Sebelum hubungan cinta pergi lebih jauh, renungkanlah beberapa perkara yang penting. Adakah anda suka kepada seseorang? Dan anda tahu bahawa dia juga suka kepada anda.
Dalam menjalinkan hubungan, adakalanya perbuatan, kata-kata, sikap dan kelakuan yang boleh menyinggung perasaan seseorang ini akan mewujudkan rasa benci. Oleh itu, hubungan yang sepatutnya boleh pergi jauh telah terkandas di tengah jalan. Rasa kasih dan sayang yang dulu wujud, boleh terhakis dengan tiba-tiba.
Sebagai seorg lelaki, anda perlu merenung semula sikap anda terhadap pasangan anda. Manakala bagi wanita, kita perlu menetapkan beberapa ciri tertentu dalam mendapatkan pasangan yang terbaik.
Di sini ada beberapa perkara atau situasi yang boleh direnungkan untuk diteladani iaitu:
1. Si dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih 10 kali dalam masa 10 minit. Apakah maknanya ini? Anda sendiri fikir-fikirkan lah...
2. Jelas daripada ceritanya bahawa dia seorang kaki joli atau kaki makan angin. Nak pula kalau dia banyak bercerita tentang Thailand. Waspada lah...
3. Apabila dia memberitahu anda yang pasangannya tidak memahaminya. Contoh isterinya yang tidak pandai menjaganya, menjaga kebajikannya, maka semaklah yang sebetulnya. Mana tahu, rupa-rupanya si isteri sedang mengandung anak ke-9!
4. Anda sedar akan matanya yang nak terbeliak melihat gadis seksi, cantik, gebu yang lalu di sebelahnya, malah matanya tidak berkerlipan melihat. Lebih sadis lagi sehingga meleleh air liurnya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan dia adalah orang yang tidak pandai menjaga perasaan.
5. Tangannya mula miang-miang untuk menyentuh anda. Memegang tangan atau memegang pinggang anda atau lebih dari itu walaupun hanya pada pertama kali anda keluar dengan dia. Jika hari pertama dia sudah berani menyentuh anda, bagaimana pula dengan hari-hari mendatang? Tak mustahil anda akan dirogolnya.
6. Dia langsung tak memberikan anda peluang untuk bercakap atau bercerita disebabkan dia yang terlalu ghairah bercerita tentang dirinya dan keluarganya. Boleh tahan ke dengan orang macam ni?
7. Apabila bercakap ada nada-nada tin kosong. Anda menyedari dia seperti mereka-reka cerita dengan cerita-cerita yang mengalahkan drama di TV. Bercerita tentang kekayaan keluarga dan kemewahan hidupnya. Tetapi bila bayar bil makan, pelbagai alasan mengelak diberikan.
8. Dia menjelaskan kepada anda, dia bersedih selepas putus cinta dengan kekasihnya yang pernah ditidurinya. Jika ini telah anda ketahui, wajarkah anda menunggu lagi?
9. Dia kata dia mengimpikan seorg suri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Menjadi tukang masak, tukang cuci, tukang lap, tukang kebun, tukang picit, tukang sental dan segala jenis tukang lah. Anda perlu memikirkannya semula.
10. Dia bukan mahu sangat berjumpa dengan anda, tetapi atas desakan kawan atau kerana kasihan kan anda maka dia keluar dengan anda. Jadi fahamlah anda akan maksud nya itu...
11. Apabila anda terdengar daripada kawan-kawan yang dia mempunyai penyakit kelamin.
12. Apabila memesan minuman, dia akan meminta minumam beralkohol dan ini adalah langsung tidak sesuai bagi Muslim.
13. Dia memberi komen tentang pakaian anda di mana dia mengatakan anda akan nampak lebih seksi dan menggoda jika memakai pakaian-pakaian yang digemarinya. Di sini sudah jelas, dia ingin memesongkan tujuan anda berpakaian.
14. Apabila mengajak keluar, dia suka bawa ke tempat-tempat sunyi dan berdua-duaan. Atau membawa anda ke kelab-kelab malam dan berseronok hingga tidak menghiraukan waktu. Sedar sahaja sudah 3 pagi. Maka, si dia bukan lelaki yang harus anda teruskan hubungan dengannya.
15. Terlalu menunjuk-nunjukkan diri itu sebagai anak mak. Sikit-sikit mak..apa-apa pun emak..Ini menggambarkan yang dia masih belum matang sepenuhnya. Memang wajar jika sesuatu perkara dibawa berbincang dengan mak. Tetapi bukan semua perkara sehingga dalam perbualan, acapkali kedengaran ayat "Mak saya kata...Mak saya beritahu...Mak saya cadangkan...bla..bla..."
Pendek kata, masihkah anda ingin menyimpan perasaan dengan lelaki yang sedemikian? Tidak salah sekiranya anda meninggalkan dia tanpa sebarang ucapan.
No comments:
Post a Comment