Tuesday, June 29, 2010

Aku kini bergelar Puan Intan...

Hmm aku kini bergelar Puan Intan. Apa perasaan aku? Kalau orang tanya tak tahu la macam mana nak ku gambarkan perasaan ini. Pelbagai rasa. Walau apapun yang dirasa, hidup perlu diteruskan. Dari satu peringkat ke satu peringkat. Takkan selamanya nak membujang. Macam mana boleh bertemu dengan Encik ni ye? Bermula dari seorang kawan yang beriya nak kenalkan aku dengan kawan satu sekolah dia. Mula2 jumpa takde feeling pun. Entah sejak bila feeling tu ada. Inilah takdir tuhan, tak sampai 1 tahun kenal, terus merancang utk hidup bersama2. Bila dah kahwin ni, tanggungjawab tu memang la bertambah2. Malah sedikit sebanyak kesedaran timbul. Pakaian, pergaulan, tutur bicara dan lain2 lah semua nya perlu dijaga. Tak boleg ingkar kata suami dan macam2 la. Agak kekok juga, tapi lama2 akan jadi lebih baik, insya Allah. Sama-sama lah memberikan komitmen yang terbaik. PJJ??? Perhubungan Jarak Jauh...inilah yang aku dan suami alami. Seperti juga kawan2 lain. Bertuah sikit aku ni sebab every weekend dapat lagi berjumpa. Dua jam perjalanan memisahkan kami. Mujur tak kena seberang laut. Hari-hari saya rindu abang. Berdoalah banyak2, semoga saya cepat2 didekatkan dengan abang. Mana taknya, pening juga kadang2, dok teringatkan suami je. He....dulu dok tgk kawan je PJJ. Sekarang alami lah sendiri.... Kepada yang belum berkahwin tu, jangan rasa sedih2...pasti ada jodoh yang terbaik buat anda. Cuma masa je belum sampai....

Thursday, June 3, 2010

Persiapan kahwin minggu ini...

Hari ni 3 Jun 2010...tak lama lagi je aku akan bergelar isteri orang. Mula la sibuk lepas2 ni nak siapkan itu ini. Aku pula makin lama makin malas nak keluar rumah. Huhuhu....Ni aku dah siapkan 100 bunga telur. Ada lagi half way...on the way. Kalau orang dok sibuk2 kata aku susah2 diri buat sendiri...lantak pi la...aku tak suka yang dijual kat kedai, tak memenuhi selera. Makanya aku sanggup la buat sendiri. cantik ke tidak?? hehehe......bleh tahan cantik kot...kwang2.......

  Ngah sibuk dok buat bunga....mai pulak geng lanun ni...ahaks....ajak kami pi jom heboh...layan....dan ntah macam mana la aku leh terjebak minta tandatangan artis ni. pakai redah ja la....memang tak ketahuan sungguh!¬


nak jugak paste muka aku ni.... cuba ampa teka kumpulan apa ni?? aku pun tak reti nak sebut la...hihihihi!¬