Thursday, April 23, 2009

Majlis Konvokesyen di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim

Salam...hari ini 23 April merupakan hari konvo buat aku dan teman-teman seperjuangan KPLI ambilan Januari 2008. Untuk kursus matematik, hanya 2 orang sahaja yang hadir iaitu aku dan kak Nurul. Agak kecewa la sebab kawan-kawan lain bagai kan tak ada effort nak datang kan. Even di semenanjung pun they all tak dapat nak datang. Tak apa lah...tapi aku sedikit terkilan la. Malah lecturer pun ramai yang terkejut sebab kelas kami hanya 2 orang sahaja. Dua-dua dari sarawak pula tu...yang lain mana?? Mungkin juga kan konvo di IPGM ni tidak se'gah' konvo di IPTA dahulu...atau mereka ada urusan yang lebih penting kan. AKu cuba memahami keadaan dan kekangan yang dihadapi mereka..apa-apa pun aku dah selamat dapatkan Diploma Perguruan aku...hihi!~ Moga aku terus gagah dan terus berjalan menempuhi segala cabaran dalam dunia pendidikan dan perguruan ini!~



Diploma disampaikan oleh Sultanah

Mama, aku dan ayah
Pentas IPGM Kampus Sultan Abdul Halim

Aku dan Kak Nurul - Berdua jak ni!~


No comments: