Saturday, May 29, 2010

Dah ready ke???


Hmm kalau orang tanya dah ready ke?? dah siap ke?? sampai mana dah persiapan?? aku pun tak tahu la nak jawab macam mana...Hm....aku buat la mana yang boleh aku buat...sendiri dengan mama kami buat bersama.

Mana ada adik perempuan atau sepupua tau kawan yang nak membantu dalam masa mcm ni...nanti dah nak dekat2 nanti ramai la kot. Tapi tak harap pun. Buat mana yang termampu. Jangan susahkan org..nanti terungkit pulak......huhuhuhu........

tapi sempat lagi aku ni bermain Fb. haha mana boleh tinggal komputer. Mesti nak kena layan juga....wahib..tak lengkap hidup ku hari tu kalau tak buka komputer. Eekekkeke ni bila lappy getting prob...macam insaf sekejap kot!¬ la la la la la.....

k sambung buat keje..siap kan apa yg patut!¬ mengamuk cik zah nanti!¬

Friday, May 28, 2010

CIKGU INTAN nak kawen??

Hm.....tak lama lagi..beberapa hari sahaja. Cik intan nak berkahwin?? memang tak sangka, tak jangka, malah takde dalam perancangan pun sebenarnya. Semua bagai kan on the spot. Jemput hadir la semua.

Alamat:
No.8, Jalan Tiga,
Taman Aman Bintong,
01000 Kangar, Perlis.

Tarikh: 10 june 2010 (khamis)















Doakan kebahagiaan kami ya.....

Saturday, May 22, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan....

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Wednesday, May 5, 2010

Lawak: Kreatif seorang pelajar..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

* copy dari somewhere...alamak....kalau la benar tulis mcm ni..Memang rosak karangannya...aisehh!~

Lawak: Kisah 3 org doktor..

Di sebuah hospital, ada 3 orang doktor yang bersahabat baik. Mereka bertiga sentiasa bersama-sama sejak dari zaman belajar di universiti lagik.
Kesetiaan dan semangat setiakawan mereka bertiga memang diakui oleh semua staf-staf yang ada. Setelah sekian lama, masing-masing telah menjadi doktor pakar dalam bidang yang berbeza..

Pada satu ketika, seorang dari mereka telah meninggal dunia. Dek kerana khidmat yang cemerlang yang telah diberikan,
maka Doktor A telah diberikan penghargaan khas, iaitu dibina sebuah tugu untuknya. Oleh kerana beliau Doktor pakar
dalam bidang mata, maka tugu berbentuk mata dibina berhampiran dengan tempat beliau disemadikan...

Tidak lama kemudian, Doktor B pula meninggal dunia. Oleh kerana Doktor B seorang pakar jantung, maka tugu berbentuk
jantung dibina berhampiran kuburannya, sepertimana yang dianugerahkan kepada Doktor A....

Selepas selesai majlis pengebumian Doktor B, para hadirin telah terperasan yang Doktor C kelihatan begitu sugul sekali.
Salah seorang daripada mereka cuba menenangkannya...
"Doktor, kami tahu Doktor memang bersahabat baik dengan kedua-dua arwah.. tapi ajal mereka dah tiba. Ini adalah takdir."

lalu Doktor C menjawab...
"Aku tahu memang ajal mereka. tapi bukan sebab itu aku bersedih... "
"Aku risau selepas aku mati nanti, satu tugu dibina berhampiran dengan kubur aku..."

"Aku kan PAKAR SAKIT TUAN!!!"

Monday, May 3, 2010

Kisah ini hari....

Ainina: "Cikgu, cantik la cikgu hari ni..."

cikgu: (kembang kempis kembang kempus....)

Ainina:"Cikgu, muka cikgu macam Ain AF la...cantikkan Ain tu...."

Farah:"Memang la Ain tu cantik. Tapi cantik lagi Teacher Intan."

cikgu:"Ada2 je la kamu ni...." (gelak2 gedik.....)

Hahahaha......memang lucu la mereka ni. Sedap bahasa mereka. Kena puji ngan anak murid, mana sempat dah nak marah2 mereka....hehehe.....bleh diamalkan selalu ek....siapa tak suka kena puji kan......lalala mula la nak P E R A S A N ni......jeng2......