Pada hari ini telah terbongkarnya satu kegiatan mencuri basikal di kawasan bandar Kangar. Perkara ini terjadi apabila seorang mangsa telah dapat mengesan rim basikal nya telah diguna pakai pada basikal lain. Beliau telah mengesahkan da yakin bahawa rim itu adalah kepunyaannya. Tanpa membuang masa, beliau telah menghubungi bapanya dan meminta bapanya datang ke tempat penemuan.
Bapa mangsa terbabit telah menunggu di gerai berhampiran akan pemilik basikal terbabit. Selepas 20 minit menanti, suspek kelihatan muncul. Tanpa membuang masa, bapa mangsa telah mencekup suspek tersebut dan mengugut untuk membawa ke balai polis. Akibat ketakutan, suspek telah memberitahu di mana dia mendapatkan barangan terbabit. Tanpa melengahkan masa, bapa mangsa bersama keluarga yang lain terus ke rumah suspek yang seterusnya.
Mereka telah di bawa ke satu tempat yang berhampiran di mana terdapat sebuah rumah tinggal yang dibaratkan sebagai rumah lama yang sudah usang. Maklumlah kangar ni tidak lah sebesarmana. Semasa bapa mangsa sampai di rumah terbabit, bapa suspek kelihatan tertinjau-tinjau untuk mengetahui apa yang terjadi. Apabila bapa mangsa menyatakan tujuan kedatangan beliau, tanpa melengahkan masa, bapa suspek 2 telah memanggil suspek 2 yang bernama Akma. Keluarga mangsa terkejut dan seperti tidak percaya kerana suspek adalah pelajar tahun 5 sekolah rendah dan berperwatakan baik serta air muka yang sopan.
Pada mulanya, Akma mengatakan dia tidak kenal akan rim basikal tersebut. Selepas ditekan dia mengaku, dia telah memberikan rim itu kepada kawannya. Kemudian, mangsa telah menemui beberapa komponen basikalnya seperti tempat duduk dan handle. Manakala badan basikalnya tidak ditemui. Apabila ditanya, Akma menyatakan dia simpan di dalam rumah tinggal tersebut. Tetapi tidak ditemui. Bapa Akma meminta Akma mengeluarkan semua komponen-komponen basikal yang ada dalam simpanan. Terdapat lebey kurang 11 buah badan basikal yang telah dikeluarkan oleh mereka. "Tu ampa tengok tak kat perdu pokok kabu tu..macam ada body basikal di sana." kata tok mereka. Dari kenyataan ini, pihak mangsa menyimpulkan bahawa keluarga mereka sebenarnya tahu akan kegiatan anak dan cucu mereka!!!
Kemudian bapa Akma membawa kami ke rumah kawan-kawan Akma yang lain, yang kononnya terlibat sama dalam kes ini. Pihak mangsa mensyaki kes ini dilakukan Akma sendirian. Semasa keluarga mangsa dan suspek ke tempat lain, ibu mangsa melihat kelibat abang Akma pergi ke satu tempat lain. Tidak tahu ke mana.
Pihak mangsa kembali semula ke rumah suspek. Tidak lama kemudian, Akma membawa keluar badan basikal mangsa yang disimpannya di dalam parit di depan rumah tokwannya. Kesimpulannya, Akma adalah seorang budak yang banyak menipu.
Keluarga mangsa ingin membawa kes ini ke balai polis. Tetapi bapa suspek telah meminta kawannya seorang polis datang ke rumahnya. Polis ini memujuk keluarga mangsa untuk tidak membuat laporan polis. Polis ini seakan-akan menekan keluarga mangsa agar tidak membuat laporan, malah nadanya seperti mengugut pun ada. Sudahnya keluarga mangsa tidak membuat laporan polis tetapi telah meminta polis menyiasat tempat terbabit.
No comments:
Post a Comment