Sunday, July 26, 2009

Kenduri kahwin di Kg Satap

Buat pertama kalinya kami menerima undangan ke majlis perkahwinan sepanjang kami menetap di Bekenu ni. Kak Zaidah menjemput kami sempena perkahwinan anak buahnya. Berbesar hati kami mengunjungi majlis tersebut. Majlisnya lebih kurang sama sahaja dengan semenanjung cuma masa undangan itu awal gila! Pukul 10 pagi kak Zaidah minta kami datang. Biar betul!!!!

Kak Zaidah : " Intan, jangan lupa ya..pukul 10 datang kenduri...saya tunggu..."

Intan : " Kak...biar betul kak...ni nak makan pagi ke makan tengah hari??"

Kak Zaidah : " Eh memang la di sini macam itu..."

Alkisahnya aku dan kawan-kawan pi la dalam pukul 11 lebey. Hahaha..orang dah ramai balik, memang kira nya dah hujun
g majlis. Lawak betul. Tu la orang suruh datang pukul 10 tak mahu percaya. Kikikiki....

Makanan yang dihidangkan sedap juga. Ada daging masak hitam, ayam masak merah (ye ke) dan sayur umbut kelapa. Hehehe....sedap rugi tak makan banyak....

Geng kami...jalan-jalan cari makan.

Ehem..tumpang ye..ambik berkat! Kot akan datang merasa juga.
(malu gila......sengih je la...)


No comments: