Sunday, August 23, 2009

Jualan Kristal Edisi 1

Assalamualaikum..bermula dengan hobi, saya ingin berkongsi dengan anda semua. Mana tahu ada yang berminat. Semua ini adalah hasil tangan saya sendiri.

Material utama adalah kristal dan mutiara.

Selamat menjamu mata....

Kod: KS01


Harga : RM 12. SOLD
Ukuran : 16.5 cm
Hook : Biasa

Kod: KS02
Harga : RM 10.
Ukuran : 15.5 cm
Hook : Biasa


Kod: KS03

Harga : RM 18.SOLD
Ukuran : 17.5 cm
Hook : Biasa
Harga lebih sedikit kerana kristal leper itu adalah jenis swarovski.

Kod: KS04

Harga : RM 10.
Ukuran : 16.5 cm
Hook : Biasa


Kod: KS05
Harga : RM 12.SOLD
Ukuran : 17 cm
Hook : Special Hook

Kod: KS06
Harga : RM 10.
Ukuran : 17.5 cm
Hook : Biasa

Kod: KS07

Harga : RM 15.SOLD
Ukuran : 15.5 cm
Hook : Special Hook
3 layer

Kod: KS08

Harga : RM 10.SOLD
Ukuran : 15.5 cm
Hook : Biasa

Kod: KS09

Harga : RM 10.SOLD
Ukuran : 15.5 cm
Hook : Biasa

Kod: KS10

Harga : RM 10 setiap satu.
Ukuran : 18 cm
Hook : Biasa

Kod: KS11(biru) dan KS12(hijau)

Harga : RM 8 setiap satu. SOLD
Ukuran : 16 cm (ukur lilit dalam)
Diikat getah.

Kalau dah berkenan...tunggu apa lagi...
Boleh hubungi saya untuk proses pembayaran dan penghantaran.
Email: baju_manik@yahoo.com
YM id: intan_has
Phone: 012-7387069

Harga tidak termasuk penghantaran.

Setiap unit boleh diulang order mengikut saiz dan warna yang dikehendaki. Ini bergantung kepada stok yang ada. TQ..



Wednesday, August 19, 2009

Aku dan Kristal...

Assalamualaikum...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. Moga kita dapat perbanyakkan amalam di dalam bulan yang mulia ini.
Apa cerita aku hari ni? Hm aku dan Kristal....kenapa ya?

Sebenarnya aku sukakan benda-benda yang bling..bling...bling..maksud aku di sini ialah berkilat. Lebih kurang macam adik Shin Chan si Himawari. Sandal aku pun ada bling3...tudung bling3...baju aku pula, kebanyakannya bermanik-manik..

Memang kegemaran aku ni. Oleh itu aku telah mengambil langkah membuat beberapa koleksi gelang dan brooch menggunakan Kristal Cina. Kristal Cina ni murah sikit berbanding dengan Kristal Swarovski. Di Sabah banyak jenis Swarovski tapi hati2 ya. Sebab ada penjual yang akan ambil kesempatan. Percayalah kato den...

Mari lihat hasil pertama kerja tangan aku untuk tahun ini..Insya Allah aku akan fikirkan pelbagai corak dan design...mana tahu..untung sabut timbul, boleh jadi pendapatan sampingan. Ni pun beberapa sample aku bawa ke mana-mana, siapa nak, aku jual...harga memang cun!

Pin macam ni aku jual RM4 setiap satu






Gelang menggunakan Kristal Donut sederhana ini RM8.
Ukur lilit 16cm. Boleh dibikin ikut saiz tangan tertentu.

SOLD


Gelang di bawah ini berharga RM12. Sebab hook dia jenis mahal dan stopper dia adalah silver. Kalau aku gunakan hook dan stopper biasa boleh dapat RM10 setiap satu.
Panjang dalam 18.5cm

SOLD



Di bawah ini aku suka juga. Kombinasi yang simple.
Harga jual pun RM8.

SOLD


Setakat ini, itu yang aku ada. Aku akan cuba buat design yang lebih susah. Lebih mantopp!~ Kalau dah berjaya aku akan update. Maklumlah nak cuti sekolah ni. Aku harap aku dapat tambah lagi koleksi aku. Suka aku benda-benda macam ni, leh pakai ikut warna baju. Ada juga yang perasan dengan kegemaran aku ini. Sebab bila aku pakai baju merah, gelang aku pasti warna merah....

**Beres....sold out....tq...


Sunday, August 16, 2009

Sakit dan penyakit...

Penyakit Kritikal??


Adakah anda salah seorang penghidap penyakit kritikal? Seperti kanser, sakit buah pinggang kronik, jantung berlubang dan sebagainya? Hari demi hari ada pelbagai penyakit yang timbul dan mungkin salah satu penyakit yang kronik ini terkena pada diri kita atau ahli keluarga kita.


Saya pernah menempuhi saat ketika arwah adik saya disahkan menghidap kanser. Ketika itu saya masih kecil. Apa yang saya faham tentang kanser? Yang saya tahu adik saya sakit dan memerlukan rawatan di hospital. Rambut adik saya gugur dan dia memang kelihatan sakit. Senyumannya tidak menawan lagi dan keceriaannya telah berkurangan hari demi hari. Ini mungkin disebabkan kesakitan yang ditanggungnya. Mama dan ayah merupakan orang yang benar-benar tabah menghadapi keadaan ini. Penderitaannya tidak lama, tidak sampai setahun adik kembali ke rahmatullah, bersemadi dengan aman dan tenang di alam lain.


Berapa umur adik ketika sakit? 3 tahun….kanak-kanak 3 tahun apalah yang adik mengerti tentang penyakitnya. Sedangkan saya yang kerika itu berusia 11 tahun pun tidak jelas tentang penyakit tersebut. Saat ini sokongan keluarga paling didambakan. Teringat saya kenalan ibu saya semasa menjaga adik di hospital. Anaknya menghidap leukemia. Anaknya ingin bertemu dengan ayahnya, sampai menutup mata masih tidak ketemu dengan si ayah. Bukan tiada usaha dilakukan tetapi usaha tidak membuahkan hasil. Kasihan...


Rakan belajar saya semasa di universiti juga disahkan menghidap kanser tahun lepas. Terkejut dan terkesima apabila menerima berita sedemikian. Saya tak dapat bayangkan perasaannya ketika disahkan kanser. Sedangkan suatu masa dahulu ketika doktor minta saya imbas kepala, saya dah rasa ngeri. Kenapa? Doktor syak ada tumor dalam kepala saya. Ini disebabkan saya sering pitam, kepala ini kerap terhantuk di merata-rata tempat. Pernah juga saya meraba seketika ketika berjalan kerana pandangan menjadi kelam. Kenapa ini terjadi? Sejak sekolah menengah saya mengalami perkara sebegini. Saya anggap ini perkara biasa. Mungkin ini disebabkan tekanan darah rendah. Seorang kawan belajar dari Sabah telah memberikan saya pil untuk mengatasi masalah tekanan darah rendah saya. Pil herba yang dikirim oleh ayahnya. Alhamdulillah, saya tidak lagi pitam-pitam. Dan sehingga ke hari ini, saya tidak pernah melakukan sebarang imbasan kepala.


Kita sering terbaca dan terdengar kisah orang yang mengalami penyakit kritikal ini. Tapi pernahkah kita terfikir yang kita boleh mengalami perkara yang sama akan datang? Bukan meminta untuk sakit sama tetapi mengingati. Hal akan datang memang tidak dapat dijangkakan. Bersedialah kita. Siapkan emosi dan mental untuk menghadapi sebarang jua keadaan. Hari ini kita tahu nasib orang, hari esok entah macam mana nasib kita.


Kita usah menjauhkan diri dari mereka yang berpenyakit ini. Jangan sekali-kali menganggap mereka ini menyusahkan. Berikan mereka bantuan yang terbaik agar mereka dapat bersama-sama kita menikmati kehidupan yang semakin singkat ini. Baki hidup kita semakin sedikit. Jangan kita berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu perkara. Berdoalah semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan dan kita mempunyai ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi segala kemungkinan.


Only the dark will teach us that light is very very stronger. Be strong, go forward and move ahead.

Thursday, August 13, 2009

Hari tua yang mendatang..

Hm pernah kah anda terfikir berkenaan dengan hari tua kita? Sempat kah kita meniti hari tua? Insya Allah sempat kalau umur kita dipanjangkan tuhan. Apakah hari tua itu nikmat? atau bakal dipenuhi dugaan?? Oleh itu perlulah kita menyediakan diri kita, menyiapkan mental dan emosi kita dalam bakal menghadapi hari tua.

Kita berkahwin dan mempunyai anak. Anak-anak ini pula kita pertaruhkan untuk menjaga kita semasa hari tua. Ada yang risau sebab tidak ada anak, kononnya nanti apabila sudah tua tidak berteman. Tidak payah risau tidak ada anak, tetapi risau jika anak-anak itu akan bakal memberikan dugaan paling besar dalam hidup kita.

Banyak sketsa di TV, jiran rumah sebelah dan saudara mara kita sendiri, di mana seorang ibu mampu menjaga ramai anak, tetapi anak yang ramai ini belum tentu akan dapat menjaga seorang ibu dan ayahnya. Pernahkah kita terfikir situasi ini akan terjadi kepada kita? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini andai ini yang ditakdirkan kepada kita?

Sebab itu, mental dan emosi kita kena kuat untuk menghadapi segala kemungkinan. Kalau-kalau anak yang kita harapkan tidak menjadi seperti yang diinginkan, apakah tindakan kita. Ibu bapa mana yang mahu anak-anaknya menjadi jahat, nakal, perosak bangsa, terjebak dengan jenayah dan sebagainya...tidak ada! Ibu bapa akan membekalkan anak-anaknya cukup dengan ilmu agama, sifat-sifat yang baik, nilai-nilai murni dan sebagainya. Tetapi mengapa anak-anaknya masih lagi tidak terarah hidupnya setelah dewasa. Semasa kecil memang mereka boleh dikawal oleh ibu dan bapa, tetapi selepas mereka dewasa, mereka lebih suka dengan haluan masing-masing. Mungkin kita sendiri pernah memberontak atau mengingkari ibu bapa kita tanpa sedar atau dalam sedar.

Sebagai ibu bapa, kita boleh berikan segala-galanya. Macam mak ayah kita, nak kereta, nak motor, nak komputer, handphone, duit, semuanya boleh diberikan. tapi apa yang kita berikan pada mereka sebagai balas ganti..hm tak terkata-kata saya kalau ditanya akan soalan sebegini.

Hidup ini memang perlu banyak berdikari dan bukan bergantung pada manusia lain semata-mata. Hidup jangan terlalu mengharapkan ihsan orang barulah kita mampu meneroka kehidupan ini dengan baik, menyelusuri jalan dengan tenang. Sesekali badai melanda, jangan kita berputus asa.

Terfikir juga saya, sebelum ini, saya ingin berkahwin semata-mata ingin kan anak sebagai penyambung keturunan dan juga sebagai peneman. Tetapi selepas direnungkan semula, saya tak boleh nak mengharapkan sangat kepada anak-anak yang bakal ada nanti. Saya bertanggungjawab membesarkan mereka dan memberikan mereka ilmu yang sewajarnya. Satu masa nanti mereka pasti akan ada kemahuan sendiri dan tidak lagi dapat menunaikan kemahuan kita.

Bukan semua sanggup untuk menjaga warga tua yang dah nyanyuk, uzur dan banyak karenah. Saya pun belum lagi menempuhi keadaan ini. Memang tidak ada pengalaman dalam menjaga warga yang serba kekurangan ini. Saya harap saya dianugerahkan kesabaran dan ketabahan yang tidak terhingga dalam menempuhi keadaan sebegini.

Simpanan adalah penting untuk hari tua. Buatlah simpanan dan melaburlah di tempat yang betul. Tentu anda sedih kalau di tempatkan di rumah kebajikan kan. Adoi tidak dapat saya bayangkan. Sedih, sayu, tersayat hati ini melihat gelagat warga tua ini yang masing-masing dengan cerita masing-masing. Ada yang ternanti-nanti sudah bertahun tetapi anaknya tidak pernah sekali menjenguknya. Isk....



**Usah asyik mengharapkan orang memberikan kata-kata kasih dan sayang sedangkan anda lokek dengan senyuman.

Steak Sandwich!~

Steak sandwich

300gm daging lembut (boleh ganti ayam)
5 sudu besar oyster sauce
5 sudu besar tomato sauce
3 sudu besar kicap masin
2 sudu besar lada hitam kasar
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa

Daging dihiris nipis-nipis dan diperap dengan semua bahan di atas selama 1-2 jam.

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Panaskan minyak. Tumiskan bawang. Apabila bawang sudah kekuningan masukkan daging. Masukkan 1/3 cawan air. goreng sampai air sejat. Angkat.

6 buku roti hotdog
6 keping cheese slice
kobis yang dihiris halus secukupnya

1 ulas bawang dicincang halus
50gm mentega

bawang putih yang telah dicincang halus digaul ke dalam mentega. Sapukan pada roti hotdog yang dibelah dua tanpa putus. Taburkan kobis ke atasnya, kemudian susunkan daging secukupnya. Akhir sekali keju dibelah dua dan di susun di atas roti. Bakar 10 minit atau sehingga keju cair.


*** daging/ayam tu boleh masakkan dengan rencah maggi black pepper.. pon sedap. kalau x nak stir fry daging/ayam tu boleh dibakar dalam oven 20 minit gitu/sehingga masak.. tapi jangan sampai hangus. Kalau dah hangus...ampa sendiri mahu ingat ye..

SeLamat Mencuba...

*Resepi dari seorang kawan....tq ya....

Latest...


Monday, August 10, 2009

Hp Idaman aku buat masa ini....

Uhukssss....siapa nak belikan aku hp ni ek....
hmm harga ori dalam RM1799...apuuu!~
Takde ke murah lagi...bila nak jatuh harga nye neh...



Tapi kalau tak dapat yang atas neh...yg bawah ni okay juga...
W595..harga dalam RM7++ kalau original.
aku suka warna pink...
Hitam pun cantik juga....
uwaaa...tapi aku suka yg atas neh...
adeh macam mana nak beli ye..
kena jual tin la macam ni...


Festival Layang-layang di Bintulu 2009

Hehe kami berempat dalam keadaan jerebu telah menjejakkan kaki di Bintulu. "BORNEO INTERNATIONAL KITA FESTIVAL". Memang meriah dan cantik. Pelbagai warna, saiz dan rupa layang-layang ada di sini...






Nanti aku sambung lagi ek....

Friday, August 7, 2009

JEREBU!!!!

Keadaan jerebu di Bekenu, Miri ni makin lama macam makin buruk. Bila nak hujan ye. Sepanjang jalan aku nak ke bandar Miri memang akan jumpa dengan beberapa kawasan yang terbakar. Aku tak tahu la apa punca kebakaran..sama ada sengaja atau tidak sengaja. Mungkin tanah gambutkan...dalam tanah pun api masih aktif...bomba aku tgk ke sana ke mari. Tapi kawasan yang terbakar ni kan hutan...mana ada paip air!~ mana ada pili bomba...hmm...

Tgk matahari tu..mcm sakit je kan....

Depan bilik guru SK Bekenu...memang jerebu sakan. Tengah hari pun masih terasa kelas berasap..

Murid-murid tahun 1 Bijak. Masing-masing digalakkan pakai mask.
Siapa yang demam jangan datang sekolah.

Pelajar tahun 2 Bijak. Masing-masing bergaya dengan mask sendiri.

"Cikgu...ambil la gambar kami..." Alahai...yela...snap je!


Masked Rider?? bukan ye...masked teacher..hek3...

Pemakaian mask memang digalakkan. Aku memang pakai semasa mengajar. Mula macam tak selesa tapi kena pakai juga. Budak2 ni pulak ada yang jenis berhingus la apa la...alahai..paling aku kesian ialah mask mereka ni bukan berganti selalu. Mask ni boleh pakai 2-3 jam sahaja. Tapi budak2 ni aku rasa pakai 2-3 hari. Korang bayangkan lah ye. Tak ada bantuan mask ke sekolah. Entah bila nak dapat.....

Dalam keadaan H1N1 dan jerebu ni...beberapa tindakan yang leh diambil:

1. Banyakkan minum air masak.
2. Banyakkan makan sayur.
3. Elakkan tempat ramai orang, kalau perlu, pakailah mask.
Jangan malu!
4. Selalu bersihkan diri sendiri.
5. Elakkan menghampiri orang yang sakit.
6. Cepat dapatkan rawatan kalau sakit. Jangan bertangguh.


Aku harap keadaan ini cepat pulih dan masing-masing ada kesedaran tentang perkara ini! Buka mata...buka juga kepala otak tu. Jangan nak sempit sgt. Sekian terima kasih....