Saturday, July 3, 2010

Ceritera Cinta EP1

Langkah ke dunia baru

Aku masih lagi berselimut di atas katil. Malas rasanya hendak membuka mata. Rasa sayang untuk meninggalkan nikmat tidur begitu sahaja. Di luar kedengaran bising dengan hiruk-pikuk suara sanak saudara. Aku masih memejamkan mata tidak berminat untuk keluar bersama mereka. Tiba-tiba......

"Kak Long! Bangun!! Kau nak jadi gila ke apa ni? Cepatlah bangun mandi. Dah nak maghrib ni."
Aku masih membatukan diri. Telinga aku ni belum pekak lagi. Kenapalah minah ni terpekik-pekik. Eh, dah nak masuk waktu maghrib ke? Kenapa aku rasa macam dah subuh?

"Aoklah....kamek bangun ni."
"Aok...aok...banyaklah kau punya aok. Mata tu pejam lagi."
Tanpa kuduga, Shasha terus menyingkap selimut yang setia membaluti tubuh aku. Mujur aku berpakaian sopan. Kalau tidak mahunya Shasha ternganga.

"Iyalah, aku bangun la ni. Nak mandi la. Kau mandikan aku boleh?"
Aduh! Kena cubit pula. Salah ke aku minta dia mandikan aku? Ish! Lantaklah.

Selesai mandi, azan Maghrib berkumandang. Tanpa melengahkan masa aku terus melaksanakan kewajipan aku sebagai hamba Allah yang kecil saja kedudukannya di muka bumi ini. Allahhu Akbar....

Malam ini sebenarnya ada majlis penting yang akan berlangsung di rumah aku. Aku menatap wajahku di hadapan cermin. Membelek sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

"Sudahlah tu Kak Long. Tak payahlah kau nak belek lama-lama kat cermin tu. Kalau cermin tu pandai berkata-kata dah lama kau kena ejek." Ish! Tak sayang mulutlah Shasha ni. Nak makan cili la tu.

"Ala kau ni Sha. Bukan selalukan aku nak nampak lain macam malam ni. Teruja banyak sikitlah." Aku tersengih seperti kerang busuk. Dalam hati aku ni hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Penantian itu satu penyeksaan. Tinggal beberapa minit lagi aku akan memasuki satu dunia baru yang pastinya lebih mencabar dari kehidupan aku sekarang.

"Tahniah Kak Long!" Bagai tersedar dari mimpi. Aku tersengih lagi.
"Dah jadi isteri orang ni, ingat sikit tanggungjawab sebagai seorang isteri tu. Jangan kau nak berangan hidup bujang lagi." Ish! Mak Ngah ni. Dah mulalah tu. Buat drama.

Alamak! Maknanya ini semua bukan mimpi. Memang sah aku dah jadi isteri kepada si dia. Eh sekejap...siapa si dia?

Aku ternampak si dia sedang bersalaman dengan semua sanak saudara. Pandangan kami bertaut dan dia tersenyum mesra kepada aku. Masya Allah, Ella! Sah dia dah jadi suami aku. Yey!!! Aku dah kahwin. Aku membalas senyumannya dengan penuh makna.

Bersambung.......

No comments: