Sunday, July 25, 2010

HAppY BEday TEacHer INtaN....

Selamat Hari Lahir Teacher Intan....!!! 22 Julai is my birthday....hmm pada hari tersebut, anak-anak murid saya telah membuat satu mini party untuk saya.. Saya rasa terharu dan teruja juga sebenarnya tapi saya tak dapat nak lahirkan perasaan itu dengan kata2 melainkan ucapan terima kasih.

Duit apa ni?? Dari sampul surat itu pun semua orang sudah tahu untuk apa kan. Anak-anak murid saya mengumpul wang ini bersama-sama sejak bulan April yang lalu. MENGHARUKAN...saya tahu mereka susah nak dapatkan wang sebanyak ini. Belanja mereka seharian pun bukan sebanyak pelajar di bandar. Semuanya dilakukan tanpa pengetahuan saya. Tak sangka! m(-.-)m
Inilah kek yang dibeli hasil daripada duit yang mereka telah kumpulkan. Saya juga yang pergi beli. Hihihi...kawan saya telah membocorkan rahsia lebih awal kepada saya berkenaan hal ini. Takut saya terkejut sangat kot? Terima kasih la banyak2 kepada cikgu Fad dan cikgu Maz. Banyak memberikan sokongan kepada anak-anak murid saya ni. Banyak juga menghulurkan bantuan...terima kasih!!
Ini pula kek untuk pelajar tahun 6B...petang tu sambut dikelas 6B pula...dan diakhir dengan satu tragedi Julai. Seorang pelajar yang sama tarikh lahirnya dengan saya telah ditimpa kemalangan. Akibat kecuaian masing2 maka perkara ini terjadi. Tengok....sebelum dan selepas.....sebelum...happy2 potong kek dengan cikgu. Selepas??? Hm....sabar lah ye..memang hadiah hari lahir yang terbaik untuk kamu ingat sampai bila2.....harap kamu cepat sembuh!~

Inilah anak murid saya...kelas 5 Bijak. Sangat BIJAK....BIJAK dalam bidang masing2.....TERIMA KASIH SEMUA...LOVE U ALL!!!





Saturday, July 3, 2010

Koleksi Novel yang aku dah baca...

Di sini aku updatekan novel-novel yang sudah aku baca. Macam program nilam je. Hihi saja takde kerja. Bukan apa, aku selalu lupa, yang ni aku dah baca ke belum ye. Jadi aku listla kat sini. Ada masa aku semak semula.

1. Tajuk Novel: CERITERA RINDU
Penulis: Leeya Myra
Penerbit: Alaf 21
Bintang: 3/5
Komen: Ceritanya ok. Tapi banyak ayat aku boleh skip. Part sedih belum boleh bikin aku
meleleh air mata mencurah2.

2. Tajuk Novel: BUKAN TERLARANG
Penulis: Nur Hazmi
Penerbit: Tintarona Publications Sdn Bhd
Bintang: 3/5
Komen: Menarik juga. Agak lambat sikit juga nak capai klimaks pembacaan aku ni.

3. Tajuk Novel: CURAHAN CINTA NIAGARA
Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Millennia
Bintang: 4/5
Komen: Best. Buat aku ada sama dalam ceritanya. Suasana yang digambarkan seperti
mudah bagi aku tayangkan di dalam kepala aku ni. Macam aku pun ada sama.

Ceritera Cinta EP1

Langkah ke dunia baru

Aku masih lagi berselimut di atas katil. Malas rasanya hendak membuka mata. Rasa sayang untuk meninggalkan nikmat tidur begitu sahaja. Di luar kedengaran bising dengan hiruk-pikuk suara sanak saudara. Aku masih memejamkan mata tidak berminat untuk keluar bersama mereka. Tiba-tiba......

"Kak Long! Bangun!! Kau nak jadi gila ke apa ni? Cepatlah bangun mandi. Dah nak maghrib ni."
Aku masih membatukan diri. Telinga aku ni belum pekak lagi. Kenapalah minah ni terpekik-pekik. Eh, dah nak masuk waktu maghrib ke? Kenapa aku rasa macam dah subuh?

"Aoklah....kamek bangun ni."
"Aok...aok...banyaklah kau punya aok. Mata tu pejam lagi."
Tanpa kuduga, Shasha terus menyingkap selimut yang setia membaluti tubuh aku. Mujur aku berpakaian sopan. Kalau tidak mahunya Shasha ternganga.

"Iyalah, aku bangun la ni. Nak mandi la. Kau mandikan aku boleh?"
Aduh! Kena cubit pula. Salah ke aku minta dia mandikan aku? Ish! Lantaklah.

Selesai mandi, azan Maghrib berkumandang. Tanpa melengahkan masa aku terus melaksanakan kewajipan aku sebagai hamba Allah yang kecil saja kedudukannya di muka bumi ini. Allahhu Akbar....

Malam ini sebenarnya ada majlis penting yang akan berlangsung di rumah aku. Aku menatap wajahku di hadapan cermin. Membelek sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

"Sudahlah tu Kak Long. Tak payahlah kau nak belek lama-lama kat cermin tu. Kalau cermin tu pandai berkata-kata dah lama kau kena ejek." Ish! Tak sayang mulutlah Shasha ni. Nak makan cili la tu.

"Ala kau ni Sha. Bukan selalukan aku nak nampak lain macam malam ni. Teruja banyak sikitlah." Aku tersengih seperti kerang busuk. Dalam hati aku ni hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Penantian itu satu penyeksaan. Tinggal beberapa minit lagi aku akan memasuki satu dunia baru yang pastinya lebih mencabar dari kehidupan aku sekarang.

"Tahniah Kak Long!" Bagai tersedar dari mimpi. Aku tersengih lagi.
"Dah jadi isteri orang ni, ingat sikit tanggungjawab sebagai seorang isteri tu. Jangan kau nak berangan hidup bujang lagi." Ish! Mak Ngah ni. Dah mulalah tu. Buat drama.

Alamak! Maknanya ini semua bukan mimpi. Memang sah aku dah jadi isteri kepada si dia. Eh sekejap...siapa si dia?

Aku ternampak si dia sedang bersalaman dengan semua sanak saudara. Pandangan kami bertaut dan dia tersenyum mesra kepada aku. Masya Allah, Ella! Sah dia dah jadi suami aku. Yey!!! Aku dah kahwin. Aku membalas senyumannya dengan penuh makna.

Bersambung.......

Takde hal...cari pasal.....!

Apa masalah aku hari ni. Kerana seseorang yang aku tak tahu la juga apa masalah dia, mencari pasal dengan aku. Memang dia berjaya buat aku sakit hati dan semakin membenci dirinya. Tahniah la......

Apa pun aku doakan dia bahagia. Apa jua keadaan dia, ada aku kisah? Dah tu kenapa perlu usik aku? Kenapa perlu cari pasal? Jangan nanti kesihatan sendiri terjejas, aku tak mahu bertanggungjawab. Kenapa perlu beriya mengata orang sedangkan kata2 itu sesuai ditujukan pada diri sendiri. Kenapa nak mulakan sengketa sedangkan engkau berpendapat diam-diam sudah lah.....

Nak perhatian ke? Sorry la aku tak leh nak berikan keperihatinan aku terhadap orang macam plastik ni. Baik aku berikan perhatian sepenuhnya pada anak murid aku yang nak periksa ni. Usah bermuka baik depan orang lain. Macam mana pun muka engkau pamerkan, aku tetap nampak satu muka sahaja iaitu muka menjengkelkan. Engjkau nak mengadu nasib dengan orang, nak memperguna orang, itu engkau punya hal. Hmm....nasib la kan. Nak buat macam mana, aku bukan hadap sangat nak layan orang macam tu. Orang selalu sebut pepatah, buat baik dibalas baik. Ni kalau dah macam ni, apa kes? Nak rasa diri tu tetap baik la....kira nak buat diri tu macam teraniaya oleh aku yang jahat la....? hmmm.......gitu......??

Memang Tuhan Maha Mendengar dan Maha Adil. Semua orang beragama Islam tahu perkara tu. Percaya Qadak dan Qadar. So tak perlu overacting mengalahkan ustazah yang engkau tu bagusssss sangat. Hehe....ingat kitaran hidup ye, hari ini mungkin kita rasa kita bahagia, wahhh akhirnya menjadi juga...esok lusa belum tentu, macam-macam boleh terjadi. Sesungguhnya dugaan tuhan tu datang dalam pelbagai bentuk.....

Inilah......sarang tebuan jangan dijolok. Nasib la perubahan cuaca dapat mempengaruhi sedikit sebanyak keputusan yang diambil. Kalau tak ada perubahan cuaca......mahunya ada yang cedera. Masya Allah.......astaqfirullah.........dijauhkan aku dari pelbagai perkara yang tidak baik. Amin...............



*Kepada org yang bajet mcm bagus tu, ambil cermin...cermin2 kan diri anda......

Doa isteri solehah....

Ya Allah... .

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah... ...

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,
Tetapi... ... ...

Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah... ..

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu.

Ya Allah sesungguhnya... ..

Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.

Ya Allah... ... .

Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.

Amin Ya Rabbi Allamin..