Friday, June 5, 2009

KHASIAT BUAH NAGA

Buah naga atau Dragon Fruit makin mendapat tempat di pasaran. Permintaannya semakin tinggi. Dah ramai orang yang pandai makan buah ini dan sedar akan khasiat buah ini. Di sebalik rupanya yang ganjil, macam nenas pun ada kan, buah naga daripada golongan keluarga 'cactacea' iaitu tergolong dalam spesis kaktus.

Isi buah naga adalah seperti kiwi. terdapat dua jenis di pasaran, satu yang berisi putih dan satu lagi yang berisi merah. Menurut pakar pemakanan dan perubatan, buahnya yang berisi merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Buahnya boleh dibuat jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Semetara buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang. (Aku tak berani cuba la kalau yang ini....)

Begitu jugak dengan bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.(ingat lepas tak yah beli teh lagi ya )

Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia..

Begitu jugak ngan dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan. Pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.

Oleh kerana buah nie sangat berkhasiat , tidak hairanlah harganya mahal. Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman. Jadi ianya bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan.


Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman. Sebab tu orang boleh tanam pokok ni dalam kuantiti yang besar.

Ringkasnya....

KEBAIKAN BUAH NAGA:
# Tingkat daya tahan
# Kurangkan metabolisma badan
# Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
# Kurangkan tekanan emosi
# Neutralkan toksik dalam darah
# Cegah kanser usus
# Cegah kandungan kolesterol tinggi
# Turunkan kadar lemak

Nota kakiku tidak berbau:
Sumber dari internet juga. Sesiapa yan tak pernah merasa, tolong lah rasa ya....

No comments: