Sunday, September 4, 2011

Isu Basi ke? Guru banyak buat kerja luar...

Merujuk kepada satu petikan/laporan/berita yang bertajuk "GURU KERJA LUAR SEMAKIN SERIUS, KEMENTERIAN PERLU KAJI.", Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
Hmm oleh sebab tiada data yang berkaitan, apa kata Prof ini menjalankan kajian yang berkaitan. Mana tahu hasilnya memberangsangkan dan boleh membantu kementerian mengambil tindakan susulan.

Tidak dinafikan memang ada di kalangan guru yang terlibat dengan kerja luar seperti MLM, berniaga kecil-kecilan, menjual pebagai barangan keperluan, menjadi dealer sana sini dan sebagainya. Selagi tidak mengganggu waktu kerja dan masih berusaha menjalankan tanggungjawab mengajar dengan baik, apa salahnya kan. Bukan mereka merompak, makan rasuah, mencuri dan sebagainya yang tidak elok.

Saya belum lagi terlibat dengan serius dalam mana-mana kerja sampingan. Belum ada masa walau kadang-kadang teringin juga untuk menambah pendapatan keluarga. Gaji seorang guru ni memang tak mewah tapi memadai untuk meneruskan kehidupan sederhana. Dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin naik, memang cukup-cukup makan la orang kata. Bolehlah untuk buat simpanan masa depan anak-anak sedikit. Sebab itu, ada guru yang mengambil peluang menceburi kerja luar bagi menambah pendapatan. Anak makin tahun makin bertambah. Kalau bujang, lain cerita cara belanja, yang dah berkeluarga, anak pula 4-6 orang, membantu mak ayah yang uzur di kampung dan macam-macam masalah lain la.

Memang ada yang teruja, obses dengan kerja luar sampai mengabaikan kerja sekolah. Ini perlu dipantau oleh ketua jabatan. Ketua jabatan perlu memerhatikan setiap guru di bawah seliaannya supaya melaksankan kerja dengan baik. Jangan ketua jabatan pun sama naik lemak. ^__^V

Cuba tanya dengan mana-mana guru, adakah mereka membelanjakan wang gaji mereka untuk kegunaan anak-anak murid mereka?? Jawapannya pasti ADA. Tidak ada guru yang tidak membelanjakan wang gaji mereka untuk kegunaan sekolah. Kos mencetak, kos alat tulis, kos menyediakan bahan bantu mengajar, kos memfotokopi, kos ke sana ke mari dan macam-macam lagi, semuanya ditanggung oleh guru itu sendiri. Satu kelas bukannya ada 2 orang pelajar dan sudah tentu bukan hanya satu kelas sahaja yang diajar. Apa yang ada di sekolah??? Di sekolah ada kerusi dan meja je ke?? huhuhu...(Penjawat awam lain ada ke membelanjakan wang gaji mereka untuk orang lain??)

Semenjak kerajaan mengurangkan peruntukan untuk kegunaan setiap sekolah, makanya guru-guru terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. Itu pun masih nak kata guru tak mengajar? Guru tak mendidik? Guru tak bekerja? Tahniahlah kepada guru-guru yang sanggup berkorban sebegini. Makanya kementerian pun perlu memerhatikan perkara mcm ni. Meminta guru melakukan itu ini tapi segala kemudahan dihadkan. Malah ditambah lagi dengan kerja-kerja pengkeranian yang tak pernah susut dari semasa ke semasa. Kerja guru bukan hanya di sekolah, balik rumah pun masih buat kerja. Semua hal nak di'online' sekarang ni. Siapa bayar line internet guru? Siapa sediakan komputer untuk guru? (Ini anak murid pula yang diberikan laptop, tak tahu pula tahap keberkesanannya atau membazir saja?). Guru pun ada keluarga, ada urusan peribadi sendiri, bukan 100% serah tubuh pada kerja-kerja di sekolah. Guru pun perlu memantau anak-anak, menjadi seperti ibu bapa lain dan macam-macam lagi lah.

Rasanya daripada orang luar dok mengata kerja-kerja guru ni, baik mereka mencari penyelesaian terbaik untuk kesejahteraan bersama. Dok mengata-ngata, memburuk-burukkan kerja guru ni memang tak sampai ke mana. Kalau rasa guru di sekolah tu dah teruk dan buruk sangat, jangan hantar anak ke sekolah berkenaan. Cari sekolah lain atau ajar anak sendiri di rumah. Ibu bapa pun pandai-pandailah mengatur dan mendidik anak di rumah. Jangan mengharapkan guru di sekolah semata-mata. Kalau anak tak pandai, jangan salahkan guru 100%, ambil cermin, tengok diri sendiri dan tanya pada diri sendiri, apa yang aku dah lakukan untuk kecemerlangan masa depan anak aku. Bukan hanya melepaskan tanggungjawab itu kepada guru dan sekolah semata-mata.

Walau apa pun cabaran hari ini, sebagai guru, kita hadapi dengan sebaiknya. Dengan perangai anak murid yang semakin nakal, kurang ajar, bebanan kerja, bebanan kos dan macam-macam. Buat yang terbaik, mudah2an diberkati dan diredhai. Kita buat apa yang perlu, dan tinggalkan apa yang tidak perlu. Sekian.....

*SAYA SUKA JADI CIKGU..


Thursday, September 1, 2011

KOREAN DRAMA: S P R | N G W A L T Z

Cerita apa ni? Hm cerita ini memang best. Tak rugi kalau layan dari episod 1. ^___^

Antara pelakon utama:
Jumlah episod: 20 episod

Sinopsis:
Semasa kecil Lee Su Ho telah ditinggalkan oleh bapanya di kampung halaman (sebuah pulau), kemudian Su Ho telah berkawan dengan Eun Young. Sampai satu masa, Su Ho dan Eun Young terpisah. Masa ni Eun Young sakit dan berada di hospital untuk menjalani pembedahan. Su Ho hilang tak dapat dikesan.

Beberapa tahun kemudian. Eun Young menerima hadiah melancong ke Austria. Di sini, Eun Young telah berjumpa dengan Jae Ha. Digelarkan lelaki ini Si Malang. ^___^ Bila berjumpa pasti tercetus perbalahan. Akhirnya masing-masing jatuh cinta. Tahukah...sedarkah bahawa mereka sememangnya ada chemistry antara satu sama lain disebabkan perhubungan yang terjalin sejak kecil. Sikit demi sedikit, kebenaran akan menjadi jelas.....

Selamat menonton! huhuhu

Bintang: 5/5 ^______^



Minggu 32-33

Alhamdulillah, dah 8 bulan lebih rupanya. Diam tak diam...celik tak celik...buka tutup mata....sedar-sedar dah lebih 32 minggu. Alhamdulillah...awak membesar dengan sihat. Insya Allah, sama-sama kita berdoa, moga kelahiran awak dipermudahkan. Sesungguhnya penyembuhan dengan izin tuhan adalah yang terbaik. Berdoa banyak-banyak.

Sekarang ni, nak tidur pun tak berapa nak lena. Awak dah aktif. Golek kiri, awak joget2...golek kanan awak menari2...hihihi..kadang2 rasa lucu juga. Nak pula bila tertonjol entah lutut awak ke...siku awak ke...tersengih2 sendirian tengok. Bagus2, maknanya awak aktif di dalam tu.

2 - 3 hari ni layan cerita korea. Awak punya la tak diam. Suka ya tengok pelakon2 korea yang hensem...hahahaha....bagus2...mana tahu nanti awak pun comel2 macam pelakon korea tu. Kulit gebus2....mulus2....hihihi

Sekarang ni menghitung hari nak pulang ke kampung halaman. Awak bersabar ye. Kita jejakkan kaki ke semenanjung dulu...jejakkan kaki di kampung dulu. Barulah awak siap2 untuk dilahirkan ye. Bersabarlah. Lagi beberapa minggu saja. Memang mama dan abah tak sabar menunggu kelahiran awak. Tak sabar nak cium awak...tak sabar nak dukung awak...tak sabar nak peluk awak. Selalu peluk anak orang lain je....

Insya Allah, moga semuanya dipermudahkan.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimeen!

"None has the right to be worshipped but You (O Allah)), Glorified (and Exalted) are You
(above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers."