Sunday, October 18, 2009

Aku dan RPH...

Hmm...korang tahu ke apa itu RPH? RPH ni sangat penting. Kalau kantoi tak lengkap atau tak siap, boleh didakwa. Hebat tak penangan RPH ni? Apa pulak cerita di sebalik RPH ni...? Apa kena mengena dengan aku? Haha mesti la ada kena mengena...tersangat lah ada.

Macam biasa la, setiap hari isnin perlu hantar buku RPH kepada boss. Aku ni ada tertinggal satu hari minggu lepas. Lepas tu bila aku cuba nak menulis tadi, rasa berat je tangan nak pegang pen..apahal??? aku dah cuba semua pen....semua serba tak kena. Tension pula aku rasa. Macam nak bertukar je jadi mentibang....haha...

Sudahnya, dengan selamba aku menaip dan print jak daily RPH aku. Bior lah boss nak kata apa, kanga ku jawab je la tangan aku takde mood nak menulis. Hihihi...boleh ke jawab gitu?? Tgk la keadaan esok, harap takde yang tak baik akan berlaku. Lagipun bukan kesalahan kalau kita nak taip RPH kita. Alasan buku akan gemuk dan tak cantik tu, macam dah kuno la. Huhu...

Kesimpulannya...dengan selamba aku dah taip RPH aku...dan ia dah siap! Chaiyookkk!~

Sunday, October 11, 2009

Kelebihan Surah di dalam Al-Quran!~

1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


3. Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.


4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat.


6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi


7. Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana


8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.


9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.


10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.


11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia


12. Surah Al Baraah/Taubah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.


13. Surah Al Baraah/Taubah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.


14. Surah Al Baraah/taubah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.


15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat


16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.


17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.


18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.


19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.


20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah .


21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.


22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.


23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.


24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.


25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.


26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.


27. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia


28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.


29. Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat


30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.


31. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.


32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.


33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya


34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum


35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.


36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk


37. Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.


38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular


39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya


40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


41. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.


42. Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.


43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.


44. Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir


45. Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.


46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani


47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.


48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


49. Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana


50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.


51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.


52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.


53. Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.


54. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular


55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan.


56. Surah Ad Dukhan :- Baca di waktu malam, maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi.


57. Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.


58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.



**Cuba praktiskan yang terbaik untuk diri kita!~...insya Allah!~ *peringatan tuk diri sendiri juga.*


Friday, October 9, 2009

Puasa Enam dan Puasa Qada

PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Rujukan...

http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-6-hari-syawal.html

Wednesday, October 7, 2009

Suami orang....

Hm aku tak tahu la kenapa minggu ni banyak kisah aku dengan suami orang. Dalam tahun ni sahaja dah ada 4 cerita aku dan suami orang...kisah pertama memang dia kata kalau dia tak kahwin lagi, aku lah yang akan menjadi pilihannya. Memang dia akan ngurat sampai dapat. Hahaha aku tergelak dengan ayat mcm ni. Sebab kawan aku ada cakap, kakak dia pun dapat ayat yang sama masa laki orang tu mengurat dia.

AWAS!!! kalau ada laki orang dok cerita masalah rumahtangga dia. Itu hanya sebagai salah satu strategi untuk menarik simpati. Memang sukar nak menghadapi hal mcm ni nak pula kalau kita satu tempat kerja...isk isk isk...

Kisah kedua...kenal dgn laki org ni masa dia minta tolong aku lakukan sesuatu untuk dia. Masa ni mak ayah aku pun tahu sebab aku dok tanya itu ini juga dengan mereka. Tapi tu dah berlalu dah. Kami masih berhubungan sekali sekala, jarang2, malah aku ada berbicara dengan dia ttg sukarnya untuk membuat pilihan. Tu je....bukan nya nak buat pilihan antara dia dengan siapa. Walau aku tahu dia ada masalah dengan wife dia...ada aku kisah??

Yang ketiga pun sama je macam kes yang kedua. Kami berhubungan secara profesional atas dasar kerja. Dia perlukan aku tuk dapat kan info itu ini dan aku senang hati nak membantu. Bukan sebab dia laki org....kalau t ak laki org pun aku ok kalau aku berkenan nak tolong...hihihi...

Yang keempat....hahah ni laki org gak..mula gatal2 dah ni ajak aku kluar ke sana ke sini...amboi2~! ni lagi melampau....dah siap kawen 3! takkan nak tmbah cawangan lagi kot...mmg melampau la....aku kenal dia?? bukan kenal la..hm kebetulan bawa student...ada urusan dgn dia....dia takde..so aku dapatkan no fon pada pekerja di situ...bila aku call dia...then dia save no aku...dah tu la ni dok mengacau!!

Argghhh!~ Ada apa dengan suami org ni weh...!~


* Kesimpulannya...aku kena cepat2 kawen...awak cepat la kita kawen..! Bosan dah kena kacau dengan suami org ni..klau kena kacau ngan suami sendiri tak pa la juga..hihi...

Kepada pembaca...jangan la biar kan anda yg bujang terbelenggu dengan masalah mcm ni. Kepada isteri2 sekalian...sendiri mau ingat la ye..tatau nak pesan apa..kadang2 kita dah yg terbaik..suami kita lak terbalik....nauzubillah!~

Saturday, October 3, 2009

Open House untuk pelajar SK BEKENU!~

Tanggal 3 Oktober 2009 (Sabtu), i and the geng (kak maz n Ilah) telah bekerjasama untuk mengadakan rumah terbuka untuk para pelajar kami. Sebanyak 6 kelas yang telah kami war-warkan tentang hal ini dan tak kisah juga kalau ada tetamu lain nak datang.

Cikgu dah pesan datang pukul 10..tapi ada juga datang awal. Amboii Basri...930pagi dah terpacak kat umah cikgu ni..apa cerita ni Basri...

Lepas pukul 10 je, mula la tetamu kecil ini memenuhi ruangan rumah sewa kami yg tak seberapa ni. Ya Tuhan, comel-comel mereka ni.

Menu kami, bihun sup, nasi impit, kuah kacang, kentang grg, keropok grg, kuih raya yang pelbagai, air special cikgu Intan dan lain-lain makanan sampingan. Harap semuanya berpuas hati la ye. Mana yang kurang tu lain kali kami perbaiki.

Mari kita lihat aksi mereka...

Ini adalah trip pertama...

Hehe..penuh dah ni...cikgu Maz kelek botol gula2??

Pelajar tahun 4C...
makan jangan tak makan...tak abis cikgu marah nanti!~


Ni antara pelajar pemalu tapi bijak...Harap2 u all dapat 5A nanti UPSR ya..

Iswan dan kamera mahalnya!~

Pelajar tahun 1C
Dari kiri..Nada, Dareen, Farah dan Mimi..
Ai mimi ni la sehari suntuk duduk umah kami. Malam baru i hantar dia pulang. Mak ayahnya ada tutorial OUM. Tapi i suka je melayan budak2 ni. So tak ada hal la...

Farid, adik dan Basri.
3 beradik ni memang awal sampai..sabo je la..


Sofizam dan Azmi.
Tgk mata Azmi...mcm tak boleh buka je..
mmg mata stail mcm ni budak ni..penat tgk mata dia..hihi!`

Dareen dan Nazarina
Tahun 1

Nak balik?? gambo dulu yeee!~



Lambat sikit ayu dan Fazlin sampai...


Muka mereka semacam je kan..
3 beradik + sepupu (Nazarina)


Athirah dan akaknya..
Putih melepak Athirah ni...geram tgk dia..

Beraya ke rumah Cikgu Anisah!~



Depan rumah Cikgu Azren..
Nampak tak Qistina tu....uhuhu!~


Alhamdulillah semua berjalan lancar. Majlis rumah terbuka kami ni cukup makanan. Biasa lah kan budak2 makan pelbagai gaya..ada yg pandai jaga, tertib, beradab, ada yang sembarang je. Hihi....tak apalah. Terima kasih kepada tetamu2 kecil yang sudi datang memeriahkan suasana. Lain tahun ada rezeki kita jumpa lagi ya dalam maslis mcm ni...insya Allah!~...daaaa.....

Aksi Farisya..

Alu..siapa la budak kecil ni ya..hmm ni la sepupu den, Farisya namanya..ai nama macam nak dekat2 nama i je...Umur nak masuk 4 tahun. Sangat peramah..memang tak larat nak layan la..dan juga ganas..hahaha...i kalau dia ganas2 dengan i, i buat2 call polis je...tau takut...keh3...mari kita tgk gaya dari farisya...

Kononnya la ni..membasuh sarung tangan kesayangannya...




Isk..ada kegemaran pelik..suka makan kaki ayam?? isk isk isk tengok mata dia tu..bulat semacam...huhu!~
Perasan tak, Farisya pakai baju melayu! Ahaks...
Lelaki ke perempuan neh??






Ni baru nampak sweet sikit. Sayang sangat dengan teddy dia..
siap pakai kan baju dan jam..isk isk isk.....