sedar anak tu tahap pelajaran mereka macam mana. Pandai membaca ke tak, pandai mengira ke tak, pandai menulis ke tidak...kerja sekolah siap ke tidak...hm......
Memang perkara sebegini aku lihat ada sikit longgar dalam institusi kekeluargaan. Apa yang sesetengah ibu bapa ni nak tahu, hanyalah anak mereka ke sekolah dengan selamat dan balik dengan keriangan tanpa sedar kepala anak tu kosong.

Memang tanggungjawab di sekolah dipikul guru. Guru mengajar...mendidik??? oh tidak!! zaman sekarang, guru MENGAJAR semata-mata pada pendapat aku. MENDIDIK?? tidak sama sekali boleh dilakukan dengan baik. Mana taknya, tegur pelajar sikit, cikgu dah kena sound dengan ibu bapa, apatah lagi kalau kena pukul, kena rotan, denda dan sebagainya. mana ada guru nak denda budak sesuka hati mereka. Saja-saja nak denda. Kalau itu tak boleh, ini dah boleh, memang anak murid zaman sekarang senang banyak la. Dah tu, kalau anak tak pandai-pandai juga jangan nak salahkan guru 100%. Konon tak pandai mengajar. Sedang ibu bapa pun tak pandai nak didik anak. Almaklumlah, guru hanya MENGAJAR, melaksanakan P&P sahaja. Nak lebih2 takut pulak termarah pelajar, terpukul pelajar...kang esok nya sampai mak bapak dengan para wartawan dan paparazi yang ntah apa-apa.

Tahap respect pelajar kepada guru juga semakin menipis. Pelajar kurang respect dengan cikgu sendiri, kalau berselisih dgn mana-mana cikgu, mana nak ucapkan salam dah. Selamba je lalu sebelah cikgu, siap boleh berlari-lari malah ada hampir melanggar cikgu. Memang tak sama macam zaman kita sekolah dulu. Memang tak sama......

Pembentukan peribadi dan sahsiah pelajar kini terganggu. Mana yang ibu bapa berikan perhatian sewajarnya, memang berhasil baik. Mana yang ibu bapa jenis tahu backing anak sahaja tapi tak penah amik tahu apa puncanya, memang anaknya tak berapa nak menjadi. Kebanyakan macam tu la. Ibu bapa action semacam, anaknya tak seberapa pun. Apabila ibu bapa datang marah-marah dengan guru, makanya secara automatik, pelajar ini akan kurang respect. "Suka hati aku lah nak buat apa, kalau cikgu marah aku mengadu je la dengan mak. Biar mak marah cikgu pula." Memang ada hal sebegini. Memang ntah apa-apa.

Susah...susah...kalau berterusan macam ni.
Apa nak jadi?? Jangan salahkan guru kalau guru MENGAJAR semata-mata. Tak dapat la nak MENDIDIK, kalau tegur kesalahan anak murid pun menjadi isu yang besar. Sampai digembar gemburkan satu Malaysia.


Sekian, terima kasih.



Saturday, February 20, 2010

Surat Untuk Ayah...

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

——————————————————–

Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.
Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2
ganas ditubuhnya..

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua). Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang
sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya……

—————————

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .


PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis di atas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada di rumah jiran sebelah jer… ..

Wednesday, February 17, 2010

Lepak Di Miri dengan geng Baram...CNY!

Salam...wahh meriah ye mana-mana skul yang cuti seminggu. Aku ni cuti 4 hari je tapi full booked. Haha....hari sabtu aku dah ke Miri...Lepak dengan Cikgu Mazni.
Memang meronggeng sakan dengan team kaya2 ni. Memang ceria masing-masing. Release tension sementara cuti masih ada.

Antara aktiviti yang dilakukan:

1. Main bowling - score aku memang ntah apa2. hahaha...asik 9 jek! Pin satu lagi tu aku rasa dah kena jampi la....

2. Tengok wayang - aku tanya la cite mende mereka beli ni...dijawabnya 14 BEDAY! gitu la gaya bunyi nya. Aku pun pelik. Bajet cite Valentines...sekali masuk tgk cite cina...sedap gak la, 14 BLADES ngupernye.....omg!

3. Karaoke - Juara karaoke telah la abg fendy!!! GERAM GERAM GERAM...haha ada ke nyanyi lagu geram. Memang sempoi lagu ni. Caya lah~! Cikgu-cikgu Baram memang pandai menyanyi....cool!~

4. Jalan-jalan - Lepak pantai, mengurat sana sini, diurat org juga. Hehe...

Lokasi penggambaran memori:
Luak Esplanade
Taman Buaya
Taman Awam Miri
The Grand Old Lady
Tanjung Lobang
Marina Bay
Padang Golf di Kg Melayu
Jeti Kuala Baram

Antara shoot dari kami:

Marina bay

Marina bay

Luak Esplanade

Marina Bay

Marina Bay

Pantai nak ke Kuala baram

Taman Buaya
Marina Bay
Padang Golf Kg Melayu
Padang golf di Kg Pulau Melayu