Tuesday, May 26, 2009

CUTI-CUTI KE BINTULU (edisi 4 sekawan)

Pada 23 dan 24 May 2009, aku dan team aku jalan-jalan ke Bintulu. Kami berempat memang agak rapat dan memang kelihatan di mana-mana bersama-sama. Pakcik tu untung la, 3 orang perempuan jaga dia. Haha..

Apa yang menyebabkan aku ke Bintulu ya? Mencari cinta? Mencari kasih? Makan angin? Haha apa sebabnya hanya aku yang tahu, kawan-kawan aku pun tahu juga. Sampai sahaja di Bintulu, aku jumpa dengan Shah, atau orang yang aku anggap mcm abg. Dia agak sibuk dengan urusan dia dan minta aku bawa diri sendiri sementara dia menguruskan halnya. Aku n the geng redah je la sambil cari tempat penginapan. Tengok lah motel-motel di Bintulu Lama, menakutkan pula tempatnya. Dari kejauhan kami nampak Park City Everly Hotel. Jeng..jeng..jeng..

Kami yang perempuan dah bersetuju nak menginap di Park City ni. Si Jejaka tunggal tu kami tempatkan dia di rumah kawan abg shah. Pandai-pandai lah ya bawa diri ye pakcik. Malam tu kami makan-makan. Dan semuanya kawan abg Shah yang bayar. Terima kasih ya. Lain kali belanja kami lagi....

Kami menginap di Park City Everly Hotel dengan kadar kerajaan untuk Garden Suite, RM158.70. Kalau rate biasa dalam RM250. Kawan abg Shah yang check in kan kami sebab kami tidak bawa sebarang dokumen yang mengesahkan kami ni staff kerajaan. Terima kasih lagi ya.

Kami tidur dengan nyenyak, lena teramat sangat. Mujur tak terlepas subuh. Rasa macam tak nak bangun jee. Maklum lah keselesaan tahap maksima kalau nak dibandingkan dengan keadaan kami di rumah sewa tu. Hihihi....bangun pagi, mandi, minum pagi dan mula la berposing depan kamera. Walau bukan fotogenik, tapi kami peduli apa kan. Keh3...


Kemudian kami ke pantai Tanjung Batu. Kelihatan beberapa kelompok orang berbarbeku, beriadah bersama-sama keluarga dan juga teman-teman.


Lepas tu kami pi solat dan makan. Solat di Masjid Assyakirin..makan di area mana pun tak pasti la. Kawan yang bawa, kami pi makan ja...



Lepas makan kami ke Taman Tumbina, taman yang tak berapa ada haiwannya kata orang tu. Hihi, kami layankan aja. Penat juga nak menjelajah semua tempat ni. Sampai berpeluh-peluh orang tu..Lepas jalan-jalan di Taman Tumbina, kami lepak minum ayo kelapa di tanjung Batu. Kemudian, kami terus pulang ke Bekenu. Bintulu - Bekenu mengambil masa 1 jam setengah. Memang pukul 7 malam kami sampai. Alhamdulillah...


Adakah teman ni akan kembali ke bintulu. Idok le teman tahu ye. Kalau ada rezeki, teman ke sana la...rindu bebeno dengan Park City Bintulu tu...rindu kan Park City atau rindukan yang lain? Hmmm no comment jawapan biasa artis...huhu!~

1 comment:

Anonymous said...

best la korang nye travel bleh join x sama group kami sekali-kala..
ym/mail rafieebest@yahoo.com.my
best kan travel..bleh share
http://rafiee.blog.friendster.com/