Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu  beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan  air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu  saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan  sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi  saya tidak mahu.
     Selepas emak menikam perut saya  berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami  berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer  dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori  kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
      Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia  menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori  tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak  saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.  Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula  terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda  kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori  itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah  feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu  yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia  pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori  menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot  Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia  pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan  terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah  bertukar menjadi Ultraman itu.
     Pemandu feri itu  terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas  ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat  kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan  ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan  helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas  helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak  say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke  tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya  sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
      Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang  putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun  sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri  itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.  Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang  telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu  dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan  semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya  ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak  saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging  dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya  terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.  Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah  kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
* copy dari somewhere...alamak....kalau la benar tulis mcm ni..Memang rosak karangannya...aisehh!~
 
 
4 comments:
merapu betul...hehehehh
Memang SANGAT merapu!~
hahaha..adehhh, tgelak sorg2 saya..hik3 ~ :P
hahah tu la....sabar je la kan....
Post a Comment