Wednesday, September 30, 2009

Ujian Keserasian Untuk Perkahwinan Impian Anda.

Semasa aku membaca dan membuang email-email lama...aku ketemui dengan satu email yang tajuknya sebegini. Ia datangnya dari seseorang yang rapat dengan aku dulu.

Makanya, aku kongsi kan email ini dalam blog aku ni. Tips untuk memilih pasangan. Mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan pasangan masing-masing.

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.

Yang penting...usah jadi kan wang sebagai penghalang perkahwinan kita...

Apa yang penting???? KERJASAMA....hihi!~

Selamat mencuba....

Wednesday, September 16, 2009

Di kesempatan ini saya CIK INTAN ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ku susun sepuluh jari memohon maaf dengan anda sekalian sekiranya ada yang terguris hati, terambil hati, tersakit hati dengan keterlanjuran kata-kata dan tindakan....kadang2 tersalah erti..tersalah tafsir...
Semoga anda semua ceria bersama keluarga di Hari Raya...
Jangan ada yang masam2 muka ye...
MAkan tu berpada2....jangan lepas raya semua naik!!
HUhuhuhu!~

Monday, September 14, 2009

Siapa yang jahat ni???

Bulan 5 lepas aku dah beli tiket untuk balik raya 17hb selepas boss aku kata cuti pada hari Jumaat. Kemudian 2 mgu lepas boss aku cakap tak ada cuti hari jumaat. Sekolah macam biasa. Kawan2 rancang ambil MC...aku tak sampai hati nak ambik MC....ntah kenapa...jujur ke? baik sgt ke?? WTF ok!~ so aku tukar tiket Sabtu lepas...

Today!!!!!!!! Kementerian benarkan ambil cuti pada hari khamis dan jumaat untuk rancang perjalanan pulang ke kg. Mmg mcm tutttttt la......kawan aku kata khamis lepas lagi dah boleh apply cuti. tapi boss kami tak sampaikan pada kami..sama ada dia TAK TAHU...TAK AMBIL TAHU atau MEMANG TAK MAHU TAHU!

Hmm siapa yang jahat ni..uwa....jahat tau korg ni...jahat! jahat! jahat!

Saturday, September 12, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Latest design from me...brooch!~

Salam semua...ni aku ada bawa satu design lain sikit. Bulat tapi still menarik. Sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu aksesori tambahan lagi-lagi nak dekat raya ni. Kepada peminat kristal, jangan lepaskan peluang ini.

Ada ramai yang bertanyakan gelang kaki. Hmm aku tak terbuat lagi la gelang kaki ni. Sebab dok melayan brooch ni. Insya Allah ada rezeki aku updatekan gelang kaki pulak ye. Terima kasih kepada para peminat kristal yang sudi berurusan dengan aku ni...thanks a lot!~

Saturday, September 5, 2009

Design baru..kerongsang...




Hmm baru dapat idea tadi....layan.....harga RM5 satu aku jual....

* Banyak tempahan ni...alhamdulillah....

Friday, September 4, 2009

Renungan : Puasa Si Miskin...

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?

Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


** isk isk isk....sedih juga kisah ini...buat renungan bersama...sama-sama lah kita beringat untuk bersyukur atas nikmat yang tuhan beri pada kita. Kadang2 aku merungut juga....astaqfirullah....

Thursday, September 3, 2009

BROOCH KRISTAL...

ALHAMDULILLAH.....2 EDISI DAH CLEAR...NI NAK BIKIN TRIP LAIN...INSYA ALLAH CLEAR JUGA...TERIMA KASIH SEMUA YANG SUDI MENEMPAH...SENANG2 TEMPAH LAGI YE....

Hmmm hasil aku hari ni..menyiapkan tempahan.....fuh!!!! kalau rasa nak tempah boleh juga..harga can deal.....heheh kat semenanjung RM5 satu kalau yang single layer...aku boleh beri RM3 satu.....atau kalau nak senang kira 7 = RM20 je la...

Kalau double layer...RM5 satu!~