Saturday, March 7, 2009

MSSR Miri - 3 Mac 2009

Kontinjen Subis, Miri-Bakong dan Baram



Pada 3 Mac 2009 telah berlangsung MSSR Peringkat Daerah di Miri. Terdapat 3 bahagian yang terlibat iaitu Subis, Miri-Bakong dan Baram. Kalau ikutkan rekod memang lah secara keseluruhannya Subis akan menduduki tempat ke tiga. Aku secara bertuah lah kononnya telah dilantik menjadi salah seorang jurulatih untuk program ini. Memang 4 hari aku tak masuk ke kelas tapi aku ada tinggalkan kerja sekolah untuk pelajar kelas aku. Alahai macam rugi juga tidak dapat masuk ke kelas lama-lama. Terjejas P&P aku.

Kontinjen Subis



Salah seorang pelajar SK Bekenu, sekolah aku lah tu, namanya JINNY telah mendapat pingat emas dan berjaya pecah rekod dalam acara lompat jauh. Jinny merupakan anak murid aku, kelas 4 Bijak. Dia ini memang tidak pernah ke sekolah sebelum ini. Kira tahap satu dia tersia-sia macam tu sahaja. Jinny memang ada potensi untuk melompat lebih jauh dan dia memang memerlukan latihan intensif untuk gilap kan bakat terendam dia tu. Hihihi...Untung Ada JInny!!

JINNY OH JINNY (pakai topi)



Walau pun aku lelah, penat dengan aktiviti macam ni, aku rasa enjoy juga. Dapatlah aku berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sekitar Subis khususnya. Berjumpa dan berkenalan serta bermesra dengan pelajar yang pelbagai kaum, ada Iban, Penan, Kedayan, Melanau, Kayan, Kelabit dan sebagainya.

Insya Allah tahun hadapan kita berjumpa lagi. Dengan semangat baru dan rekod baru. Mudah-mudahan...amin...

No comments: