Thursday, March 11, 2010


Apa cerita pelajar tahun 2010 ni??
Hmm tak tahu nak cakap macam mana, nak digambarkan bagaimana.
Ini apa yang aku lihat dan aku rasai sendiri. Mana-mana guru pun akan mengatakan pelajar sekarang sangat beruntung disediakan pelbagai kesenangan, didedahkan dengan pelbagai kemudahan. Tidak seperti zaman-zaman kita bersekolahan dahulu. Bukan nak kata zaman kita sekolah dulu sangat daif. Tidak...cuma memang keadaan berbeza dan hasilnya sekarang pun, yang ada depan mata aku ni la....tak sebaik mana la peratusannya.

Apa yang aku lihat??
apa yang aku nampak, ibu bapa memang sayangkan anak2 mereka. Kalau hantar ke sekolah tu memang pimpin sampai ke kelas...siap bawakan beg ke kelas. Bukan pelajar tahun 1 je ni...dulu sekolah pun aku tak dilayan macam tu. Tapi masih rasa ayah sayangkan aku. Tak macam sesetengah ibu bapa sekarang. Sayang sangat2 sampai kan tak sedar anak tu tahap pelajaran mereka macam mana. Pandai membaca ke tak, pandai mengira ke tak, pandai menulis ke tidak...kerja sekolah siap ke tidak...hm......
Memang perkara sebegini aku lihat ada sikit longgar dalam institusi kekeluargaan. Apa yang sesetengah ibu bapa ni nak tahu, hanyalah anak mereka ke sekolah dengan selamat dan balik dengan keriangan tanpa sedar kepala anak tu kosong.

Memang tanggungjawab di sekolah dipikul guru. Guru mengajar...mendidik??? oh tidak!! zaman sekarang, guru MENGAJAR semata-mata pada pendapat aku. MENDIDIK?? tidak sama sekali boleh dilakukan dengan baik. Mana taknya, tegur pelajar sikit, cikgu dah kena sound dengan ibu bapa, apatah lagi kalau kena pukul, kena rotan, denda dan sebagainya. mana ada guru nak denda budak sesuka hati mereka. Saja-saja nak denda. Kalau itu tak boleh, ini dah boleh, memang anak murid zaman sekarang senang banyak la. Dah tu, kalau anak tak pandai-pandai juga jangan nak salahkan guru 100%. Konon tak pandai mengajar. Sedang ibu bapa pun tak pandai nak didik anak. Almaklumlah, guru hanya MENGAJAR, melaksanakan P&P sahaja. Nak lebih2 takut pulak termarah pelajar, terpukul pelajar...kang esok nya sampai mak bapak dengan para wartawan dan paparazi yang ntah apa-apa.

Tahap respect pelajar kepada guru juga semakin menipis. Pelajar kurang respect dengan cikgu sendiri, kalau berselisih dgn mana-mana cikgu, mana nak ucapkan salam dah. Selamba je lalu sebelah cikgu, siap boleh berlari-lari malah ada hampir melanggar cikgu. Memang tak sama macam zaman kita sekolah dulu. Memang tak sama......

Pembentukan peribadi dan sahsiah pelajar kini terganggu. Mana yang ibu bapa berikan perhatian sewajarnya, memang berhasil baik. Mana yang ibu bapa jenis tahu backing anak sahaja tapi tak penah amik tahu apa puncanya, memang anaknya tak berapa nak menjadi. Kebanyakan macam tu la. Ibu bapa action semacam, anaknya tak seberapa pun. Apabila ibu bapa datang marah-marah dengan guru, makanya secara automatik, pelajar ini akan kurang respect. "Suka hati aku lah nak buat apa, kalau cikgu marah aku mengadu je la dengan mak. Biar mak marah cikgu pula." Memang ada hal sebegini. Memang ntah apa-apa.

Susah...susah...kalau berterusan macam ni.
Apa nak jadi?? Jangan salahkan guru kalau guru MENGAJAR semata-mata. Tak dapat la nak MENDIDIK, kalau tegur kesalahan anak murid pun menjadi isu yang besar. Sampai digembar gemburkan satu Malaysia.


Sekian, terima kasih.



2 comments:

Anonymous said...

nice blog, salamm kenalan,

intan_has said...

salam kenalan dari saya juga....siapa ye??