Thursday, November 25, 2010

RUMAH SEWA YANG TIDAK BERBALOI...



Hm..kalau nak cerita bab rumah sewa ni, memang payah nak jumpa yang betul memuaskan hati kita. Memang rumah sendiri adalah yang terbaik. Tetapi dalam keadaan tertentu, kita memang memerlukan rumah sewa.

Setakat ni, rumah sewa yang saya duduki sekarang macam tak ada kelebihan selain melindungi kami dari hujan, panas, tempat tidur, makan dan lain2 aktiviti biasa. Namun begitu, banyak sangat kekurangan yang dilepas pandang oleh tuan rumah yg memang SANGAT KEDEKUT.
Mari kita tengok padang ke tidak FULL FURNISHED yang dicanangkan tuan rumah.

Kekurangan/Ketidakpuashatian sebagai penyewa...

1. Masalah dengan CIK SITIKUS - Hm mula2 sampai je rumah sewa terdesak ni, masalah ni paling kritikal. Zuppp sana.....zuppp sini....malam je operasi, kadang2 siang pun muncul diri. Perangkap? Gam? semua dah buat. 5 ekor berjaya ditangkap (2 dewasa, 2 remaja, 1 kanak2). Najisnya merata2..setiap hari lap dengan Dettol! B O R I N G! Makanan kena packing dan simpan baik2...terganggu betul. Nak pulak tuan rumah ni ada locked satu bilik. Memang bilik operasi cikTi la tu. Kononnya dia simpan barang2 lama dia la...ngok ngek. Buang je la kalau tak nak pakai dah. Simpan mcm tu bukan bermanfaat pun. Rosak makan dek cikTi ada la...baik sedekah. Kewarasan: 20%


2. Flush toilet dah sewel - Kalau ikut gambar bawah ni pakai senduk kan. Ha kat rumah ni mmg langsung flush tak leh guna dah. Bocor sana sini dan pelampung dia dah expired. Nak aku gantikan, takde masalah, tapi oleh sebab tuan rumah macam tuttttt.....malas nak layan. So, flush by manual k...Kewarasan: 25%

3. Siling bocor merata-rata terutama di area dapur - Hm kalau hujan lebat sikit, siap la. Memang akan bertakung air di dapur. So, kalau hujan kena hati-hati ke dapur, takut tergolek dok. Parah betul. Dah lah sekarang musim hujan. Dah la air menitis melalui lampu kalimantang kat dapur tu. Tak berani nak buka lampu. Takut shot pulak! atau renjatan elektrik...yeke? ye la kot. Seram2.....Kewarasan:50%


4. Peti Ais - Peti ais zaman bila ntah. Aku rasa lagi canggih peti ais ayah aku yang dipakaikan Black Belt kat rumah Perlis. Walau pintu nya dah tercabut tapi maintain sejuk beb. Ni peti ais nya jenis yang 25 tahun ke belakang kot. No Function! but we need to pay for that. Tak ke hampeh tu. Please honey! buy a new one ok....so next year aku kena la beli yg baru. Kewarasan: 30%


5. Tiada tempat parking - Kesian Qistina aku merempat parking sana sini. Minta pasang awning sikit kat depan tu supaya kereta tak la panas sangat, tak mahunya tuan rumah nak buat. Kewarasan: 40%

6. Bilik Hapak - Memang ada 3 bilik tapi satu bilik je boleh guna utk tidur (tapi tak tidur gak aku dalam bilik tu, panas, pengudaraan tidak bagus). 2 bilik yang lain, memang GELAP, BERBAU HAPAK sebab takde pengudaraan yang baik. Ni stail rumah apa ye...so bilik tu terbiar sepi je la..Kalau ada org nak dtg tumpang tidur ke apa, aku suruh pi tidur hotel je la ye...lebih selesa. Kewarasan: 50%

7. Sofa - Hahahaha..........ni sofa zaman bila ntah. Okay la sikit walau bertampal, bersolletape sana sini (mmg nampak daif), berkesan cakaran kucing sana sini..walau dah rasa rangka kayu sofa ni, hahahaha boleh la layan sikit2.....kewarasan: 50%

8. Television - hehehe ni satu lagi menarik. Gamabr dah nak hampir satu warna dan paling best boleh hilang2 sendiri gambarnya pada sesetengah waktu kesewelan dia datang. Ngok ngek! Kewarasan:48%

9. Mesin basuh - hmm ok, takde nak komen, cuma penggunaan terbantut kadang2 sebab tekanan air rendah. Mesin automatik ni...tahu2 je la.....kewarasan: 70%

10. Katil - Dalam bilik utama ada katil dan tilam...tebal tilamnya (keras dokkk). Mujur perhati awal2....tilam tu ada satu besinya dah tak waras. Dah lekang.......selamat2. Kewarasan: 65%

Fuhhhhh...........banyak lagi nak komen. Setakat ini, itu yang mementelkan aku sebagai penyewa. Korang agak berapa sewa?? Ni rumah RPR je tau. Bukan rumah teres biasa. Dinding pun masih plywood.....siling pun dah lendut sana sini.....Bukan tidak bersyukur, alhamdulillah, ada penempatan, tidak merempat di tepi jalan...Tapi agak2 la manusia ni kalau nak mengaut keuntungan.


hm...semoga selepas ini saya dapat mencari rumah sewa yang lebih baik.

Monday, November 22, 2010

Salam Perpisahan...





"Bertemu dan Berpisah adat manusia biasa...
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa..."

Bermula 2 Januari 2009 buat kali pertamanya aku menaiki kapal terbang, diterbangkan terus ke Miri, Sarawak. Saat ini, pelbagai rasa melanda di dalam hati. Pelbagai gelodak merangsang ketidakselesaan di dalam perut. Sampai di Miri, alhamdulillah, selamat sampai. Siapa kata naik kapal terbang tu best? Tak best pun...hahahaha dah mula mengomel aku ni.

Kalau teringat zaman2 mula sampai Miri ni, memang 'perak' sikit. Maklumla, kali pertama jejakkan kaki ke sini. Risau juga masa diberikan surat penempatan. Risau kena pedalaman. Rakan2 semaktab, sekelas pun ada. Masa ni jumpa Che Kem (yg byk support kerisauan kami semua), Cik Mazni (yg menangis2 dah sebab dapat Baram) serta yang lain2.


Malas nak mengimbau lagi la.......


Setelah 2 tahun.....tak sangka macam2 perkara berlaku. Aku bertunang....aku kawen....dan kerana ini juga aku terpaksa berpisah dgn anak2 murid kesayangan aku. Kalau tak sebab kawen ni, memang 5 tahun aku kontrak di SK Bekenu ni. Walaupun pihak pentadbiran tidak la sebest mana, tapi masih dalam kewarasan lagi.

Memori bersama rakan sekerja...bersama pelajar...kita abadikan bersama-sama. Insya Allah, panjang umur, diizinkan Tuhan, pasti kita akan bersua lagi. Terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada diri ini untuk menjadi seorang guru. Kepada anak-anak murid yang cikgu sayangi, rindui....sesungguhnya cikgu rindu pada senyuman kamu semua.....




Sunday, October 17, 2010

Tabiat Menipu.....



Assalamualaikum...di sini saya nak kongsikan perihal Menipu atau Ditipu. Apa yang saya nota kan di sini adalah hasil pembacaan saya di website kawan2 yang lain.

Ada yang bertanya MENGAPA ADA ORG SUKA MENIPU?

Banyak jawapan utk persoalan ini. TIPU SUNAT? tak ada konsep ini. Jangan disalahgunakan. Kdg2 org menipu nak menutup kesalahan diri sendiri, membuat surprise, membuat org lain ketawa dan sebagainya. Mungkinkah menipu itu satu kepuasan??
Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith, “Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia.” (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani).

Menipu adalah sifat paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Dan hukum menipu adalah berdosa besar.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selama mana pun org yang menipu tu nak menyembunyikan penipuannya, TUHAN ITU MAHA ADIL, Tuhan akan tunjukkan kepada yang lain, apa kebenaran di sebalik penipuan yang dilakukan. Itu kebukaan kebenaran di dunia. Di akhirat nanti??
Kadang-kadang terlalu banyak menipu, sampai kan lupa apa yang ditipunya. Sudahnya org lain pun dapat hidu apa yang ditipu. Di mana harga diri kita masa ni?? walaupun org tak BOOOOOO kita secara depan tapi persepsi org di belakang sudah tentu berlainan.

Oleh itu, sama-sama lah kita saling ingat mengingati. Tidak perlu menipu kalau tidak melakukan kesalahan. Kalau ya pun melakukan kesalahan, mengaku sahaja dan buat pembaikan/pembetulan. Masih ada ruang, masih ada masa. Mudah2an kita tidak termasuk dalam golongan ini. Sebab orang yang bergantung harap kepada Allah, yang selalu memuji kekuasaan Allah, tahu kebesaran Allah akan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin. Tidak akan terlintas untuk menipu atau ditipu.
Kenapa boleh timbul isu mcm ni. Sebab kita bengang sangat dengan org yang menipu dengan muka selamba dan buat2 situasi seperti dia teraniaya atau dibuli. Kalau ikutkan hati, rasa geram dan marah tu, memang boleh besarkan lagi isu ni. Tapi, kita hanya insan biasa. Biarlah dia termakan sendiri dengan penipuan yang dicipta satu persatu.
Memang rasa dirinya macam badut, menipu tapi org tahu kebenarannya. Buat lawak antarabangsa la pulak. Tu la banyak sangat baca komik Ujang. Ahaks....moga2 kita pun sama2 ambil iktibar ini. Siapa suka ditipu kan???? Sekali org tipu kita, pasti kita sukar nak percaya lagi kan....

Wallahualam.......
kalau ada yang salah tolong betulkan.......
wassalam......

Tuesday, September 14, 2010

Puan Isteri.......

Assalamualaikum...pada suatu hari Puan Isteri kena ceramah dengan lelaki yang bergelar Encik Suami. Encik Suami menyampaikan sedikit tazkirah kepada Puan Isteri. Hm...terdiam Puan Isteri bila Encik Suami mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai isteri. Encik Suami minta Puan Isteri supaya menjaga maruah Encik Suami, menjaga aurat, menjaga tingkahlaku. Kata Encik Suami lagi, perempuan mempunyai laluan yang mudah untuk ke syurga, jadi hargailah peluang yang diberikan. Berbanding dengan lelaki yang mempunyai lebih besar tanggungjawabnya.

Encik Suami minta Puan Isteri supaya perbaiki cara berpakaian. Agar aurat Puan Isteri terjaga dengan baik. Aurat yang terdedah amat disukai syaitan. Puan Isteri diam sahaja. Sebab Puan Isteri tahu selama ini aurat Puan Isteri tidak terjaga dengan sempurna. Puan Isteri rasa tersentuh di hati. Sanggupkah Puan Isteri membiarkan Encik Suami menanggung pelbagai dosa yang dilakukan oleh Puan Isteri? Encik Suami mengingatkan Puan Isteri dari semasa ke semasa sebab Encik Suami tahu Puan Isteri ini kadangkala terleka, teralpa, lalai...

Puan Isteri rasa macam nak menangis je. Rasa banyak pula salahnya. Encik Suami telah menjalankan tanggungjawabnya menegur setiap kesalahan Puan Isteri. Agar Puan Isteri tidak terus hanyut. Encik Suami bukan nak mencari kesalahan Puan Isteri cuma Encik Suami melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Puan Isteri kini tanggungjawabnya.

Termenung sekejap Puan Isteri. Merenungkan diri sendiri. Menilik diri yang serba kekurangan. Mengimbas kembali kelakuan yang lalu. Puan Isteri rasa sebak. Puan Isteri tidak terkata apa-apa. Semua itu kebenaran yang Puan Isteri kena terima dengan sebaiknya, terima dengan redha. Terima kasih Encik Suami. Puan Isteri akan cuba sikit demi sedikit. Encik Suami doakan moga hati Puan Isteri ini lembut dan mudah menerima ajaran demi ajaran.

Terima Kasih Encik Suami.....
Bantulah Puan Isteri menjadi isteri yang solehah, moga disayangi Allah SWT.

Monday, August 9, 2010

Rezeki Tuhan berikan.....

Assalamualaikum...apa kisah la nak kongsi hari ini ya. Hmm sejak akhir-akhir ini, banyak juga kisah buang bayi berlaku. Di sumbat dalam lubang air la...ditinggalkan di sana sini la...ish3....Masya Allah....kenapa la sanggup mereka melakukan sedemikian...tak sayang ke? Buat pandai...hasilnya tak nak dijaga pula....

Terdapat juga kisah, di mana, ada seorang perempuan ni baru disahkan mengandung. Rentetan sikap perempuan ini yang macam agak malas, manja terlebih, gedik sikit2....makanya, bila masa dia mengandung ni, banyak pula karenahnya. Asyik merungut sahaja. Tak elok kak merungut semasa mengandung ni. Kecil hati baby yang dibawa tu. Bukan setakat merungut, merengek2 pun ya. Hmm......mcm mana tu??? tak bersedia nak jadi ibu ke? Tak bersedia nak berbadan dua ke? lain kali pikir dulu sebelum buat. Dah terjadi mcm ni....kena la redha....terima dgn hati yg terbuka...ikhlas....sayang sebanyak mungkin kepada janin yang dibawa tu.....

Kalau kita buat baik dgn org..menyenangkan hari org...pasti org akan menyenangkan kita juga. Hidup awak pun dah banyak org senangkan....nak makan, tak payah sibuk nak masak2, dah ada tukang masak...tinggal makan je beb....bersyukur la....bersyukur laaaa!!!!! Siapa nak layan kalau org banyak sangat karenah. Lepas tu diberi nasihat bagai mencurahkan air ke daun keladi. Siapa nak layan beb! saya tak sanggup. Banyak lagi kerja saya nak buat. Memang la awak tu berbadan dua...kalau orang nak kasihan pun, bukan kasihan pada awak..tapi kasihan pada kandungan awak....bayi yang awak bawa tu. Kalau setakat awak tu, tak hairan la. Ntah2 org tak pandang pun sebelah mata. Saya memang tak mahu terlibat apa2 dalam mana2 isu. Cuma sesekali kalau saya tersentuh, disentuh, diusik, melawan juga.....

Nasihat saya di sini.....saya ni pun bukan nya yang terbaik..tapi sekurang2 nya saya rasa saya lebih baik dari kamu. Ahaksssssssss...........Sedar2 la diri sikit....sedar2 la kita ni memang hidup serba kekurangan dan saling bergantungan. Bukannya apa...kalau awak berterusan syok sendiri mcm tu..merengek2 tak tentu hala....takde siapa nak peduli kan lagi hal awak....jangan sampai org betul2 sisihkan awak...pandai2 la nak hidup...

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.....

* hmmm haarp maaf!~ ini cuma luahan hati seseorang sahaja!~

Sunday, July 25, 2010

HAppY BEday TEacHer INtaN....

Selamat Hari Lahir Teacher Intan....!!! 22 Julai is my birthday....hmm pada hari tersebut, anak-anak murid saya telah membuat satu mini party untuk saya.. Saya rasa terharu dan teruja juga sebenarnya tapi saya tak dapat nak lahirkan perasaan itu dengan kata2 melainkan ucapan terima kasih.

Duit apa ni?? Dari sampul surat itu pun semua orang sudah tahu untuk apa kan. Anak-anak murid saya mengumpul wang ini bersama-sama sejak bulan April yang lalu. MENGHARUKAN...saya tahu mereka susah nak dapatkan wang sebanyak ini. Belanja mereka seharian pun bukan sebanyak pelajar di bandar. Semuanya dilakukan tanpa pengetahuan saya. Tak sangka! m(-.-)m
Inilah kek yang dibeli hasil daripada duit yang mereka telah kumpulkan. Saya juga yang pergi beli. Hihihi...kawan saya telah membocorkan rahsia lebih awal kepada saya berkenaan hal ini. Takut saya terkejut sangat kot? Terima kasih la banyak2 kepada cikgu Fad dan cikgu Maz. Banyak memberikan sokongan kepada anak-anak murid saya ni. Banyak juga menghulurkan bantuan...terima kasih!!
Ini pula kek untuk pelajar tahun 6B...petang tu sambut dikelas 6B pula...dan diakhir dengan satu tragedi Julai. Seorang pelajar yang sama tarikh lahirnya dengan saya telah ditimpa kemalangan. Akibat kecuaian masing2 maka perkara ini terjadi. Tengok....sebelum dan selepas.....sebelum...happy2 potong kek dengan cikgu. Selepas??? Hm....sabar lah ye..memang hadiah hari lahir yang terbaik untuk kamu ingat sampai bila2.....harap kamu cepat sembuh!~

Inilah anak murid saya...kelas 5 Bijak. Sangat BIJAK....BIJAK dalam bidang masing2.....TERIMA KASIH SEMUA...LOVE U ALL!!!





Saturday, July 3, 2010

Koleksi Novel yang aku dah baca...

Di sini aku updatekan novel-novel yang sudah aku baca. Macam program nilam je. Hihi saja takde kerja. Bukan apa, aku selalu lupa, yang ni aku dah baca ke belum ye. Jadi aku listla kat sini. Ada masa aku semak semula.

1. Tajuk Novel: CERITERA RINDU
Penulis: Leeya Myra
Penerbit: Alaf 21
Bintang: 3/5
Komen: Ceritanya ok. Tapi banyak ayat aku boleh skip. Part sedih belum boleh bikin aku
meleleh air mata mencurah2.

2. Tajuk Novel: BUKAN TERLARANG
Penulis: Nur Hazmi
Penerbit: Tintarona Publications Sdn Bhd
Bintang: 3/5
Komen: Menarik juga. Agak lambat sikit juga nak capai klimaks pembacaan aku ni.

3. Tajuk Novel: CURAHAN CINTA NIAGARA
Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Millennia
Bintang: 4/5
Komen: Best. Buat aku ada sama dalam ceritanya. Suasana yang digambarkan seperti
mudah bagi aku tayangkan di dalam kepala aku ni. Macam aku pun ada sama.

Ceritera Cinta EP1

Langkah ke dunia baru

Aku masih lagi berselimut di atas katil. Malas rasanya hendak membuka mata. Rasa sayang untuk meninggalkan nikmat tidur begitu sahaja. Di luar kedengaran bising dengan hiruk-pikuk suara sanak saudara. Aku masih memejamkan mata tidak berminat untuk keluar bersama mereka. Tiba-tiba......

"Kak Long! Bangun!! Kau nak jadi gila ke apa ni? Cepatlah bangun mandi. Dah nak maghrib ni."
Aku masih membatukan diri. Telinga aku ni belum pekak lagi. Kenapalah minah ni terpekik-pekik. Eh, dah nak masuk waktu maghrib ke? Kenapa aku rasa macam dah subuh?

"Aoklah....kamek bangun ni."
"Aok...aok...banyaklah kau punya aok. Mata tu pejam lagi."
Tanpa kuduga, Shasha terus menyingkap selimut yang setia membaluti tubuh aku. Mujur aku berpakaian sopan. Kalau tidak mahunya Shasha ternganga.

"Iyalah, aku bangun la ni. Nak mandi la. Kau mandikan aku boleh?"
Aduh! Kena cubit pula. Salah ke aku minta dia mandikan aku? Ish! Lantaklah.

Selesai mandi, azan Maghrib berkumandang. Tanpa melengahkan masa aku terus melaksanakan kewajipan aku sebagai hamba Allah yang kecil saja kedudukannya di muka bumi ini. Allahhu Akbar....

Malam ini sebenarnya ada majlis penting yang akan berlangsung di rumah aku. Aku menatap wajahku di hadapan cermin. Membelek sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

"Sudahlah tu Kak Long. Tak payahlah kau nak belek lama-lama kat cermin tu. Kalau cermin tu pandai berkata-kata dah lama kau kena ejek." Ish! Tak sayang mulutlah Shasha ni. Nak makan cili la tu.

"Ala kau ni Sha. Bukan selalukan aku nak nampak lain macam malam ni. Teruja banyak sikitlah." Aku tersengih seperti kerang busuk. Dalam hati aku ni hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Penantian itu satu penyeksaan. Tinggal beberapa minit lagi aku akan memasuki satu dunia baru yang pastinya lebih mencabar dari kehidupan aku sekarang.

"Tahniah Kak Long!" Bagai tersedar dari mimpi. Aku tersengih lagi.
"Dah jadi isteri orang ni, ingat sikit tanggungjawab sebagai seorang isteri tu. Jangan kau nak berangan hidup bujang lagi." Ish! Mak Ngah ni. Dah mulalah tu. Buat drama.

Alamak! Maknanya ini semua bukan mimpi. Memang sah aku dah jadi isteri kepada si dia. Eh sekejap...siapa si dia?

Aku ternampak si dia sedang bersalaman dengan semua sanak saudara. Pandangan kami bertaut dan dia tersenyum mesra kepada aku. Masya Allah, Ella! Sah dia dah jadi suami aku. Yey!!! Aku dah kahwin. Aku membalas senyumannya dengan penuh makna.

Bersambung.......

Takde hal...cari pasal.....!

Apa masalah aku hari ni. Kerana seseorang yang aku tak tahu la juga apa masalah dia, mencari pasal dengan aku. Memang dia berjaya buat aku sakit hati dan semakin membenci dirinya. Tahniah la......

Apa pun aku doakan dia bahagia. Apa jua keadaan dia, ada aku kisah? Dah tu kenapa perlu usik aku? Kenapa perlu cari pasal? Jangan nanti kesihatan sendiri terjejas, aku tak mahu bertanggungjawab. Kenapa perlu beriya mengata orang sedangkan kata2 itu sesuai ditujukan pada diri sendiri. Kenapa nak mulakan sengketa sedangkan engkau berpendapat diam-diam sudah lah.....

Nak perhatian ke? Sorry la aku tak leh nak berikan keperihatinan aku terhadap orang macam plastik ni. Baik aku berikan perhatian sepenuhnya pada anak murid aku yang nak periksa ni. Usah bermuka baik depan orang lain. Macam mana pun muka engkau pamerkan, aku tetap nampak satu muka sahaja iaitu muka menjengkelkan. Engjkau nak mengadu nasib dengan orang, nak memperguna orang, itu engkau punya hal. Hmm....nasib la kan. Nak buat macam mana, aku bukan hadap sangat nak layan orang macam tu. Orang selalu sebut pepatah, buat baik dibalas baik. Ni kalau dah macam ni, apa kes? Nak rasa diri tu tetap baik la....kira nak buat diri tu macam teraniaya oleh aku yang jahat la....? hmmm.......gitu......??

Memang Tuhan Maha Mendengar dan Maha Adil. Semua orang beragama Islam tahu perkara tu. Percaya Qadak dan Qadar. So tak perlu overacting mengalahkan ustazah yang engkau tu bagusssss sangat. Hehe....ingat kitaran hidup ye, hari ini mungkin kita rasa kita bahagia, wahhh akhirnya menjadi juga...esok lusa belum tentu, macam-macam boleh terjadi. Sesungguhnya dugaan tuhan tu datang dalam pelbagai bentuk.....

Inilah......sarang tebuan jangan dijolok. Nasib la perubahan cuaca dapat mempengaruhi sedikit sebanyak keputusan yang diambil. Kalau tak ada perubahan cuaca......mahunya ada yang cedera. Masya Allah.......astaqfirullah.........dijauhkan aku dari pelbagai perkara yang tidak baik. Amin...............



*Kepada org yang bajet mcm bagus tu, ambil cermin...cermin2 kan diri anda......

Doa isteri solehah....

Ya Allah... .

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah... ...

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,
Tetapi... ... ...

Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah... ..

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu.

Ya Allah sesungguhnya... ..

Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.

Ya Allah... ... .

Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.

Amin Ya Rabbi Allamin..