Friday, April 17, 2009

Cincin untukku...

Hm..semalam, hari Jumaat aku dapat cincin. Pemberian siapa? Sungguh terkejut beruk aku bila dapat cincin tersebut. Hahaha....siapa beri ni???

Cincin dibalut dengan kertas buku..hm macam budak-budak ni...ucapannya "Moga Cikgu Cepat Kahwin.."

Ya Allah, dari Ayu, anak murid aku tahun 1. Ayuuuuuu!!!!!!!!!! Hahahaha ayu memang pandai buat surprise ye. Cantik cincin ayu bagi, cikgu suka..muat-muat saiz jari cikgu. Kalau cikgu nak beli cincin kahwin yang benar, cikgu boleh gunakan cincin ayu ni buat saiz jari.

Siapa ayu...ayu adalah seorang budak comel yang rapat dengan aku. Suka tolong picit bahu aku walau aku tak minta. Cepat dalam menyelesaikan kerja sekolah. Manja sangat dia dengan aku. Suka pelok aku, jalan nak pimpin tangan, kalau menangis suka aku pujuk..aku pun senang dengan ayu. Anak murid lain kata kami mcm mak dan anak. Mungkin juga la....

Apa-apa pun ayu, cikgu hargai pemberian ayu..cikgu terharu sangat. Anak-anak murid cikgu memang menceriakan cikgu. Cikgu suka dengan kejutan mcm ni, buat cikgu tersenyum ja....kamu tahu cikgu tak happy dengan suasana di sini tapi kamu semua pandai membuatkan cikgu berat hati nak tinggal kan kamu...cikgu sayang kamu semua...kalau kamu nakal cikgu rotan je....hihihi!~

No comments: