Sunday, May 3, 2009

Kristal dan Mutiara yang aku beli...

Salam semua. Ini adalah antara barang yang aku beli. Berapa kos nya?? Hmm ada yang mahal dan ada yang murah. Kristal yang bujur agak murah sedikit berbanding kristal yang berbentuk diamond dan bulat. (bulat ni paling mahal...sebiji RM3.00) Kalau yang berbentuk diamond, harga sebiji kristal mengikut saiz. Antara RM0.50 - RM2.50 tak salah aku. Kalau yang baby kristal dalam RM0.50 jak sebiji.


RM12 + RM95 + RM55 + RM40 + RM60 + RM7 + RM7


Ni gabungan kristal mahal dan yang murah. Harga RM60. Kalau beli banyak akan dapat murah lagi. Takkan lah aku nak beli sampai 10 utas kan kan kan...

Ni paling aku suka dan paling aku kenan. Harga memang mahal sebab sebiji je dah 50sen. Ada lebih kurang 148 biji baby kristal bentuk diamond. Biasanya upah buat dalam rm10-15. Kadang-kadang lebih. Hanya sejam jak akak tu siapkan. Dah master dah dia. Ini RM90...


Ni gelang yang aku belikan untuk mak aku sempena hari ibu. Harga dalam RM55 lepas ditawarlah. Kalau tak, suka hati mereka jek letak RM85.

Yang jenis ini agak murah, dalam RM12 dan ada juga yang jual RM15, kalau beli banyak dapat murah lagi.

Yang jenis ini, sebiji RM1.50. Kalau beli banyak boleh dapat kurang lagi. Aku ikat satu sahaja. Nak beli yang bulat, mahal sangat la. RM3.00 sebiji. Hanya satu kedai yang ada jual di Pasar Filipina ni. Kalau beli banyak boleh dapat RM2.50 rasanya.


Yang ini butang baju melayu, RM10 dapat kurang RM7, mungkin kalau beli banyak, dapat kurang lagi.

Hm itu antara yang aku shopping kan semasa di Kota Kinabalu. Di pasar Filipina. Banyak lagi yang menarik tapi aku beli untuk aku pakai je la. Bulan 11 ni aku akan ke sana lagi. Siapa nak kirim boleh contact aku ja. Jangan risau, caj tetap ada. Hahahaha.....k Chow....

No comments: