Sunday, April 26, 2009

Berani Gagal?

Glitter Words


Salam semua. Topik aku hari ini berkenaan berani gagal. Adakah anda tergolong dalam golongan yang berani gagal? Aku mungkin juga tergolong dalam golongan ini mengikut situasi juga.

Ketika Thomas Edison berjaya mencipta mentol lampu, beliau telah mencuba sebanyak 2000kali. Makanya 2000 kali gagal? Seorang wartawan bertanya kepada beliau, apakah perasaan nya setelah gagal banyak kali dalam ciptaan ini? Beliau berkata, "Saya tidak pernah gagal. Saya telah berjaya mencipta mentol lampu. Hanya ia perlu melalui 2000 proses sahaja."

Aku cuba kaitkan hal ini dengan tugas aku sebagai pendidik. Kadangkala memang ada rasa kecewa dan seperti berputus asa dengan apa yang aku hadapi di sini. Sabar intan..ini semua baru permulaan. Adakah aku kategori pendidik yang gagal apabila terdapat pelajar yang gagal? Adakah aku wajar dicop cikgu yang gagal hanya kerana terdapat pelajar aku yang tidak pandai mengira? Tidakkkk!!!! Ia tidak patut berlaku.

Aku perlu berani menghadapi kegagalan. Aku tidak gagal cuma aku menemui cara yang tidak berkesan. Maknanya cara itu banyak, cuma cara yang aku gunakan itu tidak berkesan. Perlu dapatkan cara lain. Kegagalan bermakna aku belum berjaya lagi dan untuk berjaya memang kita akan menghadapi pelbagai kegagalan. Aku boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

Sebut lagi pasal kegagalan, ia bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa, ia sebenarnya memberi makna yang kita telah mempelajari sesuatu. Kegagalan juga bukan bermakna kita tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan hanya bermakna mengambil masa yang lebih lama.

Oleh itu kawan-kawan ku, jangan lah kita takut akan kegagalan. Kegagalan itu baik untuk kita. Kegagalan itu sebagai satu langkah untuk kita mencipta kejayaan yang lebih manis. Huhuhu marilah kita menempuhi segala kegagalan...

1 comment:

syahrulnizam said...

Cerita tentang Paul Allen, Michael Dell dan Bill Gates:

http://www.syahrulnizam.com/2009/06/cerita-tentang-paul-allen-michael-dell.html