Monday, July 20, 2009

Soal Kaji Selidik - Pengajaran dalam kelas


Hm..semalam aku telah menyediakan soalan untuk mendapatkan respon pelajar tentang subjek matematik dan cara pengajaran aku. Ini untuk kegunaan aku juga, menyelami apa yang dirasai oleh para pelajar aku sebenarnya. Idea ini aku ambil dari rakan seperjuangan aku juga yang kini mengajar di semenanjung, terima kasih ya akak....intan buat benda yang sama juga ni...hihi~

Saya suka subjek matematik : Kebanyakan pelajar menjawab mereka suka akan matematik. Hanya suku kelas yang tidak suka dengan matematik. Aku rasa jumlah ini agak besar juga. Ada beberapa respon yang melucukan.

Saya suka subjek matematik kerana..........
Antaranya menjawab sebab dapat mengira, boleh membuat operasi asas, dapat mengira dengan cepat dan sebagainya.

Saya tidak suka subjek matematik kerana...
Antaranya ia sangat susah, CIKGUNYA GARANG (take note ya intan), KERJA SEKOLAH YANG BANYAK. Hihihi...mcm mana kamu semua nak pandai kalau tak disusulkan dengan latihan. Hm....akan dipertimbangkan...

Saya suka cara cikgu matematik saya mengajar. (Ya atau Tidak) Ada yang jawab ya dan ada yang jawab tidak. (Ni mesti pelajar yang suka kena marah dengan aku ni...)


Saya suka dengan cara guru matematik saya mengajar kerana......
Cikgu sangat tegas, senang difahami, kadang-kadang suka berlawak di dalam kelas (aku ni pandai buat lawak ke??), berpakaian kemas dan cantik (hehe..cantik ni puji ikhlas ke tidak ni..), baik hati dan pandai mengambil hati.

Saya tidak suka dengan cara guru matematik saya mengajar kerana...
haha seperti yang ku jangka...CIKGU GARANG dan SUKA MARAH SAYA...hihihi...kasihan pula aku rasa. Kadang-kadang saya dimarah sebab saya selalu kata tak tahu. (memang wajar kena marah..)

Saya akan suka belajar matematik sekiranya guru matematik saya.....
TIDAK GARANG, TIDAK PEMARAH dan KURANG KERJA RUMAH.

Kesimpulannya.....AKU ADALAH GURU YANG GARANG! Hihi...memang di dalam kelas, aku adalah seorang yang garang. Sorry my pupils..tahun ni tahun untuk cikgu mencari-cari apa cara yang sesuai dan terbaik untuk kamu semua supaya belajar dengan bagus. Sayang aku dengan mereka ni. Cuma pendekatan aku masih belum sesuai. Hmm aku belum GAGAL..aku cuma belum ketemu jalan kejayaan..teruskan berusaha!!!

Sebenarnya banyak kaedah yang aku cuba aplikasikan, aku cuba mendekati mereka baik yang lemah dan pandai. Cuma aku masih lemah dalam mengatur dan mengawal kelas yang ada pelajar pandai dan lemah ni. Ada beberapa pelajar yang memang sangat lemah. Aku tak tahu apa yang bersarang dalam kepala mereka. Moga-moga sedikit demi sedikit akan ada perubahan positif dalam diri mereka. Tahun ni masih Tahun 4. Moga Tahun 6 nanti ada sinar kecemerlangan buat mereka.

Terima kasih aku ucapkan atas kerjasama yang telah mereka berikan. Insya Allah akan ada tindakan susulan....haha...cikgu GARANG.....kenapa lah sekolah tak buat anugerah cikgu GARANG ye...entah2 dapat kat aku....hihihi!~

2 comments:

aya said...

Hmmm leh la aja aku camna nak wat... aku pon leh wat action research ttg pengajarn aku dalam kelas... (",)

intan_has said...

hmm ko mulakan dengan soalan2 yang telah aku kemuka kan tu. Dari situ ko akan tahu, apa situasi mereka ini di dalam kelas..soalan2 tu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Kena banyak membaca juga. Jangan baca novel jek..hihihi`