Friday, February 17, 2012

Merapu Meraban.....



SENTAP?? Berapi2??? Sentap ke daku dengan apa yang terjadi? Agaknya sentap la sikit2. Mulut daku pun boleh tahan kalau time marah. Alahai kena kawal amarah daku ni supaya tak ada yang terguris hati. Hati daku terguris tak apa, sbb bukan ada org kisah kot!!! Kalau kisah takde la jadi perkara2 sebegini.

TAHUN 2012, meriah juga tahun ni. Macam2 org offer jawatan kepada daku. Sama ada daku memang LAYAK atau mereka pun sendiri dah bosan dengan jawatan itu. Senang kata LEPAS TANGAN la agaknya. Mungkin mereka dah tertekan dengan jawatan2 tersebut lalu mencari la siapa2 yang boleh menggantikan mereka. Jawatan yang daku dapat ni tak la hebat mana, tapi biasa la, banyak jawatan, banyak la kerja, banyak la hal nya. Daku cuba la buat yang terbaik. Nak marah orang yang melantik tu ke?? Kita positif je la, mungkin mereka percaya pada kita. Daku suka kalau lantikan tu open dalam meeting. Tak mahu la belakang2 suggest lantik tanpa pengetahuan daku. Melainkan GB la yang buat keputusan. Ada yang daku dah tolak, daku dah nyatakan tak mahu, tapi sudahnya dakuuuuuu juga. Mangsa ke daku ni??? Hm...kenapa daku menolak satu jawatan tu walaupun tahu mampu untuk melakukannya? sbbnya..................tet! ada sebabnya, daku takkan berputing2 beliung sendiri tanpa sebab. Apa-apa pun enjoy the job la....

BERUSAHA!! Daku perlu berusaha juga untuk Insyirah, anak yang disayangi, daku berusaha untuk membekalkan susu yang secukupnya kepada Insyirah di saat2 daku sibuk nanti. Maklumlah, bekalannya ibarat kais pagi makan pagi. Kalau daku kena keluar pagi balik petang, memang kena up bekalan susu anakku itu. Moga2 Allah SWT memberikan daku semangat dan limpahan susu utk Insyirah.


SAYA SUKA JADI CIKGU. Suka la..macam2 jawatan boleh pegang. Hahaha daku gila kuasa ke? Gila jawatan? supaya boleh tulis dalam SKT banyak2?? Ahakssss tak kuasa la daku. Biarlah kerja daku sedikit tapi sempurna siapnya. Jangan la kerana nak memenuhkan SKT tu, setiap aktiviti nak ada nama sendiri walau tak buat apa pun. Kadang-kadang daku bosan juga bila ada golongan yang menjadi anak emas gitu. Apa pun tak boleh....ish3...

2012 memang tahun yang mencabar. Tahun lepas daku bersopan santun kerana daku berbadan dua. Harap tahun ni pun dapat lah daku bersopan2 juga. Hahahaha...suara besar? ramai lagi suara besar. Agaknya suara daku yang special kot. Jangan kerana mementingkan diri sendiri, orang lain jadi mangsa. Mentang2 la org lain tu pasrah jeeeee....dalam hati org kita tak tahu.

Membebel2 daku di sini. Saja menambahkan post sedia ada. Setakat ni daku sudah bertenang dan terima keadaan. Akan datang tak tahu la kalau2 ada yang nak sentap daku lagi. Mujur la kesentapan daku ni takde la apa sangat. Biasa-biasa sahaja kot! Sekarang daku sudah cool dan bersedia utk bekerja EXTRAVAGANZA!!

2 comments:

Ani Inherown said...

saya pun sama di sini. sabar yer kak.

intan_has said...

hehehehe ok dah ni...^^
mcm ada org cakap...pengagihan kerja tu kadang2 tak adil..^^
memang la perlu kurang cakap, kerja lebih..Tapi kdg2 kerja yang ada pun tak tersiap2 nak plak dah ada anak kecil ni. Hihihi bukan semua org faham keadaan kita kot....^^