Hm seperti yang mak aku pernah kata, tak kira siapa teman aku, asalkan dia dapat membahagiakan aku. Tak pernah ada orang ajak aku kahwin, tapi bila dah ada aku pula yang jadi bercelaru. Jadi tak menentu.
Kadang-kadang, lumrah alam kan..aku suka dia, dia pula tak suka aku. NI bila dia suka aku, aku pula tak leh nak terima dia. Macam mana?? Memang hukum alam macam ni ke...? Aduhai..parah juga ni.
Aku sendiri tak dapat nak berikan jawapan, sebab aku ni bagaikan tidak bersedia dengan segala kemungkinan. Kehidupan yang mendatang tu bagaikan menakutkan, walhal aku tak dapat nak jangka pun, sebab ia ketentuan tuhan.
Entah lah, kalau benar seseorang telah ditakdirkan untuk aku. Memang kami akan disatukan. Jika benar dia untukku, ada rezeki kami akan bersama selamanya. Tuhan akan memberikan yang terbaik dalam hidupku. Tuhan akan menyinari jua hidupnya selepas apa yang berlaku. Tuhan akan membukakan hatiku jua, untuk sesiapa. Cuma masa....masa....masa...lambat atau cepat....tak semestinya bercinta 2-3tahun akan bahagia selamanya. Silap2 2 hari jek....Nauzubillah..seram aku....
Apa-apa pun...buat masa ini, jangan harapkan apa-apa dari aku. Aku pun tak mahu harapkan apa-apa dari yang lain. Uhukkkssss..........
No comments:
Post a Comment