Tuesday, September 14, 2010

Puan Isteri.......

Assalamualaikum...pada suatu hari Puan Isteri kena ceramah dengan lelaki yang bergelar Encik Suami. Encik Suami menyampaikan sedikit tazkirah kepada Puan Isteri. Hm...terdiam Puan Isteri bila Encik Suami mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai isteri. Encik Suami minta Puan Isteri supaya menjaga maruah Encik Suami, menjaga aurat, menjaga tingkahlaku. Kata Encik Suami lagi, perempuan mempunyai laluan yang mudah untuk ke syurga, jadi hargailah peluang yang diberikan. Berbanding dengan lelaki yang mempunyai lebih besar tanggungjawabnya.

Encik Suami minta Puan Isteri supaya perbaiki cara berpakaian. Agar aurat Puan Isteri terjaga dengan baik. Aurat yang terdedah amat disukai syaitan. Puan Isteri diam sahaja. Sebab Puan Isteri tahu selama ini aurat Puan Isteri tidak terjaga dengan sempurna. Puan Isteri rasa tersentuh di hati. Sanggupkah Puan Isteri membiarkan Encik Suami menanggung pelbagai dosa yang dilakukan oleh Puan Isteri? Encik Suami mengingatkan Puan Isteri dari semasa ke semasa sebab Encik Suami tahu Puan Isteri ini kadangkala terleka, teralpa, lalai...

Puan Isteri rasa macam nak menangis je. Rasa banyak pula salahnya. Encik Suami telah menjalankan tanggungjawabnya menegur setiap kesalahan Puan Isteri. Agar Puan Isteri tidak terus hanyut. Encik Suami bukan nak mencari kesalahan Puan Isteri cuma Encik Suami melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Puan Isteri kini tanggungjawabnya.

Termenung sekejap Puan Isteri. Merenungkan diri sendiri. Menilik diri yang serba kekurangan. Mengimbas kembali kelakuan yang lalu. Puan Isteri rasa sebak. Puan Isteri tidak terkata apa-apa. Semua itu kebenaran yang Puan Isteri kena terima dengan sebaiknya, terima dengan redha. Terima kasih Encik Suami. Puan Isteri akan cuba sikit demi sedikit. Encik Suami doakan moga hati Puan Isteri ini lembut dan mudah menerima ajaran demi ajaran.

Terima Kasih Encik Suami.....
Bantulah Puan Isteri menjadi isteri yang solehah, moga disayangi Allah SWT.