Thursday, April 30, 2009

Menyesal dengan perbuatan sendiri...

http://www.GlitterMaker.com/ - Glitter Graphics
Adakah anda pernah menyesal? Menyesal tidak sudah? Hari ini aku telah melakukan satu kesilapan yang memang aku amat kesali. Ya tuhan, ampunilah dosaku..ampunilah ketidaksengajaanku. Tidak akan aku ulangi kesilapan ini lagi. Memang aku menyesal sangat-sangat. Sesal dahulu pendapatan. Aku jadikan ini sebagai pengajaran. Biarlah dalam dunia ini, hanya aku...dan dia sahaja yang tahu apa yang terjadi. Uhukss.....

Monday, April 27, 2009

Aku bukan boss..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Saban hari aku di sini, menempuhi hari-hari yang sepi sebenarnya. Jauh benar aku dihantar posting. Sudah ku terima kenyataan ini seadanya. Namun, aku sangka kan kehidupan aku di sini makin lama makin baik lah. Rupanya.....

Pertama kali aku jejakkan kaki di sini, aku bersyukur sebab aku bukan di pedalaman. Makanya aku boleh lagi ke bandar berfoya-foya la..Sekolah aku okay, pelajar okay, guru-guru?? Erk?? ni kena berteleku sebentar kalau nak jawab.

Memang aku bengang dengan sesuatu di sini. Yang aku rasa tidak berkembang, sempit, kolot, dan juga tidak menggambarkan ia satu hubungan yang profesional. Orang kalau rasa pangkat diri tu dah besar, tu yang jadi macam ni.


Bagaimana nak menjalin hubungan baik antara boss dan pekerja? aku ada belajar hal ni masa aku study di U dan juga masa join INSEP di Melaka. So, orang tu tak ada belajar tentang hal ni ke? Tentang komunikasi berkesan. Kalau dia rasa komunikasi dia berkesan, memang sgt la, berkesan membuatkan orang dendam! Hahaha...

Sebagai seorang boss, pagi-pagi kalau pekerja kita datang, atau bertembung dengan staff kita, bawa-bawa lah senyum. Jangan pagi-pagi dah buat muka, dah mula hempas kertas atas meja, dah mula pok pek pok pek marah kan staff depan staff lain. Tu bukan Pro beb. Tu Bungek bahasa aku kata. Hmm...Kenapa nak meletakkan diri tu sebagai orang yang tidak disukai? Kenapa tidak berusaha untuk sama-sama bekerja dengan baik...? Aku memang tak faham la boss mcm ni. Even Janis dulu pun, cerewet juga tapi aku still enjoy working for her. Kalau yang jenis macam ni, rasa macam nak cabut cepat jak!

Aku harap, aku akan dapat bertahan di sini. banyak lagi kegeraman aku yang tak dapat aku terjemahkan dalam bahasa tulisan ini...Mujurlah aku bukan boss...tapi aku lihat ada lagi boss lain yang lebih rasional dan bertimbang rasa...

Sunday, April 26, 2009

STRESS????

Glitter Words


Tanda-tanda stress yang boleh dikawal:

1. Pening kepala
2. Sentiasa bercerita dengan orang yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah.
3. Berdiam dan tidak berminat bergurau.
4. Kurang selera makan.
5. Menangis bila sendirian.

Bagi yang menghadapi masalah seperti di atas, ia adalah simptom yang normal. Ambil sedikit masa untuk berehat dan apabila sudah kembali bertenang, cuba fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.



Glitter Words


Tanda-tanda stress yang tidak boleh dikawal:

1. Tidak boleh tidur berhari-hari dan menangis.
2. Terus menerus memencilkan diri dan tidak mahu bertemu dengan orang lain.
3. Pakaian, rambut dan semuanya menjadi tidak terurus.
4. Tidak mahu makan.
5. Jatuh sakit.
6. Memarahi orang sekeliling dengan bertindak di luar kawalan walau kesalahan sekecil kuman.

Bagi yang menghadapi keadaan ini memang agak parah. Memerlukan seseorang untuk membantu. Jangan menyeksa diri sendiri. Sayangilah diri anda....

Berani Gagal?

Glitter Words


Salam semua. Topik aku hari ini berkenaan berani gagal. Adakah anda tergolong dalam golongan yang berani gagal? Aku mungkin juga tergolong dalam golongan ini mengikut situasi juga.

Ketika Thomas Edison berjaya mencipta mentol lampu, beliau telah mencuba sebanyak 2000kali. Makanya 2000 kali gagal? Seorang wartawan bertanya kepada beliau, apakah perasaan nya setelah gagal banyak kali dalam ciptaan ini? Beliau berkata, "Saya tidak pernah gagal. Saya telah berjaya mencipta mentol lampu. Hanya ia perlu melalui 2000 proses sahaja."

Aku cuba kaitkan hal ini dengan tugas aku sebagai pendidik. Kadangkala memang ada rasa kecewa dan seperti berputus asa dengan apa yang aku hadapi di sini. Sabar intan..ini semua baru permulaan. Adakah aku kategori pendidik yang gagal apabila terdapat pelajar yang gagal? Adakah aku wajar dicop cikgu yang gagal hanya kerana terdapat pelajar aku yang tidak pandai mengira? Tidakkkk!!!! Ia tidak patut berlaku.

Aku perlu berani menghadapi kegagalan. Aku tidak gagal cuma aku menemui cara yang tidak berkesan. Maknanya cara itu banyak, cuma cara yang aku gunakan itu tidak berkesan. Perlu dapatkan cara lain. Kegagalan bermakna aku belum berjaya lagi dan untuk berjaya memang kita akan menghadapi pelbagai kegagalan. Aku boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

Sebut lagi pasal kegagalan, ia bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa, ia sebenarnya memberi makna yang kita telah mempelajari sesuatu. Kegagalan juga bukan bermakna kita tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan hanya bermakna mengambil masa yang lebih lama.

Oleh itu kawan-kawan ku, jangan lah kita takut akan kegagalan. Kegagalan itu baik untuk kita. Kegagalan itu sebagai satu langkah untuk kita mencipta kejayaan yang lebih manis. Huhuhu marilah kita menempuhi segala kegagalan...

Friday, April 24, 2009

Aku dan hari ini...

Hari ini hari sabtu, aku tak ada apa-apa aktiviti berat nak dilakukan. Tadi aku menjahit sebentar, lepas tu bengang pula sebab aku terbalik jahitnya. Hihihihi...pagi ni aku makan roti gardenia yang special tu, perasa coklat. Aku ingat lagi, sampai di Miri, aku cari merata lah roti gardenia ni tapi tak juga aku jumpa. Rupanya memang tak ada roti ni di Borneo ni. Sabar sahajalah. Teringat-ingat aku roti gardenia ni. Balik rumah ni lah aku makan puas-puas. Kelakar la...

Esok aku akan balik ke Miri. Sekejap je cuti kan. Rasa macam nak sambung cuti lagi tapi aku dah mula rindu dengan Qistina, dengan anak murid aku, Nada, Ayu, dan semua la..Aku tak tahu lah berapa lama aku akan menetap di Miri ni. Selagi aku tak bosan dan selagi aku masih boleh bertahan dengan keadaan di sana. Aku harap juga aku boleh duduk lama di sana. Yelah, tempat baru ni kan ambil masa nak sesuai kan diri. Mana tahu ada jodoh dengan orang yang bekerja di sini kan. Kalau orang semenanjung kerja di sini, nak juga aku layan. Kalau orang yang memang asal sini, aku kena pikir banyak kali juga ni.

HUhuhu...apa-apa pun aku seronok dengan kehidupan aku sekarang. Moga-moga perjalanan hidup aku makin dipermudahkan. Amin...

Tips for personal safety..especially for girl!~

TIPS for Personal Safety - especially ladiesBecause of recent abductions in daylight hours, refresh yourself of these things to do in an emergency situation…This is for you,and for you to share with your wife, your children,everyone you know.

1 . Tip from Tae Kwon Do :The elbow is the strongest point on your body.If you are close enough to use it, do!

2. If a robber asks for your wallet and/or purse,DO NOT HAND IT TO HIM .Toss it away from you….chances are that he is more interested in your wallet and/or purse than you,and he will go for the wallet/purse.RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!

3. If you are ever thrown into the trunk of a car, kick out the back tail lights and stick your arm out the holeand start waving like crazy.The driver won’t see you, but everybody else will.This has saved lives.

4. Women have a tendency to get into their cars after shopping, eating, working, etc., and just sit (doing their checkbook, or making a list, etc.) DON’T DO THIS! The predator will be watching you, and thisis the perfect opportunity for him to get inon the passenger side, put a gun to your head,and tell you where to go.

AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR,LOCK THE DOORS AND LEAVE.
If someone is in the car with a gun/parang to your head DO NOT DRIVE OFF, repeat: DO NOT DRIVE OFF!Instead start the engine and speed into anything, wrecking the car.Your Air Bag will save you. If the person is in the back seat they will get the worst of it.As soon as the car crashes get out and run.It is better than having them find your body in a remote location.

5 . A few notes about getting into your car in a parking lot, or parking garage:A.) Be aware: look around you, look into your car, at the passenger side floor, and in the back seatB.) If you are parked next to a big van, enter your car from the passenger door.

Some serial killers attack their victimsby pulling them into their vans while the women are attempting to get into their cars..C.) Look at the car parked on the driver’s side of your vehicle, and the passenger side. If a male is sitting alonein the seat nearest your car, you may want to walk back and get someone -guard/policeman to walk you back out. IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)

6. ALWAYS take the elevator instead of the stairs.(Stairwells are horrible places to be alone and the perfect crime spot.This is especially true at NIGHT!)

7. If the predator has a gun and you are not under his control,ALWAYS RUN!The predator will only hit you (a running target) 4 in 100 times; And even then,it most likely WILL NOT be a vital organ.RUN, Preferably in a zig -zag pattern!

8. As women, we are always trying to be sympathetic:STOPIt may get you raped, or killed.Ted Bundy, the serial killer, was a good-looking, well educated man, who ALWAYS playedon the sympathy of unsuspecting women.He walked with a cane, or a limp, and oftenasked ‘for help’ into his vehicle or with his vehicle,which is when he abducted his next victim.

9. Another Safety Point:Someone just told me that her friend heard a crying baby on her porch the night before last, and she called the police because it was lateand she thought it was weird. The police told her ’Whatever you do, DO NOT open the door.’The lady then said that it sounded like the baby had crawled near a window, and she was worried that it would crawl to the street and get run over.

The policeman said, ‘We already have a unit on the way,whatever you do, DO NOT open the door.’ He told her that they think a serial killerhas a baby’s cry recorded and uses it to coax women out of their homes thinking that someone dropped off a baby He said they have not verified it,but have had several calls by women saying that they hear baby’s cries outside their doors when they’re home alone at night.

Please pass this on and DO NOT open the crying baby —-The Crying Baby theory was mentioned on America’s Most Wanted this past Saturday when they profiled the serial killer in Louisiana.I’d like you to forward this to all the women you know.It may save a life. A candle is not dimmed by lighting another candle.

I was going to send this to the ladies only,but guys, if you love your mothers, wives, sisters, daughters, etc.,you may want to pass it onto them, as well.Send this to any woman you know that may needto be reminded that the world we live in has a lot of crazies in itand it’s better to be safe than sorry..Everyone should take 5 minutes to read this. It may save your life or love one’s life.

http://www.pgx.com.my/2009/02/tips-keselamatan-peribadi/

Thursday, April 23, 2009

Sulam - Sedia menerima tempahan

Salam..kepada semua para pengunjung di sini. Saya ada beberapa koleksi sulaman di baju sendiri. Sesiapa yang nak tempah boleh hubungi ibu saya sendiri di talian 04-9782705 atau 012-2840146 (Kak Zah).

Saya akan uploadkan lagi gambar-gambar terkini. Di sini adalah beberapa koleksi baju saya sendiri. Harga memang lebih murah berbanding tempat lain. Kepada peminat sulaman, jangan lepas kan peluang ini.....
Baju pertama:
Upah sulam baju ini adalah RM40

Sulaman di bahagian lengan


Baju Kedua:

Baju ni RM35

Gambar jarak dekat

Sulaman ini adalah dikeliling baju. Bukan hanya di hadapan baju sahaja. Dan juga di kedua-dua belah tangan.


Baju ketiga:

Sulaman ini RM35-45

Macam baju saya ni RM35

Baju keempat:
Sulaman berkerawang - RM70-85

Macam baju saya ni hanya RM70

Di bahagian tangan baju, sulamannya agak besar. Cantik dan kemas.




Harga masih boleh diskaun. Terpulang pada budi bicara mak saya la ye. Kadang-kadang harga yang mahal adalah disebabkan oleh jenis fabrik itu sendiri. Kalau kain lembik sangat pun susah juga mahu disulam. Apa-apa pun kepada yang berminat, jangan tunggu lagi, hubungi sahaja kami di talian yang tertera atau boleh datang ke rumah terus di area Kangar, Perlis.

Majlis Konvokesyen di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim

Salam...hari ini 23 April merupakan hari konvo buat aku dan teman-teman seperjuangan KPLI ambilan Januari 2008. Untuk kursus matematik, hanya 2 orang sahaja yang hadir iaitu aku dan kak Nurul. Agak kecewa la sebab kawan-kawan lain bagai kan tak ada effort nak datang kan. Even di semenanjung pun they all tak dapat nak datang. Tak apa lah...tapi aku sedikit terkilan la. Malah lecturer pun ramai yang terkejut sebab kelas kami hanya 2 orang sahaja. Dua-dua dari sarawak pula tu...yang lain mana?? Mungkin juga kan konvo di IPGM ni tidak se'gah' konvo di IPTA dahulu...atau mereka ada urusan yang lebih penting kan. AKu cuba memahami keadaan dan kekangan yang dihadapi mereka..apa-apa pun aku dah selamat dapatkan Diploma Perguruan aku...hihi!~ Moga aku terus gagah dan terus berjalan menempuhi segala cabaran dalam dunia pendidikan dan perguruan ini!~



Diploma disampaikan oleh Sultanah

Mama, aku dan ayah
Pentas IPGM Kampus Sultan Abdul Halim

Aku dan Kak Nurul - Berdua jak ni!~


Saturday, April 18, 2009

Taman Awam Miri

Aku dan kawan-kawan ke Taman Awam ini saja nak cuci-cuci mata. Nak tahu juga macam mana lah taman awam ni ya. Hm memang sesuai kalau nak bawa famili dan anak-anak, sebab ada entertainment. Ada jga tempat BBQ. Memang sesuai lah kalau hujung minggu nak santai ke sini. Titi gantung pun agak panjang lah. Kalau tak gayat, boleh naik. Ada juga air terjun....huhuhu...







Aku dan Qistina (My New City)

Salam..ni pengalaman pertama aku dengan Qistina. Jangan salah faham ya. Aku ni memang tak mampu nak pakai kereta ni. Hihi ni kereta ayah aku belikan...huhuhu!~ Jom jalan-jalan dengan Qistina....



Friday, April 17, 2009

Cincin untukku...

Hm..semalam, hari Jumaat aku dapat cincin. Pemberian siapa? Sungguh terkejut beruk aku bila dapat cincin tersebut. Hahaha....siapa beri ni???

Cincin dibalut dengan kertas buku..hm macam budak-budak ni...ucapannya "Moga Cikgu Cepat Kahwin.."

Ya Allah, dari Ayu, anak murid aku tahun 1. Ayuuuuuu!!!!!!!!!! Hahahaha ayu memang pandai buat surprise ye. Cantik cincin ayu bagi, cikgu suka..muat-muat saiz jari cikgu. Kalau cikgu nak beli cincin kahwin yang benar, cikgu boleh gunakan cincin ayu ni buat saiz jari.

Siapa ayu...ayu adalah seorang budak comel yang rapat dengan aku. Suka tolong picit bahu aku walau aku tak minta. Cepat dalam menyelesaikan kerja sekolah. Manja sangat dia dengan aku. Suka pelok aku, jalan nak pimpin tangan, kalau menangis suka aku pujuk..aku pun senang dengan ayu. Anak murid lain kata kami mcm mak dan anak. Mungkin juga la....

Apa-apa pun ayu, cikgu hargai pemberian ayu..cikgu terharu sangat. Anak-anak murid cikgu memang menceriakan cikgu. Cikgu suka dengan kejutan mcm ni, buat cikgu tersenyum ja....kamu tahu cikgu tak happy dengan suasana di sini tapi kamu semua pandai membuatkan cikgu berat hati nak tinggal kan kamu...cikgu sayang kamu semua...kalau kamu nakal cikgu rotan je....hihihi!~

Thursday, April 16, 2009

EXORA?? CITY??

Salam...hari ni aku pi ushar kereta di Miri..cuci mata ma....





Sunday, April 12, 2009

Kisah itu...

Terpempan aku seketika,
Sakitnya masih terasa,
Akibat tusukan panah kekecewaan..

Sakit hatiku dengan tinta berlagu,
Berlagu sumbang membawa perkhabaran,
Yang engkau kini mengundur diri,
Tidak lagi terus mencuba,
Mungkinkah aku mengharap sesuatu??

Hati membara dibakar rasa kasih,
Yang mula mekar kembang di hati,
Hati yang keras akibat bencana,
Mula lembut mengenali erti rindu,

Tapi..
Bunga yang mula mengembang,
Telah dibaja racun berbisa,
Terus si bunga mati tidak mewangi lagi,
terus si bunga rebah ke bumi..

Adakah hati lebih bahagia,
Dari hati yang terbakar marak,
Padamu ku cuba kasih..
Padamu ku cuba cinta..

Adakah hati lebih gembira,
Dari kehangatan dibakar cinta,
Padamu ku cuba mesra,
Bagimu ku hanya boneka,
Untuk menemanimu kala teman tiada..

Saturday, April 11, 2009

Borneo Tropical Rainforest Resort

Hari ini hari sabtu bersamaan 11 April 2009, ke mana kami?? Kami telah pergi ke Borneo Tropical Rainforest Resort. Seramai 11 orang guru yang terlibat dalam perjalanan kali ini. Pukul 9 pagi kami bertolak dari Bekenu dan setengah jam lebih kami tiba di resort ini. Jalan nak masuknya memang mencabar dan menggeramkan sebab tiada jalan elok. Bukan jalan berturap tapi jalan yang berbatu-batu. Sampai di sana, kami ambil pakej RM50 seorang. (Macam agak mahal tapi this is the first and the last...) Hihihihi...








Kemudian kami diberikan safety briefing, sebagai langkah keselamatan kami semua. Bukan kami sahaja yang ada, terdapat juga pengunjung lain. Kemudian, selesai sahaja briefing, kami di bawa menaiki farm trailer yang disediakan. Kami dibawa ke stesen pertama, Domestic farm (ada pelbagai haiwan kampung), Fruit farm (pelbagai pokok buah-buahan seperti durian, rambutan etc), River Boat Ride (menaiki bot dan dapat lihat banyak ikan patin, boleh beli dengan harga RM11 sekilo), Waterfall Visit (ada air terjun, boleh mandi selepas pukul dua petang ya), Nature Walk (berjalan sambil menikmati keindahan alam) dan sebagainya. Sudah itu, kami diberikan makan tengah hari yang memang special, pelbagai menu yang ada termasuk lah ikan patin, itik, ayam, sup, masak kurma la, masak kicap la, kerabu pucuk paku (paling sedap), ABC, salad, kek, dan macam-macam la..dan paling best aku makan semua yang ada..kira semua aku rasa la. Hihihi!~







Selesai makan, kami menunaikan solat zuhur di surau di tingkat satu. Sungguh menyedihkan keadaan surau yang daif, memang tak ada apa-apa. Mujur kami masing-masing bekal telekung dan sejadah sendiri. Hm biasa lah kalau tempat-tempat mcm ni kan. Bila cakap tentang surau memang agak kurang selesa. Lepas tu kami lepak di Lobby.



Kemudian selepas pukul 2 petang, sesiapa yang ingin terlibat dengan aktiviti lain, dipersilakan. Aku memilih untuk bersampan sahaja. Lain-lain ada yang terlibat dengan flying fox, ada juga pengunjung lain yang panjat batu lah, pergi mandi waterfall la dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Memang banyak aktiviti di sini. dan aku suka dengan aktiviti yang disediakan. Penginapan/Resort di sini sangat cantik tapi harga mahal!!!

Akhirnya selepas selesai semuanya, kami pulang ke rumah. Hihihi...akan ada banyak lagi trip aku selepas ini. Akan ku cari lagi tempat yang menarik di Sarawak ini. Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang tempat ini, sila kunjungi:

http://www.borneorainforestresort.com/index.htm

"JALAN-JALAN MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN."

**psstttt jumpa juga dengan seorang ahli forum di Engkabang..

Wednesday, April 8, 2009

Hari ini hari khamis...

Hari ni hari Khamis. Ramai guru tiada di sekolah kerana terlibat dengan program MTAQ peringkat bahagian Miri. Banyak kelas kena sit in. Hihi SIT-IN..mula nya aku tak biasa juga, apa sit-in ni,sebab di semenanjung orang panggil relief class. Lucu juga ni. Tapi dah duduk di sini, makanya biasa-biasa kan sahaja lah. Banyak perkara yang tak biasa sebenarnya tapi layankan sahaja selagi aku tak rosak jiwa dan raga.

Orang-orang di sini biasa sahaja dan aku pula dengan hal aku sahaja lah. Tak kuasa aku nak layan lebih-lebih. Pelik-pelik juga. Hihi. Aku paling suka kelas tahun 1C sebab kelas ni mudah diajar serta mereka dapat memberikan kerjasama yang baik. Tak macam kelas 1B, aduhh lelah aku dikerjakannya. Macam-macam ragam..tapi aku dah mula tersenyum sebab beberapa pelajar dah mula mengingat. Bagus lah tu...

Orang tanya juga aku ni tak mahu minta pindah? Hm aku pula tak tahu nak jawab apa ya? aku ni nak pindah ke tidak ya? Kawan-kawan ada juga yang nak pindah. Mulanya aku pun menjangkakan aku akan sepi juga kalau kawan-kawan ni tak ada kan tapi itu hak masing-masing, mereka nak pindah, aku terima sahaja. Moga itu yang terbaik buat mereka. Aku nanti jumpa lah kawan lain. Itu lah kawan, ada yang datang dan pergi kan. Bukannya selamanya bersama dengan kita. Lagipun lepas ni boleh jumpa lagi..hihii..takut mereka jadi mangsa ambil aku di airport nanti...hek hek hek..

Semenjak datang Sarawak ni, aku kerap betul berjalan-jalan, ntah ke mana-mana sahaja aku sampai. Asalkan aku rasa tempat tu menarik, aku sampai la. Kebetulan kawan-kawan di sini pun jenis ON ja. Makanya aku pun ON ja la...hihi seronok la jalan-jalan, melihat tempat orang. Sementara masih muda ni kan orang kata. Aku pula tak ada terikat dengan sesiapa. K lah, aku ada kelas tambahan ni. Log out dulu...can cin cau..

LUCU NI...HIHIHIHI...

video

Hihii..gurau-gurauan memberikan kemesraan...kikikiki....

HARGAILAH DIRI SENDIRI..

video

Video ni memang menginsafkan kita kalau kita ni ada perasaan lah. Kalau nak dilihatkan betapa ada lagi orang yang lebih susah dan payah dari kita tetapi kenapa selalu sahaja kita merungut dengan diri sendiri pada hari ni. Kenapa tidak kita kenangkan orang lain yang kurang bernasib baik. Sedih juga bila saya melihat video ini. Betapa dia berusaha, berdikari agar dia tidak menjadi beban pada yang lain. Sedangkan kita yang sempurna ni pun acapkali memberikan tekanan dan beban pada orang lain. Renungan ini buat diri sendiri juga. Moga kita lebih menghargai apa yang kita ada pada hari ini...

Tuesday, April 7, 2009

CUTI-CUTI KE GUA NIAH






Hari minggu yang lalu, 28 Mac 2009, aku, Ilah, Kak Maz dan Abe Reen berempat ke Gua Niah. Aktiviti hujung minggu lah kononnya. Pagi sebelum pergi, aku sempat ke sekolah. Melakukan kerja kebajikan menyimen lantai di dalam kelas. Simen ni makcik bagi aku free. Makcik ni tuan rumah aku. Thank You makcik..siap juga kerja menyimen aku. Mulanya macam malas nak ke Gua Niah sebab aku dah penat menyimen seorang diri. Tapi macam kasihan dengan kawan-kawan aku. Makanya aku pun gagahkan diri pergi juga ke Gua Niah.

Sampai di kawasan Niah ni, lepas ja parking, kami beli tiket masuk. Seorang RM10. Kalau masuk free pun tak apa ja kot, tapi tak baik. Kawan-kawan kami ada jak yang sekolah di dalam ni. Memang jalan nak ke Gua ni. Apuuu...kalau aku memang sik sanggup bah, sik tauk la macam mana kalau kena sekolah dalam macam ni. Dah lah P1 jak. Lepas beli tiket, kena naik bot mauk limpas sungai. Sik dapat limpas bah kalau sik naik bot..sekali naik bot, bayar RM1 seorang.



Jalan nak ke Gua Niah...cantik suasana nya..




Lepas sampai di jeti sebelah, kita jumpa Muzium dahulu. Ada lah sikit-sikit barang dalam muzium ni. Berkaitan sejarah. Masuk free jak ya. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke pintu gua niah, berjalan kaki dalam lingkungan 3km. Sebelum sampai ke gua niah kami jumpa dulu dengan Trader Cave atau Gua Dagang. Di sini tak tahu lah kenapa dipanggil gua dagang..mungkin tempat orang berdagang/tamu/pasar. Mungkin juga ya.

Sampai sahaja di Gua Niah, hujan lebat selebatnya. Masa ni dalam gua bertambah gelap. Dan ada juga terjunan air-air di dalam gua, memang sangat cantik sebenarnya..di muka pintu gua memang sejuk..kemudian kami berjumpa dengan kawan-kawan dari sekolah lain. Kami terus masuk ke dalam gua. Gelap dan berbau..sangat gelap...

Gelap dalam gua ni..hati-hati ya..licin ni..




Kami berjalan-jalan sehingga lelah. Kami teruskan perjalanan sehingga ke gua lukisan..gua yang paling hujung. Memang di sini ada banyak lukisan zaman dahulu kala. Dan di sini juga ada keranda. Tahun lepas telah dijumpai kawasan perkuburan. Ada yang telah di gali. Memang ada tiga rangka manusia. Seram pula nya rasa.

Ada beberapa keadaan di gua ini yang membuatkan aku kagum. Struktur dan suasananya. Memang ciptaan tuhan itu indah. Kena kita hargainya. Kemudian, aku juga lihat pencari sarang burung, panjat di sekitar dinding gua. Tinggi sangat. Risau kalau terjatuh. Betapa susah orang lain nak mencari rezeki, kena memanjat tinggi dengantahap keselamatannya yang tiada jaminan. Memang patut kita bersyukur dengan apa yang kita lakukan sekarang.

Sudah puas menjelajah, kami kepenatan, rasa memang tak larat lah. Fuh!! Hilang tenaga, tapi kami berbangga..saya pun bangga dengan kawan-kawan. Semangat tidak hilang...Syabas!!!

** Pesanan: Kalau nak ke sini, pasti kan bawa air yang cukup, minyak angin ka takut pening, pakai sarung tangan kalau geli dengan tahi burung/kelawar, pakai topi kalau risau kepala kena tahi burung/kelawar, lampu picit yang besar dan terang, bawa juga battery spare, pakai kasut getah jangan pakai kasut sukan..memang licin juga di dalam gua ni...

Untuk lebih banyak gambar.. sila kunjungi:

http://intan2207.fotopages.com