Tuesday, April 7, 2009

CUTI-CUTI KE GUA NIAH






Hari minggu yang lalu, 28 Mac 2009, aku, Ilah, Kak Maz dan Abe Reen berempat ke Gua Niah. Aktiviti hujung minggu lah kononnya. Pagi sebelum pergi, aku sempat ke sekolah. Melakukan kerja kebajikan menyimen lantai di dalam kelas. Simen ni makcik bagi aku free. Makcik ni tuan rumah aku. Thank You makcik..siap juga kerja menyimen aku. Mulanya macam malas nak ke Gua Niah sebab aku dah penat menyimen seorang diri. Tapi macam kasihan dengan kawan-kawan aku. Makanya aku pun gagahkan diri pergi juga ke Gua Niah.

Sampai di kawasan Niah ni, lepas ja parking, kami beli tiket masuk. Seorang RM10. Kalau masuk free pun tak apa ja kot, tapi tak baik. Kawan-kawan kami ada jak yang sekolah di dalam ni. Memang jalan nak ke Gua ni. Apuuu...kalau aku memang sik sanggup bah, sik tauk la macam mana kalau kena sekolah dalam macam ni. Dah lah P1 jak. Lepas beli tiket, kena naik bot mauk limpas sungai. Sik dapat limpas bah kalau sik naik bot..sekali naik bot, bayar RM1 seorang.



Jalan nak ke Gua Niah...cantik suasana nya..




Lepas sampai di jeti sebelah, kita jumpa Muzium dahulu. Ada lah sikit-sikit barang dalam muzium ni. Berkaitan sejarah. Masuk free jak ya. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke pintu gua niah, berjalan kaki dalam lingkungan 3km. Sebelum sampai ke gua niah kami jumpa dulu dengan Trader Cave atau Gua Dagang. Di sini tak tahu lah kenapa dipanggil gua dagang..mungkin tempat orang berdagang/tamu/pasar. Mungkin juga ya.

Sampai sahaja di Gua Niah, hujan lebat selebatnya. Masa ni dalam gua bertambah gelap. Dan ada juga terjunan air-air di dalam gua, memang sangat cantik sebenarnya..di muka pintu gua memang sejuk..kemudian kami berjumpa dengan kawan-kawan dari sekolah lain. Kami terus masuk ke dalam gua. Gelap dan berbau..sangat gelap...

Gelap dalam gua ni..hati-hati ya..licin ni..




Kami berjalan-jalan sehingga lelah. Kami teruskan perjalanan sehingga ke gua lukisan..gua yang paling hujung. Memang di sini ada banyak lukisan zaman dahulu kala. Dan di sini juga ada keranda. Tahun lepas telah dijumpai kawasan perkuburan. Ada yang telah di gali. Memang ada tiga rangka manusia. Seram pula nya rasa.

Ada beberapa keadaan di gua ini yang membuatkan aku kagum. Struktur dan suasananya. Memang ciptaan tuhan itu indah. Kena kita hargainya. Kemudian, aku juga lihat pencari sarang burung, panjat di sekitar dinding gua. Tinggi sangat. Risau kalau terjatuh. Betapa susah orang lain nak mencari rezeki, kena memanjat tinggi dengantahap keselamatannya yang tiada jaminan. Memang patut kita bersyukur dengan apa yang kita lakukan sekarang.

Sudah puas menjelajah, kami kepenatan, rasa memang tak larat lah. Fuh!! Hilang tenaga, tapi kami berbangga..saya pun bangga dengan kawan-kawan. Semangat tidak hilang...Syabas!!!

** Pesanan: Kalau nak ke sini, pasti kan bawa air yang cukup, minyak angin ka takut pening, pakai sarung tangan kalau geli dengan tahi burung/kelawar, pakai topi kalau risau kepala kena tahi burung/kelawar, lampu picit yang besar dan terang, bawa juga battery spare, pakai kasut getah jangan pakai kasut sukan..memang licin juga di dalam gua ni...

Untuk lebih banyak gambar.. sila kunjungi:

http://intan2207.fotopages.com

1 comment:

en_me said...

thanx for d info.. ehehe, salamm