Sunday, November 6, 2011

29 Oktober 2011 / 1 Zulhijjah 1432H / Sabtu


Di wad kanak-kanak......hari pertama kelahiran. Kuat juga menangisnya...

Hari kedua...dah dapat balik rumah...dapat ibu dan abah/tok ayah dan maktuk cium puas2.

Malam tadi tak tidur lena. Bukan kerana tidur di wad hospital tapi kerana berdebar2 menanti subuh. Dah tahu dah tarikh untuk bersalin.

6.30 pagi: Doktor panggil ke bilik rawatan untuk memeriksa bukaan jalan. Baru buka 3 cm dan doktor kata tidak perlu induce. Lega sikit la rasa hati. Orang kata kalau induce tu berganda2 sakitnya. Aku pun makan la apa yang mama bekalkansebagai bekalan tenaga.

8.00 pagi: Aku dah masuk bilik bersalin. Terbaring sendirian. Dalam hati tak berhenti2 membacakan ayat2 suci Al-Quran.

10.00 pagi: Doktor check bukaan masih sama, 3 cm lagi. Tak lama kemudian, nurse pun datang, masukla ubat air. Sejam pertama takla rasa sakit sangat. Aku siap terlena. Selepas itu, sakit pun datang....masya Allah, tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya.

1.30 petang: Doktor check bukaan 4cm. Masa ni memang sakit tu datang setiap 3 minit. Nurse menyabarkan aku. Tolong gosok belakang badan. Masa ni juga ada pesakit lain yang dah terjerit2, memang psiko. Aku kuatkan semangat. Aku tahan, sesekali aku mengerang kesakitan.

4.30 petang: Aku panggil nurse untuk check jalan. Memang dah tak tertahan. Nurse panggil doktor serta merta selepas mendapati jalan terbuka sepenuhnya dan rambut baby dah nampak di pintu kelahiran.

Saat yang mendebarkan. Aku mengalami low contraction. Malah, aku tak ada rasa sakit pun masa baby dah nak keluar ni. Bila tiada contraction, aku pun susah nak meneran. Boleh aku cakap dengan doktor..sekejap ye, saya fikir mcm mana nak meneran. Doktor dan nurse memang banyak membantu aku yang tiada pengalaman.

Dengan perkataan Allahuakbar, aku berusaha meneran...mengikut tips2 dan kata2 ransangan dari doktor dan nurse2 di sekelilingku. Bermatian2...bergeram2an....

5.03 petang: Alhamdulillah.....uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! Anak aku telah dilahirkan. Masa ni segala kesakitan hilang serta merta. Aku pun turut sama nak menangis. Ya Allah, bersyukur kepada Mu ya Allah di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. Nurse tanya, "Intan, anak apa ni?" sambil tunjuk kepada aku. "Baby girl..." aku tersenyum....

Selepas tu, terus aku tanya, "Nurse, boleh saya minum air banyak2? Saya dahaga...". Nurse jawab, "Boleh, selepas uri dikeluarkan..."

Sesi mengeluarkan uri pula. Mengambil masa juga sebab saiz uri besar. Masa ni juga aku dengar suara yang lain kata, "Baby sihatnya....4kg. Panjang/tinggi 61cm." Alhamdulillah....memang sihat anak aku.

6.00 petang: Sesi jahit menjahit. Alahai....sakit? Tak la sakit macam kena masuk ubat air tu. Tapi ngilu2 juga. Aku berzikir banyak2. Berlagu2...biarlah org nak kata apa...Masa ni nurse bawa baby datang jumpa aku...ciuman pertama ibu buat kamu sayang....

Lepas tu aku dapat minum banyak2...dan juga dapat makan. Terima kasih kepada nurse2 dan doktor di bilik bersalin Hospital Kangar, Perlis yang secara langsung dan tak langsung berkhidmat dengan baik pada hari itu.

10.00 malam: Keluar dari bilik bersalin. Mama dah siapkan makan malam aku. Makanan orang berpantang. Anak aku kena tahan wad untuk check up paras gula. Risau kot kandungan gula tinggi sebab dia lahir 4 kg.

Malamnya aku tidur tak lena, terasa ngilu2 lagi...terbayang2 perjuangan aku melahirkan bayi sulung aku......dan aku telah berniat untuk menamakan INSYIRAH yang bermaksud kegembiraan.

Terima kasih juga kepada mama dan ayah. Yang tak jemu2 menjaga dan melayan karenah aku. Kepada suamiku juga, kerana mendoakan yang terbaik buat kami berdua.

Paling penting....bersyukur ke hadrat Illahi....di atas kelahiran ini....dipermudahkan urusan semuanya. Sihat ibu dan anak.......^^,

Wednesday, October 19, 2011

Ketupat Sotong

'gambar ihsan google'

Bahan-bahan:
3 ekor sotong sederhana besar
100 g beras pulut
5 g halba
2 ulas bawang merah (hiris)
10 g halia (hiris)
100 ml santan pekat (guna santan dalam kotak)
gula dan garam

Cara Menyediakan:
1. Rendamkan beras pulut dengan santan lebih kurang setengah jam. Selepas itu, toskan.
2. Sumbat beras pulut ke dalam sotong dan cucuk hujung sotong dengan lidi. (cucuk ketat-ketat supaya tak mudah terbuka)
3. Selepas itu, masukkan santan pekat ke dalam periuk. Masukkan pula halba, bawang merah dan halia.
4. Masukkan sotong tadi (yang dah diisi dengan beras pulut). Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan sotong dan pulut di dalamnya masak. Api jangan besar sangat. Sederhana sahaja. Agak2 perut sotong tu kembung...gemuk...bulat, ha masak dah tu....

S E L A M A T M E N C U B A.....^^,

Resepi asal dari majalah Saji keluaran November 2011 - dah edit2 dgn perkataan sendiri..

Sunday, September 4, 2011

Isu Basi ke? Guru banyak buat kerja luar...

Merujuk kepada satu petikan/laporan/berita yang bertajuk "GURU KERJA LUAR SEMAKIN SERIUS, KEMENTERIAN PERLU KAJI.", Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
Hmm oleh sebab tiada data yang berkaitan, apa kata Prof ini menjalankan kajian yang berkaitan. Mana tahu hasilnya memberangsangkan dan boleh membantu kementerian mengambil tindakan susulan.

Tidak dinafikan memang ada di kalangan guru yang terlibat dengan kerja luar seperti MLM, berniaga kecil-kecilan, menjual pebagai barangan keperluan, menjadi dealer sana sini dan sebagainya. Selagi tidak mengganggu waktu kerja dan masih berusaha menjalankan tanggungjawab mengajar dengan baik, apa salahnya kan. Bukan mereka merompak, makan rasuah, mencuri dan sebagainya yang tidak elok.

Saya belum lagi terlibat dengan serius dalam mana-mana kerja sampingan. Belum ada masa walau kadang-kadang teringin juga untuk menambah pendapatan keluarga. Gaji seorang guru ni memang tak mewah tapi memadai untuk meneruskan kehidupan sederhana. Dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin naik, memang cukup-cukup makan la orang kata. Bolehlah untuk buat simpanan masa depan anak-anak sedikit. Sebab itu, ada guru yang mengambil peluang menceburi kerja luar bagi menambah pendapatan. Anak makin tahun makin bertambah. Kalau bujang, lain cerita cara belanja, yang dah berkeluarga, anak pula 4-6 orang, membantu mak ayah yang uzur di kampung dan macam-macam masalah lain la.

Memang ada yang teruja, obses dengan kerja luar sampai mengabaikan kerja sekolah. Ini perlu dipantau oleh ketua jabatan. Ketua jabatan perlu memerhatikan setiap guru di bawah seliaannya supaya melaksankan kerja dengan baik. Jangan ketua jabatan pun sama naik lemak. ^__^V

Cuba tanya dengan mana-mana guru, adakah mereka membelanjakan wang gaji mereka untuk kegunaan anak-anak murid mereka?? Jawapannya pasti ADA. Tidak ada guru yang tidak membelanjakan wang gaji mereka untuk kegunaan sekolah. Kos mencetak, kos alat tulis, kos menyediakan bahan bantu mengajar, kos memfotokopi, kos ke sana ke mari dan macam-macam lagi, semuanya ditanggung oleh guru itu sendiri. Satu kelas bukannya ada 2 orang pelajar dan sudah tentu bukan hanya satu kelas sahaja yang diajar. Apa yang ada di sekolah??? Di sekolah ada kerusi dan meja je ke?? huhuhu...(Penjawat awam lain ada ke membelanjakan wang gaji mereka untuk orang lain??)

Semenjak kerajaan mengurangkan peruntukan untuk kegunaan setiap sekolah, makanya guru-guru terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. Itu pun masih nak kata guru tak mengajar? Guru tak mendidik? Guru tak bekerja? Tahniahlah kepada guru-guru yang sanggup berkorban sebegini. Makanya kementerian pun perlu memerhatikan perkara mcm ni. Meminta guru melakukan itu ini tapi segala kemudahan dihadkan. Malah ditambah lagi dengan kerja-kerja pengkeranian yang tak pernah susut dari semasa ke semasa. Kerja guru bukan hanya di sekolah, balik rumah pun masih buat kerja. Semua hal nak di'online' sekarang ni. Siapa bayar line internet guru? Siapa sediakan komputer untuk guru? (Ini anak murid pula yang diberikan laptop, tak tahu pula tahap keberkesanannya atau membazir saja?). Guru pun ada keluarga, ada urusan peribadi sendiri, bukan 100% serah tubuh pada kerja-kerja di sekolah. Guru pun perlu memantau anak-anak, menjadi seperti ibu bapa lain dan macam-macam lagi lah.

Rasanya daripada orang luar dok mengata kerja-kerja guru ni, baik mereka mencari penyelesaian terbaik untuk kesejahteraan bersama. Dok mengata-ngata, memburuk-burukkan kerja guru ni memang tak sampai ke mana. Kalau rasa guru di sekolah tu dah teruk dan buruk sangat, jangan hantar anak ke sekolah berkenaan. Cari sekolah lain atau ajar anak sendiri di rumah. Ibu bapa pun pandai-pandailah mengatur dan mendidik anak di rumah. Jangan mengharapkan guru di sekolah semata-mata. Kalau anak tak pandai, jangan salahkan guru 100%, ambil cermin, tengok diri sendiri dan tanya pada diri sendiri, apa yang aku dah lakukan untuk kecemerlangan masa depan anak aku. Bukan hanya melepaskan tanggungjawab itu kepada guru dan sekolah semata-mata.

Walau apa pun cabaran hari ini, sebagai guru, kita hadapi dengan sebaiknya. Dengan perangai anak murid yang semakin nakal, kurang ajar, bebanan kerja, bebanan kos dan macam-macam. Buat yang terbaik, mudah2an diberkati dan diredhai. Kita buat apa yang perlu, dan tinggalkan apa yang tidak perlu. Sekian.....

*SAYA SUKA JADI CIKGU..


Thursday, September 1, 2011

KOREAN DRAMA: S P R | N G W A L T Z

Cerita apa ni? Hm cerita ini memang best. Tak rugi kalau layan dari episod 1. ^___^

Antara pelakon utama:
Jumlah episod: 20 episod

Sinopsis:
Semasa kecil Lee Su Ho telah ditinggalkan oleh bapanya di kampung halaman (sebuah pulau), kemudian Su Ho telah berkawan dengan Eun Young. Sampai satu masa, Su Ho dan Eun Young terpisah. Masa ni Eun Young sakit dan berada di hospital untuk menjalani pembedahan. Su Ho hilang tak dapat dikesan.

Beberapa tahun kemudian. Eun Young menerima hadiah melancong ke Austria. Di sini, Eun Young telah berjumpa dengan Jae Ha. Digelarkan lelaki ini Si Malang. ^___^ Bila berjumpa pasti tercetus perbalahan. Akhirnya masing-masing jatuh cinta. Tahukah...sedarkah bahawa mereka sememangnya ada chemistry antara satu sama lain disebabkan perhubungan yang terjalin sejak kecil. Sikit demi sedikit, kebenaran akan menjadi jelas.....

Selamat menonton! huhuhu

Bintang: 5/5 ^______^



Minggu 32-33

Alhamdulillah, dah 8 bulan lebih rupanya. Diam tak diam...celik tak celik...buka tutup mata....sedar-sedar dah lebih 32 minggu. Alhamdulillah...awak membesar dengan sihat. Insya Allah, sama-sama kita berdoa, moga kelahiran awak dipermudahkan. Sesungguhnya penyembuhan dengan izin tuhan adalah yang terbaik. Berdoa banyak-banyak.

Sekarang ni, nak tidur pun tak berapa nak lena. Awak dah aktif. Golek kiri, awak joget2...golek kanan awak menari2...hihihi..kadang2 rasa lucu juga. Nak pula bila tertonjol entah lutut awak ke...siku awak ke...tersengih2 sendirian tengok. Bagus2, maknanya awak aktif di dalam tu.

2 - 3 hari ni layan cerita korea. Awak punya la tak diam. Suka ya tengok pelakon2 korea yang hensem...hahahaha....bagus2...mana tahu nanti awak pun comel2 macam pelakon korea tu. Kulit gebus2....mulus2....hihihi

Sekarang ni menghitung hari nak pulang ke kampung halaman. Awak bersabar ye. Kita jejakkan kaki ke semenanjung dulu...jejakkan kaki di kampung dulu. Barulah awak siap2 untuk dilahirkan ye. Bersabarlah. Lagi beberapa minggu saja. Memang mama dan abah tak sabar menunggu kelahiran awak. Tak sabar nak cium awak...tak sabar nak dukung awak...tak sabar nak peluk awak. Selalu peluk anak orang lain je....

Insya Allah, moga semuanya dipermudahkan.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimeen!

"None has the right to be worshipped but You (O Allah)), Glorified (and Exalted) are You
(above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers."

Tuesday, July 5, 2011

Minggu 24

Hm diam tak diam dah 24 minggu baby mama membesar dalam perut ni. Sekejap je rasanya masa itu berlalu. Ini dah bulan 7. Sikit masa lagi, lahirlah kamu ke dunia yang penuh dengan cabaran ini. Insya Allah. Mama dan Abah doakan kamu membesar dengan baik, disempurnakan fizikal, berakal baik, dipermudahkan kelahirannya, dan ditetapkan iman ke dalam hati kamu. Mama dan Abah menantikan kelahiran kamu.

Tidur mama malam-malam terganggu, dek kamu yang bermain-main di dalam. Mama tak marah pun. Malah tertawa sendirian. Malah tertanya-tanya, apa yang kamu buat tu ya? Kamu lapar ke? Kalau lah dapat di'scan' on the spot. ^___^

Pengalaman mengandung adalah satu pengalaman yang indah. Walaupun pada awal trimester mengalami alahan, tapi itu semua bukan alasan untuk merungut, tetapi untuk menikmati kebesaran ciptaan tuhan ini. Saat kelahiran pula adalah satu proses lain yang perlu ditempuhi. Moga anak Mama dan Abah ini dilahirkan secara normal dengan mudah. Insya Allah....

Thursday, June 23, 2011

Perubahan sikap manusia hari ini.....*___*

Manusia pada hari ini semakin bersaing. Ekoran itu, ramai yang mengambil keputusan untuk sambung belajar sehingga peringkat yang tertinggi supaya terkeluar dari golongan yang majoriti. Ekoran itu, perubahan sikap juga terjadi kepada sesetengah manusia. Kalau dulu sama-sama ada degree....sekarang awak ada PHD...bukan setakat PHD pada taraf pendidikan awak, tetapi PHD pada sikap awak juga. (PHD aka Perasaan Hasad Dengki...)


Biasanya memang perempuan yang nampak jelas menghadapi situasi sebegini. Baru-baru ni seorang pelanggan A, mengadu nasib dengan tukang jahitnya...Katanya pelanggan B telah melukakan hatinya dek kerana dia memakai baju yang baru siap dijahit. Pelanggan B juga telah menelefon tukang jahit tersebut dan menyatakan rasa tak puas hatinya sebab pelanggan A dapat pakai baju baru. |hahahaha......memang mcm perangai budak-budak| Tukang jahit menjelaskan, pelanggan A tu, setahun 3 pasang sahaja dia buat baju, berbanding dengan pelanggan B, lebih 20 pasang setahun. |Pelanggan A dan B bekerja satu pejabat......|

Anehkan! Kerana baju baru, sanggup nak cemburu. Pelik! Memang semakin lama nampak la sikap pelanggan B ini yang phd kuat. Sebelum ni dia pakai kereta Toyota V, kemudian tukar kepada Toyota A. Katanya ramai sangat orang pakai Toyota V sebab tu dia tukar kepada yang lebih mahal lagi. Hahahaha....alasan memang tak menahan telinga....iihihihihi....manusia2.....

Tambahan lagi, kain-kain pasang si B ni, mana ada beli yang murah-murah. Harga semua ratusan ringgit. Sepasang RM150-RM500. Tak ada la nak pakai yang cikai-cikai orang kata. Mana boleh beli yang biasa-biasa, nanti tersama dengan orang lain. Mana ada kelassss..........Manusia-manusia....kenapa teruk sangat sampai ke tahap ini. |Penulis tak kisah pun baju sama...^^ Pernah jumpa orang pakai baju sama corak dulu, penulis punya warna hijau, orang tu punya warna biru. Kami sama-sama tersengih sahaja bila perasan baju kurung kami sama corak....he.....|

Makanya, selalulah kita check hati kita. Elakkan dari Phd ni. Tak elok untuk kesihatan juga sebenarnya.


Hm, bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini.


Alhamdulillah. Selalu kita ucapkan di atas segala nikmat yang telah tuhan kurniakan kepada kita. Tetapkan hati kita supaya tidka menjadi insan-insan yang bersikap Phd ini. Mungkin pada hari ini kita nampak kita mewah, senang tetapi tidak ada jaminan untuk esok hari sebenarnya.

Wallahualam......

Berusaha yang terbaik untuk kebaikan sejagat.....



Wednesday, June 15, 2011

Guru Perlu Ada Ilmu Psikologi...

Link: Guru Perlu Ada Ilmu Psikologi

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata cara didikan pelajar masa kini tidak boleh dilakukan secara semberono tanpa disuntik elemen tertentu yang boleh ‘mematahkan’ sikap degil pelajar.

Memang tak boleh dilakukan secara semberono. Memang perlukan pendekatan yang bersesuaian. Tapi, dek kerana bebanan tugas seorang guru yang makin hari makin meningkat, dapatkah guru memberikan fokus yang baik untuk menyuntik elemen yang dimaksudkan. Pada pendapat saya, guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Guru kaunseling wajib ditempatkan di setiap sekolah dan merangka program-program yang bersesuaian dengan peredaran masa. Guru kaunseling bukan perhiasan atau sekadar ada di sekolah. Hari ini, mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam mematah sikap degil pelajar.

“Melihat rentak sebilangan pelajar hari ini, memang menakutkan kerana mereka sangat ekstrem hingga mampu melahirkan keberanian tanpa batasan.

Tidak dinafikan, pelajar hari ini sangat ekstrem, sanggup melakukan apa saja. Mereka tidak memikirkan kesan jangka masa panjang dek kerana perbuatan mereka. Apa yang menjadikan mereka ekstrem? Kejam? Berani tak bertempat? Banyak pengaruh sekeliling seperti tayangan cerita-cerita berunsur ganas di TV, di panggung wayang dan sebagainya. Hari ini, kita tengok la di panggung, berapa banyak cerita ganas disiarkan? Orang Melayu sendiri yang buat cerita macam tu. Memang setiap cerita ada pengajarannya yang tersendiri. Tapi adakah pengajaran itu sampai kepada penonton? Ada yang menganggap ia hiburan semata-mata. Apa perasaan anda sebagai guru atau ibu bapa bila anak murid menjerit, LU LANGSI LU MATI.....!!! hmm..........

“Ada kalanya, masyarakat suka menyalahkan guru dan sekolah kerana tidak bertindak namun kesalahan itu tidak wajar diletakkan pada bahu golongan terbabit semata-mata.

Hmmm..memang ini yang terjadi. Cara mudah...ibu bapa menyalahkan guru atau sekolah jika anak mereka tak ketahuan. Sedangkan tanggungjawab mendidik bukan hanya tanggungjawab guru, malah IBU BAPA adalah manusia paling penting dalam mencorakkan generasi kelahiran mereka.

“Masyarakat perlu akur, senario pendidikan sekarang terlalu banyak ‘pantang larang’ hingga menyukarkan segala tugasan yang ingin dibuat.

Banyak kekangan, tiada apa yang boleh dilakukan. Silap cara, silap kata, walau satu perkataan, boleh menerima kesan yang berpanjangan. Jadi, untuk keselamatan, tindakan apa yang terbaik selain membiarkan sahaja. Sekadar memberi teguran. Bukan semua orang mampu menerima teguran dengan positif. Tegur dengan cara baik pun belum tentu memberikan jaminan ia berkesan untuk menginsafkan seseorang, malah mungkin menyebabkan berlakunya masalah lain.

“Namun, itu bukan alasan mereka tidak mengambil tindakan cuma caranya saja tidak bersesuaian dengan jiwa pelajar,” katanya mengakui guru hari ini perlu belajar cara terbaik untuk menakluk tentangan pelajar.

Cara apa yang bersesuaian? Tolong beritahu kepada kami yang tak tahu ni. Maklumlah, bila bebanan kerja semakin bertambah, otak tak daya nak memikirkan apa cara yang bersesuaian. Bila tubuh dah penat dengan komitmen lain yang banyak, memang tak dapat nak berfikir dengan baik. Mungkinkah guru kaunseling dan guru displin boleh duduk semeja memikirkan tindakan yang bersesuaian.

“Malangnya, ramai guru terlupa hingga menyebabkan pelajar melihat hukuman itu seolah-olah misi ‘balas dendam’ dan melepaskan perasan benci hingga menjadikan mereka terus memberontak.

“Berdasarkan pengalaman dan kajian, saya percaya jika guru pandai menggunakan budi bicara, pelajar boleh menerima dan mampu diubah. Cuma tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku sekelip mata sebaliknya perlu berterusan dan disertai doa,” katanya.

Tidak semua orang mampu menggunakan budi bicara untuk menyelesaikan masalah. Teknik budi bicara yang berkesan ini kadangkalanya adalah satu anugerah. Tak semua orang memiliki anugerah itu. Kalau semua mampu menggunakan budi bicara dalam menyelesaikan masalah, tak perlu ada undang-undang pada hari ini. Masalah pelajar hari ini langsung berbeza dengan masalah pelajar dahulu. Pelajar sekarang mudah memberontak dan cepat marah serta lebih kreatif dalam melakukan kejahatan. Pelajar dah berani mengebom di kawasan sekolah, berani tumbuk guru, itu belum dikira dengan kata-kata makian dan hinaan terhadap guru, merosakkan harta benda guru dan sebagainya. Dapatkah budi bicara menyelesaikan permasalahan yang sebegini? Dari awal tahun hingga kini pertengahan tahun, tidak membuat latihan, acapkali ditegur tapi bagaikan mencurah air ke daun keladi, apakah budi bicara yang sesuai bagi menyelesaikan masalah sebegini?

Faktor penyumbang masalah disiplin pelajar:

  • Kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa pada era globalisasi kerana lebih mengutamakan kerjaya hingga lupa tanggungjawab mendidik anak.

  • Ini jelas, ibu bapa sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Zaman dahulu, hanya bapa yang keluar bekerja. Zaman sekarang menuntut ibu dan bapa sama-sama keluar bekerja dek kerana harga keperluan semakin meingkat dan kos kehidupan semakin tinggi. Nak tak nak, mesti bekerja untuk mendapatkan pendapatan menyara keluarga.

  • Kemunculan media massa serta sumber bacaan tanpa batasan hingga menyebabkan pelajar ingin meniru dan mencuba.

  • Media massa semakin hari semakin tak berfaedah dan banyak memberikan pengaruh yang tidak baik. Terutamanya media hiburan baik dari segi pakaian, moral dan sebagainya. Pelajar mudah meniru dan mencuba, apabila ditegur akan menimbulkan konflik.

  • Pengaruh rakan sebaya kerana menganggap rakan sebagai rakan sebenar lantaran ibu bapa sukar meluangkan masa untuk mendengar atau berdampingan dengan anak.

  • Banyak masa dihabiskan dengan rakan sebaya. Malah jelas dan nyata ada anak yang memenangkan kawan sendiri dan sanggup bertengkar dengan ibu bapa kerana kawan. Situasi ini memang memberikan kesan yang tidak baik sekiranya kawan itu bukan kawan yang baik. Sanggup bergadai kerana kawan. Oleh itu, didikan awal dan corak kepimpinan keluarga perlu diterapkan sejak kecil lagi.

  • Kegagalan pihak sekolah untuk bertindak pantas dan telus kerana ada sebilangan cuba merahsiakan masalah disiplin yang berlaku.

  • Kalau nak dibongkarkan semua, lain jadinya nanti. Memang ada sesetengah isu yang dirahsiakan.

  • Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai atau menarik hingga pelajar lebih gemar menghabiskan masa di tempat tidak berfaedah.

  • Memang banyak program yang boleh dilakukan, tapi dek kerana kekangan kewangan, tenaga pekerja dan masa. Bagaimana nak melakukan aktiviti yang menarik di sekolah jika tidak ada peruntukan? Sedangkan aktiviti ko-korikulum pun ada pelajar yang memberikan alasan ibu bapa saya tak dapat hantar saya sebagai alasan tidak hadir. Siapa yang nak melaksanakan semua program tersebut kalau bukan guru? 24jam guru bekerja. Dalam tidur pun boleh termimpikan kerja. Kalau tiap-tiap hari diadakan program selepas sekolah, memang kelesuan jadinya.

    Masalah displin pelajar hari demi hari memang semakin membimbangkan. Apa yang mampu kita lakukan dalam ruang yang terhad ini? Apa yang boleh dilaksanakan dengan kekangan undang-undang pada hari ini?

    Semua pihak memainkan peranan yang sama banyak dan sama penting. Bukan hanya pihak guru atau pihak sekolah sahaja, malah masyarakat perlu bekerjasama dalam membendung permasalahan begini. Didikan awal memberikan kesan kepada tumbesaran pemikiran seseorang. Terlalu ramai ibu bapa bertindak sebagai penyelamat apabila anak melakukan kesalahan. Dan kebiasaan ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada perkembangan anak-anak.

    Tuesday, May 24, 2011

    AISHITERU.....Zhivilia Band

    Sejak mula melayan cerita Cinta Melody ni....rasa best juga layan lagu ni. Tak kusut sangat untuk didengar.....sedap2 telinga.....jom layan sama....

    Link Youtube

    Lirik lagu

    Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
    Saat ku harus bersabar dan
    trus bersabar
    Menantikan kehadiran dirimu
    Entah sampai kapan aku harus menunggu


    Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
    Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
    Kadang kuberpikir cari penggantimu
    Saat kau jauh disana


    [*]
    Walau
    raga kita terpisah jauh
    Namun hati kita selalu dekat
    Bila kau rindu pejamkan matamu
    Dan rasakan a a a aku


    [**]
    Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
    Terhapus ruang dan waktu
    Percayakan kesetiaan ini
    Pada ketulusan a a ai aishiteru


    Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
    Entah penantianku takkan sia-sia
    Dan berikan satu jawaban pasti
    Entah sampai kapan aku harus bertahan


    Saat kau jauh disana rasa cemburu
    Merasuk kedalam pikiranku melayang
    Tak tentu arah tentang dirimu
    Apakah sama yang kau rasakan


    Back to [*][**]

    Satu sendiri pikiran melayang terbang
    Perasaan resah gelisah

    Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
    O…wu..wo..o..


    Lupakan segala obsesi dan ambisimu
    Akhiri semuanya cukup sampai disini
    Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
    Kumohon kau kembali


    Kimita tuokukitemo
    Kiminoi shuaguaratala

    Shiniteruyo shiniteruyo


    Back to [*][**]

    Wo wo wo..
    Wo wo wo..a a ai aishiteru


    Thursday, May 19, 2011

    Selamat HAri Guru 2011....

    Selamat HAri Guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia. Tahun ni, berada di sekolah baru...suasana baru. Sememangnya saya merindukan suasana di sekolah lama. Tahun lepas kita bersukaneka sempena hari guru. Keletah dan gelagat cikgu2 memang menceriakan suasana, walaupun penuh kontroversi juga dalam acara tarik tali, tapi kita tetap happy2 setiap masa.

    Tahun ni, cemburunya saya dengan sambutan di sekolah lama. Mereka bersuka ria sempena hari guru. Mengadakan perlawanan di antara guru2. Walaupun jumlah guru di sekolah tersebut |termasuk staff sokongan| tak sampai 50 org, tapi mereka happy2 menyambut Hari Guru. Memang saya cemburu.....Korang main Futsal....perlawanan bola jaring antara guru lelaki dan guru perempuan memang menarik! Cayalah...walaupun jumlah kita tak ramai, tapi kita bersatu padu |slogan dulu2.....kini saya tak dapat berkongsi slogan tu lagi...|

    Tahun ni, di sekolah baru. Maaflah...saya tak terasa apa2 yang bermakna pun dalam menyambut Hari Guru ni. Hambar...kosong...sepi...kenapa ye? Entahla....Yela ada cadangan nak buat itu ini tapi cepat2 ada yang membangkang...huaa mcm tak boleh buat apa2...Lemaulah! Kesimpulan dan dipendekkan cerita, memang tak menarik....huaaaaaaaaaaaaa |mengantuk|.

    SK Bekenu.......tetap dihati........Miss u all la......

    Tuesday, May 10, 2011

    Lagu tema dan Lirik Hari Guru 2011


    GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
    BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
    SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
    PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
    DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

    GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
    MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
    GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
    MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

    PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
    BERSEDIA HADAPI CABARAN
    ARUS TANPA SEMPADAN

    PENDIDIK YANG BERKUALITI
    MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
    MENGIMBANGKAN ROHANI
    JATI DIRI DAN JASMANI

    GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
    MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
    GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
    MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
    SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

    LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM


    Guru Malaysia
    Kami guru Malaysia
    Berikrar dan berjanji
    Mendidik dan memimpin
    Putra putri negara kita

    Pada Seri Paduka
    Kami tumpahkan setia
    Rukun Negara kita
    Panduan hidup kami semua

    Di bidang pembangunan
    Kami tetap bersama
    Membantu, membina
    Negara yang tercinta

    Amanah yang diberi
    Kami tak persiakan
    Apa yang kami janji
    Tunai tetap kami tunaikan

    Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



    Friday, April 22, 2011

    13 Weeks......

    13weeks?
    Diam tak diam....dah 13 minggu rupanya...
    Ada masalah...?
    Berlaku sedikit spotting...diminta berehat...
    Kedudukan uri ke bawah sedikit.
    Harap keadaan akan lebih baik selepas ini...
    Insya Allah...
    Tak jemu berdoa agar berkeadaan baik di sepanjang tempoh ini.
    Pengalaman pertama memang menghadapi pelbagai ragam.
    Bersabar....dan terus bersabar...
    Tabah dan kuat menghadapi dugaan...
    Insya Allah...
    Tuhan bersama selalu...

    Monday, April 18, 2011

    Guru Memantau Berat Murid...


    Masa kecil, bulat-bulat....orang akan kata CUTEEEEnye....COMELnyeee....
    TEMBAMnyaaa....GERAMnyaaa PipI dia.......huhu masa kecil la.....

    Bila sudah besar?? Mana pergi semua pujian tu? Silap2 penghinaan yang dapat di samping penyakit pun mula mengintai tubuh. Perlu kita saling beringat.

    Memang seronok tengok budak2 makan...AYAM GRG...nyum2...makan banyak2...KFC, Mc D, Bla....bla....makanan ringan dan segera pula tu.....Makan ye sayang...makan banyak2 ye....sudahnya anak pun menjadi suka dgn makanan sebegini. Sampai satu tahap, berguling2 sebab nakkan makanan kurang berkhasiat/'terlebih khasiat ni. Makanan manis lagi lah budak2 suka.....Ibu bapa perlu memantau keadaan ini.

    Baru2 ni ada keluar jalan2. Budak umur 7 tahun dan pandai minum Coca Cola. Huiyooo slurrrppp slurrrpppp dia menyedut air Coke tersebut. Wow! Saya pun dah lama tak minum air gas. Apa kesannya?? Pernah terfikir?? Dari gaya minum yang selamba, rasanya macam dah biasa minum dah. Kan tajam air gas tu....

    Sekarang ni......GURU!!! GURU!!! didesak memantau berat murid-muridnya. GURU!!! GURU!! yang perlu mengenalpasti jika murid itu OBESITI dan beritahu kepada ibu bapa. Wahhhh tak nak suruh GURU!!! Pantau berat ibu bapa sekali ke? Ahaksss.....alahai, bukan ke dah memang tercatat dalam buku Rekod Kesihatan murid berat...tinggi....buku REKOD MURID pun ada juga. Ibu bapa tak perasan ke??? Haihhhh perkara mcm ni dah jadi tugas GURU!!! juga...ibu bapa???

    Hm....hari2 anak balik rumah...hari2 mak ayah pandang anak kan. Ke....ayah keje oversea ni?? Ke mak nya ada masalah penglihatan? mungkin juga. Takkan lah tidak perasan BENTUK FIZIKAL badan anak tu mcm mana?? Takkan nak tunggu perut labuh sampai ke tanah baru nak bertindak...aduhai....Prihatin lah kepada anak-anak....perhatikanlah perubahan mereka...Ibu melahirkan anak....ayah bersama2 menjaga dan membesarkan anak. Makanya, pasti akan bersama2 peka dengan perkara ini.

    Tapi....GURU!!!! juga terjebak dengan isu rumahtangga dan keluarga murid tersebut. HUhuhu...
    GURU!!! oh GURU!!!


    Saturday, April 2, 2011

    Macam2 nak makan...

    Hmm....tersengih pula rasanya bila mengenangkan, saat2 ini lah tekak memilih nak makan itu ini. Sebelum ni tak kisah pun sgt bab makan. Sekarang ni, bau pelik sikit tak mahu, bau tumis2 pun tak mahu. Layan kan je la....

    Saat ini juga terkenanglah Tanah Semenanjung. Maklumla selera belah sana.

    Rasa nak makan lemang + rendang daging...rasa nak makan paru masak sambal...rasa nak makan bihun sup kuala perlis...rasa nak makan lontong...rasa nak makan mee kuah...rasa nak makan bla...bla...bla....hahaha....macam2 rasa ye.




    Tapi diam2 je la, tak berani nak ngada2 sangat. Nanti kesian Encik Suami. Tak apa. Cuti tak lama lagi, boleh balik kampung makan apa yang diinginkan. Bersabar sikit je kan......

    *gambar2 di google jadi mangsa..........huhu~

    Friday, April 1, 2011

    Kasihan dia....Dugaan untuknya......

    Apa yang berlaku memang ketentuan tuhan. Teringat kali pertama berkongsi berita gembira. Apabila doktor mengesahkan dia mengandung....dan sebulan kemudian doktor mengesahkan saya juga mengandung. Sama-sama kami terenyum kegembiraan. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Sama-sama juga kami berkongsi tips, maklumla teman ini sudah ada satu anak, sama-sama juga berkongsi pengalaman, nak pula saya pengalaman pertama.

    Semalam, saya tidak nampak 'teman'. Sakitkah? Atau ada urusankah? Pertanyaan itu terbiar sepi dalam hati kerana banyak kerja lain perlu diselesaikan.

    Hari ini, 'teman' datang. Dengan langkah yang lemah, muka yang tidak berseri. Lalu saya bertanya, adakah semalam 'teman' cuti? Ya, saya MC katanya. Kamu tidak sihatkah? saya bertanya lagi.

    Lalu dengan genangan air mata 'teman' memulakan cerita. Tersentuh rasa hati. Sayu juga. Puas menahan air mata...kasihan 'teman'. Anak yang sepatutnya berusia 14 minggu kini, telah tiada. Hampir 4 minggu anak itu telah pergi. 'Teman' menangis. Tapi gagah untuk berkongsi apa yang dirasa. Ini bukan kali pertama, tetapi sudah masuk kali ketiga. Kecewa? Sudah pasti. Sedih? Memang nyata. Inilah qada' dan qadar tuhan.

    Kenapa ia terjadi? Apa puncanya? Itu persoalan yang bermain di fikiran. Doktor menjelaskan kepada 'teman' ada beberapa kemungkinan. Pertama, diabetes ('teman' tiada diabetes). Kedua, jangkitan kuman dalam rahim. Ketiga, ketumbuhan. Doktor mensyorkan 'teman' menjalani pemeriksaan darah, untuk mengenalpasti apa punca sebenarnya. Risau jika ada penyakit lain.

    Kepada 'teman', saya mendoakan 'teman' sekeluarga tabah dalam menghadapi situasi ini. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Diharapkan pemeriksaan lanjutan akan memberikan keputusan yang baik. Saya sentiasa mendoakan 'teman'.

    Friday, March 25, 2011

    Simple Caramel...

    (pinjam gambar org lain..........)


    Bahan-bahannya:
    4 biji telur
    1 tin susu cair
    1 cawan susu pekat
    1 sudu tepung gandum/tepung jagung
    sedikit esen vanila
    (semua bahan di atas, diblenderkan....tepung tu kalau nak 2 sudu pun boleh juga, so tak la lembik sangat caramel tu...ikut suka ye....)

    Bahan untuk gula:
    3-4 sudu gula


    Cara-caranya:
    1) Panaskan 3-4 sudu gula hingga cair dan keperangan. Boleh letak air sikittttttt je...sentiasa kacau ek.
    2) Kemudian masukkan gula yang dah siap cair dan perang ni ke dalam loyang. Ratakan.
    3) Biarkan sekejap, baru masukkan bahan-bahan yang telah diblenderkan tadi.
    4) Kemudian, kukuskan sehingga masak. Agak2 dah tak nampak cecair. Boleh juga guna lidi untuk cucuk tgk dah masak ke belum. (masa separuh masak boleh taburkan dengan serbuk biskut....)
    5) Bila dah masak, sejukkan pada suhu luar, terbalikkan di dalam dulang atau pinggan yang bersesuaian.
    6) Kemudian boleh simpan dalam peti ais atau makan dengan ais. Kalau suka manis sangat....simbah lagi ngan air gula perang tu ye......


    * Selamat mencuba.........!~ hmmmmm nanti saya upload kan gambar. Sangat excited sbb dah jumpa balik resepi ni.....

    Friday, March 18, 2011

    8 weeks....


    Ada apa dengan minggu ke-8??

    Minggu yang memenatkan dan begitu mencabar...

    Bersabar.....bertahan....

    Insya Allah buat yang terbaik....

    Ya Allah...berikan hambamu kekuatan hati dan ketabahan jiwa..agar aku dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan baik. Amin.


    Monday, February 28, 2011

    Cabul sebelum rotan???

    Cabul Sebelum Rotan

    Secara rambangnya, nampak cikgu displin tu yang bersalah. Ekoran daripada laporan murid-muridnya berkenaan dengan tindakan cabulnya. Boleh tak nak kata kalau sebenarnya ada banyak kemungkinan. Besar kemungkinan juga cikgu itu tidak bersalah? Mungkin dia dianiaya oleh anak muridnya? Walau apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terperinci. Buktikan apa yg sebenarnya berlaku.

    Ponteng perhimpunan? kan WAJIB. Kenapa mesti ponteng dengan alasan sedang menyiapkan kerja rumah. Kerja rumah buat di rumah lah. Kenapa perlu buat di sekolah. Habis sekolah buat apa? Melepak? berdating? atau?? dot..dot...dot....siapa tahu kan...

    Lagipun, 12 orang murid lawan 1 guru sedang menggatal...siapa menang? hahaha budak kecil pun tahu jawab. Dah tahu guru tu meraba kamu, seluk sana seluk sini, apa kata MELAWAN. Bagi penampar sedas, penerajang sebiji...itu baru dinamakan mempertahankan diri. Ini tidak, pi tadah badan, memang la...gediks juga tu....Lemah sangat ke 12 orang ni? ha??? Pelik!

    Atas kes ini juga, ada ibu bapa mengeluarkan kenyataan bahawa warga pendidik di sekolah pada hari ini tidak boleh dipercayai. Senang cerita, kalau rasa tak boleh nak dipercayai, baiklah menubuhkan sekolah sendiri. Puas hati kan.

    Ada juga yang seolah-oleh memperlekehkan tindakan TPM yang memberikan imbuhan kepada sekolah yang cemerlang. Contohnya:

    Moral guru guru sekarang semakin menurun. Tapi TPM semakin ghairah nak beri imbuhan bertambah2 kepada guru2. Banyak kes guru2 kehilangan karakter sebagai pendidik. Ada guru wanita berumur menggoda pelajar kolej berusia 23 tahun tertangkap berkhalwat, ada guru tingkatan enam menggoda suami orang di facebook sedangkan dia sudah bersuami, ada guru yang nak menguruskan badan sehingga terkena kesan sampingan. Kalau nak kuruskan badan kurangkan makan dan disiplinkan nafsu makan serta bersenam. Kisah guru mencabul murid tak kiralah guru lelaki atau perempuan, tak berhenti2 berlaku. Mana dia sifat sebagai pendidik......anak murid jadi bohsia dan mat rempit....nak salahkan siapa?

    Banyak kes katanya. Berapa jumlahnya ye? Berapa peratusannya ye? Bila ada guru yang khilaf, semua dengan senang hati mengutuk, mengetuk dan memburuk-burukkan profesion perguruan. Tapi bila guru cemerlang, guru berjasa, guru berbakti, guru berbudi, guru berkorban masa dan wang....tak pula nak menjulang tinggi-tinggi. Huduh2.....

    Sampaikan cikgu nak kuruskan badan pun ada yang susah hati. Huhu walhal banyak lagi rakyat kat Malaysia ni yang lebih bermasalah, lebih kritikal....korang je tak perasan ni. He....

    Semoga kes ini diadili sebaiknya. Jika ternyata guru itu bersalah, hukumlah dia dengan setimpalnya.

    Sunday, January 30, 2011

    BERGEDIL AYAM

    Bahan-bahannya:

    Daging ayam (cincang halus) dalam 4 sudu makan atau lebih ikut suka nak banyak atau sikit.

    3 biji kentang (dibasuh dan belah 4, kemudian goreng sampai masak. Goreng dengan kulitnya sekali. Dah siap goreng, sejukkan, kemudian buang kulitnya.)

    Daun sup (racik halus)

    setengah kiub ayam (nak guna garam pun boleh)

    bawang goreng/bawang besar potong dadu.

    1 - 2 sudu makan tepung jagung

    Sebiji telur

    Cara Masak:

    1. Kentang tadi dilenyekkan dalam bekas atau guna lesung batu. Lepas tu, campurkan dengan daging ayam, kiub ayam, daun sup, bawang goreng dan tepung jagung.

    2. Sebatikan bahan dengan mesra.

    3. Bulat2 kan adunan, penyekkan sikit.

    4. Celup dalam telur dan goreng dengan api sederhana. Usah kerap sangat kacau, nanti takut pecah. Berbuih2 la minyak dalam kuali.

    5. Siap!

    UDANG LEMON

    Bahan-bahan:
    350gram udang besar/sederhana besar (belah dan bersihkan belakangnya ye)
    5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
    2-3 inci halia (ditumbuk halus)
    2 sudu makan mentega
    1 biji lemon
    sedikit daun bawang
    sedikit perasa (garam, gula)

    Cara Memasak:
    1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia.
    2. Masukkan udang dan perasa, kacau sebati sampai masak. (Api sederhana, jangan kuat sangat)
    3. Keluarkan udang dari kuali dan terus perahkan lemon ke dalam kuali.
    4. Panaskan air lemon sekejap. Kemudian tuangkan ke atas udang tadi.
    5. Taburkan daun bawang.
    6. Siap!

    * tak sempat ambil gambar...encik suami makan perabis dah....

    Saturday, January 15, 2011

    PERLUKAH MENIPU UTK TERUSKAN HIDUP?

    Hmm...perlukah kita menipu untuk teruskan hidup? Apa pendapat pembaca semua? Saya mendapati ada beberapa golongan terutama golongan ibu bapa (khususnya) yang menipu tentang pendapatan mereka. Semua ni semata2 nak dapat bantuan kerajaan. Memang saya tahu kebenarannya tapi apa yang saya boleh buat? takkan nak kena investigate secara detail dan cari proof?? jadi conan la pulak.......jadi, setakat ni saya hanya berdiam diri dan terima sahaja apa yang mereka sampai kan. Dalam hati saya, jangan lah kita bertindak sebegini. Ini demi masa depan anak2 kita juga. Keberkatan itu perlu dicari supaya ilmu yang ada tu dapat dimanfaatkan secara berguna di hari2 yang mendatang.

    Kalau bab menipu ni sebenarnya banyak lagi cabangnya. Macam2 jenis penipuan ada. Elakkan daripada menipu. Tak baik untuk diri kita dan juga orang lain sebenarnya. Mula2 menipu memang orang tak tahu tapi bila dah lama2 orang tahu juga....masa ni memang naya!