Friday, March 27, 2009

Kerna Ku sayang kamu...

Aku suka lagu ni. Makanya aku tujukan kepada semua ya...

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Hati ini, selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah kuterus terlena
Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Monday, March 23, 2009

Tak perlu diucapkan...

Tak Perlu Diucapkan
Artist: Sudirman

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...


Kadang-kadang sesuatu yang terjadi tidak perlukan kata-kata yang panjang untuk dimengertikan. Cuma kita sahaja antara sedar dan tidak untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling diri kita..

Kadang-kadang kata-kata itu perlu juga, untuk menjelaskan apa yang tidak pasti, untuk meleraikan kekusutan orang lain dan untuk menerangkan apa yang terjadi...

Pilih lah yang mana terbaik bagi anda...

Pulang ke Miri...

Rasa sekejap sangat cuti sekolah seminggu ni. Hari ni aku pulang ke Miri. Flight pukul 0830. Hihi, sebelum ni aku tak pernah impi nak kena bekerja di Sarawak ni. Ulang alik naik kapal terbang. Sekarang ni aku kena biasakan. WAlaupun aku rasa kadang-kadang mcm nak mual je bila kapal terbang bergegar~ huhuhu...layan...He ni aku masukkan beberapa gambar yang diambil semasa perjalanan pulang. Kalau nak kata aku ni 'perak' ke kan..aku tak hairan. Hihi..suka aku la kan nak letak apa..ahaha...

Aku yang poyo...hihihi...


Selamat tinggal KL..tata semenanjung...




Dalam perjalanan...sungguh indah pemandangan...


Makanan yang dihidangkan...nyum nyum nyum...makan licin tau...


Dah sampai Miri..nampak tak tu...jalan Miri-Bekenu..Highway kami..disepanjang persisiran pantai!~




Alhamdulillah selamat sampai ke Miri. Dan Dari airport aku balik Bekenu dengan 3 orang kawan yang lain..dengan tambang taxi airport RM83...hihihi...nasib kongsi 4 orang!~ Fuh!!!

Perjalanan cuti sekolah bulan Mac..edisi 2

21 Mac aku ke KL naik bus double decker. Huhu seram juga duduk di bahagian atas. Sampai di KL, Nad lagi yang jemput aku. Muah!! LOve u!~ Tengah hari sedikit Nad bawa jumpa kawan di Hotel Seri Palace. Makan kekenyangan di sini.

Pandangan dari bilik hotel..




Kemudian kami ke Unitar, mereka ni submit assignment. Aku dan Nad terus kan misi meronda-ronda di Sunway Pyramid. Kami makan-makan dan bermain ice skating.

Gambar di sekitar Sunway Pyramid..










Di sini aku berikan juga info pasal harga ice skating ni ya. Sila rujuk di bawah.



Huhu, budak baru belajar skate!~











Gambar di sekitar KL...banyak club kan..jom clubbing!! Hihihi!~






Setelah penat meronda-ronda...kami pulang ke rumah dan tidur!~

Perjalanan cuti sekolah bulan Mac..edisi 1

14 Mac yang lalu aku pulang ke Semenanjung. Awal betul flight aku. Pukul 0630,mujur ada yang sudi nak hantarkan..Sampai di KL seseorang dah tunggu aku. My best friend ever and ever...NAd!!! Lepas makan di KL sentral, kami jalan-jalan ke Midvalley, jalan-jalan sambil bershopping.

Malamnya aku sambung flight ke Alor Setar, famili aku setia menanti ketibaan ku di sana. Huhuhu. Nasib tak suruh mama pegang sepanduk nama INTAN FARIZALAILA, KANGAR. Hahahaha...

Sepanjang minggu ni agak sibuklah dengan kerja aku dan kerja kenduri orang lain. Sepupu aku yang satu ni bertunang, satu lagi ni berkahwin. Memang penat kan kenduri kahwin ni. Aku kahwin nanti ntah macam mana ya...

Abg sepupu yang kahwin di hari kejadian. Moga bahagia!~


Hantaran emergency yang aku gubah untuknya..


Alhamdulillah selamat sudah semuanya. Walau pun ada beberapa cerita yang tak sedap kan. Biarkan semuanya berlalu...Asalkan kita berniat baik dan tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Orang sekeliling memang hanya nak menumpang apa yang kita ada. Dan mereka akan pejam mata kalau apa-apa buruk yang terjadi pada kita..

Aku posing depan rumah Wa aku..


Aku di sawah Wa...


He siapa yang bulat tu...huhu Nurul!!!

Saturday, March 7, 2009

MSSR Miri - 3 Mac 2009

Kontinjen Subis, Miri-Bakong dan Baram



Pada 3 Mac 2009 telah berlangsung MSSR Peringkat Daerah di Miri. Terdapat 3 bahagian yang terlibat iaitu Subis, Miri-Bakong dan Baram. Kalau ikutkan rekod memang lah secara keseluruhannya Subis akan menduduki tempat ke tiga. Aku secara bertuah lah kononnya telah dilantik menjadi salah seorang jurulatih untuk program ini. Memang 4 hari aku tak masuk ke kelas tapi aku ada tinggalkan kerja sekolah untuk pelajar kelas aku. Alahai macam rugi juga tidak dapat masuk ke kelas lama-lama. Terjejas P&P aku.

Kontinjen Subis



Salah seorang pelajar SK Bekenu, sekolah aku lah tu, namanya JINNY telah mendapat pingat emas dan berjaya pecah rekod dalam acara lompat jauh. Jinny merupakan anak murid aku, kelas 4 Bijak. Dia ini memang tidak pernah ke sekolah sebelum ini. Kira tahap satu dia tersia-sia macam tu sahaja. Jinny memang ada potensi untuk melompat lebih jauh dan dia memang memerlukan latihan intensif untuk gilap kan bakat terendam dia tu. Hihihi...Untung Ada JInny!!

JINNY OH JINNY (pakai topi)



Walau pun aku lelah, penat dengan aktiviti macam ni, aku rasa enjoy juga. Dapatlah aku berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sekitar Subis khususnya. Berjumpa dan berkenalan serta bermesra dengan pelajar yang pelbagai kaum, ada Iban, Penan, Kedayan, Melanau, Kayan, Kelabit dan sebagainya.

Insya Allah tahun hadapan kita berjumpa lagi. Dengan semangat baru dan rekod baru. Mudah-mudahan...amin...