Hari ini hari sabtu, aku tak ada apa-apa aktiviti berat nak dilakukan. Tadi aku menjahit sebentar, lepas tu bengang pula sebab aku terbalik jahitnya. Hihihihi...pagi ni aku makan roti gardenia yang special tu, perasa coklat. Aku ingat lagi, sampai di Miri, aku cari merata lah roti gardenia ni tapi tak juga aku jumpa. Rupanya memang tak ada roti ni di Borneo ni. Sabar sahajalah. Teringat-ingat aku roti gardenia ni. Balik rumah ni lah aku makan puas-puas. Kelakar la...
Esok aku akan balik ke Miri. Sekejap je cuti kan. Rasa macam nak sambung cuti lagi tapi aku dah mula rindu dengan Qistina, dengan anak murid aku, Nada, Ayu, dan semua la..Aku tak tahu lah berapa lama aku akan menetap di Miri ni. Selagi aku tak bosan dan selagi aku masih boleh bertahan dengan keadaan di sana. Aku harap juga aku boleh duduk lama di sana. Yelah, tempat baru ni kan ambil masa nak sesuai kan diri. Mana tahu ada jodoh dengan orang yang bekerja di sini kan. Kalau orang semenanjung kerja di sini, nak juga aku layan. Kalau orang yang memang asal sini, aku kena pikir banyak kali juga ni.
HUhuhu...apa-apa pun aku seronok dengan kehidupan aku sekarang. Moga-moga perjalanan hidup aku makin dipermudahkan. Amin...
No comments:
Post a Comment