Saturday, July 25, 2009

Hujung minggu payday...

Aku dan kawan-kawan 4 sekawan (macam siri penyiasatan pula) turun ke bandar Miri untuk bersosial. Buat urusan masing-masing dan shopping barang sedikit (benar ke sedikit?) Mari tengok apa yang kami buat satu hari ini...

BANANA LEAF RESTAURANT




Sampai sahaja di Miri kami makan dahulu. Isi perut penting juga. Tenaga untuk meneruskan aktiviti yang lain. Semua bersetuju untuk makan di Banana Leaf. Masing-masing memesan Nasi Briyani dan air buah-buahan. Makan kali ini ditaja oleh Encik Azreen sempena hari lahirnya yang ke-2*. Hihi terima kasih beb!

*************************

Selesai makan, kami meneruskan program kami. Masing-masing menyelesaikan urusan masing-masing. Urusan dengan bank la, urusan dengan tuhan (solat la beb), urusan itu dan ini. Kemudian kami berjumpa di Midvalley celup (Bintang Mall) untuk shopping!! Hihi...Akhirnya dapat juga aku beli bantal polok..entah apa mimpi aku nak berbantal polok pula ni. He saja suka-suka. Biar lena lagi tidurnya. Hari ini memang luar biasa ramai orang. Hm......

*************************

TANJUNG LOBANG

Keluar sahaja dari mall, kami meneruskan perjalanan ke destinasi lain. Kami ke Tanjung Lobang. Dah 7 bulan di sini, tak pernah kami singgah ke sini. Hari ini baru terniat hati nak ke sini. Tak lupa juga kami bawa sekali Che Kem. Import khas dari pedalaman Bakong! hihihi....

Suasana di Tanjung Lobang. Pada waktu ini angin agak kuat.

Aku dan Kem..bukan pasangan kekasih, harap maklum. Masih available Kem ni, siapa berkenan boleh hubungi aku. Kikiki...

"Kami" team kaki jalan, bukan team jalan kaki.

Main buai?? Hmm jangan tanya kenapa jadi macam ni ya.

Hm...dah puas menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, kami pun bergerak ke destinasi lain. Macam huduh je perangai berjalan-jalan semasa maghrib. Isk3. Tak apa, kami hanya singgah sebentar sahaja.

*************************

MARINA BAY

Hmm...on the way nak masuk ke bandar, kami sempat menyinggah di Marina Bay ni. Nak tengok suasana di sini macam mana. Ada restoren seafood dan banyak kapal-kapal persendirian. Oleh sebab dah malam, makanya tak berapa jelas lah pandangan kami ni. Kena datang masa waktu terang sedikit ni, baru leh posing sakan. Hihihi...


Dah cuci mata sikit-sikit di sini, kami pun bergerak masuk ke bandar Miri. Pergi ke rumah tuhan menunaikan kewajipan yang disuruh. Lepas tu apa lagi, pi makan lah..

*************************

SAJIAN WARISAN RESTAURANT

Hm..lapar?? Hihi penat? Hm aku dahaga la rasanya. Masing-masing dengan menu sendiri. Aku, akak dan Azreen dengan Roti Naan, Kem dengan Nasi Lalapan dan Ilah dengan Bihun TomYam.

Nasi Lalapan Ayam. Makan dalam bakul??

Roti Naan Butter. Hm yang kami musykil kan ialah roti naan ni makan dengan sambal belacan dan susu masam?? Hm kalau kuah kari dan susu masam tu masih boleh diterima akal. Tapi macam sedap juga makan dengan sambal belacan. Hihi....

Ahamdulillah.....semua dah kenyang. Makan-makan ni memang kami suka. Haha konon lah nak berdiet aku ni. Tapi kalau dah ada makanan sedap, kena juga makan. Sayang lah roti naan tu tak ada ayam tandoori. Kalau tak mesti lagi ngam! Kami pun pulang..aku hantar Che Kem ke hotel mewah nya. Dan meneruskan perjalanan pulang yang mengambil masa setengah jam. Yezzzaaaa..........

**Siapa yang nak datang ke Miri ni boleh contact2 dengan aku ya. Leh la aku bawa pi makan-makan. Hihi....

No comments: