Friday, April 1, 2011

Kasihan dia....Dugaan untuknya......

Apa yang berlaku memang ketentuan tuhan. Teringat kali pertama berkongsi berita gembira. Apabila doktor mengesahkan dia mengandung....dan sebulan kemudian doktor mengesahkan saya juga mengandung. Sama-sama kami terenyum kegembiraan. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Sama-sama juga kami berkongsi tips, maklumla teman ini sudah ada satu anak, sama-sama juga berkongsi pengalaman, nak pula saya pengalaman pertama.

Semalam, saya tidak nampak 'teman'. Sakitkah? Atau ada urusankah? Pertanyaan itu terbiar sepi dalam hati kerana banyak kerja lain perlu diselesaikan.

Hari ini, 'teman' datang. Dengan langkah yang lemah, muka yang tidak berseri. Lalu saya bertanya, adakah semalam 'teman' cuti? Ya, saya MC katanya. Kamu tidak sihatkah? saya bertanya lagi.

Lalu dengan genangan air mata 'teman' memulakan cerita. Tersentuh rasa hati. Sayu juga. Puas menahan air mata...kasihan 'teman'. Anak yang sepatutnya berusia 14 minggu kini, telah tiada. Hampir 4 minggu anak itu telah pergi. 'Teman' menangis. Tapi gagah untuk berkongsi apa yang dirasa. Ini bukan kali pertama, tetapi sudah masuk kali ketiga. Kecewa? Sudah pasti. Sedih? Memang nyata. Inilah qada' dan qadar tuhan.

Kenapa ia terjadi? Apa puncanya? Itu persoalan yang bermain di fikiran. Doktor menjelaskan kepada 'teman' ada beberapa kemungkinan. Pertama, diabetes ('teman' tiada diabetes). Kedua, jangkitan kuman dalam rahim. Ketiga, ketumbuhan. Doktor mensyorkan 'teman' menjalani pemeriksaan darah, untuk mengenalpasti apa punca sebenarnya. Risau jika ada penyakit lain.

Kepada 'teman', saya mendoakan 'teman' sekeluarga tabah dalam menghadapi situasi ini. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Diharapkan pemeriksaan lanjutan akan memberikan keputusan yang baik. Saya sentiasa mendoakan 'teman'.

No comments: