Sunday, May 3, 2009

Hari Pertama di Kota Kinabalu


Rentetan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah
1 Mei 2009 - Jumaat

0815 - Kami berlima diterbangkan ke Sabah oleh pesawat terbang murah AirAsia. Sungguh mengujakan, kami sampai ke KK dalam masa setengah jam berbanding waktu yang dijangkakan iaitu 45minit.

0915 - Ambil limousine ke Hotel Promenade. Belum boleh nak check in lagi. Maka kami keluar merayau-rayau sambil cari idea nak ke mana hari ini.

1000 - Kami tiba di Jesselton Point. Berhajat nak ke pulau-pulau di sekitar KK ini. Kami mengambil pakej 3 pulau, iaitu Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Pakej ini berharga RM37 dan ditambah dengan caj RM6. Tapi kami dapat RM3 iaitu harga untuk pelajar.

Pemandangan di sekitar Jesselton Point dan perjalanan menaiki bot.

Perjalanan menaiki bot adalah sangat mencabar. Sakit punggung dilambung-lambung dalam bot. Isk isk isk. Kebetulan bot perlu membelah ombak dan ombak pun agak besar. Cuaca tidak panas dan agak sesuai kalau nak bermandi manda. Tapi kami tidak membawa persalinan. Cuma mencuci mata sahaja. Snorkeling berharga RM10. Aku ada tanya kalau menaiki jet ski ianya berharga RM250 setengah jam?? Mak aiii...yang benar..

Di sekitar pulau-pulau. Airnya memang jernih. Nampak pelbagai jenis ikan yang menarik.

Di setiap pulau yang kami pergi pun ada tol. Nak masuk pulau kena bayar RM3. Di pulau Sapi air nya lebih jernih berbanding dengan pulau yang lain. Pulau Manukan pula sesak dengan pengunjung. Air yang jernih sehingga dapat melihat banyak ikan-ikan yang cantik. Kemudian, kami terus pulang ke daratan. Nak pulang ni kami di caj RM50 oleh pihak bot. Sebab sepatutnya jadual kami balik pukul 4 petang tapi disebabkan kami sik da apa-apa aktiviti lagi, kami ingin pulang awal.

1220 - Kami minum air kelapa di pasar dan kemudian teruskan perjalanan ke Pasar Filipina. Aduh, rambang mata ni nak pilih kristal dan mutiara. Harga memang berbeza mengikut kualiti. Aku sukakan kristal yang lain dari lain. Hand made..tapi kena keluarkan kos sedikit lah. Masing-masing melayan perasaan masing-masing dengan berbelanja. Huhuhu...

1400 - kami masuk ke dalam shopping complex yang berhadapan dengan pasar Filipina ni. Kami mencari mesin ATM dan makan. Lapar la. Tak nampak restoran yang agak waras. Kami masuk cari fast food. Kami telah memilih Kenny Rogers.

1600 - Kami sampai semula ke Hotel dan berehat. Mandi dan solat.

1800 - Kami ke Night Market di Kampung Air. Jalan kaki sahaja. Membeli belah lagi, dan kemudian makan di kedai mamak. Tak sedap pun. haha...

malam..kami tidur awal kerana esok ada lagi perjalanan yang mencabar.....

No comments: