Wednesday, December 30, 2009

Kain bersulam Sasa!~

Kain bersulam ni pesanan cik sasa ye..kalau cik sasa tak mahu...jadi la baju cik intan....hahaha....labuh sulam dari leher ke bawah, dalam 33 inci. kalau tak tahu panjang mana...hang pi ambik tali ukur mak hang na....hihihi.....warna dalam ni mcm tak clear sgt la....tapi memang kuning la.....separuh kuning terang kot...cmne nak habaq ntah....baju aku ari tu cream kan...ko pekat kan lagi 5 kali....ha cm tu la...kuning macam tulisan ni pun ye jug....lebih kurang la....








Wednesday, December 23, 2009

Buat bakul kertas sendiri..

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ni. Di sini saya scan kan cara membuat bakul dari kertas surat khabar. Saya telah mencubanya dan ia menjadi...

Inilah hasilnya...


Bakul untuk isi telur atau juga gula2. Boleh dengan selamba nya kalau nak letak buat hantaran. Boleh menggunakan ia sebagai doorgift untuk tetamu. Isi telur dalamnya..

Hm....mcm banyakkan. Insya Allah akan diperbanyakkan lagi. Moh le tolong...

Ok....Ini pula bakul jenis lain..baru belajar hari ni melalui akhbat Metro. Mudah sahaja. Pasti korang pun boleh buat juga...


Hasil kerja tangan cik Intan...kalau korang tengok proses saya buat bakul ni, mesti korang tergelak. Haha rahsia saya je la...


Okay....di sini saya tunjukkan cara nak menganyam bakul tersebut. Saya scan kan untuk kalian. Kalau ada apa nak tanya...leh tgalkan msg pada ruang komen ya...












Macam mana? korang ada hati tak nak mencuba?? disamping leh buat barang hiasan kat rumah korang, leh juga jadikan gift pada tetamu masa kenduri kawen atau majlis apa2...boleh juga jadikan pasu bunga...atau bekas apa2..... SELAMAT MENCUBA...

Monday, December 14, 2009

Cik Intan Bertunang??? Aiseh.....

Tanggal 13 Disember 2009 bersamaan dengan 26 Zulhijjah 1430 hari Ahad, berlangsungnya satu majlis ringkas iaitu majlis pertunangan Cik Intan dengan Encik Mior. Moga hubungan kami disudahkan dengan ikatan perkahwinan dan kekal bahagia selamanya. Insya Allah...

Ketibaan keluarga lelaki.


Selesai sudah berbincang, setuju semuanya.


Sesi menyarung cincin. Terketar-ketar tangan den.

Align Center
Ketawa besar...


Antara doorgift untuk tetamu.


Antara hantaran aku untuk pihak lelaki. Buatan sendiri.


Mata-mata.......

Terima kasih kepada semua saudara mara yang datang membantu. Dari jauh anda semua datang...sayang makngah...mak sasa....nenek....uhuks....semua2 la.....tetamu yang bertandang, maaf la ye kalau ada serba kekurangan.....

Friday, December 11, 2009

it's sad.....Al-Fatihah.....

Berita kemalangan

Hm....semalam kami dikejutkan dengan berita kemalangan kenalan kepada adik kandung aku, angah. Memang angah sangat terkejut dengan berita ini, begitu juga kami sekeluarga. Angah sepatutnya mengiringi pengantin lelaki, bersama-sama ke majlis akad nikah sebagai jurugambar. 4 orang meninggal dalam kemalangan tersebut. Ayah, mak, pengantin lelaki dan jurugambar yang juga jirannya. Masa ni memang tidak tahu siapa jirannya tersebut.

Menambahkan kesyahduan lagi, apa bila aku menonton berita jam 8 di TV3 malam tadi, rupanya jirannya adalah adik angkat aku. MOHD FARHAN BIN MUSA. Ya Tuhan....memang aku terkejut sangat2...patutlah ayah kata masa kat rumah mayat petang semalam ramai polis..sesak di sana. Al-Fatihah untuk semua.

Sepatutnya adik kandung aku yang jadi jurgambar majlis pernikahan kawan dia tu tapi adik kandung aku ni ada hal lain...makanya, tak sangka pula berganti dengan adik angkat aku yang mcm adik aku juga....ya Tuhan.........tak tahu aku nak gambarkan situasi macam ini....

Maafkan akak Farhan...awak asyik ajak akak keluar makan, awak minta belanja makan KFC tapi akak asyik dengan alasan malas nak keluar dan sibuk dengan persiapan pertunangan. Kita dah janjikan nak keluar makan lepas akak bertunang. Farhan......moga awak tenang di sana. Akak memang sangat terkejut dengan berita ini.....sangat sedih....esok akak akan bertunang..awak tak ada...awak janji nak datang kan.....tapi semua ini sudah ditakdirkan...hmm....it's sad.......((AL-FATIHAH))