
1. Bersemangat
Dia bangun bersama terbitnya  matahari, selalu bersemangat menyambut hari baru, meyanyi-nyanyi kecil walau pun saat nak pergi kerja. Tersenyum mesra...Lelaki yang penuh keriangan di pagi hari  bererti siap menghadapi kesulitan hidup. Dengan rasa syukur dan semangat  hidupnya yang tinggi, segala masalah yang muncul dalam pernikahan nanti pasti dapat diatasi.
2. Betah Menyatakan Cinta
Apakah dia selalu  mengatakan dan menunjukkan rasa sayang pada anda setiap hari meskipun ianya adalah ucapan yang simple? Menurut penelitian, menyatakan rasa sayang secara teratur merupakan hal  terpenting yang mendatangkan kepuasan dalam sebuah perkahwinan. Jika saat ini anda memiliki kekasih seperti itu, anda sudah mendapat pasangan yang  baik.
3. Pandai Berjenaka
Dia senang tertawa bersama anda  (tapi bukan menertawakan anda). Dia tahu bahawa mentertawakan orang lain itu tidak  lucu. Dia juga tahu bagaimana menilai sama ada itu lucu atau tidak. Lelaki periang  ini baik untuk anda.
4. Take Care Him Self
Dia tak hanya peduli pada  kerapian dan keserasian berpakaian. Namun, dia juga peduli pada kesihatan dengan  menjaga makanan, meluangkan waktu bersukan dan cukup tidur. Tidak merokok dan menjauhi alkohol (merokok ni boleh dipertimbangkan..sebab ramai lelaki di Malaysia ni merokok, asalkan mereka tahu batasnya). Percaya atau tidak, dia akan berada di sisi anda untuk waktu lama.
5. Boleh Bermaafan/Minta Maaf
Dia selalu minta maaf saat berbuat  salah atau menyakiti perasaan anda, berusaha tak mengulangi kesalahannya dan  belajar dari kesalahan sehingga hubungan anda dan dia berkembang baik. Dia juga  mengerti bahawa dengan mengatakan ‘maaf’ tidak akan mengurangi kejantanannya.  He’s a gentleman. Tapi jangan lah silap sendiri pun nak minta maaf juga. Naik lemak nanti pasangan kita.
6. Bertanggung Jawab
Dia menikmati pekerjaan dan  berusaha mengerjakan dengan baik. Dia suka dengan pekerjaannya dan melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaannya. Bersemangat dan tidak mudah berputus asa. Lelaki seperti ini tak hanya mencari nafkah semata-mata kerana dia menikmati pekerjaannya dan bertanggungjawab sepenuhnya.
7. Dapat Bekerjasama
Apakah dia peduli bahawa beban  dalam sebuah hubungan harus dibagi adil? Dia juga mahu menyingsingkan lengan baju  tanpa diminta? Jika dia mau melakukan pekerjaan meskipun sangat remeh, pasti  menyenangkan memiliki lelaki ini di sekitar kita. Kadang-kadang kerja di rumah dapat dilakukan bersama-sama bukan 100% dilepaskan kepada si isteri.
8. Satu Visi
Anda ingin punya apartemen di tengah  kota, city car, dan satu anak saja, dia setuju. Ertinya dia juga ingin menjalani  gaya hidup seperti anda. Meski ini masalah kesepakatan, apa pun impian anda,  maka impian dia juga. Jika dia punya visi yang sama dengan anda, lanjutkan ke  jenjang berikutnya.
9. Romantis
Lelaki ini memang agak sulit dicari.  Setidaknya jika dia ingat bila ulang tahun anda, senang mengajak anda berjalan di bawah cahaya bulan, memilih hadiah ulang tahun yang  tepat, mengirim SMS berisi puisi indah (meski hanya forward), dan membuat anda  bahagia sebagai perempuan, dialah pasangan pujaan anda.
10. Punya Etika
Dalam bersikap, dia tidak tergesa-gesa  dan berusaha mempertimbangkan perasaan orang lain. Dia berusaha mematuhi hukum  yang berlaku dan tidak mencurangi aturan mainan kehidupan meskipun bersendirian. Tidak ada  lelaki yang lebih baik dari lelaki ini.
11. Boleh Menunaikan Janji
Dia berusaha menepati janji,  datang ke pertemuan tepat waktu, memenuhi tanggung jawab dan kewajibannya dengan  senang hati. Apa yang ia katakan sama dengan yang dimaksudkan. Persiapkan diri anda menjalani kehidupan yang menyenangkan bersama lelaki ini.
13. Calon Ayah Yang Baik
Apakah dia punya perhatian  besar pada anak-anak? Mahu membantu mengasuh anak? Dan menurutnya anak-anak lucu  dan menakjubkan? Bahkan dia sudah berpikir menyiapkan simpanan untuk keperluan  masa depan anaknya nanti? Untuk semua jawapan ya di atas, anda boleh menikahi lelaki  ini dan anda memang sangat bertuah, jangan lepaskan lelaki ini.
14. Menghargai Privasi
Punya kehidupan sendiri  membuatnya merasa tidak perlu memiliki anda setiap saat. Dia fahamdan tak  keberatan ketika anda meminta waktu untuk bertemu teman-teman anda. Dia juga faham dan memberikan anda ruang untuk berbual-bual dengan ibu atau tema di talian telefon, tak ada la dia mengopeng sahaja apa yang dibualkan.
15. Sepenuh Perhatian
Memang tak ada panduan pasti untuk  mengukur seberapa baik dan perhatian seseorang. Namun, jika anda merasa dicinta,  bersamanya anda merasa luar biasa secara fizikal dan emosional serta ada rasa  damai saat di sisinya, bererti anda sudah menemukan orang yang tepat.
Tapi ingat tidak semua manusia sempurna, anda mungkin susah  menemukan satu orang yang memenuhi ke-15 kriteria diatas, cukup beberapa  kriteria untuk mengiringi perjalanan hidup kita.
4 comments:
Moga-moga ketemu pilihan hati yg JITU! atau sudah ketemu pilihannya. Tiada manusia sesempurna seperti yang diimpikan. Perbezaan-perbezaan yang wujud membuatkan indahnya Warna-warni Kehidupan kita...Wallahualam
Iya....terima kasih atas komen anda. MEmang pun kesempurnaan tu bukan boleh dapat sekelip mata...malah nak mencapainya pun payah. Itu cuma satu guideline, dalam kita mencari-cari pasangan yang terbaik buat kita. Dan juga bagaimana kita nak menyesuaikan diri dengan segala perubahan. Sebab dunia sebelum kahwin dan selepas kahwin adalah sangat berbeza.
Saya tak ada calon yang pasti lagi. Yang tak pasti tu ramai la..hihihi...
Insya allah ada juga nanti!~
dah ada 15 ciri pun tkde yg nk belum masa lg hihii
Ala...asrul..awak tu yang memilih sangat..=P
Post a Comment