Wednesday, June 24, 2009

Sukan dan Aku...

Hmm aku ni muka orang bersukan ke? Aku takde bakat yang khusus dalam sukan ni. Semua aku pakai redah je. Tapi kenapa orang menganggap aku ni orang sukan? Berlari?? boleh je aku walau tak la canggih mana..Bola tampar?? Boleh juga...Bola jaring aku layan juga...hihi...Futsal?? Hah pun aku layan...haha...

Bebaru ni aku dan kawan diminta set up team poco-poco..kami ambil usaha..datang juga malam2 konon nak buat training tapi???? tiada sokongan yang lain, macam mana nak tubuh kan team sendiri..alahai...malu???? kalau malu dok hulu...dok sana dalam2...jangan muncul2....

pada aku kadang2 bukan MALU...tapi penyakit M lain... MALAS..hahaha...ha kalau yang ni aku sokong la...ekekek...ade kebenarannya ni...nyeh2....

apa-apa pun aku enjoy la sukan2 ni..wlau kekdg cm terpaksa..tapi bila dh join..aku happy!!! Terima kasih pada kawan-kawan yang memberikan sokongan...

Wednesday, June 17, 2009

Imbangi Nisbah Guru Lelaki dan Wanita

Hal ini aku rasa dah banyak orang cakapkan dan sejak dulu-dulu lagi dah terjadi. Mungkin zaman ni baru orang terasa akan nisbah nya yang ketara sangat. Di mana kaum lelaki?? dalam dunia ni bukan hanya profesion perguruan yang ada. Banyak lagi peluang pekerjaan yang lain yang bersesuaian dengan keminatan para lelaki.

Sebagai contoh, jurutera awam, elektrikal, mekanikal, di pelantar minyak, pelumba kereta, pelumba motorsikal, kelasi, mekanik kapal, welder kapal dan sebagainya, memerlukan tenaga lelaki...kudrat lelaki...akal lelaki. Malah, selain minat, pekerjaan2 lain mungkin menawarkan lebih pendapatan...dan peluang untuk melihat dunia luar. kerja dengan syarikat minyak, ada peluang fly ke overseas...kerja di sana...dan sebagainya...daya tarikan itu lebih menarik.

Pada sesetengah pendapat, dunia pendidikan tidak sesuai dengan jiwa mereka. Hambar. Untuk jadi penjawat awam? Tak apa lah kata mereka. Kenapa nak tolak rezeki yang lebih baik. Kalau jadi penjawat awam dlam 3K, gaji kerja swasta adalah 10K...ikut logik, kita pun pandai nak pilih yang mana...sebab desakan hidup memaksa kita pilih yang terbaik.

Usaha telah dilakukan...pengambilan untuk guru lelaki adalah diutamakan. Bagus juga. Boleh hantar di sekolah pedalaman. Hihihi......

Jangan pula nak kata guru lelaki sekarang yang ada ini adalah disebabkan tekanan tak ada kerja, maka mereka memilih profesian perguruan...tidak juga. Ada yang kerana minat. Walaupun ada yang sedemikian tapi tak bermakna itu boleh dijadikan sebagai alasan yang mereka ini tidak buat kerja dengan baik.

apa-apa pun pekerjaan anda...lakukan dengan baik dan terbaik...mencari rezeki yang halal adalah dituntut~

Saturday, June 13, 2009

KEK ASAM MANIS MUDAH

Bahan-bahannya:

330 gram marjerin Daisy
320 gram gula kastor
6 biji telur gred A
320 gram tepung gandum Cap Sauh
6-8 bungkus kecil asam manis
1 sudu teh esen vanila atau perisa pisang
Sedikit pewarna kuning atau oren.

Cara Membuatnya:

1. Panaskan air dalam pengukus. Sediakan loyang 9x9.

2. Dalam satu bekas, putar marjerin dan gula hingga bergaul rata.

3. Masukkan telur satu persatu dan diputar dengan kelajuan tinggi.

4. Masukkan esen vanila dan tepung gandum. Pukul hingga sebati. Warnakan dengan pewarna kesukaan anda.

5. Dalam bekas lain, patah-patahkan asam manis tadi dengan sedikit tepung gandum.

6. Masukkan asam manis dalam adunan tadi dan gaul menggunakan senduk kayu. Kacau sehingga rata dan masukkan ke dalam loyang. (Loyang perlu dialas dengan kertas minyak)

7. Kukus sehingga masak.


Sekian.....

Selepas buat beberapa kali, memang menjadi dan sedap. Cuma tahap kemanisan tu kena pandai-pandai adjust. Kadang2 beli gula ni ada yang terlebih manis...ada yang kurang manis. Pandai-pandai lah ye....

SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, June 12, 2009

KELIWON : Versi Taman Aman

Malam jumaat?? Malam yang menakutkan ke?? Ada yang berpendapat malam yang menyeronokkan?? ye ke?? Hahaha....

Malam jumaat yang lalu, aku dan adik menonton cerita Keliwon di TV3, tentang pelesit. Lepas habis cerita tu, aku malayari internet. Jam 1145malam aku rasa mengantuk sangat. Aku lihat adik dah tertidur di depan televisyen. Aku pun baring dan terlena tanpa menutup komputer.

Tak lama kemudian, aku terdengar suara mak aku, lebih kurang pukul 1 pagi.

"Along, adik pergi ke mana??" Tanya mak aku dengan nada risau. Aku pun bangun dan melihat tempat tidur adik aku tadi. Sah! Memang tak ada. Aku dan mak mula mencari di sekitar rumah. Tiada juga.

"Ma, cuba tengok pintu belakang..ntah-ntah keluar lalu pintu belakang?" Kami berdua ke dapur dan sahih pintu belakang telah dibuka. Masa ni berderau darah masing-masing. Apakah yang telah berlaku??

"Ayah, adik tak ada ni yah..pintu belakang terbuka. Dia keluar lalu pintu belakang ni.." Aku dan mak dah mula risau. Adakah sesuatu telah berlaku?? Kami lihat selipar/kasut dan seluar dia semua ada. Kipas je adik tak tutup..Ke mana adik ni???? Pelbagai persoalan menerjah ke kepala masing-masing.

Ayah cuba menghubungi adik menggunakan telefon mudah alih, tetapi tidak berjawab. Kemudian ayah menghantar sms yang kami akan report polis sekiranya dia tidak balas sms tersebut. Adik balas, jap lagi balik. Ayah hantar lagi, adik jawab jap lagi la...Ayah dan mak tak sedap hati, mereka meronda keluar ke rumah, malah sampai ke pekan tetapi tidak berjumpa dengan adik.

Masa ni aku dah rasa berdebar-debar. Teringatkan orang di taman ini ada yang terjumpa makhluk tanpa kepala. Dan hasrat adik aku yang nak melihat makhluk ini. "Hm kalau bawa kamera ni boleh kot amik gambak makhluk tu...". Aku ingat lagi, ada beberapa dialog adik yang menyatakan keinginannya nak tengok sendiri makhluk itu.

Aku minta mak dan ayah pergi ke tempat makhluk itu pernah dilihat. Di sebuah kereta lama di hujung taman ini. Mak ayah kata tak ada di sana.

Oleh sebab adik ada balas sms sebelum itu, kami menganggap adik keluar dengan kawannya. Walaupun terasa aneh tapi cuba menyedapkan hati masing-masing. Aku berjaga juga sehingga pukul 3.30pagi. Masa aku baring di tempat tidur, aku terasa mata ni layu sangat. Saat ni lah aku perasan komputer aku restart sendiri. Ah biarkanlah kata aku...lalu tertidur.


Bersambung...


Ayah dan mak memang biasa bangun awal sebab masak memasak untuk berniaga. Semasa ayah sedang kemas van di belakang dapur, tiba-tiba.....


"Ayah!!! Hantu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Adik menjerit, berlari ketakutan lantas memeluk ayah. Ayah terus memegang adik lantas menolak adik masuk ke dalam rumah.

"Mana hantu????" Jerit ayah. Ayah pun melaungkan azan sambil memegang kayu.

Saat ini aku dah sampai ke dapur sebab terjaga dengan bunyi bising. Di dapur aku melihat mak aku dah sedang memegang adik aku sambil membacakan ayat-ayat suci Al-Quran termasuk ayat kursi dan memberikan adik minum air Yasin.

Adik menangis-nangis ketakutan. Aku pun melihat keadaan adik. Memang sah dia keluar tanpa baju dan selipar. Dia keluar dengan seluar pendek dan berkaki ayam. Aku menjangkakan sesuatu yang pelik telah berlaku. Aku lihat badan adik menggeletar hebat, jari-jarinya mengerekot seperti mengeras. Selepas keadaan tenang sedikit, mak mandikan adik dengan air yasin. Selepas mandi, adik diam membisu, termenung seperti orang kebengongan. Bila ditanya sukar untuk menjawab. Muka pucat lesi dan ketakutan masih terserlah. Adik memandang ke siling rumah.

"Jangan pandang-pandang atas tu, pandang muka mama ni! Ko ke mana semalam??" Tanya mak kepada adik.

Adik diam..dan terus diam. Dia cuma cakap beberapa patah perkataan dan mak suruh dia tidur.

Ayah menghubungi Ustaz Sabri untuk melihat keadaan adik. Risau juga kalau berlanjutan dan semangatnya kelihatan lemah. Ustaz pun datang ke rumah melakukan apa yang patut. Masa ni aku tak keluar bilik. Takut ke? Entah...

Selepas Ustaz balik, adik tertidur lena di kerusi panjang. Aku lihat air mukanya sudah berubah. Pucat tu dah kurang, malah tangannya tidak tergenggam seperti awal pagi tadi. Alhamdulillah!

Petang kami ke rumah ustaz ni, untuk rawatan susulan. Alhamdulillah, adik dah nampak makin sihat dan cergas. Sudah mahu berbual dan bergelak-gelak dengan orang. Syukurrrr..........

Apa yang telah berlaku sebenarnya.....

Bersambung.....

"Erwan.....Erwan......Erwan......." Adik kata, semasa dia tidur, ada suara memanggil namanya di belakang rumah dengan kuat. Adik tanya, " Takkan tak dengar, kuat tu dia panggil."

Adik pun bagai dipukau katanya, dia ke dapur lalu membuka pintu belakang rumah lalu terus mengikut makhluk yang memanggilnya. Makhluk ini menyerupai seseorang. Aku tak pasti rupa siapa makhluk ini sebab adik tidak menggambarkan rupanya macam mana. Tak apalah, aku pun tak nak tahu. Takut terbayang-bayang...

Kata adik makhluk itu membawanya ke kereta lama di lorong belakang rumah kami. Selang 3-4 buah rumah dari rumah kami. Di sana adik tertidur di atas bonet depan kereta tersebut. Kereta ni milik jiran kami yang telah tersadai lama.

Adik tidak menceritakan apa yang dia lakukan dengan makhluk itu. Cuma dia kata, ada 3 ekor semuanya. 1 ekor bersama dengannya, 2 ekor lagi berada di atas bumbung sedang memerhatikannya.

Lepas balas sms ayah dalam keadaan mamai atau khayal (mungkin adik ingat ini adalah mimpi), dia tertidur di atas bonet tersebut. Apabila subuh hampir tiba, adik terjaga. Saat inilah dia ternampak rupa sebenar makhluk itu dengan matanya sendiri dan kewarasan yang ada. Dia terkejut lalu berlari ketakutan. Mujurlah dia sedar dia di mana dan tahu ke mana hendak dituju. Sebab itu dia berlari sambil menangis-nangis menjerit hantu!!! hantu!!! dan terus memeluk ayah. Menurut adik, makhluk ini tinggi nya melebihi bumbung rumah, dan berwarna hitam serta seperti kain yang melambai-lambai. Kiranya bukan objek keras la. Muka nya tidak nampak..kalau nampak pengsan agaknya.

Memang ustaz kata, semasa adik berlari balik ke rumah, makhluk ini mengejar dari belakang. Tindakan ayah melaungkan azan telah melambatkan pergerakan mereka. Ya Allah! Alhamdulillah. Kalau kena rasuk atau masuk dalam badan, memang sukar untuk berubat nanti.

Menurut ustaz, kawasan rumah kami memang laluan makhluk ini. Ada 3 ekor semuanya, bapa, ibu dan anaknya. Laluan utama adalah di atas bumbung dan kereta-kereta lama di taman ini yang tersadai berkurun-kurun memang tempat mereka bermain-main dan bersantai.

Mereka ni belaan seseorang yang ditugaskan untuk mencuri wang dan emas. Tapi bukan toyol. Tuan mereka dah mati dan sebab itu mereka merayau-rayau. Agaknya tak ada orang yang nak terima mereka ni. Tu yang merayau-rayau dan mula mengganggu ketenteraman penduduk taman ini. Dah beberapa kes terjadi, dan yang terbaru adalah kes adik aku.

Sebelum ni ayah aku pernah nampak juga. Makhluk hitam, besar tinggi sedang memerhatikannya di rumah jiran aku ketika jiran aku tidak ada. Makhluk yang sama telah mengganggu adik aku. Mahkluk-makhluk ini memang mudah untuk singgah di rumah-rumah kosong dan kereta-kereta yang tersadai lama. Memang tempat main mereka.

Ustaz membekalkan garam kepada kami. Tugas ayah dan jiran untuk merejam garam ini di sekeliling rumah dan di dua kereta lama yang tersadai termasuk di bumbung rumah yang merupakan laluan utama anak beranak ini.

Kemudian, diusulkan juga supaya adakan bacaan Yasin 44 kali semalam. Insya Allah dalam masa terdekat akan dilakukan.

Kita adakalanya terleka, terlalai dan ini memang satu pengajaran yang baik untuk mengingatkan semua. Amalkan ayat kursi di mana-mana kita berada dan sebelum tidur. Supaya tidur kita tidak diganggu benda yang bukan-bukan.

Bermuafakat sesama jiran. Jangan menyombong atau bagaikan katak di bawah tempurung. Kenalilah jiran-jiran kita supaya kalau terjadi apa-apa pada keluarga kita, ada orang yang ambil peduli. Alhamdulillah, ayah mak aku ni ramah tamah. Dapat berbaik-baik dengan semua jiran.

Percaya atau tidak..perkara-perkara begini memang berlaku. Mulut jangan celupar atau cakap besar. Makhluk-makhluk ni kalau duduk sebelah kita pun, bukan kita tahu kan.....

wallahualam.....




Thursday, June 11, 2009

Bersediakah untuk berkahwin???


Bersediakah Anda Untuk Berumahtangga?


Kenapa aku buka topik ini ya? Aku cuma nak berkongsi sedikit pengetahuan untuk semua. Mana tahu ada yang dapat kita manfaatkan bersama. Sekarang ni musim cuti sekolah memang banyak kenduri kahwin di merata tempat. Aku pun tak larat nak memenuhi undangan di sana sini. Mana yang sempat aku pergi. Bila aku nak kahwin?? usah ditanya sebab aku bukan ada pun jawapan untuk persoalan yang sedemikian
.

Anda mungkin
telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.


Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perk
ahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo. Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi? Kahwin saja!


Ada alasan kukuh berkahwin.
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

* Macam aku ni, bukan tak nak kahwin tapi kadang-kadang terlalu konservatif memikirkan kehidupans elepas perkahwinan. terlalu memikirkan kegagalan. Adakah pasangan aku akan dapat menerima aku luar dalam nanti?? Aku tak nak lepas kahwin diungkit segalanya. Berkahwin bukan untuk menyesal.

Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

* Bab ni memang aku dah bersedia untuk berkongsi segala-galanya. Insya Allah. Kalau pasangan aku tak kedekut, aku pun tak kedekut la. Kalau pasangan aku terlalu berkira macam mana ya???

Sedia untuk sakit hat
i
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.


* Nak tak nak k
ena belajar semua ini. Fuh! Jangan lah aku selalu sangat sakit hati. Mahunya aku makan hati jek nanti..

Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

* Perlu belajar mengawal emosi. Kalau aku masak taks edap ke..ada tingkah yang tak elok ke, aku harap dia akan terbuka nak tegur aku dengan baik2..sebab aku ni kalau kena marah nanti, jadi mcm mana ntah. Mahu nya aku merajuk! Haha...kalau cakap elok, aku okay jek.

Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.


* Memang perlu banyak bertolak a
nsur dan jangan berkira sangat. Lagi-lagi bab duit dan tenaga kerja. Kalau kat rumah tu aku harap, bakal pasangan aku pun sudi nak bantu aku buat kerja rumah. Lebih lagi kalau dah ada anak sendiri. Kalau tak sudi...nak buat macam mana kan...uhuks.....

Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak sei
ringan.

* Hm...kena bersedia juga ni. Sebab tu mak aku galakkan aku mengumpul harta sendiri. Tapi kalau boleh aku nak elakkan semua ni terjadi. Malah tak nak dengar ungkapan berpisah selepas aku diijabkabulkan. Sama ada berpisah hidup atau mati. Kena redha!


Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.


* Fuh! Ini pun satu hal..siap sedia mental.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran an
ak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

* Aku memang nak anak, banyak mana pun aku tak kisah, s
elagi yang termampu dan diizinkan tuhan. Cuma aku harap kehadiran anak2 tidak akan dianggap sebagai beban dan menyusahkan. Harap pasangan aku faham dan tidak cemburu keterlaluan andainya banyak masa tertumpu pada anak-anak. Aku akan cuba berikan perkhidmatan yang terbaik...saling bantu membantu ye...cewahhhh!~


Ni kos bajet yang agak sederhana. Huhuhuhu...mana nak cari duit kahwin..hihihi!~ Belanja kenduri tu aku rasa kalau RM4000 macam tak cukup. Kena jemputan aku kahwin nanti dalam 2000 orang??? Mak aiii!~

sumber: Link aku cedok..

Wednesday, June 10, 2009

Aku dan Family di sawah......

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni..hari khamis..ayah aku tak berniaga hari ni. Kami sekeluarga ada misi lain. Misi mengepam air ke dalam petak sawah. Semalam ayah aku meracun, air pulak kering...aduyai...kurang sihat la padinya. Makanya hari ni misi menyihatkan padi-padi sekalian..
Huhu..sawah ayah aku ni tak la banyak mana dah. Sebab banyak yang dah terjual, kerajaan beli. Tak jual kang kena saman...haha...sayang memang sayang tapi nak buat macam mana kan..

Keje aku ngan mak aku....cabut rumput mana yang tercapai dek tangan la. Hampir-hampir aku nak termasuk dalam petak. Hihi..aku balik ni padi dah besar...jadi tak perlu la aku turun menyulam macam dulu-dulu. Sampai terlentang aku dalam petak. Berselut! Hahaha...terasa ikan di kaki..sebab masuk petak tak pakai kasut..kalau pakai kasut susah nak bergerak...

Huh! Air dah masuk penuh petak, katak pulak berpesta ria..bunyi sana sini tapi rupanya idok le aku nampak. Tikus??? Bunyi enjin mana dia nak muncul. Kesan dia makan padi ada lah. Huh! Jahat ek...nak kena tibai ni...(teringat aku dulu2 kena kejar ngan tikus...menjerit2 aku kat bendang!)

Ni ada beberapa gambo kami di tempat kerja kami hari ini...

Aku di sebalik???

Van ayah..sekarang dah boleh masuk sampai ke tepi petak sawah, sebab dah buat jalan masuk.

Mama aku sedang mencabut rumput-rumput yang agak banyak pada tahun ni.
Jenuh nak meracun la....

Petak sawah kami....

Tengok ni..rumput naik segar bugar! Haippp!!

Air yang dipam masuk ke dalam petak sawah.

Aku dan mesin rumput..ahaks...leh caya ke minah ni mesin rumput? ada gaya tak? ke kena tutup muka bagi nampak mata je??

Kawasan ni agak botak...kenapa?? Sebab dah kena makan tikus! Huh!

Posing di mana-mana sahaja!~

Pemandangan masa pulang...aku naik motorsikal dengan mama..ayah dan adik naik van!~

Aku nak nasihatkan..kawan-kawan lain mana yang mak ayah korang ada bendang, pi la jenguk2 sama. Bukan kena buat kerja berat sangat kadangnya..tapi bila kita menemani orang tua kita buat kerja..senang hati mereka sebenarnya..tapi kalau pergi menganga jek, buat sakit hati juga! Hahahaha....

Manusia Semakin Kejam!!

Memang dunia akhir zaman...manusia hari ni makin kejam...sangat kejam..memang rasa simpati, tolak ansur, timbang rasa, semua itu sudah tidak ada. Apa nak jadi ni?? Sedih aku baca berita pasal amah kena dera, kemudian kes di Narathiwat - orang kena tembak beramai-ramai di masjid?? Mak aiiiiii.......memang kejam! Macam-macam dah berlaku dalam dunia ni..bom sana sini...mana lagi lah yang selamat ya? isk isk isk.....

Kes Penderaan Amah....


Durian Belanda - Halau Tikus??


Jika di rumah anda ada tikus, anda boleh cuba petua ini.

Cari dahan pokok durian belanda, kemudian letakkan di tempat yang tersembunyi misalnya di bawah almari. Pasti TIKUS akan menjauhi rumah anda. Hahaha...aku tau dah nak suruh siapa praktis kan ni. Hehe....oh ya...kat atas tu gambo buah durian belanda..kalau tak kenal aku tak tahu la ye nak kata apa...

Tambahan lagi, kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue pula mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Jadi, sesiapa yang belum dapat anak, bolehlah cuba makan durian belanda. Macam aku ni nak beranak mende nye...kawen pun idak lagi.. hihihi!~

Template baru...sila komen...

Apa pendapat anda tentang template baru saya ni? Sebelum ni saya menggunakan latar belakang yang gelap dan ramai kawan yang mengatakan ia menakutkan lah dan kurang bersesuaian. Hihihi..makanya saya telah mendapat cara nak tukar template ni. Sila komen ya? Mana tahu anda ada idea yang lebih baik....TQ beb!

Oh ya...kalau korang yang ada blog ni nak tukar kan template korang..meh sini aku bgtau mcm mana...

1. Klik pada template percuma (kat capaian lain dalam blog aku ni...) atau klik sini.
2. Kemudian pilih la mana template yang korang suka. Muat turun (download)
3. Akan keluar paparan WinZip, klik pada title yang jenis XML Document. Kalau tak boleh buka, klik kiri pada title tu kemudian open with Microsoft Office FrontPage.
4. Copy semua HTML yang ada.
5. Pada blog korang, buka Edit HTML, dan replace dengan HTML yang baru ni. Klik Save.

Hehehe..macam tu je...lain-lain pandai lah korang adjust ye....

Tuesday, June 9, 2009

AKU JOGING??

Salam....hari ni aku berjoging..tanpa bersedia apa-apa..ni semua adik angkat aku nya pasal la. Tiba-tiba terpacak dengan rumah...cari aku ajak pi joging. Terkejut aku! Ai...lepas joging pekena Air kelapa muda....slurrrrppppppp.....sedap! Yeyeh! Esok joging lagi!

Sunday, June 7, 2009

Menu Berdiet yang pernah aku amalkan...


Assalamualaikum...

Hmm korang rasa takut tak dengan saiz badan korang sekarang? Aku ni dulu jenis kuat makan juga. Tapi apabila memikirkan, makan banyak ni makin buat aku lembab la rasanya. Haha menjadi semakin malas. Sebab tu aku kurangkan makan nasi. Makan bukan untuk kenyang tapi makan sebab kena makan.

Sebelum ni aku ada mengamalkan beberapa diet. Tahun lepas la...apa diet aku? Makan pisang dan sup kobis. Aku makan nasi juga, tapi hanya sekali sehari. Malam aku makan pisang, atau aku buat je sup kobis. Sup kobis ni letak je la dengan ikan bilis sikit, lada hitam dan bawang sikit, gula sikit dan garam. (kalau tak nak letak gula pun okay, aku biasanya tak letak, sebab nak rasa original). Aku suka kan kobis yang bersaiz kecil tu. Warnanya lebih hijau berbanding kobis yang warna putih. Keras! Sup kobis memang mengenyangkan...

Kalau korang rasa nak buat eksperimen...silakanlah. Mana tahu berkesan dengan tubuh badan korang. Alhamdulillah selera makan aku sejak akhir-akhir ni tidak lah tahap buruk lantak! hihihi...tak kahwin lagi mah...kena maintain badan...

da.......selamat berdiet ye! (kalau byk duit pergi je slimming centre! hihihi!~)



Saturday, June 6, 2009

15 CIRI CALON SUAMI YANG BAIK...


SETIAP perempuan pasti punya kriteria lelaki idaman. Apakah pasangan anda memiliki beberapa ciri dari 15 ciri berikut? Jika ya, bererti dia calon suami yang baik buat anda.

1. Bersemangat
Dia bangun bersama terbitnya matahari, selalu bersemangat menyambut hari baru, meyanyi-nyanyi kecil walau pun saat nak pergi kerja. Tersenyum mesra...Lelaki yang penuh keriangan di pagi hari bererti siap menghadapi kesulitan hidup. Dengan rasa syukur dan semangat hidupnya yang tinggi, segala masalah yang muncul dalam pernikahan nanti pasti dapat diatasi.


2. Betah Menyatakan Cinta
Apakah dia selalu mengatakan dan menunjukkan rasa sayang pada anda setiap hari meskipun ianya adalah ucapan yang simple? Menurut penelitian, menyatakan rasa sayang secara teratur merupakan hal terpenting yang mendatangkan kepuasan dalam sebuah perkahwinan. Jika saat ini anda memiliki kekasih seperti itu, anda sudah mendapat pasangan yang baik.


3. Pandai Berjenaka
Dia senang tertawa bersama anda (tapi bukan menertawakan anda). Dia tahu bahawa mentertawakan orang lain itu tidak lucu. Dia juga tahu bagaimana menilai sama ada itu lucu atau tidak. Lelaki periang ini baik untuk anda.


4. Take Care Him Self
Dia tak hanya peduli pada kerapian dan keserasian berpakaian. Namun, dia juga peduli pada kesihatan dengan menjaga makanan, meluangkan waktu bersukan dan cukup tidur. Tidak merokok dan menjauhi alkohol (merokok ni boleh dipertimbangkan..sebab ramai lelaki di Malaysia ni merokok, asalkan mereka tahu batasnya). Percaya atau tidak, dia akan berada di sisi anda untuk waktu lama.


5. Boleh Bermaafan/Minta Maaf
Dia selalu minta maaf saat berbuat salah atau menyakiti perasaan anda, berusaha tak mengulangi kesalahannya dan belajar dari kesalahan sehingga hubungan anda dan dia berkembang baik. Dia juga mengerti bahawa dengan mengatakan ‘maaf’ tidak akan mengurangi kejantanannya. He’s a gentleman. Tapi jangan lah silap sendiri pun nak minta maaf juga. Naik lemak nanti pasangan kita.


6. Bertanggung Jawab
Dia menikmati pekerjaan dan berusaha mengerjakan dengan baik. Dia suka dengan pekerjaannya dan melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaannya. Bersemangat dan tidak mudah berputus asa. Lelaki seperti ini tak hanya mencari nafkah semata-mata kerana dia menikmati pekerjaannya dan bertanggungjawab sepenuhnya.


7. Dapat Bekerjasama
Apakah dia peduli bahawa beban dalam sebuah hubungan harus dibagi adil? Dia juga mahu menyingsingkan lengan baju tanpa diminta? Jika dia mau melakukan pekerjaan meskipun sangat remeh, pasti menyenangkan memiliki lelaki ini di sekitar kita. Kadang-kadang kerja di rumah dapat dilakukan bersama-sama bukan 100% dilepaskan kepada si isteri.


8. Satu Visi
Anda ingin punya apartemen di tengah kota, city car, dan satu anak saja, dia setuju. Ertinya dia juga ingin menjalani gaya hidup seperti anda. Meski ini masalah kesepakatan, apa pun impian anda, maka impian dia juga. Jika dia punya visi yang sama dengan anda, lanjutkan ke jenjang berikutnya.


9. Romantis
Lelaki ini memang agak sulit dicari. Setidaknya jika dia ingat bila ulang tahun anda, senang mengajak anda berjalan di bawah cahaya bulan, memilih hadiah ulang tahun yang tepat, mengirim SMS berisi puisi indah (meski hanya forward), dan membuat anda bahagia sebagai perempuan, dialah pasangan pujaan anda.


10. Punya Etika
Dalam bersikap, dia tidak tergesa-gesa dan berusaha mempertimbangkan perasaan orang lain. Dia berusaha mematuhi hukum yang berlaku dan tidak mencurangi aturan mainan kehidupan meskipun bersendirian. Tidak ada lelaki yang lebih baik dari lelaki ini.


11. Boleh Menunaikan Janji
Dia berusaha menepati janji, datang ke pertemuan tepat waktu, memenuhi tanggung jawab dan kewajibannya dengan senang hati. Apa yang ia katakan sama dengan yang dimaksudkan. Persiapkan diri anda menjalani kehidupan yang menyenangkan bersama lelaki ini.


13. Calon Ayah Yang Baik
Apakah dia punya perhatian besar pada anak-anak? Mahu membantu mengasuh anak? Dan menurutnya anak-anak lucu dan menakjubkan? Bahkan dia sudah berpikir menyiapkan simpanan untuk keperluan masa depan anaknya nanti? Untuk semua jawapan ya di atas, anda boleh menikahi lelaki ini dan anda memang sangat bertuah, jangan lepaskan lelaki ini.


14. Menghargai Privasi
Punya kehidupan sendiri membuatnya merasa tidak perlu memiliki anda setiap saat. Dia fahamdan tak keberatan ketika anda meminta waktu untuk bertemu teman-teman anda. Dia juga faham dan memberikan anda ruang untuk berbual-bual dengan ibu atau tema di talian telefon, tak ada la dia mengopeng sahaja apa yang dibualkan.


15. Sepenuh Perhatian
Memang tak ada panduan pasti untuk mengukur seberapa baik dan perhatian seseorang. Namun, jika anda merasa dicinta, bersamanya anda merasa luar biasa secara fizikal dan emosional serta ada rasa damai saat di sisinya, bererti anda sudah menemukan orang yang tepat.


Tapi ingat tidak semua manusia sempurna, anda mungkin susah menemukan satu orang yang memenuhi ke-15 kriteria diatas, cukup beberapa kriteria untuk mengiringi perjalanan hidup kita.

Friday, June 5, 2009

KHASIAT BUAH NAGA

Buah naga atau Dragon Fruit makin mendapat tempat di pasaran. Permintaannya semakin tinggi. Dah ramai orang yang pandai makan buah ini dan sedar akan khasiat buah ini. Di sebalik rupanya yang ganjil, macam nenas pun ada kan, buah naga daripada golongan keluarga 'cactacea' iaitu tergolong dalam spesis kaktus.

Isi buah naga adalah seperti kiwi. terdapat dua jenis di pasaran, satu yang berisi putih dan satu lagi yang berisi merah. Menurut pakar pemakanan dan perubatan, buahnya yang berisi merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Buahnya boleh dibuat jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Semetara buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang. (Aku tak berani cuba la kalau yang ini....)

Begitu jugak dengan bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.(ingat lepas tak yah beli teh lagi ya )

Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia..

Begitu jugak ngan dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan. Pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.

Oleh kerana buah nie sangat berkhasiat , tidak hairanlah harganya mahal. Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman. Jadi ianya bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan.


Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman. Sebab tu orang boleh tanam pokok ni dalam kuantiti yang besar.

Ringkasnya....

KEBAIKAN BUAH NAGA:
# Tingkat daya tahan
# Kurangkan metabolisma badan
# Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
# Kurangkan tekanan emosi
# Neutralkan toksik dalam darah
# Cegah kanser usus
# Cegah kandungan kolesterol tinggi
# Turunkan kadar lemak

Nota kakiku tidak berbau:
Sumber dari internet juga. Sesiapa yan tak pernah merasa, tolong lah rasa ya....

POKOK NAGA DAH BERBUNGA???



Hai semua...pernah makan buah Naga??? Isi merah sedap berbanding isi putih. Ayah aku ada tanam pokok naga di depan rumah la. Tanah sekangkang kera je pun. Tapi boleh lah bermini kebun. Pokok naga ni dah beberapa kali berbuah. Dulu ayah aku pernah kata, kalau minggu depan hang tak berbunga, aku cantas hang!...Alhamdulillah berbunga pula. Hihihi takut ye...

Biasa orang cakap kalau tanam pokok ni, kena berbual-bual dengannya. Hari tu lama juga tak berbunga, tak berputik. Tu yang ayah kata lagi, kalau bulan 6 ni hang tak berputik, aku cantas buang. Hahaha...kebetulan, terus berputik. Lucu juga. Takut ya kena cantas.

Ni bunga buah naga yang mula kembang. Musykil juga, kenapa kembang masa maghrib ya? mungkin tunggu malam baru nak kembang? Tu ada dua tu, akaknya dah terbuka dulu. Sepatutnya jarang dekat-dekat macam tu. Biasanya salah satu akan mengalah. Ni dua-dua ada. Elok lah tu. Kembang elok-elok ya...masak merah-merah..sedap-sedap.....

Pehhh sedapnya...potong-potong simpan dalam peti ais...

Banyak khasiat buah naga ni....nanti aku cerita ya......





Thursday, June 4, 2009

MAJLIS KAHWIN KAK PASHA...

Alhamdulillah, kak Pasha dah selamat menjadi isteri orang. Aku doakan kak Pasha bahagia dengan cik abe ye. Hihi...masa nak makan ada sorang makcik ni..isteri kawan ayah aku la. Sibuk tanya aku ni bila pula? Ntah2 dengan orang Sarawak. Aduhai...sabar je la. Takde topik lain ke nak sembang. Sembang la pasal ekonomi negara ke...hahaha....

Tema di rumah kak Pasha, merah hati..lawa juga. Nanti di tempat lelaki warna coklat tak salah aku. Hehe tak jumpa la kita ye di lapangan terbang Alor Star lagi, sebab org tu dah balik Ipoh. Hihihi...

Beberapa shoot di rumah kak Pasha...






Wednesday, June 3, 2009

SISTA OVARI @ OVARI CYST

Terdetik aku nak menaip dan cari info tentang penyakit ini. Teringat aku akans eorang akwan aku pun ada yang mengalami masalah sebegini. Memang dia disyorkan untuk menjalani pembedahan bagi membuang ovarinya yang bermasalah. Rasa simpati kepada beliau. Gerun juga untuk diri sendiri...hmmm......apa yang korang tahu tentang penyakit ini?? Ia boleh jadi kepada mana-mana wanita tanpa mengira status, sama ada dah kahwin atau tidak. Dan ia berkait rapat dengan kedatangan haid seseorang. Diri anda...pasti anda lebih tahu kan perjalanan haid anda. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan atau lain dari biasa, jangan lah berlengah lagi, pergilah berjumpa dengan Pakar Sakit Puan yang berdekatan. Sekurang-kurangnya setahun sekali. Sebab kita tak tahu kan apa yang berlaku dalam tubuh badan kita.

Sista Ovari ini, jarang ada simptom. Kalau ada pun, kita akan rasa sakit perut yang memulas-mulas, sekejap sakit sekejap tidak. Kemudian, rasa bengkak di bahagian tertentu, di bahagian yang disyaki la. Jadi jangan berdiam diri. Lakukan sesuatu dan bertindaklah segera.

Jenis sista ovari

1. Functional Cysts – ‘sista fungsi’ sangat lazim berlaku. Dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal, apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses ovulasi. Ia akan menghilang dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

2. Endometriomas – terbentuk pada wanita yang berhadapan dengan endometriosis, apabila tisu dari lapisan uterus membesar di luar uterus. Tisu ini mungkin terkena ovari dan mula membesar. Sista jenis ini mungkin akan mendatangkan kesakitan ketika hubungan kelamin dan ketika haid.

3. Sista folikel & korpus luteum – terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Korpus luteum pula jisim tisu berwarna kuning yang terhasil daripada folikel selepas ovulasi.

4. Sista neoplasma – dermoid, mengandungi pelbagai tisu seperti gigi, rambut, serpihan tulang – ovari polisistik, disebabkan timbunan sista-sista kecil yang berganda dan berlakunya ketidakseimbangan hormon.

Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simptom oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.

Untuk mengetahui jika sista ini mungkin barah, doktor biasanya akan membuat ujian darah untuk mengukur kehadiran bahan dalam darah yang dikenali sebagai CA-125.

Tetapi ujian CA-125 ini biasanya untuk wanita berusia 35 tahun ke atas yang lebih terdedah kepada penyakit ini.

Rawatan sista ovari bergantung kepada beberapa perkara, antaranya saiz dan jenis sista, usia (sama ada dalam tahun-tahun yang subur atau sudah putus haid), keinginan mendapatkan anak, tahap kesihatan secara total dan tahap serius gejala yang dialami.

Tetapi kaedah rawatan sista ovari ini biasanya menerusi pembedahan (itu pun jika ia tidak menghilang selepas beberapa kitaran haid dan bertambah besar, mendatangkan kesakitan dan anda sudah diambang pra menopaus) doktor akan membuangnya menerusi prosedur laparoscopy atau laparotomy.

Jika tidak, pesakit akan diberikan perhatian dan diminta kerap membuat pemeriksaan dalam tempoh sebulan ke tiga bulan untuk melihat perkembangan pertumbuhan sista ini. Ini biasanya rawatan pilihan untuk wanita muda yang masih inginkan zuriat dan tidak memerlukan pembedahan sebagai jalan terakhir.

Aku dan O R E N???

Hm....aku dan oren...mulanya aku tak berkenan dengan warna oren ni...kenapa ye? cerah sangat ke? Mula nak beli mcm biasa aku pegang warna coklat. Warna kegemaran juga ni...

Akak sound aku, "ko ni dik, takde warna lain ke..."


Maka aku pun ambil la warna oren. Hm....dah pakai aku rasa okay je...okay ke?? apa pendapat korang? Cuma aku ni kalau tudung tu memang tak boleh nak elakkan hitam la...suka bebenar aku dengan tudung hitam ni...mcm mana ya...


LIhat aksi aku dan O R E N...






Menu Malam ni....(3 JUN 2009)

Salam...hm apa menu aku malam ni ye..hajat di hati malas makan. Diet ke?? entah memang rasa malas je nak makan malam. Ha Ayah aku ke pasar malam cari pisang untuk buat roti pisang esok. Ayah beli pisang rebus digaulkan dengan kelapa dan buah manggis. Memang kegemaran ni. Apa lagi, kena makan la...hihihi...Buah manggis ni, memang kegemaran aku. Kalau ada sepokok, memang clear la aku kerja kan...


Tuesday, June 2, 2009

Jarum Bengkok???

Haha..apa jarum bengkok ni ya? Kalau korang nak tahu, aku ni ada la sikit skills menjahit ni. Tikam leher la....sembat la...jahit manik la...potong baju boleh la..kalau cantum boleh juga tapi kena guna mesin aku sendiri, kalau guna mesin mak aku memang banyak hal.

BIla tiba masa jahit tangan, aku tak tahu kenapa, kalau aku pegang jarum dan mula menjahit..jarum aku akan mengalami perubahan fizikal..BENGKOK!!! Hahahaha..jadi mana jarum jahit di rumah aku yang ditemui bengkok..adalah hasil kekuatan jari aku agaknya. Maklumlah budak mekanikal.

Mula nya mak aku pelik juga, kenapa dia yang dah menjahit bertahun-tahun tidak pula sampai jarum bengkok. Kena tang aku...bengkok-bengkok semua...hihihi itulah mak...anak mak ni kan special...keh keh keh....

Itulah kisah aku dan jarum bengkok.....

Monday, June 1, 2009

Nak marah ke tak ya....




B I G A P P L E....




KENDURI KAHWIN KG SEBELAH...

Majlis perkahwinan adik kepada makcik kat kampung sebelah ni. Majlis yang simple tapi berkesan. Apa yang berkesan? Ye la, maksudnya kenduri berjalan lancar, makanan pun okay, rentetan majlis pun okay. Simple dan sederhana tapi masih ada nilai memori indah di situ. Bila pula turn aku ya?? ai cepat2 la orang datang meminang...hahahahaha.....