Hari ini hari sabtu bersamaan 11 April 2009, ke mana kami?? Kami telah pergi ke Borneo Tropical Rainforest Resort. Seramai 11 orang guru yang terlibat dalam perjalanan kali ini. Pukul 9 pagi kami bertolak dari Bekenu dan setengah jam lebih kami tiba di resort ini. Jalan nak masuknya memang mencabar dan menggeramkan sebab tiada jalan elok. Bukan jalan berturap tapi jalan yang berbatu-batu. Sampai di sana, kami ambil pakej RM50 seorang. (Macam agak mahal tapi this is the first and the last...) Hihihihi...
Kemudian kami diberikan safety briefing, sebagai langkah keselamatan kami semua. Bukan kami sahaja yang ada, terdapat juga pengunjung lain. Kemudian, selesai sahaja briefing, kami di bawa menaiki farm trailer yang disediakan. Kami dibawa ke stesen pertama, Domestic farm (ada pelbagai haiwan kampung), Fruit farm (pelbagai pokok buah-buahan seperti durian, rambutan etc), River Boat Ride (menaiki bot dan dapat lihat banyak ikan patin, boleh beli dengan harga RM11 sekilo), Waterfall Visit (ada air terjun, boleh mandi selepas pukul dua petang ya), Nature Walk (berjalan sambil menikmati keindahan alam) dan sebagainya. Sudah itu, kami diberikan makan tengah hari yang memang special, pelbagai menu yang ada termasuk lah ikan patin, itik, ayam, sup, masak kurma la, masak kicap la, kerabu pucuk paku (paling sedap), ABC, salad, kek, dan macam-macam la..dan paling best aku makan semua yang ada..kira semua aku rasa la. Hihihi!~
Selesai makan, kami menunaikan solat zuhur di surau di tingkat satu. Sungguh menyedihkan keadaan surau yang daif, memang tak ada apa-apa. Mujur kami masing-masing bekal telekung dan sejadah sendiri. Hm biasa lah kalau tempat-tempat mcm ni kan. Bila cakap tentang surau memang agak kurang selesa. Lepas tu kami lepak di Lobby.
Kemudian selepas pukul 2 petang, sesiapa yang ingin terlibat dengan aktiviti lain, dipersilakan. Aku memilih untuk bersampan sahaja. Lain-lain ada yang terlibat dengan flying fox, ada juga pengunjung lain yang panjat batu lah, pergi mandi waterfall la dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Memang banyak aktiviti di sini. dan aku suka dengan aktiviti yang disediakan. Penginapan/Resort di sini sangat cantik tapi harga mahal!!!
Akhirnya selepas selesai semuanya, kami pulang ke rumah. Hihihi...akan ada banyak lagi trip aku selepas ini. Akan ku cari lagi tempat yang menarik di Sarawak ini. Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang tempat ini, sila kunjungi:
http://www.borneorainforestresort.com/index.htm
"JALAN-JALAN MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN."
**psstttt jumpa juga dengan seorang ahli forum di Engkabang..
No comments:
Post a Comment