Hari ni 24 haribulan 2009 bersamaan dengan hari Jumaat, hari yang baik dan hari yang tidak banyak masalah. Hari ni memang aku tak ada marah-marah dalam kelas. Memang bagus la Soal Kaji Selidik yang aku buat tu. Membuatkan aku lebih berfikir untuk mendapatkan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Waktu akhir adalah waktu Matematik dengan kelas 4B iaitu kelas aku sendiri. Macam biasa aku melangkah menuju ke kelas apabila loceng berbunyi, sambil dalam kepala sarat dengan apa yang ingin diajarkan.
Sampai di kelas, aku lihat kelas tertutup dan ada Mahirah yang membuka pintu sambil dia mengatakan HAPPY BIRTHDAY cikgu. Siap tampal banner Happy Birthday di pintu. Hahaha..macam kenal ke banner tu. BIla aku masuk kelas je aku tengok tak nampak pelajar lain, rupanya mereka ada menyorok di sebalik meja. Bila aku masuk je semua bangun, ada macam2 bunyi dan mula lah, menyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY...hahaha..(Malu i....ceh cover-cover la kononnya...)
Papan hitam pun dah lain jadinya. Hmm....thanks a lot. Terima kasih juga kepada kawan aku yang sorang tu, cikgu kaunseling SK Bekenu..sebab aku dapat rasakan, dia yang beritahu pasal birthday aku tu. Setahu aku memang pelajar kelas aku tu tak tahu birthday aku, melainkan pelajar tahun 1....Lepas tu pelajar 4B beratur beramai-ramai minta maaf dengan aku. Dan hari ni memang mereka Behave!~ hmm.....
Hm...memang ini satu pengalaman juga la. Walau hanya beberapa minit tapi 1st time kan. Mana pernah sebelum ni. Tahun lepas pun ada sambut dengan pelajar masa aku praktikal. Tapi aku yang well prepared. Tahun ni tak pula aku beli kek untuk pelajar. Hm...tgk la minggu depan mcm mana ye. Of course kalau aku beli...kek secret recipe..Hihihi...insya allah. Jauh sangat la Miri tu...susah nak beli apa2....
No comments:
Post a Comment