Tuesday, December 30, 2008

Aku dan Sarawak Episod 1

Entah kenapa hati aku ni macam malas nak ke Sarawak..aku impikan Sabah tapi ini kan sudah suratan, makanya aku perlu ke sana. Saat ni aku rasa sepi..rasa jauh dari sesiapa. Kalau angah boleh, kenapa aku tak boleh kan. Lagipun masih dalam Malaysia.

Apa yang aku bimbangkan sebenarnya?? aku rasa keakraban aku dengan famili makin baik semenjak aku masuk KPLI ni. Sebelum ni aku belajar di Johor, Melaka dan kerja di Rawang, aku tak pernah nak rasa akan sejauh ini. Aku masih boleh selamba. Tak ada rasa sedih di hati ni..

Selepas aku masuk KPLI...oleh kerana jarak yang agak dekat antara rumah dan maktab, makanya aku sering berulang pada hujung minggu..aku sanggup tak keluar dengan kawan-kawan..bersuka ria sebab nak balik ke rumah. Kenapa aku balik rumah? Nak manja2? Aku balik rumah nak tolong mak ayah aku buat kerja, walaupun nampak mcm tak berbaloi dengan duit minyak balik, sebab masa ni minyak mahal, tapi aku rasa berbaloi..sebab aku makin akrab dengan keluarga. Aku tak malu nak tolong ayah aku meniaga tepi jalan. Tak ada apa yang nak dimalukan sebab mereka membesarkan aku dengan baik.

Ayah...mama....walaupun mereka tak berikan aku kemewahan tetapi mereka memberikan aku kesenangan. Kini tiba masa nya aku pula berbakti pada mereka. Kadang2 aku dipersoalkan teman-teman bila mereka melihat aku transfer wang sehingga 4 angka kepada keluarga..kunyatakan, apalah sangat wang ringgit ni berbanding dengan pengorbanan mereka..membesarkan aku dan menjaga aku. Jadi aku tak rasa hal ini patut dipertikaikan lagi. Cuma yang mendatang ni, aku akan berusaha lebih keras dan berjimat cermat serta mula menyimpan wang dengan sistematik.

Pernah dan acapkali juga..mama akan masuk ke bilik tidur aku, bila terdengar aku mengigau marahkan nyamuk..pernah juga dengan ayah sekali sama2 mencari nyamuk yang menggigit dan mengganggu tidur aku...ai masa ni aku tak tahu mcm mana nak gambar kan perasaan aku..adakah aku mampu menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga aku.

bila mengenangkan ini semua...aku rasa berat hati nak ke sarawak..adakah mereka akan sepi tanpa aku? Siapa nak tolong ayah siapkan roti? Siapa nak tolong mama menjahit? Mama redha dengan pemergian ku. Ayah mendoakan yang terbaik buat aku..dan aku akan melakukan yang terbaik untuk keluargaku.

Thursday, December 18, 2008

Jahitan Manik....

Assalamualaikum...

Hm...sepanjang cuti sekolah ni, saya tiada kerja yang khusus di rumah. Makanya sambil membantu mama saya menjahit, saya ada juga ambil upah jahit manik. Alhamdulillah, ada juga la masuk sedikit wang belanja. Dari duduk menanti saja-saja kan...

Berapa upahnya? itu terpulang pada design dan jenis manik yang digunakan. Selalunya upah yang dikenakan adalah lebih murah dari tempat lain. Kalau tempat lain dalam 50, dengan saya hanya 35-40...lagipun saya jahit sendiri bukan atas tangan atau ada hantar kepada orang lain.

Seronok sebenarnya menjahit manik ni. Dapat menguji kesabaran dan kekreatifan diri sendiri. Kesabaran mencucuk satu persatu manik dan kesabaran mengutip manik kalau berterabur. Fuh! Manik kalau dah bersepah di lantai, jenuh juga la nak mengutipnya. Nak tak nak kena kutip juga...

Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan di area Kangar ni..kalau mahu perkhidmatan menjahit manik ni, boleh la hubungi saya di talian 04-9782705 (intan).

Cari pasangan terbaik

Sebelum hubungan cinta pergi lebih jauh, renungkanlah beberapa perkara yang penting. Adakah anda suka kepada seseorang? Dan anda tahu bahawa dia juga suka kepada anda.

Dalam menjalinkan hubungan, adakalanya perbuatan, kata-kata, sikap dan kelakuan yang boleh menyinggung perasaan seseorang ini akan mewujudkan rasa benci. Oleh itu, hubungan yang sepatutnya boleh pergi jauh telah terkandas di tengah jalan. Rasa kasih dan sayang yang dulu wujud, boleh terhakis dengan tiba-tiba.

Sebagai seorg lelaki, anda perlu merenung semula sikap anda terhadap pasangan anda. Manakala bagi wanita, kita perlu menetapkan beberapa ciri tertentu dalam mendapatkan pasangan yang terbaik.

Di sini ada beberapa perkara atau situasi yang boleh direnungkan untuk diteladani iaitu:

1. Si dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih 10 kali dalam masa 10 minit. Apakah maknanya ini? Anda sendiri fikir-fikirkan lah...

2. Jelas daripada ceritanya bahawa dia seorang kaki joli atau kaki makan angin. Nak pula kalau dia banyak bercerita tentang Thailand. Waspada lah...

3. Apabila dia memberitahu anda yang pasangannya tidak memahaminya. Contoh isterinya yang tidak pandai menjaganya, menjaga kebajikannya, maka semaklah yang sebetulnya. Mana tahu, rupa-rupanya si isteri sedang mengandung anak ke-9!

4. Anda sedar akan matanya yang nak terbeliak melihat gadis seksi, cantik, gebu yang lalu di sebelahnya, malah matanya tidak berkerlipan melihat. Lebih sadis lagi sehingga meleleh air liurnya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan dia adalah orang yang tidak pandai menjaga perasaan.

5. Tangannya mula miang-miang untuk menyentuh anda. Memegang tangan atau memegang pinggang anda atau lebih dari itu walaupun hanya pada pertama kali anda keluar dengan dia. Jika hari pertama dia sudah berani menyentuh anda, bagaimana pula dengan hari-hari mendatang? Tak mustahil anda akan dirogolnya.

6. Dia langsung tak memberikan anda peluang untuk bercakap atau bercerita disebabkan dia yang terlalu ghairah bercerita tentang dirinya dan keluarganya. Boleh tahan ke dengan orang macam ni?

7. Apabila bercakap ada nada-nada tin kosong. Anda menyedari dia seperti mereka-reka cerita dengan cerita-cerita yang mengalahkan drama di TV. Bercerita tentang kekayaan keluarga dan kemewahan hidupnya. Tetapi bila bayar bil makan, pelbagai alasan mengelak diberikan.

8. Dia menjelaskan kepada anda, dia bersedih selepas putus cinta dengan kekasihnya yang pernah ditidurinya. Jika ini telah anda ketahui, wajarkah anda menunggu lagi?

9. Dia kata dia mengimpikan seorg suri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Menjadi tukang masak, tukang cuci, tukang lap, tukang kebun, tukang picit, tukang sental dan segala jenis tukang lah. Anda perlu memikirkannya semula.

10. Dia bukan mahu sangat berjumpa dengan anda, tetapi atas desakan kawan atau kerana kasihan kan anda maka dia keluar dengan anda. Jadi fahamlah anda akan maksud nya itu...

11. Apabila anda terdengar daripada kawan-kawan yang dia mempunyai penyakit kelamin.

12. Apabila memesan minuman, dia akan meminta minumam beralkohol dan ini adalah langsung tidak sesuai bagi Muslim.

13. Dia memberi komen tentang pakaian anda di mana dia mengatakan anda akan nampak lebih seksi dan menggoda jika memakai pakaian-pakaian yang digemarinya. Di sini sudah jelas, dia ingin memesongkan tujuan anda berpakaian.

14. Apabila mengajak keluar, dia suka bawa ke tempat-tempat sunyi dan berdua-duaan. Atau membawa anda ke kelab-kelab malam dan berseronok hingga tidak menghiraukan waktu. Sedar sahaja sudah 3 pagi. Maka, si dia bukan lelaki yang harus anda teruskan hubungan dengannya.

15. Terlalu menunjuk-nunjukkan diri itu sebagai anak mak. Sikit-sikit mak..apa-apa pun emak..Ini menggambarkan yang dia masih belum matang sepenuhnya. Memang wajar jika sesuatu perkara dibawa berbincang dengan mak. Tetapi bukan semua perkara sehingga dalam perbualan, acapkali kedengaran ayat "Mak saya kata...Mak saya beritahu...Mak saya cadangkan...bla..bla..."

Pendek kata, masihkah anda ingin menyimpan perasaan dengan lelaki yang sedemikian? Tidak salah sekiranya anda meninggalkan dia tanpa sebarang ucapan.

Monday, December 8, 2008

Bosan....

Assalamualaikum...

he dah habis KPLI ni bosan lak..layan internet je la kat rumah. Sambil menjahit sket baju....boleh la sikit2...

naik pusing gak mata ni layan cite korea, jepun dalam internet ni. Sambil2 dok sms dengan kawan2....sambil2 berdebor dok tunggu posting ni. Lambat benor rasanye...

ni sambil2 juga mengemas kembali buku-buku dan kertas2 yang banyak ni. Pilih mana yang patut, yang tak patut tu timbang kilo la. Tapi bosan la...sekarang ni kitar semula semua dah turun harga. Tak best tul nak jual...simpan la dulu sampai harga naik balik. Dah mcm tempat kitar semula lak umah den ni...lalalalala.....

Tamat Sudah KPLI 2008


PELAJAR KPLI JANUARI 2008PENGAJIAN MATEMATIK


Diam tak diam, pejam tak pejam, lena tak lena..habis setahun aku di IPSAH, Sungai Petani mengikuti KPLI. Rasa sekejap sahaja. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan sekelas yang sama-sama menempuhi segala cabaran dan mencipta kenangan bersama. Lepas ni mesti aku rindu nak PL dengan korang lagi. Walau ade yang macam tak serasi dalam kelas tapi takde pulak wujud rasa benci sesama sendiri. Walau kekadang ada tak kenan dengan sesapa kan, kita masih dapat berkomunikasi dengan baik.


Aku harap kita sama-sama pasti dengan keputusan yang telah kita pilih setahun yang lalu. Keputusan untuk menjadi seorang guru merangkap seorang pendidik. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi pendidik yang baik, berwawasan dan disenangi oleh semua orang.


Berdebar-debar hati kita kan, nak tahu posting ke mana. Redha je la kalau kena hantar ke mana pun. Insya Allah selamat semuanya. Nanti kita war-war ye siapa yang dapat jauh-jauh. Mana tahu kan...ade yang kena naik belon!
Kepada Afzan, Sham, Yanti, Kak Gee, Wahida, Azlil...Semoga korang berbahagia dengan rumahtangga korang dan berusaha la sungguh-sungguhnya...dapatkan anak. Hehe...kami ni yang lain-lain ni entah bila lah nak kawennya....lalalalala....
K...cikgu-cikgu sekalian...GANBATE KUDASAI!!!!