Hm pernah kah anda terfikir berkenaan dengan hari tua kita? Sempat kah kita meniti hari tua? Insya Allah sempat kalau umur kita dipanjangkan tuhan. Apakah hari tua itu nikmat? atau bakal dipenuhi dugaan?? Oleh itu perlulah kita menyediakan diri kita, menyiapkan mental dan emosi kita dalam bakal menghadapi hari tua.
Kita berkahwin dan mempunyai anak. Anak-anak ini pula kita pertaruhkan untuk menjaga kita semasa hari tua. Ada yang risau sebab tidak ada anak, kononnya nanti apabila sudah tua tidak berteman. Tidak payah risau tidak ada anak, tetapi risau jika anak-anak itu akan bakal memberikan dugaan paling besar dalam hidup kita.
Banyak sketsa di TV, jiran rumah sebelah dan saudara mara kita sendiri, di mana seorang ibu mampu menjaga ramai anak, tetapi anak yang ramai ini belum tentu akan dapat menjaga seorang ibu dan ayahnya. Pernahkah kita terfikir situasi ini akan terjadi kepada kita? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini andai ini yang ditakdirkan kepada kita?
Sebab itu, mental dan emosi kita kena kuat untuk menghadapi segala kemungkinan. Kalau-kalau anak yang kita harapkan tidak menjadi seperti yang diinginkan, apakah tindakan kita. Ibu bapa mana yang mahu anak-anaknya menjadi jahat, nakal, perosak bangsa, terjebak dengan jenayah dan sebagainya...tidak ada! Ibu bapa akan membekalkan anak-anaknya cukup dengan ilmu agama, sifat-sifat yang baik, nilai-nilai murni dan sebagainya. Tetapi mengapa anak-anaknya masih lagi tidak terarah hidupnya setelah dewasa. Semasa kecil memang mereka boleh dikawal oleh ibu dan bapa, tetapi selepas mereka dewasa, mereka lebih suka dengan haluan masing-masing. Mungkin kita sendiri pernah memberontak atau mengingkari ibu bapa kita tanpa sedar atau dalam sedar.
Sebagai ibu bapa, kita boleh berikan segala-galanya. Macam mak ayah kita, nak kereta, nak motor, nak komputer, handphone, duit, semuanya boleh diberikan. tapi apa yang kita berikan pada mereka sebagai balas ganti..hm tak terkata-kata saya kalau ditanya akan soalan sebegini.
Hidup ini memang perlu banyak berdikari dan bukan bergantung pada manusia lain semata-mata. Hidup jangan terlalu mengharapkan ihsan orang barulah kita mampu meneroka kehidupan ini dengan baik, menyelusuri jalan dengan tenang. Sesekali badai melanda, jangan kita berputus asa.
Terfikir juga saya, sebelum ini, saya ingin berkahwin semata-mata ingin kan anak sebagai penyambung keturunan dan juga sebagai peneman. Tetapi selepas direnungkan semula, saya tak boleh nak mengharapkan sangat kepada anak-anak yang bakal ada nanti. Saya bertanggungjawab membesarkan mereka dan memberikan mereka ilmu yang sewajarnya. Satu masa nanti mereka pasti akan ada kemahuan sendiri dan tidak lagi dapat menunaikan kemahuan kita.
Bukan semua sanggup untuk menjaga warga tua yang dah nyanyuk, uzur dan banyak karenah. Saya pun belum lagi menempuhi keadaan ini. Memang tidak ada pengalaman dalam menjaga warga yang serba kekurangan ini. Saya harap saya dianugerahkan kesabaran dan ketabahan yang tidak terhingga dalam menempuhi keadaan sebegini.
Simpanan adalah penting untuk hari tua. Buatlah simpanan dan melaburlah di tempat yang betul. Tentu anda sedih kalau di tempatkan di rumah kebajikan kan. Adoi tidak dapat saya bayangkan. Sedih, sayu, tersayat hati ini melihat gelagat warga tua ini yang masing-masing dengan cerita masing-masing. Ada yang ternanti-nanti sudah bertahun tetapi anaknya tidak pernah sekali menjenguknya. Isk....
**Usah asyik mengharapkan orang memberikan kata-kata kasih dan sayang sedangkan anda lokek dengan senyuman.
3 comments:
Sebagai penjawat awam kita jangan risau,kalau tidak ada yang jaga kita daftar di rumah orang tua dan dengan duit pencen yg ada kita boleh hidup.
Tapi minta di jauhkan,saya cakap ini sebab ada jumpa beberapa orang yang berada di rumah kenangan cheras.
Iya lah..itu salah satu kelebihan sebagai penjawat awam kan. Saya puna da lihat di beberapa rumah kenangan. Walau pun mereka mampu sara diri dengan duit pencen mereka..tapi bagai mana dgn emosi? perkembangan emosi mereka?? sakit kan....
Setiap kejadian di dunia adalah atas kuasa dan kehendak takdir Allah swt..Allah akan balas perbuatan kita.Jangan kita inaya orang tua kita..kelak anak-anak akan sayang dan jaga kita hingga ke akhir hayat. Insyaallah.
Post a Comment