Sunday, January 30, 2011

BERGEDIL AYAM

Bahan-bahannya:

Daging ayam (cincang halus) dalam 4 sudu makan atau lebih ikut suka nak banyak atau sikit.

3 biji kentang (dibasuh dan belah 4, kemudian goreng sampai masak. Goreng dengan kulitnya sekali. Dah siap goreng, sejukkan, kemudian buang kulitnya.)

Daun sup (racik halus)

setengah kiub ayam (nak guna garam pun boleh)

bawang goreng/bawang besar potong dadu.

1 - 2 sudu makan tepung jagung

Sebiji telur

Cara Masak:

1. Kentang tadi dilenyekkan dalam bekas atau guna lesung batu. Lepas tu, campurkan dengan daging ayam, kiub ayam, daun sup, bawang goreng dan tepung jagung.

2. Sebatikan bahan dengan mesra.

3. Bulat2 kan adunan, penyekkan sikit.

4. Celup dalam telur dan goreng dengan api sederhana. Usah kerap sangat kacau, nanti takut pecah. Berbuih2 la minyak dalam kuali.

5. Siap!

UDANG LEMON

Bahan-bahan:
350gram udang besar/sederhana besar (belah dan bersihkan belakangnya ye)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2-3 inci halia (ditumbuk halus)
2 sudu makan mentega
1 biji lemon
sedikit daun bawang
sedikit perasa (garam, gula)

Cara Memasak:
1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia.
2. Masukkan udang dan perasa, kacau sebati sampai masak. (Api sederhana, jangan kuat sangat)
3. Keluarkan udang dari kuali dan terus perahkan lemon ke dalam kuali.
4. Panaskan air lemon sekejap. Kemudian tuangkan ke atas udang tadi.
5. Taburkan daun bawang.
6. Siap!

* tak sempat ambil gambar...encik suami makan perabis dah....

Saturday, January 15, 2011

PERLUKAH MENIPU UTK TERUSKAN HIDUP?

Hmm...perlukah kita menipu untuk teruskan hidup? Apa pendapat pembaca semua? Saya mendapati ada beberapa golongan terutama golongan ibu bapa (khususnya) yang menipu tentang pendapatan mereka. Semua ni semata2 nak dapat bantuan kerajaan. Memang saya tahu kebenarannya tapi apa yang saya boleh buat? takkan nak kena investigate secara detail dan cari proof?? jadi conan la pulak.......jadi, setakat ni saya hanya berdiam diri dan terima sahaja apa yang mereka sampai kan. Dalam hati saya, jangan lah kita bertindak sebegini. Ini demi masa depan anak2 kita juga. Keberkatan itu perlu dicari supaya ilmu yang ada tu dapat dimanfaatkan secara berguna di hari2 yang mendatang.

Kalau bab menipu ni sebenarnya banyak lagi cabangnya. Macam2 jenis penipuan ada. Elakkan daripada menipu. Tak baik untuk diri kita dan juga orang lain sebenarnya. Mula2 menipu memang orang tak tahu tapi bila dah lama2 orang tahu juga....masa ni memang naya!