Friday, July 11, 2008

Malam Pertama...........

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kuburan? Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan? Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat? Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur? Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Friday, June 13, 2008

Pengalaman 4 hari di Pulau Langkawi.

sebelum bertolak ke langkawi...kena posing dulu...





Pengalaman Pendidikan Luar 4 hari di Pulau Langkawi.

Hari pertama tiba di Jeti Kuah. Rasa bersyukur akhirnya dapat menjejakkan kaki di sini. Kalau tidak kerana Kursus Pendidikan Luar, memang aku tak jejakkan kaki di Langkawi ni. Pandang dari Kuala Perlis je la…sampai je, kami terus di bawa ke tapak khemah di Beringin Resort. Kami menyiapkan tapak khemah dan bersedia untuk makan malam.

Malam ni menu nasi berlaukkan ayam masak kicap ala Jawa skit, sayur goreng. He aku la chef nya…alahai….terlebih minyak la….hahaha…tapi sedap jek….Cuma minyak tu lupa nak buang…ok la tu…malam ni kami buat aktiviti orienteering..alhamdulillah semua station telah dijumpai dengan jayanya.Walau gelap…berjaya juga..dengan usaha dan kerjasama ahli kumpulan yang ada.

Malam ada giliran berjaga. Giliran aku pukul 4 pagi sehingga 5 pagi. Memang best sebab aku tak bangun…malah kawan pun tidak kejutkan. Bila aku tanya kenapa tak kejutkan? Kata mereka kesian, sebab aku dah penat memasak petang tadi. Alahai..mcm tu pulak..

Hari kedua, kami ada aktiviti ISLAND HOPPING…hmmm..naik bot seronok sgt..layan ombak....nak pulak driver boat ni cam otai2 sikit....layan lap la apa la...drift la...hahaha mmg seronok la....kami singgah di PULAU BERAS BASAH..di sini kami diminta tuk wat aktiviti water confident. Aku confident abis la...sbb pakai PFD...hahahaha.....kalau tak...tenggelam gak kot. Kat pulau ni...ade 2 org terkena duri sea cucumber...jurulatih dah pesan jangan pijak dasar laut...tatau la diaorg...nervous kot...kalau kena sea cucumber...memula...ketuk2 dibahagian kena cucuk tu pastu gunakan urine sebagai penawar bisa dia...ni petua jurulatih...

Lepas tu kami ke eagle feeding...best! byk sgt helang, pelbagai spesis..menyambar makanan yg ditaburkan dipermukaan air...corak pergerakan mereka mmg menarik...terpempan sekejap..kagum pun ade...

kemudian, kami ke Pulau dayang bunting...buat water confident di pantai berdekatan. Selepas makan tengah hari, bekal sendiri, dimasak leh kengkawan...kami menuju ke tasek dayang bunting. Sekali lagi kami berendam di sini. Cuma kali ni kami bermain dengan air tawar. Dah penat bermain air, kami pulang ke kawasan perkhemahan.

Adala juga buat aktiviti flying fox, abseiling dan jalan2 dalam gua serta jalan2 dalam hutan. Gua yang kami masuk ni nama nya Gua Landak. Tapi landaknya dah takde. Pupus dah kat area ni. Ada gak nak naik keta kabel tapi masa tu ujan la..so tak dapat la naik..tengok je la....

Hm kawasan perkhemahan ni byk monyet la. Habis khemah kami dicerobohinya. Bedak2 semua dia buat main. Berterabur barang2...sabar je la...

sebelum balik, ade la shopping sket di pekan kuah. Beli coklat je la. Sampai di Kuala Perlis, mama dan ayah datang ambik. Banyak lagi nak cerita tapi cukup la mcm ni je...huhuhu....
















Wednesday, June 4, 2008

Jodoh Merupakan Takdir dan Perlu Mencarinya!~

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya"
Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan"
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Saturday, May 31, 2008

Kenduri Kahwin

Salam...

Hari ni kenduri kahwin di rumah En Anuar. Aku pergi la tolong semalam..rewang saing mama...ada la juga jiran2 yang turut sama serta...masa rewang ni mmg jumpa dengan pelbagai org. Yang memiliki pelbagai ragam...ade yang bersikap mcm komanden...ade yang bersikap mengikut sahaja. Macam2 ada......aku buat keje yg aku rasa aku leh buat...

Time kenduri aku ingat nak dtg makan je. Mama lak aku tgk ngah busy dok mengisi lauk pauk...hmm tolong kejap...lepas tu aku menonong balik umah..

Ai.....kahwin dah.....esok pun ada kenduri kawin.....aku bila pulak????
Entah la....ade jodoh..ada la.....

Wednesday, May 28, 2008

Kecurian motorsikal dan rompakan di Pendang, Kedah.

Pendang - 27 Mei 2008

Seorang warga tua telah dianiaya oleh seorang suspek berketurunan cina lebih kurang pukul 6 petang di kawasan Pendang. Mangsa, seorang warga tua berumur lebih kurang 70 tahun telah ke Pendang untuk membeli ubat. Selepas membeli ubat, beliau berhajat untuk ke kdai gambar, untuk membeli bingkai gambar.

Dalam perjalanan ke kedai gambar, motorsikal beliau mengalami kerosakan dan tidak boleh dihidupkan. Tiba-tida datang seorang cina menyapa beliau dan ingin menghulurkan bantuan. Beliau telah di bawa ke sebuah kedai yang tidak buka. Suspek menyatakan bahawa motorsikal itu tidak ada api. Mangsa rasa hairan kenapa beliau dibawake kedai yang tutup. Suspek menjelaskan kedai itu adalah milik kawannya.

Kemudian mangsa dipelawa untuk mengikut suspek ke kedai untuk membeli barang motorsikal yang diperlukan. Namun, dalam keadaan tergesa-gesa, mangsa telah meninggalkan kunci motorsikalnya dan terus mengikut suspek. Suspek telah membawa mangsa ke tempat jauh dri tempat kejadian dan menyopet wang saku mangsa sebanyak RM140. Mangsa telah ditinggalkan sendirian di tempat yang sunyi itu.

Hari hampir malam, mangsa mengambil inisiatif berjalan keluar untuk mencari bantuan. Kata mangsa, berbelas kenderaan iaitu kereta dan motorsikal yang melepasi beliau tidak berhenti sehinggalah terdapat sebuah motorsikal yang ditunggangi seorang anak muda berhenti. Anak muda ini membawa mangsa ke tempat letak motor tadi dan didapati motorsikal tersebut telah tiada. Makanya mereka terus ke balai polis berhampiran.

Mujurlah mangsa tidak diapa-apakan. Selepas 2 hari motorsikal itu ditemui semula di balai polis Yan. Suspek menggunakan mangsa dan kaedah yang sama untuk meminta wang. Kali ini mangsa dikebas sebanyak RM200 dan motorsikalnya juga dibawa lari. Tetapi suspek telah meninggalkan motorsikal mangsa pertama di tempat kejadian 2. Ini adalah kesilapan yang mengundang kepada penahanan suspek.

Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa ayah atau tokwan kita ditemani apabila mereka ini keluar ke mana-mana. Ramai orang mengambil kesempatan di atas faktor usia mereka serta kudrat mereka.

Polis yang tidak berwibawa.

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah tentang sikap seorang polis ini yang tidak mengambil berat akan kes yang berlaku di depan matanya. Telah nyata dan jelas berlakunya kes kecurian dan bukti ada di depan mata tetapi dia masih mengambil ringan akan hal terbabit.
Pada dia hanya kes berat seperti kes bunuh yang perlu di ambil tindakan.

Polis ini memang kategori hampeh!!! dan tidak layak untuk terus berkhidmat dengan negara. Lagi satu, keluarga suspek adalah kenalannya, maka dia seolah berpihak pada pihak suspek. Memang tak guna polis macam ni.

Setelah diselidik, polis ini memang seorang yang terpinggir. Dia agak sengal dan tidak bercampur gaul dengan rakan sekerja yang lain. Ramai rakan sejawat tidak suka akan attitude polis terbabit.

Janganlah kita pikirkan mudah sahaja sehingga membiarkan perkara-perkara yang sepatutnya diambil tindakan. Ini akan menggalakkan lagi jenayah berlaku dan terus berlaku. Kerana sokongan polis yang sebegini bukannya memberikan kesedaran kepada pihak yang bersalah. Harap sangat mutu perkhidmatan seseorang polis diperhatikan dan diberi teguran untuk mempertingkatkan mutu yang sedia ada.

Monday, May 26, 2008

Kecurian Basikal Melampau

KANGAR - 26 Mei

Pada hari ini telah terbongkarnya satu kegiatan mencuri basikal di kawasan bandar Kangar. Perkara ini terjadi apabila seorang mangsa telah dapat mengesan rim basikal nya telah diguna pakai pada basikal lain. Beliau telah mengesahkan da yakin bahawa rim itu adalah kepunyaannya. Tanpa membuang masa, beliau telah menghubungi bapanya dan meminta bapanya datang ke tempat penemuan.

Bapa mangsa terbabit telah menunggu di gerai berhampiran akan pemilik basikal terbabit. Selepas 20 minit menanti, suspek kelihatan muncul. Tanpa membuang masa, bapa mangsa telah mencekup suspek tersebut dan mengugut untuk membawa ke balai polis. Akibat ketakutan, suspek telah memberitahu di mana dia mendapatkan barangan terbabit. Tanpa melengahkan masa, bapa mangsa bersama keluarga yang lain terus ke rumah suspek yang seterusnya.

Mereka telah di bawa ke satu tempat yang berhampiran di mana terdapat sebuah rumah tinggal yang dibaratkan sebagai rumah lama yang sudah usang. Maklumlah kangar ni tidak lah sebesarmana. Semasa bapa mangsa sampai di rumah terbabit, bapa suspek kelihatan tertinjau-tinjau untuk mengetahui apa yang terjadi. Apabila bapa mangsa menyatakan tujuan kedatangan beliau, tanpa melengahkan masa, bapa suspek 2 telah memanggil suspek 2 yang bernama Akma. Keluarga mangsa terkejut dan seperti tidak percaya kerana suspek adalah pelajar tahun 5 sekolah rendah dan berperwatakan baik serta air muka yang sopan.

Pada mulanya, Akma mengatakan dia tidak kenal akan rim basikal tersebut. Selepas ditekan dia mengaku, dia telah memberikan rim itu kepada kawannya. Kemudian, mangsa telah menemui beberapa komponen basikalnya seperti tempat duduk dan handle. Manakala badan basikalnya tidak ditemui. Apabila ditanya, Akma menyatakan dia simpan di dalam rumah tinggal tersebut. Tetapi tidak ditemui. Bapa Akma meminta Akma mengeluarkan semua komponen-komponen basikal yang ada dalam simpanan. Terdapat lebey kurang 11 buah badan basikal yang telah dikeluarkan oleh mereka. "Tu ampa tengok tak kat perdu pokok kabu tu..macam ada body basikal di sana." kata tok mereka. Dari kenyataan ini, pihak mangsa menyimpulkan bahawa keluarga mereka sebenarnya tahu akan kegiatan anak dan cucu mereka!!!

Kemudian bapa Akma membawa kami ke rumah kawan-kawan Akma yang lain, yang kononnya terlibat sama dalam kes ini. Pihak mangsa mensyaki kes ini dilakukan Akma sendirian. Semasa keluarga mangsa dan suspek ke tempat lain, ibu mangsa melihat kelibat abang Akma pergi ke satu tempat lain. Tidak tahu ke mana.

Pihak mangsa kembali semula ke rumah suspek. Tidak lama kemudian, Akma membawa keluar badan basikal mangsa yang disimpannya di dalam parit di depan rumah tokwannya. Kesimpulannya, Akma adalah seorang budak yang banyak menipu.

Keluarga mangsa ingin membawa kes ini ke balai polis. Tetapi bapa suspek telah meminta kawannya seorang polis datang ke rumahnya. Polis ini memujuk keluarga mangsa untuk tidak membuat laporan polis. Polis ini seakan-akan menekan keluarga mangsa agar tidak membuat laporan, malah nadanya seperti mengugut pun ada. Sudahnya keluarga mangsa tidak membuat laporan polis tetapi telah meminta polis menyiasat tempat terbabit.


1st post!!

Assalamualaikum..hai semua..
1st of all...thanks to my fren, Che Kem...muahhh...i LOve u!
he was introduce me about blogger.com...

hahaha...actually aku ni bukan la rajin sgt type blog ni...but, sometimes terrajin juga..
anyway....salam mesra buat semua..insya allah...i will do the best for my blog...
hmm nak buat apa ye....???