Tuesday, July 21, 2009

Terganggunya pembelajaran dalam kelas..

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah.....

Hm...my first posting was here..Sarawak....Miri...Bekenu. Aku ditugaskan sebagai guru kelas tahun 4 Bijak dan mengajar 28 waktu matematik bagi tahun 1, 2 dan 4. Memang aku mengajar matematik sahaja.

Dalam kelas tahun 4 Bijak ni, ada dua orang pelajar yang baru masuk. Sebelum ni tak pernah bersekolah. Alahai memang jenuh juga la. Sebab mereka tak ada basic. Nak kena pulun juga. Nama mereka Jinny dan Rocky. Jinny ni masih boleh tahan. Rocky ni langsung la tak leh nak beri perhatian walau dia sepertinya mencuba juga nak buat tapi kebanyakan cubaan dia gagal.

Pelajar tahun 1B pula...masuk pelajar baru bulan 1....tak pernah pra sekolah...kemudian bulan 6 pindah pula pelajar sekolah lain..masuk ke kelas ini...yang ni masih okay lagi....

Pelajar tahun 1C pula...bulan 7 ni...ada pula pelajar baru masuk. Bukan dari sekolah mana-mana. Tapi dari rumah dia. Memang tak pernah bersekolah kerana tak ada surat beranak. Apuuuu.....masa ni aku rasa terbeban lagi. Maaf ye tak sengaja rasa beban. Kasihan dengan pelajar ni dan juga cikgu-cikgu. Dia masuk dengan zero. ABC and numbers tak tahu..memang payah la...nak catch up dalam kelas...pembelajaran 7 bulan...tak terjangkau dek akalnya....

Aku merasakan, hal-hal macam ni satu gangguan. Di semenanjung memang jarang kes mcm ni kecuali betul-betul pedalaman kot. Di Sarawak ni memang ramai la budak2 yang tidak ada sijil lahir dan lewat daftar lahir. Sebab itu mereka tidak dapat masuk ke sekolah. Sebab tak ada sijil lahir. Bila dah dapat sijil lahir....umur pula dah meningkat. Tup-tup mak ayah hantar ke sekolah terus je masuk darjah 5 la...darjah 4 la....adoiiii......................

Memang banyak pihak akan rasa terseksa dengan keadaan ini. Tertekan...baik guru atau pelajar itu sendiri. Pada aku biar lah mereka ni lalui zaman pra sekolah dulu. Tak kira la umur tu berapa kan. Sistem dah menetapkan mcm ni. Kena lah ikut. Umur 12 tahun je kena duduki UPSR....So, kalau tahun ni umur 10 tahun, ha masuk terus darjah 4 walau tak tahu menulis dan membaca. Bunyi macam tak patut tapi itu yang terjadi....

Pelajar yang ketinggalan ini akan rasa stress sebab kawan2 lain dah jauh..dia masih lagi merangkak2. Bila menduduki ujian memang mereka ni lah yg disasarkan tuk mendapat result yang terkebelakang..kasihan dan sungguh kasihan....mcm mana nak jawab BM kalau membaca pun tak tahu. Baru kenal nombor. Macam mana nak jawab matematik kalau nombor pun masih kenal samar-samar....hmmmm........

Stress juga menghadapi keadaan ini. Macam mana ni??? siapa yang rugi??? siapa yang susah??? siapa yang bermasalah akan datang??? dan yang penting..siapa nak jawab persoalan aku ni.....???

2 comments:

iza said...

memang rasa terbeban skit bila mgajar pelajar yang ketinggalan jauh ni....terpksa lah ckgu nya kena kerah kringat lebih skit..

intan_has said...

kerah segala yang ada. Kasihan pun ada. Hm dah sistem pendidikan sebegitu. Ada juga yang masuk je terus ke tahun 5. Hmm pastu UPSR. Byg kan lah, sik pandey membaca lagi sudah menduduki UPSR. hmm.....apa yg boleh kita lakukan??