Wednesday, July 22, 2009

Tabiat buruk yang tidak disukai wanita


Hm...ini khas untuk lelaki dan juga renungan para wanita ya.

Pernah kah anda lelaki mempunyai teman wanita yang sentiasa merungut tentang anda? Mungkin ini ada kaitan dengan sikap buruk anda. Mana tahu anda sebenarnya mempunyai sikap buruk yang tidak disenangi oleh teman wanita anda atau pasangan anda. Jika anda masih tidak berubah, mungkin anda akan kehilangannya.

Antara keburukan yang boleh menimbulkan ketidaksenangan pada pasangan kita:

1. Sendawa - Hihi, bab sendawa ni memang saya perhatikan ada lelaki yang jenis selamba sahaja sendawa di meja makan. Di rumah mungkin tidak mengapa, tapi kalau di restoran?? Wah ramai mata akan memandang beb! hihi. Jangan lupa minta maaf sebab ini mungkin akan menyejukkan hati pasangan kita. Mana tahu dia berniat nak marah anda. Usahakanlah sendawa itu agar jangan keluar. Macam mana?? Pandai-pandai la ye. (ada orang kata orang lelaki memang rajin sendawa, tapi wanita pula suka kentut...ya kah??)

2. Menguap - Ini memang sensitif juga. Teman wanita anda mungkin akan kecil hati atau merajuk dan menganggap apa yang dibincangkan dianggap tidak penting sekiranya anda mendengar sambil lewa. Apatah lagi diserikan dengan menguap dan membiarkan mulut terbuka seluasnya. Jangan begitu. Untuk jadi kekasih yang baik, anda perlu menjadi pendengar yang baik. (baik-baik menguap, tutup mulut tu, takut juga bau lain macam je nanti...)

3. Berlagak jaguh - Jangan menunjukkan sikap kejaguhan itu dalam masa yang tidak sesuai. Silap gaya akan dituduh sebagai panas baran. Ada sesetengah lelaki contohnya suka memaki hamun kenderaan lain yang cuba memintas keretanya atau cuba memotong laluan. (kadang-kadang kalau pemandu kurang ajar, memang wajar kita lepas kan geramkan...) Hmm tapi ini bukan menunjukkan kehebatan anda sebaliknya menunjukkan keburukan anda. Mengawal diri dari cepat marah atau bertengkar adalah lebih baik. Cool and steady beb...(kalau cool sangat pun lain macam juga....)

4. Sombong - Kebanyakan orang suka kan pasangan yang merendah diri. Sombong tidak semestinya menunjukkan anda hebat. Jangan sesekali anda membanggakan diri di depan orang ramai semata-mata untuk memberitahu bahawa anda hebat. Jika teman wanita anda menarik muka, maknanya dia tak suka. (Tapi pada aku kalau merendah diri sangat pun aku rimas la. Ni memang nak kena tegur. Sebab aku dah berjumpa dengan orang yang sebegini. Aisehh.....)

5. Pengkritik - Ada lelaki yang ringan mulut mengalahkan wanita dalam melempar kata cela tentang kekurangan orang lain di tengah khalayak ramai malahan selamba mengkritik kekurangan pasangan sendiri (cari nahas ni..). Anda mungkin merasakan diri anda sempurna tetapi anda perlu tahu, anda juga perlu mendengar kritikan orang lain. Mungkin ada kebenaran pada kritikan orang itu tentang kita. Jadi jangan takut pada kritikan bukan terus menerus mengkritik orang tetapi tidak dapat terima kenyataan kalau ada yang mengkritik kita. (Aku rajin juga mengkritik, sampai ada yang menggelarkan aku mulut laser suatu masa dahulu..hmm..kena muhasabah diri selalu..)

6. Ego - Elakkan bersikap ego kerana ia hanya sikap yang tidak disenangi oleh wanita. Memang lelaki dianggap memiliki perasaan ego yang kadangkala nya keterlaluan. Bagaimana pun ego boleh dikurangkan. Janji anda saling faham memahami dan bertoleransi di antara satu sama lain. (Sekali sekala kita kena rendah kan ego kita, untuk kebahagiaan bersama.)

Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian. Lelaki ke perempuan ke pada aku sama sahaja. Sikap kena jaga bukan cover. Kalau terlalu cover pun akan bahaya juga. Risau akan memakan diri kembali. Biarlah menjadi diri sendiri. Usah berpura-pura. Mana yang buruk tu sama-sama kita perbaiki! Yeyeh......Hidup ini perlu dinikmati, dipenuhi dengan kebahagiaan bukan penderitaan. Yezzaaaa..........





No comments: