Wednesday, May 28, 2008

Kecurian motorsikal dan rompakan di Pendang, Kedah.

Pendang - 27 Mei 2008

Seorang warga tua telah dianiaya oleh seorang suspek berketurunan cina lebih kurang pukul 6 petang di kawasan Pendang. Mangsa, seorang warga tua berumur lebih kurang 70 tahun telah ke Pendang untuk membeli ubat. Selepas membeli ubat, beliau berhajat untuk ke kdai gambar, untuk membeli bingkai gambar.

Dalam perjalanan ke kedai gambar, motorsikal beliau mengalami kerosakan dan tidak boleh dihidupkan. Tiba-tida datang seorang cina menyapa beliau dan ingin menghulurkan bantuan. Beliau telah di bawa ke sebuah kedai yang tidak buka. Suspek menyatakan bahawa motorsikal itu tidak ada api. Mangsa rasa hairan kenapa beliau dibawake kedai yang tutup. Suspek menjelaskan kedai itu adalah milik kawannya.

Kemudian mangsa dipelawa untuk mengikut suspek ke kedai untuk membeli barang motorsikal yang diperlukan. Namun, dalam keadaan tergesa-gesa, mangsa telah meninggalkan kunci motorsikalnya dan terus mengikut suspek. Suspek telah membawa mangsa ke tempat jauh dri tempat kejadian dan menyopet wang saku mangsa sebanyak RM140. Mangsa telah ditinggalkan sendirian di tempat yang sunyi itu.

Hari hampir malam, mangsa mengambil inisiatif berjalan keluar untuk mencari bantuan. Kata mangsa, berbelas kenderaan iaitu kereta dan motorsikal yang melepasi beliau tidak berhenti sehinggalah terdapat sebuah motorsikal yang ditunggangi seorang anak muda berhenti. Anak muda ini membawa mangsa ke tempat letak motor tadi dan didapati motorsikal tersebut telah tiada. Makanya mereka terus ke balai polis berhampiran.

Mujurlah mangsa tidak diapa-apakan. Selepas 2 hari motorsikal itu ditemui semula di balai polis Yan. Suspek menggunakan mangsa dan kaedah yang sama untuk meminta wang. Kali ini mangsa dikebas sebanyak RM200 dan motorsikalnya juga dibawa lari. Tetapi suspek telah meninggalkan motorsikal mangsa pertama di tempat kejadian 2. Ini adalah kesilapan yang mengundang kepada penahanan suspek.

Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa ayah atau tokwan kita ditemani apabila mereka ini keluar ke mana-mana. Ramai orang mengambil kesempatan di atas faktor usia mereka serta kudrat mereka.

No comments: