Entah kenapa hati aku ni macam malas nak ke Sarawak..aku impikan Sabah tapi ini kan sudah suratan, makanya aku perlu ke sana. Saat ni aku rasa sepi..rasa jauh dari sesiapa. Kalau angah boleh, kenapa aku tak boleh kan. Lagipun masih dalam Malaysia.
Apa yang aku bimbangkan sebenarnya?? aku rasa keakraban aku dengan famili makin baik semenjak aku masuk KPLI ni. Sebelum ni aku belajar di Johor, Melaka dan kerja di Rawang, aku tak pernah nak rasa akan sejauh ini. Aku masih boleh selamba. Tak ada rasa sedih di hati ni..
Selepas aku masuk KPLI...oleh kerana jarak yang agak dekat antara rumah dan maktab, makanya aku sering berulang pada hujung minggu..aku sanggup tak keluar dengan kawan-kawan..bersuka ria sebab nak balik ke rumah. Kenapa aku balik rumah? Nak manja2? Aku balik rumah nak tolong mak ayah aku buat kerja, walaupun nampak mcm tak berbaloi dengan duit minyak balik, sebab masa ni minyak mahal, tapi aku rasa berbaloi..sebab aku makin akrab dengan keluarga. Aku tak malu nak tolong ayah aku meniaga tepi jalan. Tak ada apa yang nak dimalukan sebab mereka membesarkan aku dengan baik.
Ayah...mama....walaupun mereka tak berikan aku kemewahan tetapi mereka memberikan aku kesenangan. Kini tiba masa nya aku pula berbakti pada mereka. Kadang2 aku dipersoalkan teman-teman bila mereka melihat aku transfer wang sehingga 4 angka kepada keluarga..kunyatakan, apalah sangat wang ringgit ni berbanding dengan pengorbanan mereka..membesarkan aku dan menjaga aku. Jadi aku tak rasa hal ini patut dipertikaikan lagi. Cuma yang mendatang ni, aku akan berusaha lebih keras dan berjimat cermat serta mula menyimpan wang dengan sistematik.
Pernah dan acapkali juga..mama akan masuk ke bilik tidur aku, bila terdengar aku mengigau marahkan nyamuk..pernah juga dengan ayah sekali sama2 mencari nyamuk yang menggigit dan mengganggu tidur aku...ai masa ni aku tak tahu mcm mana nak gambar kan perasaan aku..adakah aku mampu menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga aku.
bila mengenangkan ini semua...aku rasa berat hati nak ke sarawak..adakah mereka akan sepi tanpa aku? Siapa nak tolong ayah siapkan roti? Siapa nak tolong mama menjahit? Mama redha dengan pemergian ku. Ayah mendoakan yang terbaik buat aku..dan aku akan melakukan yang terbaik untuk keluargaku.
No comments:
Post a Comment