Saturday, February 14, 2009

Tazkirah Remaja: Belajarlah terima pandangan orang lain

MANUSIA yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung tidak diendahkan.

Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.


Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.

Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.

Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik.

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.

2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.

Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.

Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

Kata bijak pandai 'apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita'.

Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090130094009/Article/indexv_html

Aku ni rasa nya lebih banyak bercakap dari mendengar. Mungkin juga lah. Aku cuba sedikit demi sedikit kurang kan bercakap akan perkara yang kurang bermanfaat dan banyakkan muhasabah diri. Bila masa muhasabah diri inilah, akan membuat kan diri digamit keinsafan. Moga ia akan berterusan berkembang dengan baik dan tidak separuh jalan.

Friday, January 30, 2009

Hujung minggu bersama kawan..



Sabtu yang lalu aku dan kawan serumah menjelajah ke Batu Niah. Lebih kurang 40 minit dari Bekenu ni. Kami tiba jua di Taman Negara Gua Niah tapi disebabkan hujan dan keadaan gua yang agak licin, makanya kami memang tidak berhajat nak masuk. Sekadar jalan-jalan meronda-ronda. Mungkin akan datang, sampai juga. Kami hanya menaiki bot menyusuri sungai Niah sehingga ke kawasan pekan. Di sepanjang sungai ni ada lah beberapa buah rumah yang ala-ala style Niyang Rapik. Orang Iban yang tinggal di sini. Tandas di tepi sungai? Biasa lah. Latar belakang gambar kami itu adalah Bukit Kasut. Tak tahu lah kenapa dinamakan Bukit Kasut. Nak tanya driver bot pun payah. Dia bukan faham sangat. Sabar sajalah. Gua Niah!!! Kami akan datang juak nanti!~

Saturday, January 24, 2009

24 Jan 2009

apa yang ingin ku perkatakan di sini. Segalanya telah kembali seperti biasa. Hakikat kini aku bukan untuk siapa-siapa....aku bukan untuk dia....moga kami bersama-sama redha dengan segala-galanya...sanggupkah aku melihat dia bahagia dengan yang lain sedangkan aku....sedangkan aku....adeh.....adakah aku masih mengharapkan ada sinar lagi di dalam perhubungan kami?? adakah aku masih mengharapkan mereka memahami perasaan ku ini?? adakah masih bersisa kasih ku ini?? adakah dapat aku lupa kan dia??
hmmmm sedih lah rasanya......masih bersisa air mata ku ini. Biarku sapu air mata ku sendiri....sebab aku bukan untuk siapa-siapa lagi...

Friday, January 16, 2009

Hari ke-11 di Bekenu Height!

Hari ke sebelas di Bekenu….

Salam…Hm ni malam kedua aku melepak di asrama dengan 3 org cikgu lain yang satu rumah dengan aku. Kami kira duduk di pusat penempatan banjir la ni…hihi….malam ni mgkin banjir lagi. Xpelah, kami dah alah bisa tegal biasa.

Di asrama ni ade la pelajar lain. Pelajar SK Bekenu la…bila melihatkan mereka ni, rasa kesian pun ade. Tahun satu dah duduk di asrama. Hidup berdikari di asrama. Menguruskan diri sendiri. Berbanding dengan pelajar semenanjung yang kebanyakannya ke sekolah dihantar dan pulangnya berjemput sama ada oleh keluarga atau driver. Di sini mmg berbeza…byk keadaan yang membezakan antara di sini dengan semenanjung!~

Datang ke sini baru lah kita merasakan betapa nikmatnya hidup di semenanjung…byk kemudahan dan setiap keperluan mudah dipenuhi. Kat sini takde roti gardenia..hahaha mula2 tak tahu juga…cari satu bandar…mmg takde…punya lah kami ni kebulur nak makan roti..pusing la satu bandar cari roti yang halal dan tidak diragui. Makanya jumpa la kedai roti Syazwan. Ya Allah rasa mcm best gila..kami memborong roti sakan…mcm2 roti dibelinya…hahahaha…..mcm kelakar pun ade.

Kawan2 aku lak masing2 sibuk check calendar….tgk bila cuti..masing2 dah beli tiket nak balik…tiap kali cuti mereka nak balik…aku je, hanya mampu memandang. Nak balik mcm mana kan. Huhuhu mana ade ongkosnya. Lain la kalau ade penaja kan. Siapalah nak taja aku ni kan!~ Takpelah..ni kan cabaran dan pengalaman. Moga aku dapat tempuhi segala kesusahan di sini. Kamu semua doakan ketabahan aku ye….Amin……

Sunday, January 11, 2009

Bekenu - 12 Januari hari ke-3 banjir



keadaan di belakang rumah sewa ni..

dalam tiap2 bilik lebih kurg mcm ni la..air lebey dri 6inci..

keadaan di dapur...masih sempat lagi aku grg mee pagi ni..

keadaan di depan rumah..fuh nak kuar ni, air paras lutut..

di ruang tamu rumah sewa ni..

keadaan dalam bilik air....eiiii....tandas pun tenggelam...

selepas 3 hari menghadapi keadaan mcm ni..apa nak dikatakan...inilah takdir..nak merungut sangat pun tak guna juga. Aku menghadapinya sahaja la. Kang surut kemas2 la...kang malam ni kalau naik lagi...terima je la..nak buat mcm mana kan..kejadian alam..ketentuan tuhan. Masih selamat lagi aku di sini. Cuma keselesaan tu terganggu la. Takde la sampai tak nak datang ke sekolah. Aku rasa ok je kalau nak pergi sekolah on time..xde la sampai nak amik cuti. Sebab aku pun tak rasa ia darurat pun...Anyway...u all doakan ketabahan dan kesabaran aku ye...hihihi!~ jom berenang!!! la la la la la la............aku tak pasti keadaan sekolah mcm mana sebab bangunan belakang tu satu paras dengan sungai..hmmm nti aku bgtau ye mcm mana keadaannya!~

Saturday, January 10, 2009

Bekenu - 11 Januari - Hari kedua banjir

Hmm..siang sabtu..aku dan kawan-kawan ke bandar Miri. Menghayati sendiri perjalanan ke Miri. Memang jalannya mcm jalan nak pulang ke kampung. Ada jumpa dengan beberapa kampung yang lain. Ada juga yang kiri kanan nya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit..aku rasa mcm jalan kat jhr lak..Malam nya..kawan kami sms bahawa rumah mula dimasuki air. Aku dan teman-teman lain segera pulang. Sampai saja..perkarangan rumah dah dinaiki air. Aku tgk kereta myvi akak....dah separuh tayar...

Mari kita lihat....apa yg terjadi di dalam rumah....jeng jeng jeng!`

dalam rumah...masa kul 12 malam..

Kawasan dapur dah mcm swimming pool.

mmg leh snorkeling...

selepas sejam kemudian....

air mula naik lagi sehingga menjatuhkan barang2 yang ade di dapur. Aku tak sure brg siapa...mungkin ex housemate la agaknya.


tengok ni di kawasan dapur...mak aii...penuh dah dgn sampah2 dan barang2 yang hanyut!

ni kawasan depan pintu masuk...mmg dah mcm swimming pool!~

ni keadaan di dalam bilik...lebey kurang je dengan bilik aku..isk isk isk...

hmm walau mcm mana pun..ini dah ketentuan nya...susah sikit la kan...uhuks....dahsyat gak la tempat ni...hihihi...apa2 pun...esok tuan umah kata dia nak sedut air guna penyedut la kan...moga2 success la...penat woooo...........xlarat la dah aku ni!~ hahahhahaa........

hmm....dalam kol 9.30pagi, anak2 tuan umah datang dan bekerjasama menyedut air yang ade dalam umah ni..lebih kurang sejam juga la. Kemudian kami perlu menjalankan proses yang terakhir iaitu proses paling penat...mencedok sisa air dan mengemop lantai...ini adalah pengalaman yang sukar dilupakan. Betapa kami kepenatan...menghadapi dugaan sebegini..

Friday, January 9, 2009

Bekenu - 10 Januari

Jam menunjukkan pukul 5.40pagi. Aku tersedar seperti biasa dalam pukul 5.00pagi. Ini adalah waktu bangun aku di sini. Seperti yang dijangkakan, bilik aku telah dipenuhi dengan air. Mak aii..terbaring sebentar aku. Adakah ini mimpi?? Ha mana ade mimpi..ini adalah kenyataan. Mujur la aku dah naik kan semua barang atas katil.


oooo...masuk bilik aku ek air ni...


Air di dalam bilik...ade la dalam 1 cm..hee....

Aku pun bangun meronda di sekitar kawasan dalam rumah. Sah la..BANJIR! Kemudian aku menjenguk keluar..air di luar dah surut. Air dalam rumah je tak pandai nak surut sendiri. Bermula dengan sorang dak umah aku menyodok air. Maka kami berlima pun apa lagi..operasi cedok mencedok la..


jom snorkeling!


Air di sekitar dapur

Jam 8.30 pagi..operasi selesai....fuh nak pitam jek rasa...hari ni kena makan Mc D la....Prosperity!!!

Saat ini, aku bagaikan tidak tahu harus berperasaan mcm mana. Baru sedikit begini aku merasakan jenuh juga la. Tapi buat kerja ramai-ramai maka kepenatan tu tidak la terasa sangat. Mcm mana la kan mereka yang dah biasa berhadapan dengan banjir-banjir besar. Lagi sadis kan. Seumur hidup aku..ini lah kali pertama aku menghadapi banjir. Walaupun mcm mukadimah banjir sahaja kan...huhuhuhu...belum lagi jenis-jenis paras pinggang. Hihi....seram la...

Apa-apa pun....ini bukan pengalaman pahit...tetapi suatu jenis pengalaman yg bermakna pada diri aku...(oittt air ni gatal la....hahahahahaha)

Tuesday, December 30, 2008

Aku dan Sarawak Episod 1

Entah kenapa hati aku ni macam malas nak ke Sarawak..aku impikan Sabah tapi ini kan sudah suratan, makanya aku perlu ke sana. Saat ni aku rasa sepi..rasa jauh dari sesiapa. Kalau angah boleh, kenapa aku tak boleh kan. Lagipun masih dalam Malaysia.

Apa yang aku bimbangkan sebenarnya?? aku rasa keakraban aku dengan famili makin baik semenjak aku masuk KPLI ni. Sebelum ni aku belajar di Johor, Melaka dan kerja di Rawang, aku tak pernah nak rasa akan sejauh ini. Aku masih boleh selamba. Tak ada rasa sedih di hati ni..

Selepas aku masuk KPLI...oleh kerana jarak yang agak dekat antara rumah dan maktab, makanya aku sering berulang pada hujung minggu..aku sanggup tak keluar dengan kawan-kawan..bersuka ria sebab nak balik ke rumah. Kenapa aku balik rumah? Nak manja2? Aku balik rumah nak tolong mak ayah aku buat kerja, walaupun nampak mcm tak berbaloi dengan duit minyak balik, sebab masa ni minyak mahal, tapi aku rasa berbaloi..sebab aku makin akrab dengan keluarga. Aku tak malu nak tolong ayah aku meniaga tepi jalan. Tak ada apa yang nak dimalukan sebab mereka membesarkan aku dengan baik.

Ayah...mama....walaupun mereka tak berikan aku kemewahan tetapi mereka memberikan aku kesenangan. Kini tiba masa nya aku pula berbakti pada mereka. Kadang2 aku dipersoalkan teman-teman bila mereka melihat aku transfer wang sehingga 4 angka kepada keluarga..kunyatakan, apalah sangat wang ringgit ni berbanding dengan pengorbanan mereka..membesarkan aku dan menjaga aku. Jadi aku tak rasa hal ini patut dipertikaikan lagi. Cuma yang mendatang ni, aku akan berusaha lebih keras dan berjimat cermat serta mula menyimpan wang dengan sistematik.

Pernah dan acapkali juga..mama akan masuk ke bilik tidur aku, bila terdengar aku mengigau marahkan nyamuk..pernah juga dengan ayah sekali sama2 mencari nyamuk yang menggigit dan mengganggu tidur aku...ai masa ni aku tak tahu mcm mana nak gambar kan perasaan aku..adakah aku mampu menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga aku.

bila mengenangkan ini semua...aku rasa berat hati nak ke sarawak..adakah mereka akan sepi tanpa aku? Siapa nak tolong ayah siapkan roti? Siapa nak tolong mama menjahit? Mama redha dengan pemergian ku. Ayah mendoakan yang terbaik buat aku..dan aku akan melakukan yang terbaik untuk keluargaku.

Thursday, December 18, 2008

Jahitan Manik....

Assalamualaikum...

Hm...sepanjang cuti sekolah ni, saya tiada kerja yang khusus di rumah. Makanya sambil membantu mama saya menjahit, saya ada juga ambil upah jahit manik. Alhamdulillah, ada juga la masuk sedikit wang belanja. Dari duduk menanti saja-saja kan...

Berapa upahnya? itu terpulang pada design dan jenis manik yang digunakan. Selalunya upah yang dikenakan adalah lebih murah dari tempat lain. Kalau tempat lain dalam 50, dengan saya hanya 35-40...lagipun saya jahit sendiri bukan atas tangan atau ada hantar kepada orang lain.

Seronok sebenarnya menjahit manik ni. Dapat menguji kesabaran dan kekreatifan diri sendiri. Kesabaran mencucuk satu persatu manik dan kesabaran mengutip manik kalau berterabur. Fuh! Manik kalau dah bersepah di lantai, jenuh juga la nak mengutipnya. Nak tak nak kena kutip juga...

Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan di area Kangar ni..kalau mahu perkhidmatan menjahit manik ni, boleh la hubungi saya di talian 04-9782705 (intan).

Cari pasangan terbaik

Sebelum hubungan cinta pergi lebih jauh, renungkanlah beberapa perkara yang penting. Adakah anda suka kepada seseorang? Dan anda tahu bahawa dia juga suka kepada anda.

Dalam menjalinkan hubungan, adakalanya perbuatan, kata-kata, sikap dan kelakuan yang boleh menyinggung perasaan seseorang ini akan mewujudkan rasa benci. Oleh itu, hubungan yang sepatutnya boleh pergi jauh telah terkandas di tengah jalan. Rasa kasih dan sayang yang dulu wujud, boleh terhakis dengan tiba-tiba.

Sebagai seorg lelaki, anda perlu merenung semula sikap anda terhadap pasangan anda. Manakala bagi wanita, kita perlu menetapkan beberapa ciri tertentu dalam mendapatkan pasangan yang terbaik.

Di sini ada beberapa perkara atau situasi yang boleh direnungkan untuk diteladani iaitu:

1. Si dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih 10 kali dalam masa 10 minit. Apakah maknanya ini? Anda sendiri fikir-fikirkan lah...

2. Jelas daripada ceritanya bahawa dia seorang kaki joli atau kaki makan angin. Nak pula kalau dia banyak bercerita tentang Thailand. Waspada lah...

3. Apabila dia memberitahu anda yang pasangannya tidak memahaminya. Contoh isterinya yang tidak pandai menjaganya, menjaga kebajikannya, maka semaklah yang sebetulnya. Mana tahu, rupa-rupanya si isteri sedang mengandung anak ke-9!

4. Anda sedar akan matanya yang nak terbeliak melihat gadis seksi, cantik, gebu yang lalu di sebelahnya, malah matanya tidak berkerlipan melihat. Lebih sadis lagi sehingga meleleh air liurnya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan dia adalah orang yang tidak pandai menjaga perasaan.

5. Tangannya mula miang-miang untuk menyentuh anda. Memegang tangan atau memegang pinggang anda atau lebih dari itu walaupun hanya pada pertama kali anda keluar dengan dia. Jika hari pertama dia sudah berani menyentuh anda, bagaimana pula dengan hari-hari mendatang? Tak mustahil anda akan dirogolnya.

6. Dia langsung tak memberikan anda peluang untuk bercakap atau bercerita disebabkan dia yang terlalu ghairah bercerita tentang dirinya dan keluarganya. Boleh tahan ke dengan orang macam ni?

7. Apabila bercakap ada nada-nada tin kosong. Anda menyedari dia seperti mereka-reka cerita dengan cerita-cerita yang mengalahkan drama di TV. Bercerita tentang kekayaan keluarga dan kemewahan hidupnya. Tetapi bila bayar bil makan, pelbagai alasan mengelak diberikan.

8. Dia menjelaskan kepada anda, dia bersedih selepas putus cinta dengan kekasihnya yang pernah ditidurinya. Jika ini telah anda ketahui, wajarkah anda menunggu lagi?

9. Dia kata dia mengimpikan seorg suri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Menjadi tukang masak, tukang cuci, tukang lap, tukang kebun, tukang picit, tukang sental dan segala jenis tukang lah. Anda perlu memikirkannya semula.

10. Dia bukan mahu sangat berjumpa dengan anda, tetapi atas desakan kawan atau kerana kasihan kan anda maka dia keluar dengan anda. Jadi fahamlah anda akan maksud nya itu...

11. Apabila anda terdengar daripada kawan-kawan yang dia mempunyai penyakit kelamin.

12. Apabila memesan minuman, dia akan meminta minumam beralkohol dan ini adalah langsung tidak sesuai bagi Muslim.

13. Dia memberi komen tentang pakaian anda di mana dia mengatakan anda akan nampak lebih seksi dan menggoda jika memakai pakaian-pakaian yang digemarinya. Di sini sudah jelas, dia ingin memesongkan tujuan anda berpakaian.

14. Apabila mengajak keluar, dia suka bawa ke tempat-tempat sunyi dan berdua-duaan. Atau membawa anda ke kelab-kelab malam dan berseronok hingga tidak menghiraukan waktu. Sedar sahaja sudah 3 pagi. Maka, si dia bukan lelaki yang harus anda teruskan hubungan dengannya.

15. Terlalu menunjuk-nunjukkan diri itu sebagai anak mak. Sikit-sikit mak..apa-apa pun emak..Ini menggambarkan yang dia masih belum matang sepenuhnya. Memang wajar jika sesuatu perkara dibawa berbincang dengan mak. Tetapi bukan semua perkara sehingga dalam perbualan, acapkali kedengaran ayat "Mak saya kata...Mak saya beritahu...Mak saya cadangkan...bla..bla..."

Pendek kata, masihkah anda ingin menyimpan perasaan dengan lelaki yang sedemikian? Tidak salah sekiranya anda meninggalkan dia tanpa sebarang ucapan.